Print

PRESS RELEASE

SIRIM OFFERS TECHNOLOGY EXPERTISE TO SARAWAK INDUSTRY

Kuching. 6 October 2016 - SIRIM-Industry Engagement programme, a joint effort by SIRIM, Ministry of Industrial & Entrepreneur Development, Trade & Investment (MIETI), SMECorp, Federation of Malaysian Manufacturers and Sarawak Manufacturers' Association (SMA) held here today offers various technology applications and services in efforts to enhance the productivity of Sarawak industries and entrepreneurs.

The one-day programme was opened by Assistant Minister for Rural Economy (Coastal Areas) & Fisheries and Assistant Minister For Industrial Development (Investment & Promotion) Sarawak, Datuk Haji Julaihi Haji Narawi, gathered more than 150 representatives from government agencies, industry associations as well as local entrepreneurs from various sectors including retail, food & beverage, mining and plantation industries in Sarawak.

Themed “Sustaining Your Business in a Challenging Market”, the SIRIM-Industry Engagement programme emphasised to participants the importance of Quality Management System, Packaging and Security Design Measurement and Calibration services as well as Quality Management System.

“We believe technology can be used to create growth and making the industry sectors more sustainable and profitable,” said Datuk Haji Julaihi Haji Narawi at the opening ceremony. Also present was Dato’ Dr. Zainal Abidin Mohd Yusof, President and Group Chief Executive of SIRIM. 

The Assistant Minister also urged entrepreneurs in Sarawak to participate in the SIRIM-Fraunhofer programme which was designed specifically to increase productivity through technology application. He also stressed on the importance of technology and innovation in businesses.

“Innovation is an important element in any businesses and SIRIM can help entrepreneurs to embrace innovation in their businesses by incorporating technology and innovative ideas,” he added.

Meanwhile, SIRIM’s President and Group Chief Executive Dato’ Dr. Zainal Abidin Mohd Yusof said SIRIM has been mandated by the government to increase technology penetration and upgrading their businesses and subsequently establish a successful SME innovation ecosytem.

“SIRIM is now a strong group with six subsidiaries. Our activities are now streamlined to better support initiatives to increase innovation, R&D and commercialisation among the SMEs. 

“Under a five-year transformation programme which took into effect in 2013 and a recent restructuring exercise, SIRIM now consists of SIRIM Industrial Research and new subsidiaries namely SIRIM Standards Technology Sdn Bhd, SIRIM Measurements Technology Sdn Bhd and SIRIM Tech Venture Sdn Bhd,” he said.

Dato’ Dr. Zainal Abidin said SIRIM had also strengthened its subsidiaries such as SIRIM QAS International Sdn Bhd, SIRIM STS Sdn Bhd and National Precision Tooling Sdn Bhd to provide better solutions that are relevant to the current marketplace.

“SIRIM has made its presence felt in Sarawak since 1980s and we have more than 30 years of experience, offering technology application and enhancement in various sectors such as manufacturing, oil and gas, and services to name a few,” he added.

He said, working hand in hand with MIETI, our SIRIM’s liaison office in Kuching has conducted various SME Development programmes and developed micro enterprises for silk-screen printing, foundry and glass-blowing technology for the handicraft sector.

Sarawak community has also benefitted from SIRIM technology applications that include ceramics handicraft, cosmetics, detergent and the micro – hydro power generation system at Kampung Seri Stamang 2, in Lubok Antu. SIRIM’s latest community project in Mukah is for the design and improvement process for the production of sago, and the Satu Daerah Satu Industri Homestay Program in Sadong Jaya.

“In addition to these, SIRIM offers GroomBig Programme which entails packaging, technology and process enhancement, web design, quality training and entrepreneur development programme,” he added.

Apart from networking session provided to help and guide SMEs for better product and services development, participants of the SIRIM-Industry Engagement programme were also introduced to SIRIM Industrial Innovation Model and the Technology Audit programme; a collaboration between SIRIM and Fraunhofer Germany, with the support of the Malaysian government that will help SMEs to be more competitive, innovative and productive to make their products more accessible to the market and internationally accepted.

The Technology Audit looks at six major components such as productivity, trends in processes and method, technology management, employees, organisation/networking and technology strategy.

###

About SIRIM Berhad

A wholly-owned company of the Malaysian Government under the Minister of Finance Incorporated, SIRIM Berhad is a premier Research and Technology organisation providing timely and focused research in three flagship areas namely Energy and Environment, Medical Technology as well as Plant and Machinery. SIRIM Berhad is also the champion of Quality and has gained international recognition in Standards and Conformity Assessment, underlying its mission of “being a total solution provider in quality and technology innovations.”

 __________________________________________________________________________________________

SIARAN MEDIA

SIRIM TAWAR KEPAKARAN TEKNOLOGI KEPADA INDUSTRI DI SARAWAK

Kuching, 6 Oktober 2016 - Program ‘SIRIM-Industry Engagement’ satu usahasama oleh SIRIM, Kementerian Pembangunan Perindustrian & Keusahawanan, Perdagangan & Perlaburan, Sarawak (MIETI Sarawak), SME Corporation, Federation of Malaysian Manufacturers dan Sarawak Manufacturers' Association (SMA) yang diadakan di sini hari ini menawarkan pelbagai aplikasi dan perkhidmatan teknologi dalam usaha meningkatkan produktiviti industri dan usahawan di Sarawak.

Program yang berlangsung selama satu hari ini telah dirasmikan oleh Menteri Muda Ekonomi Luar Bandar (Kawasan Persisir) & Perikanan dan Menteri Muda Pembangunan Perindustrian (Pelaburan & Promosi) Sarawak, Datuk Haji Julaihi Haji Narawi, menghimpunkan lebih 150 wakil dari agensi kerajaan, persatuan industri dan usahawan tempatan dari pelbagai sektor di Sarawak termasuk industri peruncitan, makanan dan minuman, perlombongan dan perladangan di Sarawak.

Bertemakan "Mengekalkan Perniagaan Anda dalam Pasaran Mencabar", program ‘SIRIM-Industry Engagement’ antaranya, menekankan kepada kepentingan Sistem Pengurusan Kualiti, Pembungkusan dan Reka Bentuk Keselamatan, Pengukuran, dan Perkhidmatan Tentukuran serta Sistem Pengurusan Kualiti.

"Kami percaya teknologi boleh digunakan untuk mewujudkan pertumbuhan dan menjadikan sektor industri lebih mampan dan menguntungkan," kata Datuk Haji Julaihi Haji Narawi ketika merasmikan program itu. Turut hadir ialah Dato' Dr Zainal Abidin Mohd Yusof, Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan SIRIM.

Menteri Muda juga menggesa usahawan di Sarawak untuk mengambil bahagian dalam program SIRIM-Fraunhofer yang telah dibangunkan khusus untuk meningkatkan produktiviti Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) melalui aplikasi teknologi. Beliau juga menegaskan tentang kepentingan teknologi dan inovasi dalam perniagaan.

"Inovasi merupakan elemen yang penting dalam setiap perniagaan dan SIRIM boleh membantu usahawan bagi memperkasakan inovasi dalam perniagaan mereka dengan menggabungkan teknologi dan idea inovatif ," katanya.  

Sementara itu, Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan SIRIM, Dato’ Dr. Zainal Abidin Mohd Yusof berkata SIRIM telah diberi mandat oleh kerajaan untuk meningkatkan penggunaan teknologi dan menaik taraf perniagaan mereka, seterusnya mewujudkan inovasi ekosistem yang baik.

"SIRIM kini adalah organisasi yang mempunyai enam buah anak syarikat yang kukuh.    Aktiviti kami diselaraskan kepada inisiatif sokongan yang lebih baik untuk meningkatkan inovasi, R&D dan pengkomersilan di kalangan PKS.”

"Di bawah program transformasi lima tahun yang bermula padaa tahun 2013 dan penstrukturan semula baru-baru ini, SIRIM kini terdiri daripada SIRIM Industrial Research dan anak-anak syarikat baru seperti SIRIM Standards Technology Sdn Bhd, SIRIM Measurements Technology Sdn Bhd dan SIRIM Tech Venture Sdn Bhd," katanya.

Dato' Dr. Zainal Abidin berkata SIRIM juga telah mengukuhkan anak-anak syarikat lain seperti SIRIM QAS International Sdn Bhd, SIRIM STS Sdn Bhd dan National Precision Tooling Sdn Bhd untuk menyediakan penyelesaian yang lebih baik yang bersesuaian dengan  pasaran semasa.

"SIRIM telah bertapak di Sarawak sejak tahun 1980 dan kami mempunyai lebih 30 tahun pengalaman dalam menyediakan aplikasi teknologi dan penambahbaikan dalam pelbagai sektor antaranya pengeluaran, minyak dan gas, serta perkhidmatan," katanya.

Beliau berkata, pejabat perhubungan negeri SIRIM di Kuching dengan kerjasama MIETI telah mengadakan pelbagai program pembangunan usahawan PKS dan telah membangunkan perusahaan mikro bagi percetakan sutera saring, faundri dan teknologi tiupan kaca bagi sektor kraftangan.

Komuniti di Sarawak juga telah menerima manfaat dari aplikasi teknologi SIRIM yang terdiri daripada kraftangan seramik, kosmetik, bahan pencuci dan janakuasa mikro-hidro di Kampung Seri Stamang 2, Lubok Antu. Bagi projek komuniti terbaru SIRIM di Mukah pula merupakan reka bentuk dan proses penambahbaikan penghasilan sago serta program homestay Satu Daerah Satu Industri di Sadong Jaya.

"Selain itu, SIRIM turut menawarkan Program Groom Big yang melibatkan pembungkusan, teknologi dan peningkatan proses, reka bentuk web, latihan kualiti dan program pembangunan usahawan," katanya.

Selain daripada sesi rangkaian kerjasama yang disediakan untuk membantu dan membimbing PKS untuk produk yang lebih baik serta pembangunan perkhidmatan rangkaian, peserta program ‘SIRIM-Industry Engagement’ juga diperkenalkan kepada Model Inovasi Industri SIRIM dan program Audit Teknologi; kerjasama antara SIRIM dan Fraunhofer German, dengan sokongan kerajaan Malaysia yang akan membantu PKS menjadi lebih berdaya saing, inovatif dan produktif bagi membolehkan produk mereka lebih mudah didapati dan diterima di pasaran antarabangsa.

Audit Teknologi menjurus kepada enam komponen utama seperti produktiviti, trend dalam proses dan kaedah, teknologi pengurusan, pekerja, organisasi/ rangkaian dan strategi teknologi.

###

Mengenai SIRIM Berhad

Sebuah syarikat milik penuh Kerajaan Malaysia di bawah Menteri Kewangan Diperbadankan, SIRIM Berhad adalah organisasi Penyelidikan dan Teknologi yang utama, yang melaksanakan penyelidikan dan teknologi berdasarkan kepada tiga teras iaitu Tenaga dan Alam Sekitar, Teknologi Perubatan, serta Loji dan Mesin. SIRIM Berhad juga adalah peneraju Kualiti dan telah menerima pengiktirafan antarabangsa bagi Standard dan Penilaian Pematuhan, selaras dengan misinya untuk "menjadi penyedia penyelesaian menyeluruh dalam kualiti dan inovasi teknologi.“ www.sirim.my