Print

PRESS RELEASE

 

SEVEN ORGANISATIONS RECEIVE SIRIM QUALITY AWARD

AT SIRIM INDUSTRY NIGHT 2015

Asset Management System Certification Scheme ISO 55001 also launched to help organisations implement best practices to protect assets

 

PETALING JAYA, 13 Nov 2015 – Seven outstanding organisations are awarded the prestigious SIRIM Quality Award 2015 during the SIRIM Industry Night which also sees the launching of a new quality management scheme, Asset Management System Certification Scheme ISO 55001.

SIRIM Quality Award for Product category were won by UAC Berhad, Furutec Electrical Sdn Bhd, Passive Fire Protection Sdn Bhd and RBM Building Machinery Trading. SIRIM Quality Award for Organisations were won by Samsung Electronics (M) Sdn Bhd, Natural Wellness Holdings (M) Sdn Bhd and Seberang Perai Municipal Council.

SIRIM Quality Award and the launch of Asset Management System Certification Scheme ISO 55001 was presented by the Minister of Science, Technology and Innovation Datuk Seri Panglima Madius Tangau at Sunway Resorts Hotel & Spa, here. Also present were SIRIM Chairman YBhg. Tan Sri Dr. Ir. Ahmad Tajuddin Ali, FASc, and President and Chief Executive of SIRIM Berhad Dato’ Dr. Zainal Abidin Mohd Yusof.

ISO 55001, an asset management system to help organisations plan asset lifecycle including management of costs, risk and asset performance owned by organisations is offered by SIRIM QAS International Sdn Bhd, a subsidiary of SIRIM Berhad. Tenaga Nasional Berhad became the first organisation in Malaysia to receive the certification.

ISO 55001, an asset management system to help organisations plan management including asset lifecycle costs, risk and performance of an organisation owned assets offered by SIRIM QAS International Sdn Bhd, a subsidiary of SIRIM Berhad. Tenaga Nasional Berhad became the first organisation in Malaysia to receive the certification.

The ISO 55001 certification is the first standard published by the International Organization for Standardisation (ISO) in 2014 and the drafting of its new structure allows existing management systems in an organization to be well integrated.

Organisations that adopt this certification can increase investor’s confidence and customer’s satisfaction through good practices practiced in the management of the asset lifecycle. This certification also helps organisations reduce the risk associated with asset ownership and encourage savings by optimizing the life span of an asset.

"The implementation of a good asset management is very important in the supply of products and services, to ensure that the organisation’s overall objectives are met and implemented successfully," said Datuk Seri Panglima Madius Tangau during the opening speech of SIRIM Industry Night 2015.

He also encouraged more organisations to implement Asset Management System Certification Scheme, especially organisations that have invested heavily in their assets.

"Although the implementation of asset management systems based on ISO 55001 is new in Malaysia, foreign companies have reported that cost savings can be achieved through the implementation of these standards," he said.

According to SIRIM Chairman Tan Sri Dr Ir Ahmad Tajuddin Ali, efficiency and credibility of SIRIM QAS International is proven when the body received accreditation from accreditation bodies such as the United Kingdom Accreditation Services and the Department of Standards Malaysia.

"The accomplishment has also increased the level of international acceptance on its certificates and test reports at the global level," he said.

"SIRIM QAS International is also a member of IQNet, an international certification network which consists of 36 management system certification bodies. This membership allows certificates by SIRIM QAS International to be accepted and recognised by other IQNet members, in addition to issuing IQNet certificates for its management system certification schemes,” said Ahmad Tajuddin.

Themed "Enabling Businesses, Enhancing Lives", SIRIM Industry Night is organised annually since 1991 to celebrate government agencies, industries, and companies that have successfully obtained the certification from SIRIM QAS International through various certification schemes and quality assurance.

During the period from 1 November 2013 until 31 October 2014, a total of 885 certification for both services and product certification schemes have been issued by SIRIM QAS International. To date, more than 8,000 organisations under Product Certification Scheme and more than 6,000 organisations in the Services Certification Scheme have gained recognition.

SIRIM Quality Award recognizes organisations that achieve an excellent level of quality management and products as well as the production of goods and services that meet the level of national and international standards.

Following are the list of winners for SIRIM Quality Award 2015.

SIRIM Quality Award (Product):

i) Passive Fire Protection Sdn. Bhd.

ii) RBM Building Machinery Trading Sdn. Bhd

SIRIM Quality Award (Organisation):

• Category 1 - Companies with annual sales turnover exceeding RM 100 million: Samsung Electronics (M) Sdn Bhd

• Category 2 - Companies with annual sales between RM 25 million to 100 million: No Winner

• Category 3 - Companies with annual sales of less than RM 25 million: Natural Wellness Holdings (M) Sdn Bhd

• Category 4 - Government agencies: Seberang Perai Municipal Council

The awards introduced in 2013 is a positive approach for SIRIM’s clients to continue producing products and services that meet customer’s needs and efficient management. It is an official recognition for SIRIM’s clients that achieve excellent quality management system and products in various sectors.

Organisations that have received this award will receive incentives in the form of a rebate fee of RM 3,000 for a period of one year for any SIRIM services, usage of Award logo for publicity and promotional purposes for a period of three years and SIRIM Quality Award certificate and trophy.

Since its inception, a total of 229 organisations have applied to join and 22 organisations that actually achieved an excellent level of quality and product management have gained this recognition. All applications have been evaluated by the Product and Organisation Working Committee, while visits to the organisations for approval and a more detailed assessment were carried out for organisations that have been shortlisted. The winners of the SIRIM Quality Award were approved by the Steering Committee for SIRIM Quality Award.

###

Perhubungan Media:



_______________________________________________________

SIARAN MEDIA

 

TUJUH ORGANISASI TERIMA ANUGERAH KUALITI SIRIM

PADA MAJLIS SIRIM INDUSTRI 2015

Skim Pensijilan Sistem Pengurusan Aset ISO 55001 turut dilancarkan bagi bantu organisasi laksana amalan baik lindungi aset

 

PETALING JAYA, 13 Nov 2015 – Majlis SIRIM Industri 2015 yang berlangsung hari ini meraikan tujuh organisasi cemerlang yang menerima anugerah tahunan berprestij iaitu Anugerah Kualiti SIRIM 2015 serta menyaksikan pelancaran skim pengurusan kualiti yang baru iaitu Skim Pensijilan Sistem Pengurusan Aset ISO 55001.

Anugerah Kualiti SIRIM bagi kategori Produk dimenangi oleh UAC Berhad, Furutec Electrical Sdn Bhd, Passive Fire Protection Sdn Bhd dan RBM Building Machinery Trading. Anugerah Kualiti SIRIM bagi Organisasi pula dimenangi oleh Samsung Electronics (M) Sdn Bhd, Natural Wellness Holdings (M) Sdn Bhd dan Majlis Perbandaran Seberang Perai.

Anugerah Kualiti SIRIM serta pelancaran Skim Pensijilan Sistem Pengurusan Aset ISO 55001 itu disampaikan oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Panglima Madius Tangau di Sunway Resorts Hotel & Spa, di sini. Turut hadir adalah Pengerusi SIRIM YBhg. Tan Sri Dr. Ir. Ahmad Tajuddin Ali, FASc, serta Presiden dan Ketua Eksekutif SIRIM Berhad Dato’ Dr. Zainal Abidin Mohd Yusof.

 

ISO 55001, sistem pengurusan aset bagi membantu organisasi merancang kitaran hayat aset yang meliputi pengurusan kos, risiko dan prestasi aset yang dimiliki organisasi ditawarkan oleh SIRIM QAS International Sdn Bhd, anak syarikat SIRIM Berhad. Tenaga Nasional Berhad menjadi organisasi pertama di Malaysia yang menerima pensijilan itu.

Pensijilan ISO55001 ini adalah antara standard yang pertama diterbitkan oleh International Organization for Standardisation (ISO) pada 2014 dan penggubalan struktur barunya membolehkan sistem-sistem pengurusan yang sedia ada pada sesebuah organisasi diintegrasi dengan baik.

Organisasi yang mengguna pakai pensijilan ini berupaya meningkatkan keyakinan pelabur dan kepuasan pelanggan melalui amalan baik yang dipraktik dalam pengurusan kitaran hayat aset. Pensijilan ini turut membantu organisasi mengurangkan risiko yang berkaitan dengan pemilikan aset serta menggalakkan penjimatan dengan mengoptimumkan jangka hayat sesuatu aset.

 

“Pelaksanaan pengurusan aset yang baik adalah sangat penting dalam pembekalan produk dan perkhidmatan, demi memastikan objektif keseluruhan organisasi itu dapat dipenuhi dan dilaksanakan dengan jayanya,” kata Datuk Seri Panglima Madius Tangau semasa ucapan perasmian Majlis SIRIM Industri 2015.

 

Beliau turut menyarankan lebih banyak organisasi melaksanakan Skim Pensijilan Sistem Pengurusan Aset terutama sekali organisasi-organisasi yang telah membuat pelaburan yang banyak dalam aset mereka.

 

“Walaupun pelaksanaan sistem pengurusan aset berdasarkan standard ISO 55001 adalah baharu di Malaysia, namun syarikat luar negara telah melaporkan bahawa penjimatan kos dapat dicapai setelah melaksanakan standard tersebut,” katanya.

 

Menurut Pengerusi SIRIM Tan Sri Dr Ir Ahmad Tajuddin Ali, kecekapan dan kredibiliti SIRIM QAS International terbukti apabila badan itu mencapai akreditasi daripada badan akreditasi seperti United Kingdom Accreditation Services dan Jabatan Standard Malaysia.

 

“Pencapaian tersebut juga meningkatkan tahap penerimaan antarabangsa terhadap sijil dan laporan ujiannya di peringkat global,” katanya.

 

“SIRIM QAS International juga merupakan ahli IQNet iaitu rangkaian pensijilan antarabangsa yang terdiri daripada 36 badan pensijilan sistem pengurusan. Keahlian ini membolehkan sijil SIRIM QAS International diterima dan diiktiraf oleh ahli IQNet yang lain, selain boleh mengeluarkan sijil IQNet untuk skim-skim pensijilan sistem pengurusannya,” kata Ahmad Tajuddin.

 

Bertemakan “Memangkin Perniagaan. Mempertingkat Kualiti Kehidupan”, Majlis SIRIM Industri yang dianjurkan setiap tahun sejak 1991 bertujuan meraikan agensi kerajaan, industri dan juga syarikat yang telah berjaya memperoleh pengiktirafan daripada SIRIM QAS International menerusi pelbagai skim pensijilan dan penentuan kualiti.

Sepanjang tempoh 1 November 2013 sehingga 31 Oktober 2014, sebanyak 885 pensijilan bagi kedua-dua skim pensijilan perkhidmatan dan pensijilan produk telah dikeluarkan oleh SIRIM QAS International. Sehingga kini, lebih daripada 8,000 organisasi di bawah Skim Pensijilan Barangan dan lebih daripada 6,000 organisasi dalam Skim Pensijilan Perkhidmatan telah mendapat pengiktirafan.

 

Anugerah Kualiti SIRIM mengiktiraf organisasi yang mencapai tahap pengurusan kualiti dan produk yang cemerlang serta pengeluaran barangan dan perkhidmatan yang menepati tahap standard kebangsaan dan antarabangsa.

Berikut adalah senarai pemenang Anugerah Kualiti SIRIM 2015.

Anugerah Kualiti SIRIM (Produk):

i)             Passive Fire Protection Sdn. Bhd.

ii)            RBM Building Machinery Trading Sdn. Bhd

 

 

Anugerah Kualiti SIRIM (Organisasi):

Electronics (M) Sdn Bhd

Kategori 3 - Syarikat  yang mempunyai jualan tahunan kurang daripada RM 25 juta: Natural Wellness Holdings (M) Sdn Bhd

Anugerah yang diperkenalkan pada 2013 merupakan satu pendekatan positif kepada pelanggan SIRIM untuk terus memberi komitmen kepada penghasilan produk dan perkhidmatan yang menepati keperluan pelanggan dan pengurusan yang cekap. Ia merupakan satu pengiktirafan rasmi kepada pelanggan SIRIM yang berjaya mencapai tahap sistem pengurusan kualiti dan produk yang cemerlang di dalam pelbagai sektor.

 

Organisasi yang telah menerima anugerah ini bakal menerima insentif dalam bentuk rebat yuran berjumlah RM 3,000 untuk tempoh satu tahun bagi mana-mana perkhidmatan SIRIM, penggunaan logo Anugerah bagi tujuan publisiti dan promosi bagi tempoh tiga tahun serta sijil dan trofi Anugerah Kualiti SIRIM.

 

Sejak diperkenalkan, sebanyak 229 organisasi telah memohon untuk menyertainya dan 22 organisasi yang benar-benar mencapai tahap pengurusan kualiti dan produk yang cemerlang telah berjaya meraih pengiktirafan tertinggi ini. Semua permohonan telah melalui penilaian oleh panel Jawatankuasa Kerja Produk dan Organisasi, manakala lawatan ke organisasi bagi pengesahan dan penilaian yang lebih terperinci dilaksanakan bagi organisasi yang telah disenarai pendek. Para pemenang Anugerah Kualiti SIRIM yang terpilih diluluskan oleh Jawatankuasa Pemandu bagi Anugerah Kualiti SIRIM.

                                                                       

###

Mengenai SIRIM Berhad

Sebuah syarikat milik penuh Kerajaan Malaysia di bawah Menteri Kewangan Diperbadankan, SIRIM Berhad adalah organisasi Penyelidikan dan Teknologi yang utama, yang melaksanakan penyelidikan dan teknologi berdasarkan kepada tiga teras iaitu Tenaga dan Alam Sekitar, Teknologi Perubatan, serta Loji dan Mesin. SIRIM Berhad juga adalah peneraju Kualiti dan telah menerima pengiktirafan antarabangsa bagi Standard dan Penilaian Pematuhan, selaras dengan misinya untuk "menjadi penyedia penyelesaian menyeluruh dalam inovasi kualiti dan teknologi.“ . www.sirim.my

 

Mengenai SIRIM QAS International Sdn Bhd

SIRIM QAS International adalah anak syarikat milik penuh SIRIM Berhad yang merupakan badan peneraju utama di Malaysia dalam menawarkan perkhidmatan pensijilan, pemeriksaan dan pengujian yang setanding dengan amalan antarabangsa. Kami membantu pihak industri dalam menyediakan perkhidmatan dan barangan berkualiti melalui perkhidmatan pensijilan, pemeriksaan dan pengujian kami di samping menjaga kepentingan pengguna serta alam sekitar. Pengiktirafan dan akreditasi yang diperolehi oleh kami daripada badan seperti Jabatan Standard Malaysia (STANDARDS MALAYSIA) dan United Kingdom Accreditation Service (UKAS) membuktikan kredibiliti perkhidmatan kami.www.sirim-qas.com.my

           

Perhubungan Media: