MEDIA RELEASE

APPOINTMENT OF NEW MANAGING DIRECTOR OF SIRIM QAS INTERNATIONAL SDN BHD


SHAH ALAM, Sept 5 -- SIRIM Berhad has appointed Mohd. Azanuddin Salleh as the new Managing Director of SIRIM QAS International Sdn Bhd, a wholly-owned subsidiary of SIRIM Berhad, to succeed Khalidah Mustafa who retired recently.

His appointment is effective from 1 September 2016.

Mohd Azanuddin, 43, was previously the Vice President Group Finance of SIRIM Berhad.  Prior to joining SIRIM, he was attached to Tradewinds (M) Berhad, AWC Berhad and Padiberas Nasional Berhad holding various senior positions with a diverse role that includes finance, corporate planning and business development at both strategic and operational levels.

He holds a B.A (Hons.) Accounting and Management Control from Sheffield Hallam University, United Kingdom. He is an associate member of the Chartered Institute of Management Accountants (CIMA), UK and a member of the Malaysian Institute of Accountants (MIA).

In his new role as the Managing Director, Mohd Azanuddin will continue to strengthen SIRIM QAS International Sdn Bhd’s position as the market leader in the certification, inspection and testing services in Malaysia and abroad.

 

###

 

About SIRIM Berhad

A wholly-owned company of the Malaysian Government under the Ministry of Science, Technology and Innovations, SIRIM Berhad is a premier Research and Technology organisation providing timely and focused research in three flagship areas namely Energy and Environment, Medical Technology as well as Plant and Machinery. SIRIM Berhad is also the champion of Quality and has gained international recognition, underlying its mission of “being a total solution provider in quality and technology innovations.” www.sirim.my

About SIRIM QAS International

SIRIM QAS International Sdn. Bhd., a wholly-owned subsidiary of SIRIM Berhad, is Malaysia’s leading certification, inspection and testing body.  As a one-stop solution provider, they offer services to a cross-section of economic sectors ranging from the electrical and electronic sectors to forest management and the construction and building sector.  SIRIM QAS International has also been appointed by Malaysian regulatory bodies, such as SKMM, the Energy Commission and the Fire and Rescue Department Malaysia, as a certifying and testing agency for regulated products. Through their certification, inspection and testing services, they support businesses in providing quality products and services, whilst safeguarding consumer interests and the environment.  They have received recognitions and accreditations from organisations such as Department of Standards Malaysia.

_______________________________________________________________________________________

SIARAN MEDIA

PELANTIKAN PENGARAH URUSAN SIRIM QAS INTERNATIONAL SDN BHD YANG BARU

SHAH ALAM, 5 Sept -  SIRIM Berhad telah melantik Mohd Azanuddin Salleh sebagai Pengarah Urusan SIRIM QAS International Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh SIRIM Berhad, bagi menggantikan Khalidah Mustafa yang bersara baru-baru ini.

Pelantikan beliau berkuatkuasa 1 September 2016.

Mohd Azanuddin, 43, sebelum ini merupakan Naib Presiden Kewangan Kumpulan SIRIM Berhad.  Sebelum menyertai SIRIM, beliau berkhidmat di Tradewinds (M) Berhad, AWC Berhad dan Padiberas Nasional Berhad dengan memegang beberapa jawatan kanan dalam bidang kewangan, perancangan korporat dan pembangunan perniagaan di peringkat strategik dan operasi.

Beliau memegang Ijazah (Kepujian) Perakaunan dan Kawalan Pengurusan dari Sheffield Hallam University, United Kingdom. Beliau merupakan ahli bersekutu Chartered Institute of Management Accountants (CIMA), UK dan ahli Institut Akauntan Malaysia (MIA).

Dalam peranan barunya sebagai Pengarah Urusan, Mohd Azanuddin akan terus mengukuhkan kedudukan SIRIM QAS International Sdn Bhd sebagai peneraju pasaran dalam pensijilan, pemeriksaan dan perkhidmatan ujian di Malaysia dan di luar negara.

###

Mengenai SIRIM Berhad

Sebuah syarikat milik penuh Kerajaan Malaysia di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, SIRIM Berhad adalah organisasi Penyelidikan dan Teknologi yang utama, yang melaksanakan penyelidikan dan teknologi berdasarkan kepada tiga teras iaitu Tenaga dan Alam Sekitar, Teknologi Perubatan, serta Loji dan Mesin. SIRIM Berhad juga adalah peneraju Kualiti dan telah menerima pengiktirafan antarabangsa bagi Standard dan Penilaian Pematuhan, selaras dengan misinya untuk "menjadi penyedia penyelesaian menyeluruh dalam inovasi kualiti dan teknologi.“ . www.sirim.my

Mengenai SIRIM QAS International Sdn Bhd

SIRIM QAS International adalah anak syarikat milik penuh SIRIM Berhad yang merupakan badan peneraju utama di Malaysia dalam menawarkan perkhidmatan pensijilan, pemeriksaan dan pengujian yang setanding dengan amalan antarabangsa.  Kami membantu pihak industri dalam menyediakan perkhidmatan dan barangan berkualiti melalui perkhidmatan pensijilan, pemeriksaan dan pengujian kami di samping menjaga kepentingan pengguna serta alam sekitar.  Pengiktirafan dan akreditasi yang diperolehi oleh kami daripada badan seperti Jabatan Standard Malaysia (STANDARDS MALAYSIA) dan United Kingdom Accreditation Service (UKAS) membuktikan kredibiliti perkhidmatan kami.www.sirim-qas.com.my