18 Mac 2016

 

SIARAN MEDIA


SIRIM TIDAK KELUARKAN KELULUSAN TERHADAP KAD JIMAT TENAGA ELEKTRIK

SIRIM Berhad (SIRIM) dan anak-anak syarikatnya tidak pernah menyokong atau mengeluarkan pensijilan untuk Kad Jimat Tenaga yang didakwa boleh menjimatkan bil elektrik sehingga 35 peratus, seperti yang dilaporkan di akhbar tempatan mahupun yang diviralkan di media sosial sejak kebelakangan ini.

SIRIM ingin menjelaskan bahawa penggunaan logo SIRIM untuk tujuan promosi pada mana-mana produk adalah salah dan bertentangan dengan syarat dan peraturan yang telah ditetapkan oleh SIRIM, kecuali dengan kebenaran bertulis.

Kenyataan ini dibuat supaya orang awam tidak terkeliru dengan kaedah pemasaran yang tidak beretika yang dijalankan oleh mana-mana syarikat yang berkaitan.

Siaran Media dari Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) “PENAFIAN IKLAN ‘JIMATKAN BILL ELEKTRIK SEHINGGA 35%’ DENGAN SOKONGAN MOSTI DAN SIRIM” bertarikh 13 Mac 2016 juga adalah dirujuk.

###

 

Mengenai SIRIM Berhad

Sebuah syarikat milik penuh Kerajaan Malaysia di bawah Menteri Kewangan Diperbadankan, SIRIM Berhad adalah organisasi Penyelidikan dan Teknologi yang utama, yang melaksanakan penyelidikan dan teknologi berdasarkan kepada tiga teras iaitu Tenaga dan Alam Sekitar, Teknologi Perubatan, serta Loji dan Mesin. SIRIM Berhad juga adalah peneraju Kualiti dan telah menerima pengiktirafan antarabangsa bagi Standard dan Penilaian Pematuhan, selaras dengan misinya untuk "menjadi penyedia penyelesaian menyeluruh dalam kualiti dan inovasi teknologi.“ www.sirim.my

 

 

 

Dikeluarkan Oleh    :

Seksyen Hal Ehwal Korporat, Shared Services, SIRIM

                      

Perhubungan Media:

Ruhil Amani Zainal Abidin           Tel : 603 5544 6770 / 013-2010402 e-mel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Daing Zarina Daing Mokhtar            Tel : 603 5544 5021 / 019-6555244 e-mel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.