Print




The session engages secondary school students develop creativity and innovativeness by incorporating technology and innovation into daily life, the WAITRO-ISESCO-SIRIM Research Fellowship Programme was held in SK Santubong, Kuching on Friday.

PRESS RELEASE

                 AEROSPACE ENGINEERING INTRODUCED TO SEVEN SECONDARY SCHOOLS IN SARAWAK

KUCHING, 4 Nov 2017: Students from seven secondary schools in Sarawak were introduced to aerospace engineering recently by researchers from SIRIM, World Association of Industrial and Technological Research Organisation (WAITRO) Secretariat and the Islamic Educational, Scientific and Cultural Organisation (ISESCO).
Held at SK Santubong here on 3 November 2017 in conjunction with WAITRO-ISESCO-SIRIM Research Fellowship Programme in the Area of Intelligent System, the session engages secondary school students develop creativity and innovativeness by incorporating technology and innovation into daily life.
The session, part of an initiative to promote understanding in the Science, Technology, Engineering and Mathematics (STEM) Learning and Dual Language Programme, was participated by 28 students from SMK Santubong, SMK Bandar Semariang, SMK Agama Tun Ahmad Zaidi, SMK Demak Baru, SMK Semerah Padi, SMK Tun Abg Haji Openg and SMK Bako.
Meanwhile, the WAITRO-ISESCO-SIRIM Research Fellowship Programme includes learning on technology applications such as robotics and embedded system where all participants have been introduced to SIRIM’s indigenous products known as SIRIM RoboKit® and SIRIM AeroKit. 
The programme also includes experience sharing, practical learning at Putrajaya and industrial visit to Melaka and SIRIM’s Aerospace and Robotic Engineering Workshop.
SIRIM, a leading organisation for industrial research and technology innovation in Malaysia had organised a networking session between WAITRO and ISESCO to promote knowledge sharing and collaborations among members in learning the field of Intelligent System from 23 October – 3 November 2017.
This is the fourth time SIRIM hosted the Research Fellowship Programme which demonstrates Malaysia’s commitment to capability building, experiential learning as well as providing WAITRO-ISESCO an avenue to strengthen cooperation among their members.
Matthews Segaetsho, a participant from Institute for Technology Research and Innovation, Botswana said: “I enjoyed the knowledge-sharing session and cultural exchange between the participants. This programme can also facilitate new collaborations between WAITRO, ISESCO and SIRIM.”
Arti Ramdhanie, a participant from Caribbean Industrial Research Institute, Trinidad and Tobago said: “Through this programme, I have learned so much about intelligent system and its applications, especially the Train the Trainer session which I will use the knowledge I gained here and apply it to my country.”
                                                                                      ###
SIRIM Berhad
A wholly-owned company of the Malaysian Government under the Ministry of Science, Technology and Innovations, SIRIM Berhad is a premier Research and Technology organisation providing timely and focused research, developing new technologies and improvements in the manufacturing, technology and services for the Malaysian industrial sector. SIRIM Berhad is also the champion of Quality and has gained international recognition, underlying its mission of “being a total solution provider in quality and technology innovations.” www.sirim.my
WAITRO is a non-governmental, not-for-profit association, established in 1970 under the United Nations with the aims to be the leading global network of research and technological organisations through collaboration of knowledge-sharing for sustainable development. Throughout the years, WAITRO has encouraged technical co-operation amongst members while promoting capability building in developing countries. WAITRO has also partnered with ISESCO, UNIDO and UNESCO in various initiatives.
ISESCO is an international organisation that aims to elevate cooperation among the Organisation of Islamic Cooperation (OIC) member countries to spearhead the development of education, science and culture in the Islamic sphere. Its headquarters is in Rabat and is represented by 52 member nations.





Pelajar dari SMK Agama Tun Ahmad Zaidi menunjukkan pesawat kepada penyelidik dari SIRIM, Sekretariat WAITRO dan ISESCO semasa Program Penyelidikan Fellowship WAITRO-ISESCO-SIRIM diadakan di SK Santubong, Kuching pada Jumaat lalu.

SIARAN MEDIA

KEJURUTERAAN AEROANGKASA DIPERKENAL DI TUJUH SEKOLAH MENENGAH DI SARAWAK

KUCHING, 4 Nov 2017: Pelajar dari tujuh sekolah menengah di Sarawak diperkenalkan dengan kejuruteraan aeroangkasa oleh penyelidik SIRIM, Sekretariat World Association of Industrial and Technological Research Organisation (WAITRO) dan Islamic Educational, Scientific and Cultural Organisation (ISESCO) baru-baru ini.

Program diadakan di Sekolah Kebangsaan Santubong di sini pada 3 November 2017 bersempena Program Penyelidikan Fellowship WAITRO-ISESCO-SIRIM di dalam Bidang Sistem Pintar. Sesi tersebut melibatkan pelajar sekolah menengah membangunkan daya kreativiti dan inovasi dengan menggabungkan teknologi dan inovasi di dalam kehidupan seharian mereka.

Sesi berkenaan adalah inisiatif untuk menggalakkan pemahaman di dalam mata pelajaran Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dan Program Dwi Bahasa (DLP), disertai 28 orang pelajar dari SMK Bandar Semariang, SMK Agama Tun Ahmad Zaidi, SMK Demak Baru, SMK Semerah Padi, SMK Tun Abg Haji Openg, SMK Santubong dan SMK Bako.

Sementara itu, Program Penyelidikan Fellowship WAITRO-ISESCO-SIRIM merangkumi pembelajaran mengenai aplikasi teknologi seperti robotik dan sistem terbenam (embedded system) di mana semua peserta telah diperkenalkan  dengan produk ciptaan SIRIM iaitu  SIRIM RoboKit® dan SIRIM AeroKit.

SIRIM sebuah agensi penyelidikan dan teknologi utama negara, telah menganjurkan sesi jaringan antara WAITRO dan ISESCO untuk menggalakkan perkongsian pengetahuan dan kerjasama antara ahli di dalam bidang pengetahuan Sistem Pintar bermula dari 23 Oktober hingga 3 November 2017.

Ini adalah kali keempat SIRIM menjadi tuan rumah Program Penyelidikan Fellowship, ia sebagai komitmen Malaysia untuk membina keupayaan, pembelajaran pengalaman serta menyediakan WAITRO-ISESCO sebagai saluran untuk mengukuhkan kerjasama di antara ahli-ahlinya.

Matthews Segaetsho, peserta dari Institut Penyelidikan Teknologi dan Inovasi, Botswana berkata: “Ia adalah pengalaman yang menyeronokkan, melalui sesi perkongsian pengetahuan dan pertukaran budaya antara peserta. Program ini juga boleh memudahkan kerjasama baru antara WAITRO, ISESCO dan SIRIM. "

Arti Ramdhanie, peserta dari Institut Penyelidikan Perindustrian Caribbean, Trinidad dan Tobago berkata: “Melalui program ini banyak yang saya pelajari berkenaan sistem pintar dan aplikasinya, terutama dalam sesi Train the Trainer. Saya akan menggunakan ilmu yang dipelajari di sini dan mengaplikasikannya di negara saya”.

                                                                                              ###

Mengenai SIRIM Berhad

Sebuah syarikat milik penuh Kerajaan Malaysia di bawah Menteri Kewangan Diperbadankan dan agensi di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, SIRIM Berhad adalah organisasi Penyelidikan dan Teknologi Perindustrian yang utama di negara ini. SIRIM Berhad juga adalah peneraju Kualiti dan telah menerima pengiktirafan antarabangsa bagi Standard dan Penilaian Pematuhan, selaras dengan misinya untuk “menjadi penyedia penyelesaian menyeluruh dalam inovasi kualiti dan teknologi.” www.sirim.my

WAITRO adalah persatuan bukan kerajaan, yang ditubuhkan pada tahun 1970 di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dengan tujuan untuk menjadi organisasi penyelidikan dan teknologi global terkemuka melalui kerjasama perkongsian pengetahuan untuk pembangunan mampan. Sepanjang tahun, WAITRO telah menggalakkan kerjasama teknikal di kalangan anggota sambil mempromosikan pembangunan keupayaan di negara-negara membangun. WAITRO juga telah bekerjasama dengan ISESCO, UNIDO dan UNESCO dalam pelbagai inisiatif.

ISESCO adalah sebuah organisasi antarabangsa yang bertujuan untuk meningkatkan kerjasama di antara negara-negara anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) untuk menerajui perkembangan pendidikan, sains dan budaya dalam bidang Islam. Ibu pejabatnya berada di Rabat dan diwakili oleh 52 negara anggota.