Print

 




President and Group Executive of SIRIM, Prof Ir Dr Ahmad Fadzil Mohamad Hani (seventh from left), welcomes delegates from the NAM S&T Industry Networks at SIRIM’s Headquarter in Shah Alam on Thursday.

 

Press Release 

 

DELEGATES FROM NAM S&T INDUSTRY NETWORKS VISIT SIRIM

SHAH ALAM, 8 SEPTEMBER 2017: SIRIM, the country’s premier research and technology organisation under the Ministry of Science, Technology and Innovation (MOSTI) welcomes 20 delegates from the 14th Governing Council Meeting of the Science and Technology of the Non-Aligned Movement and Other Developing Countries Industry Networks (NAM S&T Industry Networks), here, on Thursday.

The visit was organised by MOSTI to enlighten the delegates from various countries namely India, Indonesia, Iran, Kenya, Palestine, South Africa, Sri Lanka, Zimbabwe and Democratic Republic of Korea, on SIRIM’s research activities and innovation they ventured in.

They were received by President and Group Chief Executive of SIRIM, Prof. Ir. Dr. Ahmad Fadzil Mohamad Hani. Delegates were briefed on SIRIM Group’s activities especially on research and technology, and also visited three laboratories at its Industrial Biotechnology Research Centre.

In his welcoming speech Prof Ir Dr Ahmad Fadzil said, SIRIM strives to be the total solutions provider for the industry and spearhead new areas of technology and innovation.

“SIRIM has an extensive network of partnership with research technology organisations such as Fraunhofer Institute from Germany. The strategic cooperation with Fraunhofer enables SIRIM to adopt its principals on applied research for the development of Small and Medium Enterprise (SMEs) in Malaysia.

NAM S&T Centre, established as an inter-governmental organisation in pursuance of the deliberation of the 5th, 6th and 7th Conferences of the Heads of State or Government of the NAM Countries, respectively held in Colombo in 1976, Havana in 1979 and New Delhi in 1983. The Secretariat of the centre is centrally located at New Delhi.  A total number of 48 developing countries have joined the centre as its member.





Pengurus Besar Pusat Penyelidikan Perindustrian Bioteknologi SIRIM, Dr Ahmad Hazri Ab Rashid (dua dari kanan) memberi penerangan berkenaan penyelidikan yang dibangunkan oleh SIRIM kepada delegasi dari Industri Rangkaian NAM S&T semasa lawatan mereka ke Ibu Pejabat SIRIM di Shah Alam pada Khamis.



SIARAN MEDIA

DELEGASI JARINGAN INDUSTRI NAM S&T LAWAT SIRIM

 

SHAH ALAM, 8 SEPTEMBER 2017: SIRIM sebuah agensi penyelidikan dan teknologi utama negara di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) menerima lawatan 20 orang dari Jaringan Industri Sains dan Teknologi Negara-negara Berkecuali dan Negara-negara Membangun Lain (NAM S&T Industry Network), di sini, pada Khamis.
 
Lawatan yang dianjurkan oleh MOSTI bertujuan memberi penerangan kepada delegasi dari pelbagai negara seperti India, Indonesia, Iran, Kenya, Palestin, Afrika Selatan, Sri Lanka, Zimbabwe dan Korea Utara berkenaan aktiviti penyelidikan dan inovasi yang dibangunkan oleh SIRIM.
 
Mereka disambut oleh Presiden dan Pegawai Eksekutif Kumpulan SIRIM, Prof Ir Dr Ahmad Fadzil Mohamad Hani. Delegasi telah diberi penerangan berkaitan aktiviti Kumpulan SIRIM terutamanya dalam bidang penyelidikan dan teknologi. Mereka kemudian dibawa melawat tiga makmal di Pusat Penyelidikan Perindustrian Bioteknologi SIRIM.
 
Prof Ir Dr Ahmad Fadzil di dalam ucapan aluannya berkata, SIRIM sentiasa berusaha untuk menjadi penyedia penyelesaian menyeluruh bagi industri selain menerajui dalam bidang teknologi dan inovasi terkini.
 
“SIRIM mempunyai rangkaian perkongsian yang luas bersama pusat penyelidikan teknologi seperti Institut Fraunhofer dari Jerman. Kerjasama strategik bersama Fraunhofer membolehkan SIRIM untuk menerima pakai penyelidikan gunaan institut berkenaan untuk pembangunan Perusahaan Kecil dan Sederhana di Malaysia,” katanya.
 
Pusat NAM S&T ditubuhkan sebagai sebuah organisasi antara kerajaan lanjutan daripada perbincangan Persidangan ke-5, ke-6 dan ke-7 Ketua-ketua Negara atau Kerajaan Negara-negara NAM, yang diadakan di Colombo pada tahun 1976, Havana pada tahun 1979 dan New Delhi 1983. Sekretariat Pusat NAM S&T terletak di New Delhi dan sebanyak 48 negara membangun telah menyertai jaringan ini sebagai ahli.

 

                                                                                   ###