Print


Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan SIRIM, Prof Ir Dr Ahmad Fadzil Mohamad Hani (empat dari kiri, barisan kedua) dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif 1 SME Corporation Malaysia, Rizal Nainy (tiga dari kiri, barisan kedua) bersama-sama penerima plak penghargaan dari SIRIM-Fraunhofer, semasa Majlis Penghargaan Program SIRIM-Farunhofer, yang diadakan di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC) di sini. 



SIARAN MEDIA

44 PKS TERIMA PENGHARGAAN SERTAI PROGRAM SIRIM-FRAUNHOFER

 
KUALA LUMPUR, 17 Nov 2017: SIRIM Berhad, sebuah agensi penyelidikan dan teknologi utama negara di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) hari ini memberi penghargaan kepada 44 usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di atas penglibatan mereka di dalam Program SIRIM-Fraunhofer yang bertujuan meningkatkan produktiviti serta ekonomi perusahaan mereka.
Kesemua mereka terdiri daripada usahawan pelbagai industri seperti elektrikal dan elektronik; bahan pembungkusan; pemesinan dan kejuruteraan; bioteknologi; makanan dan minuman; produk kesihatan serta pelabelan dan pembungkusan.

 Kesemua syarikat yang diraikan bersempena Pameran SMIDEX 2017 di sini telah mengikuti Program SIRIM-Fraunhofer iaitu 14 syarikat yang berjaya melaksanakan Audit Teknologi dan Penggunaan Teknologi; lapan syarikat di bawah program Pembungkusan dan Pelabelan; empat syarikat di bawah program Peningkatan Produktiviti dan Amalan Terbaik; empat syarikat di bawah SIRIM-SMEs Innovation Workshop; lima syarikat di bawah Innovation Network dan sembilan syarikat di bawah program Groom Big.

 Plak penghargaan telah disampaikan oleh Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan SIRIM, Prof Ir. Dr. Ahmad Fadzil Mohamad Hani. Turut hadir pada majlis itu, Timbalan Ketua Eksekutif 1 SME Corp, Rizal Nainy.

 Sebanyak 20 syarikat telah melaksanakan projek di bawah program SIRIM-Fraunhofer: Global Factor Sdn Bhd; Munif Hijjaz Marketing Sdn Bhd; Akifcafe Coffee Industries Sdn Bhd; Now Foods Sdn Bhd; Jasin Hotsprings Marketing & Services; Euro Code Sdn Bhd; Impressive Transforms Sdn Bhd; Nature Profusion Sdn Bhd; Ameen Products Sdn Bhd; Muslim Kitchen Sdn Bhd; G&H Cake House Sdn Bhd; Dhea Kita Enterprise; MMI Murni Manufacturing Sdn Bhd; Viral Optimis Enterprise; Positive Energy Freedom Sdn Bhd; AOM Food Industries; DNA Herbal Pride Industries Sdn Bhd; Muhibbah Sinergia Resources; Yusa Food Products Sdn Bhd; dan Napi Maju Jaya Sdn Bhd.

 Manakala 24 syarikat lagi telah melaksanakan Audit Teknologi: SI Acoustic Sdn Bhd; Quantum Electro Opto System Sdn Bhd; Nubex Sdn Bhd; G&G Dessert Products Sdn Bhd; Deligateaux (M) Sdn Bhd; Micro Precision Machining Sdn Bhd; ASA Palmilk (M) Sdn Bhd; Extra-Built (M) Sdn Bhd; Malinja Doner Kebab & Bakery Sdn Bhd; Lipta Plastic Industries Sdn Bhd; Primelux Energy Sdn Bhd; KPT Manufacturing Sdn Bhd; Sipro Plastic Industries Sdn Bhd; Ensu Lifesciences  Sdn Bhd; Halagel (M) Sdn Bhd; Algaetech International Sdn Bhd; Solo Labeller Technology Sdn Bhd; NM Afaff Enterprise; Akmal Food Industry; Adeq Sue Resources Sdn Bhd; Moccis Furniture Sdn Bhd; Auto Kinetics (M) Sdn Bhd; Sri Talamaz Enterprise; dan Fatihah Frozen Food Sdn Bhd.

Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan SIRIM, Prof Ir. Dr. Ahmad Fadzil Mohamad Hani dalam ucapannya berkata program SIRIM-Fraunhofer turut menyediakan sokongan dana berbentuk geran bagi pelaksanaan Audit Teknologi dan projek intervensi teknologi dan inovasi untuk menangani isu-isu yang mengekang peningkatan produktiviti syarikat.

“Sehingga kini sebanyak 487 syarikat pembuatan telah menyertai Audit Teknologi dan 129 PKS terlibat di dalam pelbagai projek aplikasi teknologi serta inovasi seperti mekanisasi dan automasi serta pembangunan produk,” katanya.

Sementara itu, 51 PKS terlibat di dalam program penambahbaikan pembungkusan dan pelabelan bagi membolehkan penembusan pasaran ke pasaraya tempatan dan juga pasaran luar negara manakala 15 PKS mengambil bahagian dalam projek peningkatan produktiviti melalui pensijilan dan amalan terbaik seperti 5S, Pensijilan Hazard Analysis and Critical Control Point (HACCP) dan sebagainya.
 

                                                                                        ###

Mengenai SIRIM Berhad
Sebuah syarikat milik penuh Kerajaan Malaysia di bawah Menteri Kewangan Diperbadankan dan agensi di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, SIRIM Berhad adalah organisasi Penyelidikan dan Teknologi Perindustrian yang utama di negara ini. SIRIM Berhad juga adalah peneraju Kualiti dan telah menerima pengiktirafan antarabangsa bagi Standard dan Penilaian Pematuhan, selaras dengan misinya untuk “menjadi penyedia penyelesaian menyeluruh dalam inovasi kualiti dan teknologi.” www.sirim.my
 
Mengenai Program SIRIM-Fraunhofer
SIRIM bekerjasama dengan Fraunhofer Institute, Jerman mewujudkan Program SIRIM-Fraunhofer untuk memberi penekanan kepada pengenalpastian masalah PKS melalui Audit Teknologi dan seterusnya menyelesaikan masalah yang dikenal pasti menerusi perkhidmatan teknologi dan inovasi. Program SIRIM-Fraunhofer bermula pada 2015 membantu PKS menangani isu yang dihadapi oleh mereka melalui teknologi dan inovasi serta penggembelengan penyelidikan dan pembangunan cutting-edge technology dari Institut Fraunhofer dengan sasaran sumbangan PKS kepada Keluaran Dalam Negara Kasar meningkat sebanyak 41 peratus menjelang tahun 2020 berdasarkan Pelan Induk PKS (2012-2020).