GROOMBIG

Program GroomBig merupakan sebuah program bertujuan untuk meningkatkan usahawan Kecil & Sederhana supaya berdaya maju dan berdaya saing di pasaran terbuka dan eksport.

Pendekatan progam ini adalah berdasarkan perkhid matan yang diperlukan oleh usahawan Bumiputera di pelbagai peringkat pembangunan industri yang merang kumi peningkatan dan jaminan kualiti, peningkatan & optimisasi proses pengeluaran, reka bentuk pembungkusan dan pembangunan jenama.

GROOMBIG

Meningkatkan keupayaan usahawan Kecil & Sederhana yang terlibat dalam sektor pengeluaran melalui program:

  • Asas Peningkatan Kualiti & Pengeluaran
  • Pensijilan HALAL
  • Pembungkusan & Pelabelan
  • Amalan Peningkatan Kualiti
  • Value Engineering/Pembangunan Produk
  • Optimisasi Proses
  • GMP/HACCP
  • MS ISO 9001

GROOMBIG

Kumpulan Sasaran

Fokus sasaran program adalah usahawan Kecil & Sederhana Bumiputera yang terlibat mengeluarkan produk makanan dan minuman yang berdaftar dibawah Pendaftaran Perniagaan (ROB) atau diperbadankan di bawah Akta Syarikat (ROC), mempunyai kemudahan pengeluaran serta bersetuju untuk membiayai sebahagian dari kos projek

GROOMBIG

Jenis Perkhidmatan

Perundingan Perniagaan dan Penjenamaan

Pembangunan Prototaip

Perolehan Perkhidmatan

Pengujian Produk

Pensijilan

Latihah/Kursus/Bengkel

GROOMBIG

Pelaksanaan Program

  • Permohonan
  • Penilaian Awal
  • Pembentangan Cadangan Projek
  • Pelaksanaan Program
  • Penilaian & Pemantauan Projek

Talk to Us

Hello, I'm Nadia. Got any questions? Our team is ready to help you.

Toll Free: 1-300-88-7035
General Line: 603-5544 6000
Customer Service & Support : 603- 5544 6542 /6518 / 6692/ 6693 /6762
Email: web@sirim.my