Print

27 March 2015

 

PRESS RELEASE

RE-APPOINTMENT OF PRESIDENT AND CHIEF EXECUTIVE OF SIRIM BERHAD

SHAH ALAM, 27 March: Dato’ Dr. Zainal Abidin Mohd Yusof’s tenure as the President and Chief Executive of SIRIM Berhad has been extended by another two years, effective 1 February 2015.

Dr. Zainal Abidin, 58, will be helming SIRIM, an agency under the Ministry of Science, Technology and Innovations until 31 January 2017 following his re-appointment by the Minister of Finance Incorporated. The biotechnology expert has been SIRIM’s President and Chief Executive since 1 February 2012.

Born in Jelebu, Negeri Sembilan, his career in SIRIM started in 1981 as a Research Officer. Dr Zainal Abidin’s expertise in biotechnology research contributes to SIRIM’s offering of a comprehensive service on product formulation, safety evaluation, packaging design, pilot scale production, plant design and commercial scale production for the industry.

In 2013, he has introduced a five-year SIRIM Transformation Programme, a move to rejuvenate the 40 year old research, technology and quality organisation in ensuring SIRIM is in pace with Malaysia’s rapidly changing economy.

 

###

 

About SIRIM Berhad

A wholly-owned company of the Malaysian Government under the Minister of Finance Incorporated, SIRIM Berhad is a premier Research and Technology organisation providing timely and focused research in three flagship areas namely Energy and Environment, Medical Technology as well as Plant and Machinery. SIRIM Berhad is also the champion of Quality and has gained international recognition in Standards and Conformity Assessment, underlying its mission of “being a total solution provider in quality and technology innovations.”

 

 

Media Contact, SIRIM Berhad :


_____________________________________________________________


27 Mac 2015

 

SIARAN MEDIA

PERLANTIKAN SEMULA PRESIDEN DAN KETUA EKSEKUTIF SIRIM

SHAH ALAM, 27 Mac: Tempoh perkhidmatan Dato’ Dr Zainal Abidin Mohd Yusof sebagai Presiden dan Ketua Eksekutif SIRIM Berhad telah dilanjutkan selama dua tahun bermula 1 Februari 2015.

Dr Zainal Abidin, 58, akan menerajui SIRIM sehingga 31 Januari 2017 berikutan pelantikan semula oleh Menteri Kewangan Diperbadankan. Pakar bioteknologi ini telah menerajui SIRIM, sebuah agensi di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, sejak 1 Februari 2012.

Dilahirkan di Jelebu, Negeri Sembilan, kerjaya beliau di SIRIM telah bermula pada tahun 1981 sebagai Pegawai Penyelidik. Kepakaran beliau dalam penyelidikan bioteknologi telah menyumbang kepada perkhidmatan SIRIM yang komprehensif dalam bidang formulasi produk, penilaian keselamatan, rekabentuk pembungkusan, pengeluaran skala perintis, rekabentuk kilang dan pengeluaran berskala komersil bagi industri.

Pada tahun 2013, beliau telah memperkenalkan Program Transformasi SIRIM, sebuah pelan lima tahun bagi menggiatkan organisasi penyelidikan, teknologi dan kualiti yang telah berusia 40 tahun ini agar selari dengan perubahan ekonomi Malaysia yang pesat membangun.


###

 

Mengenai SIRIM Berhad

Sebuah syarikat milik penuh Kerajaan Malaysia di bawah Menteri Kewangan Diperbadankan, SIRIM Berhad adalah organisasi Penyelidikan dan Teknologi yang utama, yang melaksanakan penyelidikan dan teknologi berdasarkan kepada tiga teras iaitu Tenaga dan Alam Sekitar, Teknologi Perubatan, serta Loji dan Mesin. SIRIM Berhad juga adalah peneraju Kualiti dan telah menerima pengiktirafan antarabangsa bagi Standard dan Penilaian Pematuhan, selaras dengan misinya untuk "menjadi penyedia penyelesaian menyeluruh dalam kualiti dan inovasi teknologi.“ www.sirim.my

 

Perhubungan Media: