|
Selari dengan bidang teras utama Rancangan Malaysia Ke-9, SIRIM Berhad akan terus memainkan peranannya dalam pembangunan industri dengan menjadi rakan strategik industri melalui Penyelidikan, Pemindahan Teknologi, Inkubasi Teknologi dan Pembangunan Kemahiran. |

Dalam menuju ke arah organisasi berpandukan pasaran, SIRIM akan menumpukan pada penemuan dan pembangunan teknologi baru bagi membolehkan industri meningkatkan nilai dan berkembang daripada penggunaan teknologi kepada penyelesaian masalah teknikal dan seterusnya dapat membantu industri untuk mencipta semula produk dan perkhidmatan mereka.
SIRIM juga mempunyai matlamat untuk menggalakkan pembangunan sumber—sumber baru bagi PKS untuk bekerjasama dengan SIRIM dalam usaha menggalakkan perkembangan dalam bidang pembuatan, teknologi dan sektor perkhidmatan di samping meneruskan usahanya untuk membentuk asas bagi fasa kedua menuju Wawasan 2020 dan memegang peranan utama dalam meluaskan ekonomi Malaysia yang berasaskan pengetahuan.
Bersama rakan industri yang lain, SIRIM Berhad telah banyak menyumbang ke arah ekonomi negara yang dinamik, bagi membolehkan produk dan perkhidmatan Malaysia diiktiraf dari segi kualiti dan inovasi.
Inovasi yang berterusan menjadikan SIRIM Berhad sentiasa dipacu pasaran, fleksibel, efektif kos dan responsif kepada pelanggan.
SIRIM Berhad ialah syarikat milik penuh Kerajaan Malaysia di bawah Menteri Kewangan. Diperbadankan pada 15 November 1995 dan beroperasi penuh sebagai entiti korporat pada 1 September 1996. Sejak itu, ia telah memainkan peranannya sebagai agensi nasional bagi pembangunan industri dengan jayanya.
|
| |
|
Dengan kepelbagaian produk dan perkhidmatan dalam bidang pengurusan kualiti dan inovasi teknologi, serta ilmu pengetahuan unik menggabungkan keduanya, kami mampu meningkatkan produktiviti perniagaan untuk lebih berdaya saing di arena global. |
| |
|
Kami saling hormat-menghormati dan mempercayai antara satu sama lain
Hubungan kami adalah berasaskan sifat saling hormat-menghormati, percaya –mempercayai antara satu sama lain dan berkomunikasi secara terbuka. Kami percaya setiap individu dapat menyumbang ke arah kejayaan syarikat dengan pemberian sokongan dan kemudahan yang disediakan.
Kami dedikasi kepada pelanggan
Kami mewujudkan hubungan yang berkekalan dengan pelanggan kami dan memastikan mereka sentiasa berpuas hati dengan perkhidmatan melalui inovasi, kualiti dan nilai yang berterusan.
Kami mengamalkan ketulusan dan kejujuran yang tinggi
Kami yakin dengan sikap profesional, jujur dan beretika, kami dapat menjadikan SIRIM sebuah syarikat yang disanjung tinggi dan boleh dipercayai.
Kami komited kepada kecemerlangan
Kami berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk mencapai yang terbaik dan sentiasa bersedia untuk terus meningkatkan inovasi dan kreativiti kami.
Kami mencapai kejayaan melalui kerja berkumpulan
Kami komited untuk bekerja secara berkumpulan bagi memenuhi kehendak pelanggan dan pemegang kepentingan. |
| |
|
Kami komited untuk memuaskan pelanggan dengan menyediakan perkhidmatan yang mempunyai kualiti dan nilai yang berterusan. |
| |
Polisi Keselamatan, Kesihatan & Persekitaran Pekerjaan (OSHE) |
|
Anggota kerja adalah aset kami yang paling berharga. Kami komited untuk mempersiap, menyelenggara dan mempertingkatkan keselamatan dan kesihatan persekitaran tempat kerja serta mematuhi undang-undang keselamatan pekerjaan dan kesihatan serta keperluan-keperluan lain yang berkaitan. |

|