Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau (tengah) merasmikan Seminar Inovasi Makanan dan Trend Global, bersama beliau Ketua Setiausaha MOSTI, Datuk Seri Dr Mohd Azhar Yahaya (kanan) dan Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan SIRIM, Prof Ir Dr Ahmad Fadzil Mohamad Hani.


Siaran Media

 

SEMINAR INOVASI MAKANAN DAN TREND GLOBAL BANTU INDUSTRI MAKANAN TEMPATAN HADAPI MASA DEPAN

KUALA LUMPUR, 10 Ogos 2017: SIRIM sebuah agensi penyelidikan dan teknologi utama negara di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) hari ini menganjurkan seminar Inovasi Makanan dan Trend Global untuk menyokong dan membantu industri makanan tempatan memahami masa hadapan industri berkenaan.

Lebih 200 peserta daripada indusrti makanan dan minuman, institusi penyelidikan, institusi pendidikan tinggi dan agensi dari sektor kerajaan serta swasta menyertai seminar itu didedahkan kepada pelbagai topik berkaitan inovasi makanan, halal, teknologi pemprosesan makanan, rangkaian inovasi dan trend global untuk makanan masa hadapan.

Seminar sehari sempena Pameran Perdagangan Makanan dan Minuman Antarabangsa Malaysia ke-18 (MIFB 2017), dirasmikan oleh Menteri MOSTI, Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau. Hadir sama pada sesi itu ialah Ketua Setiausaha MOSTI, Datuk Seri Dr Mohd Azhar Yahaya dan Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan SIRIM, Prof Ir Dr Ahmad Fadzil Mohamad Hani.

Wilfred di dalam ucapan perasmiannya memuji peranan SIRIM–Fraunhoufer melalui perkongsian strategik apabila ia melancarkan Model Inovasi Perindustrian SIRIM yang menerapkan dan menyesuaikan prinsip model Fraunhoufer dari Jerman berkenaan penyelidikan gunaan bagi pembangunan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).

“Melalui program SIRIM- Fraunhoufer, sebanyak 320 Audit Teknologi telah dilaksanakan pada tahun 2015 dan 2016, pada tahun ini kita menjangkakan sebanyak 170 Audit Teknologi akan dilengkapkan. Syarikat yang menyertai program audit ini daripada pelbagai sektor industri seperti kejuruteraan, pemesinan, elektronik manakala sektor makanan dan minuman mendominasi keseluruhan Audit Teknologi ini,” katanya.

Penemuan audit mencadangkan perlunya intervensi teknologi bagi syarikat untuk meningkatkan produktiviti mereka, dengan lebih 45 projek yang diluluskan untuk program peningkatan teknologi dan 36 projek yang dikenal pasti untuk program pemupukan.

Inovasi Jaringan pertama yang dibangunkan oleh SIRIM adalah Inovasi Jaringan Food 4 Future yang dilancarkan pada tahun lalu, kini mempunyai 12 ahli dari PKS. Jaringan ini melibatkan penganjuran bengkel Radar Teknologi Pasaran di dalam pemprosesan makanan dan senario semasa, lawatan belajar bagi amalan industri baik dan melaksanakan tinjauan industri PKS.

“Melalui Inovasi Jaringan, SIRIM telah melaksanakan dua projek demonstrasi yang melibatkan pembangunan Loji Termal Solar Skala Perindustrian yang menghasilkan air panas untuk proses perindustrian.

“Memanfaatkan tenaga hijau iaitu termal solar, PKS berjaya mengurangkan kos tenaga dan meningkatkan kecekapan tenaga serta produktiviti mesin yang digunakan,”kata Wilfred.

Prof Ir Dr Ahmad Fadzil di dalam ucapannya berkata, SIRIM diberi mandat oleh kerajaan untuk membantu PKS mempertingkatkan produktiviti dan pengetahuan dalam teknologi baru di dalam perniagaan mereka.

“Kami telah membentuk perikatan stategik bersama Institut Fraunhoufer, Jerman untuk membantu PKS tempatan dengan mewujudkan ekosistem inovasi yang tertumpu. Beberapa inisiatif turut diwujudkan di bawah Model Inovasi Perindustrian SIRIM sebagai langkah mengukuhkan hubungan antara SIRIM dan PKS.

Lima ahli Jaringan Inovasi Food 4 Future mengambil bahagian di bawah Pavilion SIRIM di MIFB 2017 iaitu Solo Labeller Technology Sdn Bhd, Halagel Products Sdn Bhd, Algaetech International Sdn Bhd, Ever Delicious Food Industries Sdn Bhd dan Muslim Kitchen Sdn Bhd.

Jaringan Inovasi Food 4 Future merupakan sebuah rangkaian fungsi dan operasi saling berkait dan bersepadu oleh PKS yang terlibat dalam sektor pemprosesan makanan. Rangkaian tersebut dikendalikan rakan kongsi saintifik, SIRIM dan Fraunhofer dari Jerman yang dipertanggungjawabkan dalam pembangunan inovasi untuk merealisasikan pertumbuhan PKS dan kelebihan daya saing.

Penceramah terkemuka dari Food Agility Corporative Research Center (CRC) sebuah rangkaian inovasi dari Australia; Nestle Malaysia satu daripada industri makanan dan minuman ternama dunia; Perbadanan Pembangunan Industri Halal, agensi penyelaras pembangunan industri halal di Malaysia; Universiti Putra Malaysia dan pakar dari SIRIM berkongsi pengetahuan dan pengalaman mereka di dalam pelbagai topik berkaitan inovasi makanan pada seminar berkenaan.

 

                                                                                    ###

 

 

 

 

Minster of Science, Technology and Innovation (MOSTI), Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau (third from right) visit exhibition booth at The 18th  Malaysian International Food and Beverage Trade Fair (MIFB 2017), in the picture MOSTI Secretary General, Datuk Seri Dr Mohd Azhar Yahaya (right) and President and Group Chief Executive of SIRIM, Prof Ir Dr Ahmad Fadzil Mohamad Hani (second right).

Press Release

 

FOOD INNOVATION AND GLOBAL TRENDS SEMINAR PREPARES LOCAL FOOD INDUSTRY PLAYER FOR FUTURE

 

KUALA LUMPUR, 10 August 2017: SIRIM, the country’s premier research and technology organisation under the Ministry of Science, Technology and Innovation (MOSTI) today organised a seminar on Food Innovation and Global Trends to support and assist local food industry to better understand the future of the food industry.
 
More than 200 participants from food and beverage industry, research institutions, higher education institutions, government and private sector agencies were exposed to various topics on food innovation, halal, food processing technology, innovation networks and global trends of the future of food.
 
The one-day seminar held in conjunction with the 18th Malaysian International Food and Beverage Trade Fair (MIFB) 2017, was officiated by the Minister of Science, Technology and Innovation, Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau. Also present at the session were MOSTI Secretary General, Datuk Seri Dr Mohd Azhar Yahaya and President and Group Chief Executive of SIRIM, Prof. Ir. Dr. Ahmad Fadzil Mohamad Hani.
 
Wilfred in his opening speech lauded the role played by SIRIM-Fraunhoufer strategic partnership when it launched the SIRIM Industrial Innovation Model that adopts and adapts the principles of Germany’s Fraunhoufer model on applied research for the development of Small and Medium Enterprises (SMEs).
 
“Through SIRIM- Fraunhoufer program a total 320 Technology Audit was completed in 2015 and 2016, and this year SIRIM are expecting to complete 170 Technology Audit. The companies that participated in the audit programmes are from various sectors of industry such as engineering, machinery, electronics with the food and beverage forming the highest number of participants,” he said.
 
The audit findings determined the technology intervention needed for companies to improve their productivity, with more than 45 projects approved for technology upgrading programmes and 36 projects identified for nurture programmes.
 
The first Innovation Network by SIRIM, the Food 4 Future Innovation Network was launched last year and now has more than 12 SME members.  The network engaged in workshops involving Technology Market Radar in food processing and scenario building, study tour of best industry practices and conducting SME industry survey.
 
“Through the Innovation Network, SIRIM has implemented two demonstration projects involving the setting up of an Industrial Scale Solar Thermal Plants that provides hot water for industrial processes.
 
“Benefitting from green energy, which is solar thermal; the SMEs have managed to cut cost on energy by improving energy efficiency and plant productivity,” Wilfred added.
 
Prof. Ir. Dr. Ahmad Fadzil in his speech said SIRIM was mandated by the government to facilitate SMEs in improving their productivities and knowledge, by embracing new and high technologies for their businesses.
 
“We have formed a strategic alliance with the Fraunhoufer Institute of Germany to help Malaysian SMEs by creating an innovation-focused ecosystem. Several initiatives have been drawn up under the SIRIM Industrial Innovation Model which is a step closer in reinforcing the relationship between SIRIM and SMEs,” he said.
 
Five founding members of the Food 4 Future Innovation Network participated under the SIRIM Pavillion in MIFB 2017, namely Solo Labeller Technology Sdn Bhd, Halagel Products Sdn Bhd, Algaetech International Sdn Bhd, Ever Delicious Food Industries Sdn Bhd and Muslim Kitchen Sdn Bhd.
 
The Food 4 Future Innovation Network is a network of interconnected and integrated functions and operations by SMEs involved in food processing sector. The network is mediated by scientific partners, SIRIM and Fraunhofer of Germany, responsible in the development of innovations to achieve SMEs’ growth and competitive advantage.
 
Prominent speakers from Food Agility Corporative Research Center (CRC) an innovation network in Australia; Nestle Malaysia, one of the wold leaders in food and beverage industry, Halal Industry Development Corporation an agency that coordinates the overall development of the halal industry in Malaysia; University Putra Malaysia and SIRIM experts shared their knowledge and experience on various topics on food innovation during the session.

 

                                                                                   ###