Selamat datang ke laman web SIRIM Berhad.
SIRIM Berhad adalah sebuah syarikat milik penuh Kerajaan yang menawarkan perkhidmatan teknikal dan kualiti yang terbesar di Malaysia. Kami bergerak dengan agresif untuk merangsang pertumbuhan aktiviti berasaskan pengetahuan dan industri berteknologi tinggi bagi tujuan membina sektor pembuatan yang teguh dan dinamik.
Kami menyokong industri tempatan dan kerajaan melalui pelbagai bidang program dan kemudahan teknikal. Bagi pembangunan ekonomi negara yang seterusnya, kami akan memfokuskan program R&D dalam bidang teknologi terkini, yang lebih berdaya saing. SIRIM Berhad akan mengadakan transformasi dan mengukuhkan industri pembuatan tempatan untuk memainkan peranan penting di peringkat global, khususnya membantu Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) supaya lebih berorientasikan eksport melalui program-program dalam pembangunan teknologi dan kualiti.
Laman web kami memaparkan gambaran keseluruhan aktiviti dan program SIRIM Berhad. Sila luangkan masa anda melawat laman web kami kerana ia bukan sahaja melaporkan aktiviti kami malah kami turut memaparkan majlis-majlis dan bahan penerbitan. Kami akan terus mengemaskinikan laman web kami dari masa ke semasa. Kami mengalu-alukan komen dan cadangan bagi mempertingkatkan laman web kami dan juga perkhidmatan lain yang disediakan oleh SIRIM Berhad.
Akhir sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kerana melawat laman web kami dan saya yakin ia dapat memberi manfaat kepada anda.
Ir. Hj. Yahaya Ahmad
Presiden & Ketua Eksekutif
|