Print

20 January 2015

 

MEDIA RELEASE

 

SIRIM AND KPRJ PETROLEUM SEAL UNDERSTANDING FOR DEVELOPMENT OF PETROLEUM ONE-STOP CENTER IN PENGERANG

SHAH ALAM, 20 Jan 2015 – SIRIM Berhad, a leading organisation for industrial research and technology in Malaysia today signed a memorandum of understanding (MoU) with KPRJ Petroleum Sdn Bhd, a subsidiary of Kumpulan Prasarana Rakyat Johor for the oil and gas industry, aimed at supporting the development of a petroleum one-stop centre in Pengerang, Johor.

The MoU focuses on strategic cooperation in the field of maintenance, repair and overhaul, components and machinery as well as calibration services through the one-stop centre.

SIRIM will also conduct research and development (R&D) for solving engineering problems in the field of oil and gas in Pengerang, in addition to providing machining and foundry facilities in Rasa, Selangor, as well as providing product quality compliance services.

Activities within the scope of cooperation will commence when KPRJ Petroleum develop a petroleum engineering one-stop centre in Pengerang. Development of the one-stop centre is to support activities by Pengerang Integrated Petroleum Complex (IPC), including the Refinery and Petrochemical Integrated Development (RAPID), thus making Johor a new downstream petroleum hub and one-stop centre for oil and gas in the country.

The Memorandum of Understanding was signed by the President and Chief Executive of SIRIM Berhad, Dato’ Dr Zainal Abidin Mohd Yusof and Chief Executive Officer of KPRJ Petroleum Sdn Bhd, Encik Zulkifli Abd Rani, and witnessed by SIRIM Berhad’s Vice President of Research and Technology Innovation Division, Dr. Ir. Mohamad Jamil Sulaiman and Datuk Md. Othman Hj. Yusof, Executive Chairman of KPRJ Petroleum Sdn. Bhd at SIRIM’s headquarters here, today.

Dato’ Dr Zainal Abidin said, there are approximately 3,500 registered companies consisting of multinational companies, service companies and manufacturing companies that provide support to the oil and gas industry in Malaysia.

"The Government is committed to ensure the industry is dynamic and progressive as well as successful and sustainable, with various initiatives that covers the entire industry value chain," he said.

He said it is very important for the local oil and gas industry to obtain primary resources such as technology, capability, space and physical location, as well as skilled workforce that enables them to offer services to the upstream and downstream sectors for national and international markets.

SIRIM was also involved in engineering services activities for oil and gas, and cooperated with petrochemical companies for works in the fields of failure analysis, NDT (non-destructive testing), testing and calibration. SIRIM has also produced 'Y-T junction' components via foundry process at Rasa for use by the biggest gas factory in Malaysia.

"Under this localisation program, SIRIM looks forward to helping local industries, especially SMEs to develop skills and expertise in the manufacturing of parts and components of high value," said Dato’ Dr. Zainal Abidin.

He said, in ensuring the implementation of the new mandate entrusted upon SIRIM by the government as announced in the 2015 Budget last year, SIRIM now increases its efforts in Technology Penetration and Upgrading among Small and Medium Enterprises (SMEs) as well as the implementation of Technology Auditing.

"SIRIM is also developing mechanisms and new entities that will focus on research and development to improve product offerings amongst SMEs, create new business models that are more efficient, and also introduce new technologies to make local businesses more efficient and competitive in the global market," he said.

Chief Executive Officer of KPRJ Petroleum Sdn Bhd, Zulkifli Abd. Rani said the MoU between KPRJ Petroleum and SIRIM is an initiative to build a relationship and cooperation between the oil and gas industry and research institutions.

"The relationship between oil and gas industry is very important in ensuring the industry’s sustainable development in Malaysia, especially during the oil crisis at this time."

He also said niche technology borne from the R&D will make a difference to the oil and gas industry in the country today and the future.

He said, KPRJ Petroleum signed the MoU with SIRIM to develop strategies in the fields of R&D, new technologies that are distinctive and sustainable, management and development of human capital as well as training and refocus on petroleum services hub.

 

About KPRJ Petroleum Sdn Bhd

KPRJ Petroleum merupakan anak syarikat milik penuh Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ) sebuah organisasi GLC yang dimiliki sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Johor. Peranan utama KPRJ Petroleum adalah untuk memperkukuhkan penyertaan negeri melalui aktiviti petroleum yang berimpak tinggi di Johor dengan perkongsian strategik bersama kontraktor petroleum global dan tempatan. KPRJ Petroleum juga akan menjuarai dalam misi pembangunan dan penglibatan usahawan tempatan terutamanya usahawan Melayu dan Bumiputera di Negeri Johor melalui penglibatan projek – projek strategik minyak dan gas dan juga misi pembangunan modal insan di dalam usaha untuk menyokong wawasan untuk menjadikan Malaysia melalui Johor sebagai “Hab Petroleum Hiliran” yang baru melalui projek dan “Regional one-stop-center” atau “Pusat Bersepadu Petroleum Serantau” bagi perkhidmatan petroleum negara.

About SIRIM Berhad

A wholly-owned company of the Malaysian Government under the Minister of Finance Incorporated, SIRIM Berhad is a premier Research and Technology organisation providing timely and focused research in three flagship areas namely Energy and Environment, Medical Technology as well as Plant and Machinery. SIRIM Berhad is also the champion of Quality and has gained international recognition in Standards and Conformity Assessment, underlying its mission of “being a total solution provider in quality and technology innovations.”

 

SIRIM offers a wide range of services that are relevant to the oil and gas industry that include conceptual design, testing and calibration, training in welding, machining, failure analysis and quality systems.

In addition, SIRIM has also ventured into research and development; and new product development for the replacement or enhancement of parts and components for the upstream and downstream activities.

www.sirim.my

 

Media Contact, SIRIM Berhad :


_____________________________________________________________________________________________

20 Januari 2015

 

SIARAN MEDIA

 

SIRIM DAN KPRJ PETROLEUM METERAI PERSEFAHAMAN BAGI PEMBANGUNAN PUSAT BERSEPADU PETROLEUM SERANTAUDI PENGERANG

SHAH ALAM, 20 Jan 2015 – SIRIM Berhad, organisasi peneraju bagi penyelidikan industri dan teknologi di Malaysia hari ini memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan KPRJ Petroleum Sdn Bhd, anak syarikat Kumpulan Prasarana Rakyat Johor bagi perniagaan industri minyak dan gas, bertujuan menyokong pembangunan sebuah Pusat Bersepadu Petroleum Serantau di Pengerang, Johor.

MoU ini memberi tumpuan kepada kerjasama strategik dalam bidang perkhidmatan penyelenggaraan, pembaikan dan baikpulih, komponen dan mesin serta perkhidmatan penentukuran melalui pusat bersepadu berkenaan.

SIRIM akan turut menjalankan penyelidikan dan pembangunan (R&D) bagi menyelesaikan masalah kejuruteraan dalam bidang minyak dan gas di Pengerang, selain menyediakan kemudahan pemesinan dan faundri melalui kemudahan SIRIM di Rasa, Selangor serta menyediakan perkhidmatan pematuhan kualiti produk.

Aktiviti dalam skop kerjasama akan bermula apabila KPRJ Petroleum membangunkan projek Pusat Bersepadu Petroleum Serantau bagi kejuruteraan petroleum di Pengerang. Pembangunan pusat bersepadu ini adalah bagi menyokong aktiviti projek Pengerang Integrated Petroleum Complex (PIPC), termasuk Refinery and Petrochemical Integrated Development (RAPID), yang seterusnya menjadikan Johor sebagai hab petroleum hiliran baru dan pusat bersepadu perkhidmatan serantau minyak dan gas negara.

Memorandum Persefahaman bagi kerjasama ini telah ditandatangani oleh Presiden dan Ketua Eksekutif SIRIM Berhad, Dato’ Dr Zainal Abidin Mohd Yusof dan Ketua Pegawai Eksekutif KPRJ Petroleum Sdn Bhd, Encik Zulkifli Abd. Rani; dan disaksikan oleh Naib Presiden Bahagian Penyelidikan & Inovasi Teknologi SIRIM Berhad, Dr. Ir. Mohamad Jamil Sulaiman dan Datuk Md. Othman Hj. Yusof, Pengerusi Eksekutif KPRJ Petroleum Sdn Bhd, di ibu pejabat SIRIM di sini, hari ini.

Dato’ Dr Zainal Abidin berkata, terdapat anggaran sebanyak 3,500 syarikat berdaftar yang terdiri daripada syarikat multinasional, syarikat perkhidmatan dan syarikat pembuatan yang memberi sokongan kepada industri minyak dan gas di Malaysia.

“Kerajaan Malaysia amat komited untuk memastikan industri ini menjadi industri yang dinamik dan progresif serta berjaya dan mampan dengan pelbagai inisiatif yang merangkumi keseluruhan rantaian nilai industri,” katanya.

Beliau berkata, amat penting bagi industri minyak dan gas tempatan untuk memperoleh sumber-sumber utama seperti teknologi, keupayaan, ruang dan kedudukan fizikal serta tenaga kerja mahir yang membolehkan mereka menawarkan perkhidmatan bagi sektor-sektor huluan dan hiliran, bagi pasaran dalam negara dan antarabangsa.

SIRIM sebelum ini turut terlibat dengan aktiviti perkhidmatan kejuruteraan untuk minyak dan gas dan bekerjasama dengan syarikat berkaitan petrokimia bagi kerja-kerja dalam bidang analisis kegagalan (failure analysis), pengujian tanpa musnah (non-destructive testing), pengujian dan penentukuran (testing and calibration). SIRIM juga telah menghasilkan komponen ‘Y-T junction’ melalui proses faundri di Rasa bagi kegunaan sebuah kilang gas terbesar di Malaysia.

“Melalui program lokalisasi ini, SIRIM berharap dapat membantu industri tempatan, terutama IKS untuk membina kemahiran dan kepakaran dalam pembuatan alat ganti dan komponen yang bernilai tinggi,” kata Dato’ Dr. Zainal Abidin.

Katanya, dalam memastikan pelaksanaan mandat baru yang diamanahkan kepada SIRIM oleh kerajaan seperti yang diumumkan pada pembentangan Bajet 2015 yang lepas, SIRIM kini meningkatkan usaha-usaha Penembusan dan Peningkatan Teknologi di kalangan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) serta pelaksanaan Pengauditan Teknologi.

“SIRIM juga sedang membangunkan mekanisme dan entiti baru yang akan memberi tumpuan kepada penyelidikan dan pembangunan untuk meningkatkan penawaran produk dalam kalangan PKS, mewujudkan model-model perniagaan yang baru yang lebih berkesan, serta memperkenalkan teknologi baru bagi menjadikan syarikat perniagaan tempatan lebih cekap dan berdaya saing di pasaran global,” katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif KPRJ Petroleum Sdn Bhd, Encik Zulkifli Abd. Rani berkata MoU di antara KPRJ Petroleum dan SIRIM merupakan satu inisiatif untuk membina hubungan dan kerjasama di antara industri minyak dan gas dengan institusi penyelidikan.

“Hubungan di antara industri minyak dan gas adalah sangat penting dalam memastikan pembangunan mampan industri ini di Malaysia, terutamanya ketika krisis kejatuhan minyak pada masa ini.”

Beliau juga berkata teknologi khusus yang lahir daripada R&D akan memberi perbezaan kepada industri minyak dan gas negara pada hari ini dan akan datang.

Katanya, KPRJ Petroleum menandatangani MoU dengan SIRIM antaranya adalah bagi menyusun strategi dalam bidang R&D, teknologi baru yang tersendiri dan mampan, pengurusan dan pembangunan modal insan serta latihan dan tumpuan semula kepada hub perkhidmatan petroleum.

###

Mengenai KPRJ Petroleum Sdn Bhd

 

KPRJ Petroleum merupakan anak syarikat milik penuh Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ) sebuah organisasi GLC yang dimiliki sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Johor. Peranan utama KPRJ Petroleum adalah untuk memperkukuhkan penyertaan negeri melalui aktiviti petroliam yang berimpak tinggi di Johor dengan perkongsian strategik bersama kontraktor petroleum global dan tempatan. KPRJ Petroleum juga akan menjuarai dalam misi pembangunan dan penglibatan usahawan tempatan terutamanya usahawan Melayu dan Bumiputera di Negeri Johor melalui penglibatan projek – projek strategik minyak dan gas dan juga misi pembangunan modal insan di dalam usaha untuk menyokong wawasan untuk menjadikan Malaysia melalui Johor sebagai “Hab Petroleum Hiliran” yang baru melalui projek dan “Regional one-stop-center” atau “Pusat Bersepadu Petroleum Serantau” bagi perkhidmatan petroleum negara.

Mengenai SIRIM Berhad

Sebuah syarikat milik penuh Kerajaan Malaysia di bawah Menteri Kewangan Diperbadankan, SIRIM Berhad adalah organisasi Penyelidikan dan Teknologi yang utama, yang melaksanakan penyelidikan dan teknologi berdasarkan kepada tiga teras iaitu Tenaga dan Alam Sekitar, Teknologi Perubatan, serta Loji dan Mesin. SIRIM Berhad juga adalah peneraju Kualiti dan telah menerima pengiktirafan antarabangsa bagi Standard dan Penilaian Pematuhan, selaras dengan misinya untuk "menjadi penyedia penyelesaian menyeluruh dalam kualiti dan inovasi teknologi.“

Bagi sektor minyak dan gas, SIRIM menawarkan perkhidmatan termasuklah reka bentuk konsep, pengujian dan kalibrasi, latihan dalam kimpalan, pemesinan, analisis kegagalan dan sistem kualiti. SIRIM turut menceburi bidang R&D, pembangunan produk baru bagi penggantian atau peningkatan bahagian dan komponen bagi aktiviti huluan dan hiliran. www.sirim.my

 

Perhubungan Media:

Ruhil Amani Zainal Abidin, Tel: 603 5544 6770 / 013-2010402 e-mel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Daing Zarina Daing Mokhtar, Tel : 603 5544 5021 / 019-6555244 e-mel:This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.