Print

PRESS RELEASE

SIRIM AND FRAUNHOFER OFFER FREE SEMINAR ON SME PRODUCTIVITY AND GROWTH

SHAH ALAM, Oct 9, 2015 - SIRIM Berhad the country’s premier research and technology organisation and FraunhoferGesellschaft, Europe’s largest application-oriented research organisation is organising a seminar on SME Productivity and Growth to support and assist Malaysian SMEs in mastering innovation.

The seminar will bring together successful companies and speakers from Germany and Australia as well as local agencies, who will transfer their knowledge and successful practices to Malaysian SMEs in order for them to achieve higher productivity and sustainable growth.

The free-of-charge seminar is opened to directors, managers, engineers, researchers, consultants and those who are interested to gain as much knowledge as possible from the experts. Highlights of the seminar include best-practice cases and lessons-learned presented by the speakers, as well as first results from the SIRIM-Fraunhofer survey on productivity and growth in Malaysia.

Among the speakers areRalf Nachreiner, the founder and CEO of cirp GmbH, a German prototyping company with about 70 employees that has made major business development steps in recent years with support from Fraunhofer and several research partners; and Udo Heller, Head of PROTECH GmBH Germany, a company focusing on sensor wire harness and magnetic actuators as well as eBike projects. PROTECH also has been named as one of the most innovative companies among mid-sized firms in Germany.

Other speakers are CEO of HunterNet Australia, Tony Cade; Franhoufer’s expert for Technology Management and R&D Management, Stephen Schuele as well as Fraunhofer’s researcher at Competence Centre R&D Management, Erdem Gelec; and expert from Newcastle Innovation of Australia, Dr. Anton Kriz.

Local speakers who will be speaking at the half day seminar is the Vice President for Research, Technology and Innovation Division of SIRIM, Ir. Dr Mohamad Jamil Sulaiman; and Senior Director for Business Development of SME Corp Malaysia, Meor Kamal Azhar.

The SME Productivity and Growth Seminar will be held on 15 October 2015 (Thursday) from 8.30am – 3.00pm atConcorde 1, Level 2 Concorde Hotel, Shah Alam.

SIRIM would like to invite those who are interested to participate in the seminar to register at http://www.sirim.my/sirim-fraunhofer

The seminar is one of SIRIM Technology Audit initiatives under the SME Technology Penetration and Uprading Programme, specially developed for Malaysian SMEs by SIRIM and Fraunhofer Institute.

###

 

About SIRIM Berhad

A wholly-owned company of the Malaysian Government under the Minister of Finance Incorporated, SIRIM Berhad is a premier Research and Technology organisation providing timely and focused research in three flagship areas namely Energy and Environment, Medical Technology as well as Plant and Machinery. SIRIM Berhad is also the champion of Quality and has gained international recognition in Standards and Conformity Assessment, underlying its mission of “being a total solution provider in quality and technology innovations.” www.sirim.my

 

Media Contact       




___________________________________________________________________

SIARAN MEDIA

SIRIM DAN FRAUNHOFER TAWAR SEMINAR PRODUKTIVITI DAN PEMBANGUNAN PKS SECARA PERCUMA

SHAH ALAM, 11 Okt. 2015 -- SIRIM Berhad, organisasi peneraju penyelidikan perindustrian dan teknologi yang utama di negara ini dan Fraunhofer Gesellschaft, institusi penyelidikan yang terbesar di Eropah akan menganjurkan seminar berkenaan Produktiviti dan Pembangunan PKS bagi menyokong dan membantu PKS di Malaysia untuk lebih mahir dalam bidang inovasi.

Seminar berkenaan akan menghimpun syarikat-syarikat yang berjaya dan penceramah dari negara Jerman dan Australia serta agensi tempatan, yang akan berkongsi pengetahuan dan amalan kejayaan mereka kepada PKS Malaysia agar mereka dapat mengecapi produktiviti yang lebih baik serta berkembang secara mampan.

Seminar secara percuma ini terbuka kepada pengarah, pengurus, jurutera, penyelidik, perunding dan kepada yang berminat untuk menimba pengetahuan dari pakar-pakar berkenaan. Intipati utama seminar tersebut merangkumi kes-kes amalan baik dan pengajaran yang akan disampaikan oleh penceramah, serta hasil dapatan daripada penyelidikan produktiviti dan pembangunan di Malaysia oleh SIRIM-Fraunhofer.

Antara penceramah yang hadir ialah Ralf Nachreiner, pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif CIRP GmbH, sebuah syarikat prototaip Jerman dengan kira-kira 70 pekerja yang telah berjaya menghasilkan pembangunan perniagaan utama dalam tahun-tahun kebelakangan ini dengan sokongan daripada Fraunhofer dan beberapa rakan kongsi penyelidikan; dan Udo Heller, Ketua PROTECH GmBH Jerman, sebuah syarikat yang memberi tumpuan kepada sensor wayar abah-abah dan aktuator magnet serta projek-projek eBike. PROTECH juga telah dinamakan sebagai satu daripada syarikat yang paling inovatif di kalangan firma bersaiz sederhana di Jerman.

Penceramah lain adalah Ketua Pegawai Eksekutif HunterNet Australia, Tony Cade; Pakar Pengurusan Teknologi dan Pengurusan R&D Franhoufer, Stephen Schuele serta penyelidik dari Pusat Pengurusan Kompetensi R&D, Erdem Gelec; dan pakar dari Innovation Newcastle, Australia, Dr. Anton Kriz.

Penceramah tempatan yang akan bercakap pada seminar separuh hari berkenaan pula ialah Naib Presiden Bahagian Penyelidikan dan Teknologi Inovasi SIRIM, Ir. Dr Mohamad Jamil Sulaiman; dan Pengarah Kanan Pembangunan Perniagaan SME Corp Malaysia, Meor Kamal Azman.

Seminar Produktiviti dan Pembangunan PKS akan diadakan pada 15 Oktober 2015 (Khamis) dari 8.30 pagi hingga 3.30 petang di Concode 1, Hotel Concorde Shah Alam.

SIRIM ingin menjemput sesiapa yang berminat untuk menyertai seminar ini untuk mendaftar di http://www.sirim.my/sirim-fraunhofer.

Seminar ini merupakan satu daripada inisiatif Audit Teknologi SIRIM di bawah Program Penembusan dan Peningkatan Teknologi PKS, yang dibangunkan khusus untuk PKS di Malaysia oleh SIRIM dan Institut Fraunhofer.

###

Mengenai SIRIM Berhad

Sebuah syarikat milik penuh Kerajaan Malaysia di bawah Menteri Kewangan Diperbadankan, SIRIM Berhad adalah organisasi Penyelidikan dan Teknologi yang utama, yang melaksanakan penyelidikan dan teknologi berdasarkan kepada tiga teras iaitu Tenaga dan Alam Sekitar, Teknologi Perubatan, serta Loji dan Mesin. SIRIM Berhad juga adalah peneraju Kualiti dan telah menerima pengiktirafan antarabangsa bagi Standard dan Penilaian Pematuhan, selaras dengan misinya untuk "menjadi penyedia penyelesaian menyeluruh dalam kualiti dan inovasi teknologi.“ www.sirim.my

 

Perhubungan Media