Print

10 March 2015

        

 
PRESS RELEASE

 

NATIONAL LIFE CYCLE INVENTORY DATABASE (MY-LCID) ESTABLISHED TO EVALUATE PRODUCTS AND SERVICES LIFECYCLE IMPACTS

PUTRAJAYA, 10 March – The greenness or life cycle impact of industrial production and manufacturing process can be measured with the establishment of the National Life-Cycle Inventory Database (MY-LICD), a Life-Cycle Assessment (LCA) database.

 This is one of the Malaysian Government’s efforts towards sustainable development which include promotion of environmentally sound technologies and adoption of self-regulatory measures.

The web-based MY-LCID which was mandated to SIRIM Berhad, an agency under the Ministry of Science, Technology and Innovation (MOSTI), also helped in the development of human capital to conduct LCA.

The LCA outputs are being used to improve product design such as eco-design, improve production processes, and improve end-of-life management of products ultimately leading to improved environmental performance of products and services for the domestic and export market.

Minister of Science, Technology and Innovation, Datuk Dr Ewon Ebin said the Government of Malaysia has provided further support to the propagation of LCA in the country, through the setting up of the SIRIM’s Eco-Industrial Design Centre in Bukit Jalil, Kuala Lumpur that has among its focus, the propagation of eco-design.

“Under the Ninth Malaysia Plan (2006-2010) SIRIM was mandated to develop the LCA Database that will enable industries to assess the life cycle impacts of their production and manufacturing process and eventually lead to the promotion of environmentally sound technologies and adoption of self-regulatory measures,” he said.

“The Economic Planning Unit under the Prime Minister’s Department has taken cognizance of the relevance of LCA across several Ministries in the Government, which will play the coordination role as the lead Government agency during the coming meetings of this Forum. EPU is also the National Focal Point for the EU-funded SWITCHAsia Programme on SCP Policy Support,” Datuk Dr. Ewon said.

The minister was speaking at the opening of the 4th Meeting of International Forum on Life Cycle Assessment (LCA) here. The forum, co-organised by MOSTI, SIRIM Berhad and United Nation Environment Programme (UNEP) and held from 9 – 12 March 2015, brings together about 20 experts namely from Australia, China, India, Japan, Thailand, Italy, France, Sweden, Brazil United States, Switzerland, the Netherlands, representatives from European Commission and UNEP for technical discussion on Global Network of Interoperable LCA Databases, and a dialogue with related ministries of the Malaysian Government on LCA in Policy.

Also present at the event were Dato’ Sri Dr. Noorul Ainur Mohd Nur, Secretary General of Ministry of Science, Technology and Innovation; Dato’ Dr Zainal Abidin Mohd Yusof, President and Chief Executive of SIRIM Berhad; and Ms. Elisa Tonda,Head of Responsible Industry and Value Chain Unit, UNEPDivision of Technology, Industry and Economics.

SIRIM Berhad’s President and Chief Executive Dato’ Dr Zainal Abidin in his welcoming speech said that SIRIM’s involvement in LCA has started since 2001, when SIRIM was invited by the LCA Centre of AIST JAPAN to join the ASEAN LCA project.

“In 2006 to 2010 SIRIM embarked on the National LCA Project in supporting the Government’s mandate to establish our national life cycle inventory database,” he said.

“We hope that the outcome of this week long meeting will strengthen the ability of Malaysia to be at par, if not better with other international countries with sustainable policies that protect and uphold the country and its industry, to rise up to the global challenges, maintain competitiveness and ultimately improve the sustainability and quality of our life,” he added.

The four-day workshop, the LCA Policy Workshops and LCA Agri-Food Asia Annual Regional Workshops, enables policy makers, businesses, NGOs, technical experts, academicians and resource person to gain suitable knowledge-sharing in facing the global initiatives and trends as well as strengthen the country’s sustainable policies through the workshops and knowledge from participating countries’ success stories.

(MY-LCID informationcan be accessed via http://lcamalaysia.sirim.my/mylcid.asp)

###

About SIRIM Berhad

A wholly-owned company of the Malaysian Government under the Minister of Finance Incorporated, SIRIM Berhad is a premier Research and Technology organisation providing timely and focused research in three flagship areas namely Energy and Environment, Medical Technology as well as Plant and Machinery. SIRIM Berhad is also the champion of Quality and has gained international recognition in Standards and Conformity Assessment, underlying its mission of “being a total solution provider in quality and technology innovations.”

Media Contact:

__________________________________________________________________________________

10 March 2015



SIARAN MEDIA

PENGKALAN DATA INVENTORI KITARAN HAYAT KEBANGSAAN (MY-LCID) DIBANGUNKAN BAGI MENILAI KESAN KITARAN HAYAT PRODUK DAN PERKHIDMATAN

PUTRAJAYA, 10 Mac – Kesan hijau atau kitaran hidup akibat daripada aktiviti pengeluaran perindustrian dan proses pembuatan kini boleh diukur dengan penubuhan National Life-Cycle Inventory Database(MY-LCID) atau Pengkalan Data Inventori Kitaran Hayat Kebangsaan, iaitu satu pengkalan data Penilaian Kitaran Hayat (LCA) atau Life-Cycle Assessment.

MY-LCID adalah satu daripada usaha kerajaan Malaysia ke arah pembangunan lestari yang meliputi penggalakan teknologi mesra alam dan penggunaan langkah-langkah kawal selia kendiri.

MY-LCID yang berasaskan web ini yang dibangunkan oleh SIRIM Berhad, sebuah agensi di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), turut membantu dalam pembangunan modal insan untuk pelaksanaan LCA.

Hasil LCA digunakan untuk menambah baik reka bentuk produk seperti reka bentuk eko, menambah baik proses pengeluaran, dan pengurusan produk akhir ke arah prestasi alam sekitar yang lebih baik dalam penyediaan produk dan perkhidmatan bagi pasaran tempatan dan eksport.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr Ewon Ebin berkata kerajaan Malaysia menyokong usaha meningkatkan kesedaran terhadap LCA di negara ini, melalui penubuhan Pusat Rekabentuk Perindustrian Eko SIRIM di Bukit Jalil, Kuala Lumpur yang antara lain memberi tumpuan kepada galakan penggunaan reka bentuk-eko.

"Di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (2006-2010) SIRIM telah diberi mandat untuk membangunkan pengkalan data LCA yang akan membolehkan industri untuk menilai impak kitaran hayat proses pengeluaran dan pengilangan seterusnya mengalakkan penggunaan teknologi mesra alam dan pemakaian peraturan kendiri," katanya.

"Unit Perancang Ekonomi (EPU) di Jabatan Perdana Menteri turut mengambil maklum berhubung kepentingan LCA di beberapa kementerian, dan akan menjadi penyelaras bagi pihak Kerajaan dalam mesyuarat yang akan datang. EPU juga merupakan pusat fokal kebangsaan bagi Program SWITCHAsia mengenai Sokongan Dasar SCP yang dibiayai oleh Kesatuan Eropah," kata Datuk Dr. Ewon.

Menteri berkenaan bercakap pada majlis pembukaan Mesyuarat ke-4 Forum Antarabangsa mengenai Penilaian Kitar Hayat (LCA) di sini. Forum yang dianjurkan bersama oleh Program Alam Sekitar Bangsa-Bangsa Bersatu (United Nation Environment Programme - UNEP), MOSTI dan SIRIM Berhad yang diadakan dari 9-12 Mac 2015, mengumpulkan 20 orang pakar iaitu dari Australia, China, India, Jepun, Thailand, Itali, Perancis, Sweden, Brazil, Amerika Syarikat, Switzerland, Belanda, serta wakil dari Suruhanjaya Eropah dan UNEP. Forum ini memberi tumpuan kepada perbincangan teknikal bagi Rangkaian Global pengkalan data ‘Interoperable LCA’, dan dialog “LCA dalam Dasar” (LCA in Policy) bersama kementerian-kementerian yang berkaitan.

Turut hadir pada majlis berkenaan ialah Dato' Sri Dr Noorul Ainur Mohd Nur, Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi; Dato' Dr Zainal Abidin Mohd Yusof, Presiden dan Ketua Eksekutif SIRIM Berhad; dan Cik Elisa Tonda, Ketua Unit Industri Bertanggungjawab dan Rantaian Nilai, Bahagian Teknologi, Industri dan Ekonomi UNEP.

Presiden dan Ketua Eksekutif SIRIM Berhad, Dato' Dr Zainal Abidin dalam ucapannya berkata bahawa penglibatan SIRIM dalam LCA telah bermula sejak 2001, apabila SIRIM telah dijemput oleh Pusat LCA dari AIST JEPUN untuk menyertai projek LCA ASEAN.

"Pada 2006-2010 SIRIM telah memulakan Projek LCA Kebangsaan dalam menyokong mandat Kerajaan untuk mewujudkan pangkalan data inventori kitaran hidup kebangsaan," katanya.

"Kami berharap keputusan mesyuarat sepanjang minggu ini akan mengukuhkan keupayaan Malaysia agar setanding, atau lebih baik dengan negara-negara antarabangsa lain dengan dasar mampan yang melindungi dan mempertahankan negara dan industri, untuk bangkit menghadapi cabaran global, mengekalkan daya saing dan akhirnya meningkatkan kemampanan dan kualiti hidup kita," katanya.

Bengkel empat hari bagi Bengkel Dasar LCA dan Bengkel Tahunan Agri-Makanan Serantau Asia LCA, membolehkan pembuat dasar, peniaga, NGO, pakar-pakar teknikal, ahli-ahli akademik dan penyumbang sumber untuk mendapatkan pengetahuan melalui perkongsian dalam menghadapi inisiatif global dan trend serta mengukuhkan dasar mampan di negara ini melalui bengkel dan pengetahuan melalui perkongsian kejayaan negara-negara peserta.

(Maklumat MY-LCID boleh diakses melalui http://lcamalaysia.sirim.my/mylcid.asp

Mengenai SIRIM Berhad

Sebuah syarikat milik penuh Kerajaan Malaysia di bawah Menteri Kewangan Diperbadankan, SIRIM Berhad adalah organisasi Penyelidikan dan Teknologi yang utama, yang melaksanakan penyelidikan dan teknologi berdasarkan kepada tiga teras iaitu Tenaga dan Alam Sekitar, Teknologi Perubatan, serta Loji dan Mesin. SIRIM Berhad juga adalah peneraju Kualiti dan telah menerima pengiktirafan antarabangsa bagi Standard dan Penilaian Pematuhan, selaras dengan misinya untuk "menjadi penyedia penyelesaian menyeluruh dalam kualiti dan inovasi teknologi.“ www.sirim.my

 

Dikeluarkan Oleh    : Jabatan Hal Ehwal Korporat Kumpulan, SIRIM Berhad                  

Perhubungan Media: