› Maklumat Korporat › Anak Syarikat › Pejabat Negeri › Peta Lokasi
31 July, 2010

~ no events today ~
 
•  2 August, 2010
Seminar
•  3 August, 2010
Visits
•  5 August, 2010
Seminar
 
 
 
 
Emel Rakan Cetak Bookmark  
 
Carian
Maklumat Korporat

» Amanat Pengerusi

» Amanat Presiden

» Profil Korporat

» Struktur Korporat & Organisasi

» Latar Belakang

» Lembaga Pengarah

» Jawatan Kuasa Pengurusan
» Pengurusan Atasan
» Pencapaian & Anugerah

Latar Belakang
 

Pada tahun 1964, Kerajaan Malaysia telah mengarahkan Menteri Perdagangan dan Industri untuk membuat kajian bagi mewujudkan organisasi standard kebangsaan. Ini berikutan wujudnya keperluan untuk mengamalkan prinsip  penstandardan selaras dengan pembangunan industri Malaysia yang semakin meningkat.

 

Hasilnya, Institut Standard Malaysia (SIM) ditubuhkan sebagai jabatan Kerajaan di bawah Kementerian Perdagangan dan Industri pada awal 1966. Pada Oktober 1966, Akta Standard No: 76, 1966 diluluskan di Parlimen untuk menjadikan SIM sebagai badan standard kebangsaan. SIM berada di bawah pentadbiran Majlis Standard. Akta Standard memberi Majlis Standard kuasa bebas untuk pengisytiharan standard dan mengeluarkan lesen pensijilan.

 

Pada tahun 1974, Majlis Bertindak Kebangsaan membuat keputusan bahawa SIM digabungkan dengan NISIR untuk membentuk SIRIM. Hasilnya, SIRIM ditubuhkan sebagai badan berkanun di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar oleh Akta SIRIM (Pengkorporatan), 1975 berkuat kuasa mulai 15 September 1975.

 

Dengan penggabungan ini, SIRIM mempunyai lebih banyak kemudahan untuk mengembangkan skop operasinya sejajar dengan kemajuan pesat pengindustrian di Malaysia.

 

Bagi memenuhi peningkatan keperluan pasaran akibat kepesatan pasaran industrialisasi dan globalisasi negara, wujud keperluan untuk meminda Akta SIRIM (Pengkorporatan) 1975. Ia bagi memudahkan SIRIM untuk bertindak pada perubahan ini.

 

Pindaan Akta SIRIM (Pengkorporatan) diluluskan oleh Parlimen dan berkuat kuasa pada 24 Julai 1993.

 

Pindaan ini membolehkan SIRIM merancang operasi komersial melalui pembentukan usaha sama atau anak syarikat milik penuh. Di bawah Pindaan ini, 24 orang ahli Majlis SIRIM digantikan dengan enam orang dari sektor awam dan tujuh orang dari sektor swasta. Struktur Lembaga SIRIM yang baru akan meningkatkan kecekapan serta mengukuhkan hubungan antara SIRIM dan industri.

 

Pada 1 September 1996, SIRIM telah dikorporatkan dan dikenali sebagai SIRIM Berhad. SIRIM Berhad dikorporatkan di bawah Akta Syarikat dan diberi semua hak, keistimewaan dan kewajipan terhadap SIRIM. 1 September 2006 adalah ulang tahun pengkorporatan SIRIM Berhad yang ke-10.

 
© 2009 SIRIM Berhad. Hak cipta terpelihara.

Ini merupakan laman web rasmi SIRIM Berhad.
Laman ini adalah terbaik dilayari menerusi resolusi 1024X768 dengan menggunakan IE 5.5 ke atas. Penerbitan, penulisan semula atau pengedaran semula dalam apa jua bentuk adalah dilarang kecuali dengan keizinan bertulis dari SIRIM Berhad.
Penafian(Disclaimer). Polisi Keselamatan(Security Policy). Polisi Persendirian(Privacy Policy).

 

Dikemaskini pada 30 July, 2010

  Sila hubungi webmaster untuk sebarang pertanyaan atau komen berhubung laman web ini.
Jalinan Kerjasama :
 
Link kepada DSM   Klik di sini untuk ke Portal MyIdeas