Print



FOOD 4 FUTURE INNOVATION NETWORK AND SIRIM INNOVATION MANAGEMENT STANDARD LAUNCHED TO FURTHER ASSIST LOCAL SMEs


SHAH ALAM, 15 DECEMBER 2016 – SIRIM introduces two more strategic initiatives, the Food 4 Future Innovation Network and SIRIM Innovation Management Standard in its continuous efforts toward achieving increased productivity and sustainable growth among local SMEs through technology and innovation.

The initiatives were launched by Deputy Minister of Science, Technology and Innovation, Datuk Wira Dr. Abu Bakar Mohamad Diah here today. Also present were SIRIM Chairman Tan Sri Dr. Ir. Ahmad Tajuddin Ali, FASc, and President & Group Chief Executive of SIRIM, Dato’ Dr. Zainal Abidin Mohd Yusof.

The Food 4 Future Innovation Network is a network of interconnected and integrated functions and operations by SMEs involved in food processing sector. The network is mediated by scientific partners, SIRIM and Fraunhofer IAO of Germany which will be responsible in the development of innovations to achieve SMEs’ growth and competitive advantage.

The innovation network also aims to establish a trust-based network to foster long-term collaboration and initiate sharing of experiences between the SMEs, as well as a platform of benefits and support available from the research–industry collaboration.

Meanwhile, the SIRIM Innovation Management Standard, known as SIRIM 8: 2016 - Guidance Towards Becoming an Innovative Organisation, is a standard that provides guidance to Malaysian manufacturing and service industries on how to build an innovative organisation through innovation activities and culture derived from a structured innovation process.

This standard is aimed to provide general guidance to organisation that wishes to undertake innovation regardless of its sector, size and type. The standard describes innovation activities and techniques from the exploration of ideas to screening, product development and testing, and market launch.

Minister of Science, Technology and Innovation, Datuk Seri Panglima Madius Tangau in his speech, delivered by Deputy Minister of Science, Technology and Innovation, Datuk Wira Dr. Abu Bakar Mohamad Diah during the launch said the Ministry lauded the role played by SIRIM when it launched SIRIM Industrial Innovation Model through the SIRIM-Fraunhofer Strategic partnership, which adopts and adapts the principles of Germany’s Fraunhofer model on applied research for the development of SMEs.

“In this model, SIRIM in collaboration with its strategic partners and industry will provide innovation services in the areas encompassing research and development and market penetration to nurture the growth of SMEs,” he said.

On the newly launched SIRIM standard, he also said that organisations need to put in place an innovation ecosystem consisting of appropriate infrastructure, access to knowledge, technologies, finance and collaborators.
 

SIRIM Chairman Tan Sri Dr. Ir. Ahmad Tajuddin Ali said SIRIM has formed a strategic alliance with Fraunhofer to assist Malaysian SMEs by creating an innovation-focused ecosystem. Based on Fraunhofer’s model, SIRIM developed a model for local SMEs known as the SIRIM Industrial Innovation Model. 

“Several initiatives have been drawn up under the SIRIM Industrial Innovation Model, one of them is the Innovation Network, which is a platform to foster collaboration with research organisations such as SIRIM,” he said. 

Tan Sri Ahmad Tajuddin said SIRIM also developed a new program to address the weaknesses observed in SMEs, particularly the food and beverage industry. 

He also said that the launching of SIRIM Innovation Management Standard represents a market-driven initiative to address innovation in the industry. 

“SIRIM, in the last three years, has been offering services to develop Company and Association standards.  In areas where consensus goes beyond association and company, we develop the SIRIM Industry Standard,” he said. 

 ###

  

About SIRIM Berhad

 

A wholly-owned company of the Malaysian Government under the Minister of Finance Incorporated, SIRIM Berhad is a premier Research and Technology organisation providing timely and focused research. SIRIM Berhad is also the champion of Quality and has gained international recognition in Standards and Conformity Assessment, underlying its mission “as a Leader in Quality and Technology Development.” www.sirim.my

Media Contact:

 




JARINGAN INOVASI FOOD 4 FUTURE DAN STANDARD PENGURUSAN INOVASI SIRIM DILANCAR BAGI MEMBANTU PKS TEMPATAN

SHAH ALAM, 15 DISEMBER 2016 – SIRIM memperkenalkan dua lagi inisiatif strategik iaitu Jaringan Inovasi Food 4 Future dan Standard Pengurusan Inovasi SIRIM dalam usaha berterusan bagi meningkatkan produktiviti dan pertumbuhan mampan dalam kalangan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) tempatan melalui teknologi dan inovasi. 

Kedua-dua inisiatif ini dilancarkan oleh Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Wira Dr. Abu Bakar Mohamad Diah di sini, hari ini. Turut hadir adalah Pengerusi SIRIM, Tan Sri Dr. Ir. Ahmad Tajuddin Ali, FASc serta Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan SIRIM, Dato’ Dr. Zainal Abidin Mohd Yusof. 

Jaringan Inovasi Food 4 Future ini merupakan sebuah rangkaian fungsi dan operasi saling berkait dan bersepadu oleh PKS yang terlibat dalam sektor pemprosesan makanan. Rangkaian tersebut dikendalikan rakan kongsi saintifik, SIRIM dan Fraunhofer IAO dari Jerman yang dipertanggungjawabkan dalam pembangunan inovasi untuk merealisasikan pertumbuhan PKS dan kelebihan daya saing.

Jaringan inovasi ini juga bertujuan mewujudkan satu jaringan yang berlandaskan kepercayaan, untuk menjalin kerjasama jangka panjang serta memulakan perkongsian pengalaman antara PKS, dan juga sebagai platform faedah dan sokongan yang boleh diperolehi daripada kerjasama penyelidikan-industri.

Sementara itu, Standard Pengurusan Inovasi SIRIM, juga dikenali sebagai SIRIM 8: 2016 - Guidance Towards Becoming an Innovative Organisation merupakan standard yang memberi panduan kepada industri pembuatan dan perkhidmatan Malaysia dalam membina sebuah organisasi yang inovatif serta mempunyai pelbagai aktiviti dan budaya inovasi hasil dari proses inovasi yang berstruktur.
 

Standard ini bertujuan memberi panduan umum kepada organisasi yang ingin melaksanakan inovasi tanpa mengira sektor, saiz dan jenis. Standard ini juga menerangkan tentang aktiviti inovasi dan teknik dari segi penerokaan idea bagi pemeriksaan, pembangunan dan pengujian produk, serta pelancaran pasaran. Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Panglima Madius Tangau menerusi teks ucapannya yang disampaikan oleh Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Wira Dr. Abu Bakar Mohamad Diah pada majlis pelancaran tersebut berkata Kementerian memuji peranan yang dimainkan oleh SIRIM apabila ia melancarkan Model Inovasi Perindustrian SIRIM menerusi jalinan strategik SIRIM-Fraunhofer yang menerima pakai dan mengadaptasikan prinsip model Fraunhofer Jerman dalam penyelidikan gunaan bagi pembangunan PKS.  "Dalam model ini, SIRIM dengan kerjasama rakan strategik dan industri akan menyediakan perkhidmatan inovasi dalam bidang yang merangkumi penyelidikan dan pembangunan serta penembusan pasaran bagi memupuk pertumbuhan PKS," katanya.

 

Berkenaan standard SIRIM yang baru dilancarkan, beliau juga berkata bahawa organisasi perlu mewujudkan satu ekosistem inovasi yang terdiri daripada infrastruktur yang sesuai, akses kepada pengetahuan, teknologi, kewangan dan rakan usaha sama.
Pengerusi SIRIM, Tan Sri Dr. Ir. Ahmad Tajuddin Ali berkata SIRIM telah membentuk perikatan strategik dengan Fraunhofer bagi membantu PKS tempatan dengan mewujudkan satu ekosistem yang memfokuskan kepada inovasi. Berdasarkan model Fraunhofer ini, SIRIM telah membangunkan sebuah model untuk PKS tempatan yang dikenali sebagai Model Inovasi Perindustrian SIRIM.
"Beberapa inisiatif telah dirangka di bawah Model Inovasi Perindustrian SIRIM, salah satunya adalah Rangkaian Inovasi yang merupakan platform bagi menjalin kerjasama dengan organisasi penyelidikan seperti SIRIM," katanya.

 

Tan Sri Ahmad Tajuddin berkata SIRIM juga telah membangunkan satu program baru bagi menangani kelemahan yang dikenal pasti dalam PKS, khususnya dalam industri makanan dan minuman.

 

Beliau juga berkata pelancaran Standard Pengurusan Inovasi SIRIM merupakan satu inisiatif yang dipacu pasaran bagi menangani hal ehwal inovasi dalam industri.

 

"SIRIM, dalam tempoh tiga tahun ini, telah menawarkan pelbagai perkhidmatan bagi membangunkan standard Syarikat dan Organisasi. Dalam bidang di mana kata sepakat melampaui organisasi dan syarikat, kami membangunkan Standard Industri SIRIM," katanya. 

 

 ###

 

Mengenai SIRIM Berhad

 

Sebuah syarikat milik penuh Kerajaan Malaysia di bawah Menteri Kewangan Diperbadankan dan agensi di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, SIRIM Berhad adalah organisasi Penyelidikan dan Teknologi Perindustrian yang utama di negara ini. SIRIM Berhad juga adalah peneraju Kualiti dan telah menerima pengiktirafan antarabangsa bagi Standard dan Penilaian Pematuhan, selaras dengan misinya untuk “menjadi penyedia penyelesaian menyeluruh dalam inovasi kualiti dan teknologi.” www.sirim.my


Media Contact: