Up

National Stakeholders Consultation for MS 966 Playground Standards

National Stakeholders Consultation for MS 966 Playground Standards
File Size:
754.17 kB
Date:
11 May 2016
Downloads:
12 x

National Stakeholders Consultation for MS 966 Playground Standards

Jabatan Standard Malaysia (Standards Malaysia) akan menganjurkan ‘National Stakeholders Consultation for MS 966 Playground Standards’ seperti ketetapan berikut:

Tarikh          : 18 Mei 2016 (Rabu)

Masa        : 8.30 pagi hingga 5.00 petang

Tempat    : Auditorium Dato’ Yahaya Ahmad

                  SIRIM Berhad, 

                  No. 1 Persiaran Dato’ Menteri, 

                  Seksyen 2, 40700 Shah Alam

                  Selangor.

 

Untuk makluman YBhg. Datuk/ Dato’/Tuan/Puan, sesi konsultasi ini bertujuan untuk mendapatkan pandangan dan juga maklum balas dari peserta berkenaan dokumen ini bagi memastikan ianya relevan mengikut keperluan semasa. Sehubungan itu, pihak Standards Malaysia ingin menjemput YBhg. Datuk/ Dato’/Tuan/Puan untuk hadir ke sesi konsultasi ini.

Bersama-sama ini disertakan brosur sesi konsultasi tersebut untuk makluman dan tindakan pihak YBhg. Datuk/ Dato’/Tuan/Puan selanjutnya. Sukacita sekiranya pihak YBhg. Datuk/ Dato’/Tuan/Puan dapat:-

> Mengembalikan borang pendaftaran yang telah lengkap diisi kepada pihak sekretariat selewat-lewatnya pada 16 Mei 2016 (Isnin)

>  Memanjangkan jemputan ini kepada jabatan, agensi, organisasi atau mana-mana pihak berkepentingan yang dirasakan bersesuaian.

 

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, pihak YBhg. Datuk/ Dato’/Tuan/Puan boleh berhubung dengan Cik Fauzan Mat Shah di talian 03-55445115 atau melalui email fauzan@sirim.my.

Kerjasama serta kehadiran YBhg. Datuk/ Dato’/Tuan/Puan adalah amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.