Tahniah diucapkan kepada para penyelidik SIRIM di atas kejayaan di 29th International Invention, Innovation & Technology Exhibition, Malaysia (ITEX) 2018, di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada  10 – 12 Mei 2018.


SIRIM merangkul satu Anugerah Produk Inovatif Terbaik Malaysia serta tujuh Anugerah Perak untuk Produk Inovasi.

Anugerah Produk Inovatif Terbaik Malaysia:

MYRM TINT

Pembangunan terkini adalah pengenalan kepada MyRM Tint sebagai Bahan Rujukan Sah kepada industri dan agensi penguatkuasaan yang berkaitan. Dengan kemajuan ini, pendekatan ketepatan tinggi untuk tujuan penyelenggaraan (kenderaan) dalaman yang mana sesuai untuk kebanyakan meter filem penapis haba yang biasa di pasaran.

Penyelidik: Dr. Mohd Nizam Abdullah, Muhamad Zawawi Samsuddin, Mohd Khairi Khalid, Dr. Mohd Nasir Zainal Abidin

Anugerah Perak:                                                                                                

Light Alarm Triggering System (LATTE)

LATte adalah sistem berasaskan IoT yang memantau kegagalan sistem lampu jalan. Sistem ini dilengkapi kotak LATte yang mengukur arus dan voltan lampu jalan dan menghantar data ini ke cloud server dalam masa nyata secara berterusan menerusi modul gsm. Pasukan penyelenggaran akan dimaklumkan untuk mengambil tindakan selanjutnya sekiranya berlaku kegagalan  sistem lampu jalan.

Penyelidik: Dr. Mohd Nizam Abdullah, Muhamad Zawawi Samsuddin, Mohd Khairi Khalid, Dr. Mohd Nasir Zainal Abidin

Underwater Fish Attracting LED Lamp (UFAL)

Lampu LED yang dilengkapi dengan spektrum hijau ini akan mengurangkan  stres pada ikan dengan menyediakan pencahayaan persekitaran yang mencukupi untuk mencari zooplankton. Sementara itu, spektrum cahaya ini juga akan menarik zooplankton untuk berada di kawasan sekitar ikan.

Penyelidik: Noor Zalikha Mohamed Islam, Nik Mohd Azmi Nik Abdul Aziz, Ahmad Zaki Shaari, Norhidayah Abu, Khairuldin Mohd Isha, Mohd Syaifurizwan Abdul Aziz, Kashfi Ismail, Zuhana Ahmad Zubir, Wedianti Shualdi

Tukun Inovasi : Eco-Friendly Artificial Reef Material For Sustainable Marine Ecosystem

Tukun tiruan yang diperbuat daripada formulasi bahan-bahan mesra alam mempunyai struktur  dan bahan mikroliang yang menggalakkan pertumbuhan bentos di terumbu karang. Ia akan menjadi sumber makanan untuk hidupan laut dan ikan di sekeliling bagi membentuk ekosistem marin yang mampan.

Penyelidik: Nor Azmah Abdul kadir,  Rafindde Ramli, Ahmad Hafiz Abu Hassan, Mohd Rizwan Hassan, Zakwan Fasha Mohammed Shahuddin, Zulaila Abdullah

Zero – Emissions Sterilization Process For Beverages Industry

Rawatan haba produk adalah salah satu teknik utama dalam industri makanan. Pensterilan adalah proses pemanasan terkawal yang digunakan untuk menghapuskan semua mikro-organisme yang terkandung dalam jus. Menerusi aplikasi ini, jus mangga dipanaskan oleh air panas dari arus udara panas melalui proses penukaran haba.

Penyelidik:  Mohd Faisal Zulkapli, Mohd Fauzi Ismail, Maznah Abdul Majid


Bromex Bioactive From Agricultural Biomass, An Age – Defying Solution

Bromex Bioactive yang dihasilkan daripada biojisim nanas melalui proses teknologi hijau mengandungi enzim bromelain dan bahan penstabilan semula jadi. Ia terbukti selamat dan mempunyai sifat antioksidan dan anti-penuaan yang tinggi sebagai bahan aktif dalam kosmetik dan makanan kesihatan.

Penyelidik: Dr. Nurul Izza Nordin, Mazita Md Diah, Dr. Ahmad Hazri Abd Rashid, Dr. Zanariah Ujang, Suhana@Husin B. Misnan, Harmayumi Wahid, Zuliana Ahmad, Badariah Abdullah, Suzaini Badrudin, Norhafizah Mat Zan, Mohd Hafiz Abdul Ghani, Abdul Hadi Musalli


Marine Phytosome Bioactive

Bioaktif semulajadi yang melalui proses peningkatan teknologi yang dihasilkan daripada ekstrak rumpai laut mengandungi minyak botani yang diinovasi secara khusus untuk memperbaiki masalah kulit secara lebih berkesan. Hasil kajian mendedahkan Marine Phytosome Bioactive mampu memperbaiki tekstur kulit dan meremajakan kulit.

Penyelidik: Sarifah Rejab, Nurul Husna Abdullah, Thavamanithevi A/P Subramaniam, Badariah   Abdullah, Harmayumi Wahid, Faridah Rosdi, Nazriah Saad, Abdul Hadi Musalli, Mohd Hafiz Abdul Ghani, Mohd Zawawi Ramlan, Maizatul Nadiah Othman, Zuliana Ahmad, Norhafizah Mat Zan, Dahlia Daud, Dr. Nurul Izza Nordin, Mohd Firkhry Fadhly Abdul Ghani, Aidawati Mohamed Shabery, Sit Kasmarizawaty Suboh, Mazita Mohd Diah, Dr. Zanariah Ujang.

Kelulut Integrated Information System (KIIS)

KIIS merupakan peranti berasaskan IoT yang menggunakan sensor digital untuk mengukur suhu dan kelembapan sarang lebah kelulut secara automatik, berkala dan dalam masa nyata. Peranti menghantar data ini ke stesen pengumpulan data melalui Teknologi WiFi dan seterusnya ke cloud server melalui modul gsm / gprs.

Penyelidik: Dr. Noraishah Shamsuddin, Fakrul Rafidi Elias, Anita Ariffin, Rahimi Alrozi, Nor Shuhada Che Ahmad, Zuhana Ahmad Zubir