PRESS RELEASE

SIRIM APPOINTS THREE NEW DIRECTORS

SHAH ALAM, 22 July 2015: SIRIM Berhad has appointed Datuk Mohd Nasir Ahmad, Dato', Dr. Ir. Andy Seo Kian Haw and Mr Saji Raghavan as members of its Board of Directors with effect from 1 July 2015.

The three new directors have vast corporate experiences between them in the fields of finance and accounting as well as engineering which will further strengthen SIRIM’s position in quality and technology innovation.

Datuk Mohd Nasir Ahmad, 61, is an Independent Non-Executive Director and Chairman of Audit Committee of MIMOS Berhad, Bina Darulaman Berhad, Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad and SME Bank. He also serves as the Chairman of UKM Holdings Sdn Bhd, a member of the Board for Universiti Kebangsaan Malaysia, the Board of Trustee of Yayasan Canselor UNITEN, the Listing Committee of Bursa Malaysia and an Adjunct Professor for College of Business with Universiti Utara Malaysia.

The Master of Business Administration (Finance) holder from Universiti Kebangsaan Malaysia capabilities are also recognised internationally as he currently serves as a Fellow of the Association of Chartered Certified Accountants (United Kingdom).

Dato’ Dr. Ir. Andy Seo Kian Haw, 58, is a Registered Professional Engineer in Mechanical Engineering and an ASEAN Chartered Professional Engineer. He is the Vice President of the Federation of Malaysian Manufacturers and the Vice President of the Institution of Engineers Malaysia.

Apart from strong engineering background, he also holds a Master in Business Administration majoring in General Management from the University of Hull, UK, and had attended various strategic management courses to strengthen his knowledge.

He is currently the Executive Chairman of Alphaprima Engineering Sdn Bhd, Director of Seremban Engineering Berhad and Director of UH Global Education (Asia Pacific) Sdn. Bhd. He also sits on important positions in the local and international organisations and associations namely SMECORP Malaysia, ASEAN Engineering Register, Asean Federation of Engineering Associations, European Union-Malaysia Chamber of Commerce & Industry, Associated Chinese Chamber of Commerce & Industry of Malaysia, National Skill Development Council, Malaysian Steel Council, MITI and has been appointed as a member of PEMUDAH.

Mr. Saji Raghavan, 52, is Rolls-Royce’ Country Director for Malaysia and Brunei. He also sits on the National Energy Consultative Panel, the Energy Council of Malaysia committee, Powergen Asia Advisory Board and the APEC’s Policy Partnership on Science, Technology and Innovation committee.  

He had earlier held various senior management positions during his 22 years with global power generation, grid and rail solutions company Alstom; and various local and regional positions which include Country President – Malaysia and Philippines. He had also served in companies which include ABB Power Generation Sdn Bhd (later known as ABB Alstom Power Asia Pacific Sdn Bhd and then known as ALSTOM Power Asic Pacific Sdn Bhd), Viking Engineering Sdn Bhd and Viking Dubai, UAE.

He obtained his Mechanical Engineering Honours degree from Universiti Teknologi Malaysia and Masters in Business Administration from Ohio University.

The newly appointed Directors join Tan Sri Dr. Ir. Ahmad Tajuddin Ali, FASc who was appointed as the new SIRIM Berhad Chairman in May 2015, and five other existing Directors namely Dato' Dr. Zainal Abidin Mohd Yusof (President and Chief Executive, SIRIM Berhad), Prof. Emeritus Tan Sri Dato' Dr. Mohamed Salleh Mohamed Yasin, Datuk (Dr.) Ir. Abdul Rahim Hashim, Dato’ Dr. Mohd Azhar Yahaya and Puan Khalimatun Saadiah Mohd Khalid.

 

###

 

About SIRIM Berhad

A wholly-owned company of the Malaysian Government under the Minister of Finance Incorporated, SIRIM Berhad is a premier Research and Technology organisation providing timely and focused research in three flagship areas namely Energy and Environment, Medical Technology as well as Plant and Machinery. SIRIM Berhad is also the champion of Quality and has gained international recognition in Standards and Conformity Assessment, underlying its mission of “being a total solution provider in quality and technology innovations.”

Media Contact, SIRIM Berhad :

  • Ruhil Amani Zainal Abidin, Tel : 03 55446770 / 013 2010402 or e-mail: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
  • Daing Zarina Daing Mokhtar, Tel : 03 5544 5021 / 019 6555 244 or e-mail: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

 __________________________________________________________________________

SIARAN MEDIA

SIRIM LANTIK TIGA AHLI LEMBAGA PENGARAH BARU

SHAH ALAM 22 Julai 2015: SIRIM Berhad telah melantik Datuk Mohd Nasir Ahmad, Dato', Dr. Ir. Andy Seo Kian Haw dan Encik Saji Raghavan sebagai Ahli Lembaga Pengarahnya yang baru berkuatkuasa 1 Julai 2015.

Ketiga-tiga Ahli Lembaga Pengarah ini mempunyai pengalaman korporat yang luas merangkumi bidang kewangan dan perakaunan serta kejuruteraan yang dapat mengukuhkan lagi kedudukan SIRIM sebagai peneraju kualiti dan inovasi teknologi

Datuk Mohd Nasir Ahmad, 61, merupakan Pengarah Bukan Eksekutif Bebas dan Pengerusi bagi Jawatankuasa Audit MIMOS Berhad, Bina Darulaman Berhad, Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad dan SME Bank. Beliau juga merupakan Pengerusi UKM Holdings Sdn Bhd, Ahli Lembaga Pengarah Universiti Kebangsaan Malaysia, Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Canselor UNITEN, Jawatankuasa Penyenaraian Bursa Saham Malaysia, Profesor Adjung Kolej Perniagaan Universiti Utara Malaysia.

Keupayaan pemegang Sarjana Pengurusan Perniagaan (Kewangan) dari Universiti Kebangsaan Malaysia ini turut diiktiraf di peringkat antarabangsa dengan kedudukan beliau sebagai Fellow Persatuan Akauntan Bertauliah (United Kingdom).

Dato’ Dr. Ir. Andy Seo Kian Haw, 58, merupakan Jurutera Profesional Berdaftar bagi Kejuruteraan Mekanikal dan juga Jurutera Profesional Bertauliah ASEAN. Beliau juga merupakan Naib Presiden Persatuan Pengilang-Pengilang Persekutuan dan Naib Presiden Institut Jurutera Malaysia.

Selain daripada latar belakang yang kukuh dalam bidang kejuruteraan, beliau juga memiliki Sarjana Pengurusan Perniagaan dengan pengkhususan dalam bidang Pengurusan Am dari University of Hull, UK, dan telah menghadiri pelbagai kursus pengurusan strategik bagi memantapkan lagi pengetahuan beliau.

Beliau pada masa ini merupakan Pengerusi Eksekutif Alphaprima Engineering Sdn Bhd, Pengarah Seremban Engineering Berhad dan Pengarah UH Global Education (Asia Pacific) Sdn. Bhd. Beliau juga adalah anggota penting bagi organisasi dan persatuan dalam dan luar Negara seperti SMECORP Malaysia, Daftar Kejuruteraan ASEAN, Persekutuan Persatuan Kejuruteraan ASEAN, Dewan Perniagaan dan Industri Kesatuan Eropah-Malaysia, Gabungan Dewan Perniagaan dan Industri Cina Malaysia, Majlis Pembangunan Kemahiran Kebangsaan, Malaysian Steel Council, MITI serta telah dilantik sebagai ahli PEMUDAH.

Encik Saji Raghavan, 52, adalah Pengarah Rolls-Royce Malaysia dan Brunei. Beliau juga merupakan Panel Penasihal Tenaga Negara, Ahli jawatankuasa Majlis Tenaga, Lembaga Penasihat Powergen Asia dan Ahli jawatankuasa Perkongsian Dasar APEC bagi Sains, Teknologi dan Inovasi.

Beliau pernah menjawat pelbagai jawatan pengurusan kanan sepanjang 22 tahun perkhidmatan dalam penjanaan kuasa global, syarikat penyelesaian grid dan kereta api Alstom, dan pelbagai jawatan tempatan dan serantau termasuk Presiden bagi syarikat di Malaysia dan Filipina. Beliau juga pernah berkhidmat bersama ABB Power Generation Sdn Bhd (kemudian dikenali sebagai ABB Alstom Power Asia Pacific Sdn Bhd dan terbaru ALSTOM Power Asia Pacific Sdn Bhd), Viking Engineering Sdn Bhd dan Viking Dubai, UAE.

Beliau merupakan pemegang Sarjana Muda Kepujian Kejuruteraan Mekanikal daripada Universiti Teknologi Malaysia serta Sarjana Pengurusan Perniagaan dari Universiti Ohio.

Ahli Lembaga Pengarah yang baru dilantik ini menyertai Tan Sri Dr. Ir. Ahmad Tajuddin Ali, FASc yang baru dilantik sebagai Pengerusi SIRIM Berhad pada 20 Mei 2015 yang lalu, serta lima lagi Ahli Lembaga Pengarah sedia ada iaitu Dato' Dr. Zainal Abidin Mohd Yusof (Presiden danKetua Eksekutif), Prof. Emeritus Tan Sri Dato' Dr. Mohamed Salleh Mohamed Yasin, Datuk Dr. Ir. Abdul Rahim Hj. Hashim, Dato’Dr. Mohd Azhar Yahya dan Puan Khalimatun Saadiah Mohd Khalid.

 

###

 

Mengenai SIRIM Berhad

Sebuah syarikat milik penuh Kerajaan Malaysia di bawah Menteri Kewangan Diperbadankan, SIRIM Berhad adalah organisasi Penyelidikan dan Teknologi yang utama, yang melaksanakan penyelidikan dan teknologi berdasarkan kepada tiga teras iaitu Tenaga dan Alam Sekitar, Teknologi Perubatan, serta Loji dan Mesin. SIRIM Berhad juga adalah peneraju Kualiti dan telah menerima pengiktirafan antarabangsa bagi Standard dan Penilaian Pematuhan, selaras dengan misinya untuk "menjadi penyedia penyelesaian menyeluruh dalam kualiti dan inovasi teknologi.“ www.sirim.my

Perhubungan Media:

  • Ruhil Amani Zainal Abidin, Tel : 603 5544 6770 / 013-2010402 e-mel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
  • Daing Zarina Daing Mokhtar, Tel : 603 5544 5021 / 019-6555244 e-mel:This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.