Up

Inn'oCraft Program Cuti Sekolah

Inn'oCraft Program Cuti Sekolah
File Size:
462.23 kB
Date:
25 November 2014
Downloads:
12 x

JOM KE INN'OCRAFT SEBAGAI SALAH SATU AKTIVITI CUTI SEKOLAH  

Cuti sekolah tiba lagi! Masa cuti yang panjang seeloknya dimanfaatkan dengan berkesan oleh adik-adik di rumah. Buat ibu bapa pula, laburkanlah sedikit wang anda bagi pengisian yang bermakna buat anak-anak. Semoga cuti sekolah ini dapat terisi dengan sebaiknya!

Sempena cuti sekolah yang bermula pada 22 November 2014, kami ingin menjemput orang ramai  untuk memenuhi dan memanfaatkan masa cuti sekolah anak-anak anda dengan aktiviti-aktiviti yang diadakan di InnoCraft, Melaka.

InnoCraft adalah sebuah pusat inovasi kraf berkonsepkan inovasi dan teknologi yang dibangunkan sepenuhnya oleh SIRIM Berhad dengan sokongan dana dari Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).

Antara aktiviti yang menjadi tumpuan termasuklah demonstrasi pembuatan dan perhiasan manik, pembuatan barangan hiasan kaca yang menggunakan teknik glass weaving serta demonstrasi penghasilan batik melalui  penggunaan teknologi iaitu mesin Batik Chanting.

Pengunjung yang hadir juga boleh mencuba pelbagai produk D.I.Y seperti  pembuatan produk berasaskan seramik menggunakan teknik seperti slabbing, potter's wheel, mencuba aktiviti mewarna kraf hydrostone dan batik, dan mencuba 3D puzzle.

Sepanjang cuti sekolah InnoCraft dibuka setiap hari kecuali hari Selasa dari jam 10 pagi hingga 6 petang kepada orang ramai.