Print




Minister of Science, Technology and Innovation (MOSTI), Datuk Seri Panglima Madius Tangau, handing over a certificate mock up to Muslim Kitchen Sdn Bhd representative for its involvement in SIRIM-Fraunhofer Programme during the SIRIM-Fraunhofer Programme Appreciation Ceremony and MoU Signing Session in conjunction with NICE 2017, at Technology Park Malaysia on Friday. In the picture, Secretary General of MOSTI, Datuk Seri Dr. Mohd Azhar Yahaya (right) and President and Group Chief Executive of SIRIM, Prof Ir Dr Ahmad Fadzil Mohamad Hani (left).



PRESS RELEASE



SIRIM INKS SEVEN MoUS FOR COLLABORATIONS IN TECHNOLOGY AND COMMERCIALISATION IN CONJUNCTION WITH NICE 2017
12 SMEs from SIRIM-Fraunhofer programme also receive special recognition

 

KUALA LUMPUR, 13 OCT 2017: SIRIM, a leading research and technology agency under the Ministry of Science, Technology and Innovation (MOSTI), today signed seven Memorandums of Understanding (MoU) with various parties including institutions of higher education and private companies to enable collaborations in technology and commercialisation, in conjunction with the National Innovation and Creative Economy Expo (NICE) 2017 organised by MOSTI, here.

 

The MoU with Universiti Teknologi Petronas will enable both parties to explore collaboration in the fields of testing and analytics, joint research, consultancy services, practical training and technology transfer. SIRIM also signed an MoU with local innovation company, Zull Design Autotronic, for partnership in the areas of training, consultancy and technical guidance to produce skilled workforce in design and fabrication.

 

For both MoUs, SIRIM was represented by its President & Group Chief Executive, Prof. Ir. Dr. Ahmad Fadzil Mohamad Hani. The signing ceremony was witnessed by Minister of Science, Technology and Innovation, Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau. UTP was represented by its Vice Chancellor, Datuk Ir (Dr) Abdul Rahim Haji Hashim while Zull Design Autotronic was represented by its Managing Director, Zulkifli Hj Haron.

 

Meanwhile, SIRIM Tech Venture Sdn Bhd, a subsidiary of SIRIM Berhad, signed MoUs with five companies namely Sabah Energy Corporation Sdn Bhd, Strategic Euro Resource Sdn Bhd, Safari Tech PLT, Longe Medikal Sdn Bhd and Best Impulse Sdn Bhd to assist in commercialising technology developed by SIRIM such as BioNG, LPG Tank, Multistage Biogas System and Medical Devices.

 

SIRIM Tech Venture was represented by its Chief Operating Officer, Ajmain Kassim while Sabah Energy Corporation by its Chief Executive Officer, Dato Hj Harun Ismail; Strategic Euro Resource Sdn Bhd (Managing Director, Senthilrajah a/l Indrajah); Safari Tech PLT (Chief Executive Officer, Mohd Faridzul Asyraf Mat Arifin); Longe Medikal Sdn Bhd (Chief Executive Officer, Muhammad Izzat Ahmad Sabri); and Best Impulse Sdn Bhd (Managing Director, Azri Ariffin).

 

During the event, 12 Small and Medium Enterprise entrepreneurs were also recognised for their involvement in the SIRIM-Fraunhofer Programme. They were from various industries such as electrical and electronics; packaging materials; machinery and engineering; biotechnology; food and beverages; as well as labelling and packaging.

 

The companies that had successfully implemented the SIRIM Fraunhofer projects under the SIRIM Industrial Innovation Model Fund are namely: Alion Nation Solution Sdn Bhd; Free The Seed Sdn Bhd; and RS Advanced Technology Sdn Bhd. Companies under the Food for Future Innovation Network program are: Algaetech International Sdn Bhd; Solo Labeller Tech Sdn Bhd; and Muslim Kitchen Sdn Bhd; and companies under the Micro Small Enterprises Technology Nurture Program (MiSE Nurture) are: Micro Precision Machining Sdn Bhd; Mozac Medicare Sdn Bhd; Syarikat Hasan Majid Sdn Bhd; Deligateaux (M) Sdn Bhd; ASA Palmilk (M) Sdn Bhd, and Hamie Industries Sdn Bhd.

 

Prof. Ir Dr. Ahmad Fadzil said, under the SIRIM-Fraunhofer programme, the technological and innovation interventions will boost the growth in mechanisation and automation; adaptation of new technologies in product and process development including prototype testing, productivity improvement and competency development in technology management and innovation.

 

"The proposed solution can help the companies deal with specific needs and issues that restrict their productivity improvement," he said.

 

The SIRIM-Fraunhofer programme started in 2015, emphasising the identification of problems experienced by SMEs through technology audits especially in technology and innovation.

 

To date, 472 SME companies have undergone technological audits while another 337 companies have undertaken various levels of project intervention through recommended technology adaptation.

###



Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan SIRIM, Prof Ir Dr Ahmad Fadzil Mohamad Hani (dua dari kiri) bertukar dokumen dengan Pengarah Urusan Zull Design Autotronic, Zulkifli Haron sambil disaksikan oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Panglima Wilferd Madius Tangau (tiga dari kiri) selepas majlis menandatangani memorandum persefahaman kerjasama teknologi bersama SIRIM semasa Majlis Penghargaan SIRIM-Fraunhofer dan Upacara Memorandum Persefahaman bersempena NICE 2017, di Taman Teknologi Malaysia.


SIARAN MEDIA



SIRIM METERAI TUJUH MoU UNTUK KERJASAMA TEKNOLOGI & PENGKOMERSIALAN SEMPENA NICE 2017

12 Usahawan PKS Program SIRIM-Fraunhofer turut terima penghargaan

 

KUALA LUMPUR, 13 OKT 2017:  SIRIM Berhad, sebuah agensi penyelidikan dan teknologi utama negara di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) hari ini menandatangani tujuh Memorandum Persefahaman (MoU) dengan pelbagai pihak termasuk institusi pengajian tinggi dan syarikat swasta untuk membolehkan kerjasama dalam bidang teknologi dan pengkomersialan, bersempena dengan Ekspo Inovasi dan Ekonomi Kreatif Kebangsaan (NICE) 2017 yang dianjurkan oleh MOSTI di Taman Teknologi Malaysia, di sini.

 

SIRIM menandatangani MoU dengan Universiti Teknologi Petronas (UTP) untuk membolehkan kedua-dua pihak meneroka kerjasama dalam bidang pengujian dan analitis, penyelidikan bersama, khidmat rundingan, pemindahan teknologi dan latihan amali.

 

SIRIM turut menandatangani MoU dengan syarikat inovasi tempatan, Zull Design Autotronic, bagi kerjasama dalam bidang latihan, perundingan dan bimbingan teknikal untuk melahirkan tenaga kerja yang berkemahiran dalam bidang reka bentuk dan fabrikasi.

 

Bagi kedua-dua MoU, SIRIM diwakili Presiden & Ketua Eksekutif Kumpulan, Prof. Ir. Dr. Ahmad Fadzil Mohamad Hani. Majlis tandatangan itu disaksikan oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau. UTP diwakili Naib Canselornya, Datuk Ir (Dr) Abdul Rahim Haji Hashim manakala Zull Design Autotronic diwakili Pengarah Urusannya, Zulkifli Hj Haron.

 

Sementara itu, SIRIM Tech Venture Sdn Bhd, anak syarikat SIRIM Berhad turut menandatangani MoU dengan lima buah syarikat iaitu Sabah Energy Corporation Sdn Bhd, Strategic Euro Resource Sdn Bhd, Safari Tech PLT, Longe Medikal Sdn Bhd dan Best Impulse Sdn Bhd untuk membantu mengkomersialkan teknologi yang telah dibangunkan di SIRIM seperti BioNG, Tangki LPG, Multistage Biogas System dan Peranti Perubatan.

 

SIRIM Tech Venture diwakili Ketua Pegawai Operasinya, Ajmain Kassim manakala Sabah Energy Corporation oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dato’ Hj Harun Ismail; Strategic Euro Resource Sdn Bhd (Pengarah Urusan, Senthilrajah a/l Indrajah); Safari Tech PLT (Ketua Pegawai Eksekutif, Mohd Faridzul Asyraf Mat Arifin); Longe Medikal Sdn Bhd (Ketua Pegawai Eksekutif, Muhammad Izzat Ahmad Sabri); dan Best Impulse Sdn Bhd (Pengarah Urusan, Azri Ariffin).

 

Pada majlis itu, seramai 12 usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) turut diberi penghargaan di atas penglibatan di dalam Program SIRIM-Fraunhofer. Mereka terdiri daripada usahawan pelbagai industri seperti elektrikal dan elektronik; bahan pembungkusan; pemesinan dan kejuruteraan; bioteknologi; makanan dan minuman; serta pelabelan dan pembungkusan.

 

Syarikat berkenaan melaksanakan projek di bawah SIRIM Industrial Innovation Model Fund: Alion Nation Solution Sdn Bhd; Free The Seed Sdn Bhd; dan RS Advanced Technology Sdn Bhd. Syarikat di bawah program Food for Future Innovation Network: Algaetech International Sdn Bhd; Solo Labeller Tech Sdn Bhd; dan Muslim Kitchen Sdn Bhd; dan syarikat di bawah program Micro Small Enterprises Technology Nurture Programme (MiSE Nurture): Micro Precision Machining Sdn Bhd; Mozac Medicare Sdn Bhd; Syarikat Hasan Majid Sdn Bhd; Deligateaux (M) Sdn Bhd; ASA Palmilk (M) Sdn Bhd, dan Hamie Industries Sdn Bhd.

 

Prof Ir Dr Ahmad Fadzil berkata, di bawah program SIRIM-Fraunhofer, antara penyelesaian intervensi teknologi dan inovasi yang dilaksanakan adalah peningkatan tahap mekanisasi dan automasi; adaptasi teknologi baru dalam pembangunan produk dan proses termasuk pengujian prototaip, peningkatan proses pengeluaran serta pembangunan kompetensi dalam pengurusan teknologi dan inovasi.

 

“Penyelesaian yang dicadangkan dapat membantu syarikat-syarikat ini menangani keperluan khusus dan isu-isu yang mengekang peningkatan produktiviti mereka,” katanya.

 

Program SIRIM-Fraunhofer bermula pada 2015, memberi penekanan kepada pengenalpastian masalah yang dialami PKS melalui audit teknologi terutamanya dalam teknologi dan inovasi.

 

Sehingga kini sebanyak 472 syarikat PKS telah menjalani audit teknologi, manakala 337 syarikat lagi menjalani pelbagai tahap pelaksanaan projek intervensi melalui adaptasi teknologi yang disyorkan.

                                                                                ###