Chief Operating Officer of SIRIM Tech Venture (STV), Ajmain Kasim (left) and Director of LD Micro Precision Sdn Bhd (LDM), Lai Siaw Ling (right) exchanging documents at the signing of strategic alliance agreement between STV and LDM  in Penang, recently. Also in the picture, President and Group Chief Executive of SIRIM, Prof Ir Dr Ahmad Fadzil Mohamad Hani (two from left) and Managing Director of LDM, Tan Kean Lee (two from right).


SIRIM TECH VENTURE SIGNS STRATEGIC ALLIANCE AGREEMENT WITH LD MICRO PRECISION

Smart collaboration to benefit semi-conductor industry

SHAH ALAM, 4 JULY 2017: SIRIM Tech Venture Sdn Bhd (STV), a subsidiary of SIRIM Berhad recently formed a strategic alliance with LD Micro Precision Sdn Bhd (LDM), marking its continuous effort in commercialising micro precision grinding machine into the educational program market segment.

Through the strategic alliance agreement, STV will be the marketing and sales window for the micro precision grinding machine manufactured by LDM.

The agreement was signed by President and Group Chief Executive of SIRIM, Prof Ir Dr Ahmad Fadzil Mohamad Hani and Director of LDM, Lai Siaw Ling, and witnessed by Chief Operating Officer of STV, Ajmain Kasim and Managing Director of LDM, Tan Kean Lee, at a ceremony in Bayan Lepas, Pulau Pinang.

Prof Ir Dr Ahmad Fadzil said the synergistic partnership between SIRIM Tech Venture and LDM will bring outputs of research and development and innovation into the market and augurs well with the Malaysia Commercialisation Year initiatives.

“This is a success story for SIRIM on commercialisation where we facilitate technology transfer with the industry that could help them to build knowledge in innovating technology on their own.

“In addition, this will enable the industry to produce equipment for Technical and Vocational Education and Training (TVET) sector to train its users on precision machine and its technology,” he added.

“After going through difficulties in penetrating the market, the synergistic partnership between STV and LDM has nurtured precision micro grinding machine technology that will benefit educational sector at the initial commercialisation phase.

Micro precision grinding machine is a niche technology in the precision industry, and we hope that this technology will progress further into local and regional industrial markets especially in the semiconductor, medical device and aerospace parts, components sectors and precision industries, he said.  

The programme will be in line with the implementation of the National Occupational Skill Standard (NOSS: MC-050-3-2015) by Jabatan Pembangunan Kemahiran of Jabatan Tenaga Manusia, which is expected to be in the third quarter of 2017.

The programme will lead to a greater business opportunity for micro precision grinding technology particularly in the sales of micro precision grinding machines and human capital programme on Train of Trainer (TOT) for the training centres. From the NOSS implementation, students will be further exposed to precision micro grinding technology, apart from existing NOSS on CNC milling skills.

SIRIM and Penang-based LDM first collaborated in 2008 to produce a functional prototype known as 8-axis Tool and Cutter Grinder. Later, they conducted an internal market study to evaluate its viability for the next phase of development, the pre-commercialisation.

In 2012, SIRIM ventured into pre-commercialisation phase by producing two models of Multi Orientation Micro Precision Grinding Machine. The project was undertaken by SIRIM Micro Precision Unit as Technology Business Unit and it was successfully completed within six months.

Aggressive marketing activities covering all education sectors in Malaysia from 2013-2015 was implemented which eventually led to the adoption of micro precision grinding technology by NOSS in 2016.

###

 



Pengarah Urusan LDM, Tan Kean Lee (kanan) menerangkan berkenaan mesin pemotong ketepatan LDM kepada Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan SIRIM, Prof Ir Dr Ahmad Fadzil Mohamad Hani (dua dari kanan), bersama Pengarah LDM, Lai Siaw Ling (dua dari kiri).

 

SIRIM TECH VENTURE METERAI PERJANJIAN PAKATAN STRATEGIK BERSAMA LD MICRO PRECISION
Kerjasama pintar untuk memanfaatkan industri semi-konduktor

SHAH ALAM, 4 JULAI 2017: SIRIM Tech Venture Sdn Bhd (STV), sebuah anak syarikat SIRIM Berhad, baru-baru ini telah menandatangani perjanjian pakatan strategik bersama LD Micro Precision Sdn Bhd (LDM), sebagai langkah berterusan dalam mengkomersilkan mesin pemotong ketepatan mikro ke pasaran program pendidikan.

Melalui perjanjian berkenaan, STV akan menjadi gerbang pemasaran dan jualan bagi mesin pemotong ketepatan mikro yang akan dibangunkan oleh LDM.

Perjanjian itu telah ditandatangani oleh Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan SIRIM, Prof Ir Dr Ahmad Fadzil Mohamad Hani dan Pengarah LDM, Lai Siaw Ling, dan disaksikan oleh Ketua Pegawai Operasi STV, Ajmain Kasim dan Pengarah Urusan LDM, Tan Kean Lee, pada satu majlis ringkas di Bayan Lepas, Pulau Pinang.

Prof Ir Dr Ahmad Fadzil berkata usahasama  STV dan LDM ini akan membawa hasil penyelidikan dan pembangunan serta inovasi ke dalam pasaran selaras dengan inisiatif Tahun Pengkomersialan Malaysia.

“Ini adalah kejayaan kepada SIRIM di dalam usaha pengkomersilan, di mana kami memudahkan pemindahan teknologi dengan industri yang dapat membantu mereka membina pengetahuan dalam teknologi inovatif.

“Di samping itu, usaha ini akan membolehkan industri menghasilkan peralatan dalam bidang Latihan Teknikal dan Pendidikan Vokasional (TVET) untuk melatih penggunanya mengenai mesin ketepatan dan teknologinya.

“Pelbagai cabaran yang telah kami lalui untuk menembusi pasaran ini, dan perkongsian sinergi antara STV dan LDM dalam membangunkan teknologi mesin pemotong ketepatan mikro ini akan memberi manfaat kepada sektor pendidikan.

“Mesin pemotong ketepatan mikro adalah khusus bagi industri ketepatan dan kami berharap teknologi ini akan terus berkembang ke pasaran industri tempatan dan serantau terutamanya di bahagian semikonduktor, alat perubatan dan bahagian aeroangkasa, dan sektor komponen,” katanya.

Program ini selaras dengan pelaksanaan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS: MC-050-3-2015) oleh Jabatan Kemahiran Pembangunan Jabatan Tenaga Manusia, yang dijangka dilaksanakan pada suku ketiga 2017.

Program ini akan memberi peluang perniagaan yang lebih besar untuk teknologi pemotongan ketepatan mikro terutamanya dalam penjualan mesin pemotong ketepatan mikro dan program modal insan Train of Trainer (TOT) untuk pusat latihan. Melalui pelaksanaan NOSS, pelajar akan didedahkan kepada teknologi pemotongan ketepatan mikro, selain itu NOSS juga mempunyai kemahiran pemotongan kawalan berangka terkomputer (Computer Numerical Control). 

SIRIM dan LDM yang berpangkalan di Pulau Pinang mula bekerjasama pada 2008 untuk menghasilkan sebuah mesin prototaip yang dikenali sebagai 8-axis Tool and Cutter Grinder. Kedua-duanya kemudian melaksanakan kajian pasaran dalaman untuk menilai daya maju bagi fasa pembangunan seterusnya iaitu pra-pengkomersialan.

Pada tahun 2012, SIRIM menceburi fasa pra-pengkomersialan dengan menghasilkan dua model Multi Orientation Micro Precision Grinding Machine. Projek ini telah dijalankan oleh SIRIM Micro Precision Unit sebagai Unit Teknologi Perniagaan dan ia berjaya dihasilkan dalam tempoh enam bulan.

Aktiviti pemasaran yang agresif meliputi semua sektor pendidikan di Malaysia dari 2013-2015 telah dilaksanakan dan akhirnya membawa kepada penerapan teknologi pemotongan mikro oleh NOSS pada 2016.

###