8 Jun 2016

 

MEDIA ADVISORY


 

LAPAN INOVASI SIRIM YANG DIPERTANDINGKAN DI INTERNATIONAL INVENTION AND TECHNOLOGY EXHIBITION 2016 (ITEX 2016) TERIMA ANUGERAH

SIRIM telah menyertai ITEX 2016 yang berlangsung dari 12 hingga 14 Mei 2016 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. Sebanyak lapan inovasi yang telah dipertandingkan di pameran ini telah menerima anugerah, empat daripadanya telah menerima Anugerah Emas, satu Anugerah Perak dan tiga Anugerah Gangsa.

Sehubungan itu, kami ingin menjemput pihak media yang berminat untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut bagi inovasi yang dihasilkan ini untuk sesi temubual bersama penyelidik.

Berikut adalah senarai inovasi yang telah dipertandingkan.


  1. Anugerah Emas: ‘Standard Gantang Model Based On Metric System For Zakat Payment In Malaysia’

Adalah menjadi tanggungjawab Institut Metrologi Kebangsaan Malaysia (NMIM-SIRIM) dibawah Akta Sistem Pengukuran Kebangsaan 2007 bagi memastikan semua aktiviti sukatan metrik dalam negara di sukat mengikut tentukur yang tepat. Berdasarkan matlamat ini NMIM-SIRIM telah membangunkan sukatan standard gantang bagi kegunaan zakat fitrah dan zakat pertanian yang seringkali digunakan oleh umat islam.

Objektif kajian ini adalah bagi mengenalpasti kapasiti gantang dan cupak dalam kiraan unit metrik. Untuk tujuan ini NMIM telah menggunakan replika yang dipinjam dari Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK) sebagai asas pengiraan gantang selepas mengambil kira kiraan gantang di negeri-negeri yang lain, manakala pengiraan cupak dan nisab pertanian adalah diukur berdasarkan daripada unit metrik hasil dari kiraan gantang yang telah dikenalpasti.

Standard yang dibangunkan oleh pasukan yang diketuai oleh Dayang Nooraemah Awang Said, bersama lima ahli pasukan yang lain, Hafidzi Hamdan, Kamarudin Mohd Nor, Dr Abdul Rahman Mohamed, Prof Madya Dr Azman Ab Rahman, Muhammad Asyraf Abdul Aziz, Sazwan Abu Bakar, menyelesaikan masalah kiraan gantang terutamaya bagi pembayaran zakat fitrah yang berbeza-beza di setiap negeri.

 

  1. Anugerah Emas: ‘Underground Heat Storage System Using Borehole Heat Exchanger

Sistem penyimpanan tenaga haba solar di bawah tanah atau lebih dikenali sebagai Underground Borehole Heat Exchanger, bertujuan untuk memaksimakan penggunaan tenaga haba solar pada waktu malam. Tenaga haba solar yang diserap oleh solar collector pada siang hari  akan digunakan bagi tujuan proses pengeringan di dalam kebuk pengeringan (solar thermal dryer). Dalam pada masa yang sama, tenaga haba tersebut akan disalurkan terus ke dalam sistem borehole heat exchanger, dimana haba akan terkumpul di dalam media (enhanced grout). Tenaga haba yang tersimpan di bawah tanah akan disalurkan semula ke dalam kebuk pengeringan pada waktu malam.

Inovasi yang diketuai oleh Nik Marzuriani Nik Mohamed dan dibantu oleh Mashitah Jaafar dan Nur Elida Mohd Azahari menganggarkan 80 peratus tenaga yang digunakan utuk pengeringan pada waktu malam adalah menerusi tenaga haba solar yang di simpan di dalam sistem berkenaan serta membantu pengeringan hasil pertanian dan hasil laut secara berterusan.

Setakat ini suhu tertinggi yang dicatatkan dalam sistem tersebut ialah 50 darjah Celsius.

 

  1. Anugerah Emas: ‘Green NGV Save’ (GS-15-0001)

Teknologi ini dihasilkan dengan objektif untuk mengurangkan kadar penyelenggaraan dan kerosakan teksi-teksi yang menggunakan kuasa NGV akibat daripada penggunaan bahan api NGV secara tidak terkawal melalui kawalan petrol, CNG, suhu dan kelajuan putaran enjin.

Inovasi yang turut memenangi Anugerah Emas di MTE2016 ini telah dibangunkan oleh Al Malek Faisal, serta empat lagi penyelidik iaitu Mohd Azam Shah Abd Hamid, Mohd Suhaimi Abdul Wahab, Hasnul Hisham Ahmad Zambri Bolhi Brodi ini, telah menerima bantuan daripada Dana Sosio-Ekonomi MOSTI, dan mengambil masa selama enam bulan untuk dibangunkan. Selain daripada teksi, kenderaan lain yang berkuasa petrol dan NGV juga turut menerima manfaat daripada projek ini.

 

  1. Anugerah Emas ‘High Speed & High Precision Optical Dicing Machine’

Mesin ini memiliki kepersisan yang tinggi dan mempunyai kelebihan untuk melakukan proses mencanai dengan pergerakan 5 paksi secara serentak dan mudah diaturcara, berbanding mesin yang ada di pasaran yang hanya mempunyai sistem pergerakan 4 paksi. Lebih banyak konfigurasi produk dapat dihasilkan dengan menggunakan inovasi yang dibangunkan.

Inovasi yang diketuai oleh Ir. Rohaizat Omar dan dibantu oleh Mohd Azri Abd Mutalib, Mohd ‘Akashah Fauthan, Noor Adilah Othman, Siti Musalmah Md Ibrahim ini menyasarkan pengeluar litar bersepadu fotonik & elektronik, PKS, institusi penyelidikan dan universiti yang terlibat dalam penyelidikan & pembangunan litar fotonik dan elektronik. 

 

  1. Anugerah Perak: ‘New Formulation For An Innovative Composite Drain Grating’

Penutup longkang yang diperbuat daripada logam sering mengalami masalah kecurian selain dari masalah kakisan dalam tempoh yang panjang, yang boleh mengundang kepada bahaya kepada pejalan kaki.

Lima belas ahli pasukan yang diketuai oleh Engku Ahmadhilmi Engku Ubaidillah. Ahli-ahli pasukannya adalah Haslam Fadli Ahmad Marzuki, Yusli Mohamad Junus, Mohd Nasha’ain Nordin, Ahmad Aswad Mahaidin, Mohd Azri Selamat, Mawarni Mohamad, Mohd Bakri Mohd Hijazi, Mohd Salimi Salleh, Azim Syazwan Sulaiman, Mohamad Hasnan Abdul Hamid, Salleh Omar, Robert Peerra William Perera, Norazlan Roslani dan Mohd Syamsul Nasyriq Samsol Baharin, telah berjaya menghasilkan teknologi yang berasaskan Bahan Polimer Komposit Diperkuat Gentian Kaca (FRP) sebagai bahan alternatif yang dapat mengurangkan masalah vandalisme daan penyelenggaraan longkang kerana ia lebih ringan dan mempunyai kekuatan terhadap berat (strength-to-weight ratio) yang berpadanan dengan produk yang diperbuat daripada bahan logam.

 

Anugerah Gangsa: ‘Energy From Waste Heat-FES12 Thermoelectric Material For Automotive Applications’.

“Thermoelectric” berfungsi dengan menukar tenaga haba daripada persekitaran kepada tenaga elektrik hasil daripada “Seebeck effect”. Ini berlaku apabila wujud perbezaan suhu antara dua bahan pengalir elektrik yang berbeza yang akan menghasilkan beza upaya di antara bahan tersebut. Tenaga yang dihasilkan adalah elektrik DC volt yang boleh digunakan untuk menyokong mana-mana sistem sedia ada, secara tak langsung membantu meringankan beban sistem tersebut.

Penyelidikan yang dijalankan oleh Eliasidi Abu Othman, dan dibantu oleh Wan Mohamed Nazrul Wan Jaafar, Nor Adhila Muhammad, Mohamad Izzat Saiful Bahri, Sahhidan Daud, Ahamd Damanhori Mahmud dan Dr Mazli Mustapha dari UTP, ini adalah bagi kegunaan industri automotif serta lain-lain industri yang berkaitan dengan penghasilan ‘waste heat’ (perbezaan suhu) yang boleh ditukar kepada tenaga elektrik.

 

  1. Anugerah Gangsa: ‘Novel Supercapacitor Cell Using Synthesized Graphene Metal Oxide and Activated Carbon Derived from Local Mangrove’

Graphene iaitu sejenis karbon tulen dalam bentuk yang nipis dan bersaiz nano telah digunakan dalam inovasi ini bagi meningkatkan prestasi bateri dan superkapasitor agar dapat menghasilkan tenaga yang tinggi dalam jangkamasa yang singkat berbanding bateri sedia ada.

Inovasi yang bersesuaian untuk kegunaan kegunaan lampu jalan dan industri telekomunikasi ini telah diketuai oleh Mansor Haji Mohamad Saman, serta ahli pasukan Khairul Syakirin Sulaiman, Siti Norbaya Kasa, Nrilya Ishak, Norfairus Yusof, Mansor Abdul Hamid, Juri Che Hat, Abdul Hakim Hashim.

 

  1. Anugerah Gangsa: ‘Nanocrystalline Cellulose From Waste Filter Paper’

Penghasilan produk bio-degradable bagi kegunaan industri pembungkusan makanan, polimer sintetik dan bio-polimer berdasarkan bahan Nanocrystaline Cellulose dari bahan buangan kilang kertas dapat menghindari bahaya kegunaan Carbon Nanotube serta beberapa bahan-bahan lain yang sering digunakan untuk menghasilkan bahan pembungkusan sekiranya bahan tersebut terlepas ke dalam badan manusia.

Penghasilan teknologi ini telah diketuai oleh Ismarul Nizam Ismail, Siti Norbaya Kasa, Nuruzatulifah Asari @ Mansor, Afifah Hanim Ahamd Termizi, Engku Ahmadhilmi Engku Ubaidillah, Shahrul Nizma Md Salleh, Haslan Fadli Ahmad Marzuki, Mohd Fadlee Zainal Abidin, Dr Kartini Noorsal.

Antara lain, teknologi ini berupaya mengurangkan penggunaan tenaga elektrik semasa penghasilan produk pembungkusan kerana sifatnya yang dapat menurunkan suhu pemprosesan bahan polimer PBHV, selain dari penentuan penguraian produk pembungkusan mengikut keperluan pelanggan berdasarkan jumlah kegunaan NCC dalam formulasi produk.

 

Mengenai SIRIM Berhad

Sebuah syarikat milik penuh Kerajaan Malaysia di bawah Menteri Kewangan Diperbadankan, SIRIM Berhad adalah organisasi Penyelidikan dan Teknologi yang utama, yang melaksanakan penyelidikan dan teknologi berdasarkan kepada tiga teras iaitu Tenaga dan Alam Sekitar, Teknologi Perubatan, serta Loji dan Mesin. SIRIM Berhad juga adalah peneraju Kualiti dan telah menerima pengiktirafan antarabangsa bagi Standard dan Penilaian Pematuhan, selaras dengan misinya untuk "menjadi penyedia penyelesaian menyeluruh dalam kualiti dan inovasi teknologi.“ www.sirim.my