Up

Jemputan menyertai Majlis SIRIM Industri

Jemputan menyertai Majlis SIRIM Industri
 Hot
File Size:
29.44 kB
Date:
13 September 2016
Downloads:
58 x
Majlis SIRIM Industri 2016 yang akan berlangsung pada 25 November 2016 di Sunway Resort Hotel & Spa, Bandar Sunway adalah majlis tahunan anjuran SIRIM yang bertujuan:

•    Memberi pengiktirafan dan publisiti kepada organisasi/syarikat yang telah berjaya memperoleh pensijilan di bawah skim-skim pensijilan SIRIM.

•    Mewujudkan kesedaran orang ramai dan pihak pengguna akan perkembangan terkini mengenai sistem-sistem Pengurusan Kualiti, Alam Sekitar, Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan, Pelabelan Eko serta Pensijilan Barangan.

•    Mengeratkan hubungan dan jaringan perniagaan di antara Kumpulan SIRIM, industri tempatan dan antarabangsa serta agensi-agensi kerajaan.

Sehubungan itu, kami dengan sukacitanya ingin menjemput organisasi/syarikat yang telah berjaya memperoleh pensijilan dari bulan Oktober hingga Disember 2015 dan Januari hingga Oktober 2016 untuk menghadiri majlis ini.
Organisasi/syarikat yang menyertai Majlis SIRIM Industri 2016 akan menerima sijil tambahan iaitu Sijil Penghargaan (Certificate of Appreciation).

Untuk keterangan lanjut mengenai tempahan meja, sila hubungi :

No    Nama                     Telefon              Emel
1. Mohd Nizam Ibrahim 03-5544 6631 mhdnizam@sirim.my
2. Nor Hafeza Osman 03-5544 6599 nhafeza@sirim.my


Bersempena dengan Majlis SIRIM Industri juga, penerbitan sisipan khas di akhbar tempatan turut dibuka kepada organisasi/syarikat yang memperoleh pensijilan bagi tempoh berkenaan.
Sekiranya berminat untuk membuat tempahan slot iklan, sila hubungi:

No    Nama                        Telefon              Emel
1. Nurazlina Ismail 03-5544 6772 nazlina@sirim.my
2. Daing Zarina Daing Mokhtar 03-5544 5021 dzarina@sirim.my


Sokongan padu yang berterusan daripada pelanggan kami amatlah hargai.
Semoga kehadiran semua akan memeriahkan lagi Majlis SIRIM Industri 2016.