Print

18 February 2015

 
PRESS RELEASE

 

SEAWEED-BASED SKIN CARE RANGE AMONG THREE GOLD AWARD WINNERS FOR SIRIM AT MTE 2015

SIRIM wins three gold, one silver and one bronze, as well as two special awards


SHAH ALAM, 18 February – ‘Seaweed Based Bio Actives Cosmeceutical’, a natural bioactive derived from seaweed for skin nutrient, skin lightening and UV protection has won the judges heart for a Gold Award and Special Compliment from Juryduring the Malaysia Technology Expo (MTE) 2015, held from 12 – 14 February 2015.

The research led by SIRIM’s Head of Cosmetics and Natural Product Section, Sarifah Rejab, studied the potential of a seaweed species known as Kappaphycus alvarezii from Semporna, Sabah as an alternative source for natural based active ingredients as well as for a complete skincare regime that is safe and effective.

The findings of the research are beneficial to the cosmetic industry and end-users and are also significant to the seaweed industrial chain.

Other project members are Thavamanithevi Subramaniam, Mazita Mohd. Diah, Badariah Abdullah, Harmayumi Wahid, Aidawati Mohd Shabery, Faridah Rosdi, Dahlia Daud, Nazriah Saad,  Siti Kasmarizawaty Suboh, Mohd Hafiz Abdul Ghani dan Dr. Mazuki Hashim (Department of Fishery).

Gold Award was also won by a research project entitled “Wireless Optical Bio Sensor Reader for Ammonium Detection”, which enables a rapid detection and measurement of ammonium at sites. The result from the reader can be displayed through Android-based smartphone. The energy saving biosensor is useful to aquaculture industry, chemists, researchers and aquarium hobbyist.

The project was led by Dr Noraishah Shamsuddin, Principal Engineer from SIRIM’s System Design Centre with seven other team members namely Nur Ellina Azmi, Dr Saharudin Hamzah, Fakrul Rafidi Elias, Mohd Amin Said, Rahimi Alrozi, Hamidah Sidek and Samsulida Abdul Rahman.

The wireless and portable biosensor reader uses glutamate dehydrogenase (GLDH) and Diaphorase (Dph) enzyme as biosensor that responses to the presence of ammonium upon exposure to light.

Another research project that won the Gold Award is ‘Fabrication Of Hollow Ceramic Product By Advanced Technique of Integrated Slip Rotary Moulding’.
The project which was also awarded with the Highest Standard of Excellence Presented Valuable Invention Entitled from INNOPA, was led by SIRIM’s Researcher, from Advanced Materials Research Centre Abdul Rahim Mahamad Sahab, with eight other project members namely Muhamad Moza Muhamad Mohtar, Ahmad Sabata Satar, Azlin Hamidi, Doll Said Ngah, Dr Teng Wan Dung, Yaakob Abdullah, Rafindde Ramli and Zulaila Abdullah. Two other team members Nor Hayati Saad and Farrahshaida Mohd Salleh are from the Facultly of Mechanical Engineering, UiTM Shah Alam,

The Integrated Slip Rotary Molding is similar to a polymer rotary molding technique that produces cups, teapots and other hollow tableware. The use of ceramic material in a form of ceramic dust formulation or known as ceramic slip, is another method of producing quality tableware products.

The final hollow product uses 100 percent of the amount of ceramic slip that goes inside the mould hence it is helpful in reducing waste generation of plaster mould with limited number of usage.

Other awards won by SIRIM research projects are:

Silver Award:

Bronze Award:

 

###

 

About SIRIM Berhad

A wholly-owned company of the Malaysian Government under the Minister of Finance Incorporated, SIRIM Berhad is a premier Research and Technology organisation providing timely and focused research in three flagship areas namely Energy and Environment, Medical Technology as well as Plant and Machinery. SIRIM Berhad is also the champion of Quality and has gained international recognition in Standards and Conformity Assessment, underlying its mission of “being a total solution provider in quality and technology innovations.”

 

****

18 Februari 2015

SIARAN MEDIA

RANGKAIAN PENJAGAAN KULIT BERASASKAN RUMPAI LAUT ANTARA TIGA ANUGERAH EMAS BAGI SIRIM DI MTE 2015
SIRIM menang tiga emas, satu perak dan satu gangsa, serta dua anugerah khas

 

SHAH ALAM, 18 Februari - ‘Seaweed Based Bio Actives Cosmeceutical’, atau kosmeseutikal bio-aktif berasaskan rumpai laut yang membekalkan nutrisi kepada kulit, membantu pencerahan kulit serta mempunyai perlindungan UV merangkul Anugerah Emas dan Anugerah Khas Juri di Ekspo Teknologi Malaysia (MTE ) 2015 yang diadakan pada 12-14 Februari 2015.

Penyelidikan yang diketuai oleh Ketua Seksyen Kosmetik dan Produk Semulajadi, Sarifah Rejab mengkaji potensi spesies rumpai laut yang dikenali sebagai Kappaphycus alvarezii dari Semporna, Sabah sebagai sumber alternatif bagi bahan-bahan aktif semulajadi dan juga rangkaian penjagaan kulit yang lengkap, selamat dan berkesan.

Hasil penyelidikan ini bermanfaat kepada industri dan pengguna kosmetik serta memberi kesan langsung kepada rantaian industri rumpai laut.

Ahli pasukan yang turut terlibat dalam projek ini adalah Thavamanithevi a/p Subramaniam, Mazita Mohd. Diah, Badariah Abdullah, Harmayumi Wahid, Aidawati Mohd Shabery, Faridah Rosdi, Dahlia Daud, Nazriah Saad,  Siti Kasmarizawaty Suboh, Mohd Hafiz Abdul Ghani dan Dr. Mazuki Hashim (Jabatan Perikanan).

Anugerah Emas juga turut dimenangi oleh projek penyelidikan yang bertajuk “Wireless Optical Bio Sensor Reader for Ammonium Detection” (Pembaca sensor bio optik tanpa wayar bagi mengesan ammonium), membolehkan pengguna mengesan dan mengukur kadar ammonium di tapak lokasi yang dipantau, dengan cepat. Bacaan kedapatan ukuran akan dipaparkan melalui telefon pintar yang berasaskan Android. Biosensor yang jimat tenaga ini bermanfaat kepada industri akuakultur, ahli kimia, penyelidik dan peminat hidupan akuarium.

Projek ini diketuai oleh Jurutera Utama dari Pusat Reka bentuk Sistem SIRIM, Dr Noraishah Shamsuddin bersama tujuh lagi ahli pasukan iaitu Nur Ellina Azmi, Dr Saharudin Hamzah, Fakrul Rafidi Elias, Mohd Amin Said, Rahimi Alrozi, Hamidah Sidek dan Samsulida Abdul Rahman.

Biosensor tanpa wayar dan mudah alih ini menggunakan enzim glutamate dehydrogenase (GLDH) dan Diaphorase (Dph) sebagai biosensor yang bertindakbalas kepada kehadiran ammonium apabila terdedah kepada cahaya.

Satu lagi projek penyelidikan SIRIM yang memenangi Anugerah Emas adalah '‘Fabrication of Hollow Ceramic Product by Advanced Technique of Integrated Slip Rotary Moulding”(Fabrikasi produk seramik menggunakan teknik acuan slip berputar bersepadu yang termaju).

Projek yang turut menerima anugerah dari INNOPA iaitu “Highest Standard of Excellence Presented Valuable Invention Entitled”, telah diketuai oleh Penyelidik dari Pusat Penyelidikan Bahan Termaju SIRIM, Abdul Rahim Mahamad Sahab dengan lapan orang ahli pasukan iaitu Muhamad Moza Muhamad Mohtar, Ahmad Sabata Satar, Azlin Hamidi, Doll Said Ngah, Dr Teng Wan Dung, Yaakob Abdullah, Rafindde Ramli dan Zulaila Abdullah. Dua lagi ahli pasukan ini iaitu Nor Hayati Saad dan Farrahshaida Mohd Salleh adalah dari Fakulti Kejuruteraan Mekanikal, UiTM Shah Alam.

Acuan slip berputar bersepadu menyerupai teknik acuan polimer untuk menghasilkan cawan, teko dan pinggan mangkuk berongga. Penggunaan bahan seramik dalam bentuk formulasi debu seramik atau dikenali sebagai slip seramik, adalah satu lagi kaedah menghasilkan produk pinggan mangkuk berkualiti.

Hasil akhir produk berongga ini menggunakan menggunakan 100peratus slipseramikyang dimasukkan ke dalam acuan berkenaan, secara tidak langsung ia dapat membantumengurangkansisaacuanplaster yang terhad penggunaannya.

Anugerah lain yang dimenangi oleh projek penyelidikan SIRIM adalah:

Anugerah Perak:

Anugerah Gangsa

 

###

 

Mengenai SIRIM Berhad

Sebuah syarikat milik penuh Kerajaan Malaysia di bawah Menteri Kewangan Diperbadankan, SIRIM Berhad adalah organisasi Penyelidikan dan Teknologi yang utama, yang melaksanakan penyelidikan dan teknologi berdasarkan kepada tiga teras iaitu Tenaga dan Alam Sekitar, Teknologi Perubatan, serta Loji dan Mesin. SIRIM Berhad juga adalah peneraju Kualiti dan telah menerima pengiktirafan antarabangsa bagi Standard dan Penilaian Pematuhan, selaras dengan misinya untuk "menjadi penyedia penyelesaian menyeluruh dalam kualiti dan inovasi teknologi.“ www.sirim.my

 

Dikeluarkan Oleh    : Jabatan Hal Ehwal Korporat Kumpulan, SIRIM Berhad                  

Perhubungan Media: