Print

PRESS RELEASE

SIRIM LAUNCHES PHOTOVOLTAIC MODULE TESTING LAB

Testing to ensure manufacturers comply with Malaysian Standard, MS IEC 61215 and MS IEC 61646, as well as international standard, IEC 61215.
To prevent the entry of substandard photovoltaic module into the country 


Minister of Science, Technology and Innovation, Datuk Seri Panglima Madius Tangau (third from left) accompanied by SIRIM Chairman, Tan Sri Dr. Ir. Ahmad Tajuddin Ali (second from left), President and Chief Executive Officer of MIGHT, Datuk Dr. Mohd. Yusoff Sulaiman (left), Secretary General of MOSTI, Dato’ Dr. Mohd Azhar Yahaya (third from right), President and Group Chief Executive of SIRIM, Dato’ Dr. Zainal Abidin Mohd Yusof (second from right) and Managing Director of SIRIM QAS International, En. Mohd Azanuddin Salleh (right) during the launching of SIRIM Photovoltaic Module Testing Laboratory.


PETALING JAYA, 28 Nov 2016 – The newly launched SIRIM Photovoltaic Module Testing Laboratory will ensure the quality of locally manufactured photovoltaic module is in compliance with Malaysian Standard, MS IEC 61215 and MS IEC 61646, as well as the latest edition of international standard, IEC 61215.

The laboratory, operated by SIRIM QAS International Sdn Bhd, a subsidiary of SIRIM Berhad will also support the development of Malaysian photovoltaic industry. Operations is expected to begin next year.

Minister of Science, Technology and Innovation, Datuk Seri Panglima Madius Tangau said the establishment of the laboratory is also in line with the government’s effort in advancing renewable energy technology in the country.

“The conversion of solar energy to electricity using Photovoltaic Module  is already applicable in Malaysia. Currently, Malaysia is the third largest manufacturer of Photovoltaic Cell and Module in the world,” he said during the launching of the Photovoltaic Module Testing Laboratory in conjunction with SIRIM Industry Night 2016 on 25 November 2016.

He added, the new testing laboratory will help to prevent substandard photovoltaic module from entering into the country.

SIRIM QAS International has been appointed by Malaysian Industry-Government Group for High Technology (MIGHT) to develop the Photovoltaic Module Testing Laboratory under the Regional Hub for Solar Testing, Certification and Training using the initial fund of RM8 million.

SIRIM Chairman, Tan Sri Dr Ir Ahmad Tajuddin Ali in his speech said SIRIM, a strong corporation with six subsidiaries, integrates various services under one roof and offers expertise in technology innovation. SIRIM also practices business-based approach to enhance business competency.

He said under the 11th Malaysia Plan, SIRIM was also mandated to develop another testing facility for Brake System and Components for motorised vehicle weighing below five tonnes.

“SIRIM QAS International as a certification and testing body will ensure the brake system complies with MS 1164 standard. The brake system testing facility that will begin its operation early next year will support the certification activities in Malaysia,” he said.

The SIRIM Industry Night 2016 held last Friday celebrated various outstanding industry and government agencies that received certifications from SIRIM QAS International Sdn. Bhd for the period of 1 October 2015 to 31 October 2016.

During the period, a total of 1,109 certification which include 451 management system certifications and 658 product certifications have been issued by SIRIM QAS International. To date, over 9,000 organisations under the Product Certification Schemes and over 6,000 organisations under the Management System Certification Scheme have gained recognition.

###

About SIRIM Berhad

A wholly-owned company of the Malaysian Government under the Ministry of Science, Technology and Innovations, SIRIM Berhad is a premier Research and Technology organisation providing timely and focused research. SIRIM Berhad is also the champion of Quality and has gained international recognition, underlying its mission of “being a total solution provider in quality and technology innovations.” www.sirim.my


About SIRIM QAS International Sdn Bhd

SIRIM QAS International is a wholly-owned subsidiary of SIRIM Berhad, a leading agency in Malaysia that offers certification services, inspection and testing, which is comparable with international practice. We help the industry in providing quality goods and services through our certification services, inspection and testing apart from protecting the interests of consumers and the environment. Recognition and accreditation received by us from agencies such as the Department of Standards Malaysia and the United Kingdom Accreditation Service (UKAS) proved the capability of our services. www.sirim-qas.com.my

______________________________________________________________________________

SIARAN MEDIA

MAKMAL PENGUJIAN MODUL FOTOVOLTAN BARU SIRIM DILANCARKAN

Pengujian untuk pastikan pengilang tempatan mengikut standard Malaysia, MS IEC 61215 dan MS IEC 61646, serta standard antarabangsa, IEC 61215.
Kemasukan modul fotovoltan tidak berkualiti dari negara luar dapat disekat


Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Panglima Madius Tangau (tiga dari kiri) diiringi Pengerusi SIRIM, Tan Sri Dr. Ir. Ahmad Tajuddin Ali (dua dari kiri), Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif MIGHT, Datuk Dr. Mohd. Yusoff Sulaiman (kiri), Ketua Setiausaha MOSTI, Dato’ Dr. Mohd Azhar Yahaya (tiga dari kanan), Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan SIRIM, Dato’ Dr. Zainal Abidin Mohd Yusof (dua dari kanan) dan Pengarah Urusan SIRIM QAS International, En. Mohd Azanuddin Salleh (kanan) pada Majlis Pelancaran Makmal Pengujian Modul Fotovoltan SIRIM

PETALING JAYA, 28 Nov 2016 –
Satu Makmal Pengujian Modul Fotovoltan SIRIM telah dilancarkan bagi membolehkan kualiti Modul Fotovoltan yang dikeluarkan oleh pengilang tempatan diuji mengikut standard Malaysia, MS IEC 61215 dan MS IEC 61646, serta edisi terkini standard antarabangsa, IEC 61215.

Makmal berkenaan yang dikendalikan oleh SIRIM QAS International Sdn Bhd, anak syarikat SIRIM Berhad, juga akan dapat menyokong perkembangan industri Fotovoltan di Malaysia. Ia akan beroperasi pada tahun hadapan.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Panglima Madius Tangau berkata pembangunan makmal pengujian berkenaan adalah selaras dengan hasrat kerajaan untuk memajukan teknologi tenaga boleh diperbaharui di negara ini.

“Pendekatan seperti penukaran tenaga solar kepada tenaga elektrik menerusi Modul Fotovoltan solar telah mula diaplikasi di Malaysia. Kini, Malaysia merupakan pengeluar sel Fotovoltan dan Modul yang ketiga terbesar di dunia,” katanya ketika melancarkan Makmal Pengujian Modul Fotovoltan bersempena dengan Majlis SIRIM Industri 2016 yang diadakan pada 25 November 2016.

Katanya, makmal pengujian itu juga akan membolehkan kemasukan Modul Fotovoltan yang tidak berkualiti dari negara luar, disekat.

SIRIM QAS International telah dilantik oleh Malaysian Industry-Government Group for High Technology (MIGHT) untuk membangunkan Makmal Pengujian Modul Fotovoltan di bawah program ‘Hab Serantau bagi Pengujian Solar, Pensijilan dan Pengujian’ (Regional Hub for Solar Testing, Certification and Testing) dengan dana permulaan sebanyak RM8 juta.

Pengerusi SIRIM, Tan Sri Dr Ir Ahmad Tajuddin Ali di dalam ucapannya berkata, SIRIM sebagai sebuah kumpulan yang kukuh dengan enam buah anak syarikat, menggabungkan pelbagai jenis perkhidmatan di bawah satu bumbung dengan menggembeleng kepakaran dalam inovasi teknologi serta mengamalkan pendekatan berteraskan bisnes untuk meningkatkan kecekapan perniagaan.

Menurutnya, di bawah Rancangan Malaysia ke-11, SIRIM turut diberi kepercayaan untuk menubuhkan sebuah lagi makmal pengujian iaitu Makmal Pengujian Sistem Brek dan Komponennya bagi kenderaan bermotor di bawah lima tan.

“SIRIM QAS International sebagai badan pensijilan dan pengujian akan memastikan sistem brek ini mematuhi standard MS 1164. Fasiliti pengujian sistem brek yang ditubuhkan pada awal tahun hadapan ini juga akan dapat menyokong aktiviti pensijilan di Malaysia,” katanya.

Majlis SIRIM Industri 2016 yang berlangsung jumaat lalu meraikan pelbagai industri dan agensi kerajaan yang telah menerima pensijilan dari SIRIM QAS International Sdn. Bhd, anak syarikat SIRIM Berhad bagi tempoh 1 Oktober 2015 hingga 31 Oktober 2016.

Sepanjang tempoh tersebut, sebanyak 1109 pensijilan yang terdiri daripada 451 pensijilan perkhidmatan dan 658 pensijilan produk telah dikeluarkan oleh SIRIM QAS International. Sehingga kini, lebih daripada 9,000 organisasi di bawah Skim Pensijilan Barangan dan lebih daripada 6,000 organisasi dalam Skim Pensijilan Perkhidmatan telah mendapat pengiktirafan.

###

Mengenai SIRIM Berhad

Sebuah syarikat milik penuh Kerajaan Malaysia di bawah Menteri Kewangan Diperbadankan dan agensi di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, SIRIM Berhad adalah organisasi Penyelidikan dan Teknologi Perindustrian yang utama di negara ini. SIRIM Berhad juga adalah peneraju Kualiti dan telah menerima pengiktirafan antarabangsa bagi Standard dan Penilaian Pematuhan, selaras dengan misinya untuk "menjadi penyedia penyelesaian menyeluruh dalam inovasi kualiti dan teknologi.“ . www.sirim.my

Mengenai SIRIM QAS International Sdn Bhd

SIRIM QAS International adalah anak syarikat milik penuh SIRIM Berhad yang merupakan badan peneraju utama di Malaysia dalam menawarkan perkhidmatan pensijilan, pemeriksaan dan pengujian yang setanding dengan amalan antarabangsa.  Kami membantu pihak industri dalam menyediakan perkhidmatan dan barangan berkualiti melalui perkhidmatan pensijilan, pemeriksaan dan pengujian kami di samping menjaga kepentingan pengguna serta alam sekitar.  Pengiktirafan dan akreditasi yang diperolehi oleh kami daripada badan seperti Jabatan Standard Malaysia (STANDARDS MALAYSIA) dan United Kingdom Accreditation Service (UKAS) membuktikan kredibiliti perkhidmatan kami.www.sirim-qas.com.my