Timbalan Ketua Setiausaha, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Wan Suraya Wan Radzi (tengah) melancarkan Makmal Pengujian Modul Fotovoltan (PV), bersama beliau Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, Kumpulan Industri-Kerajaan Bagi Teknologi Tinggi Malaysia (MIGHT), Datuk Dr. Mohd Yusoff Sulaiman (kiri) dan Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpualn SIRIM, Prof. Ir. Dr. Ahmad Fadzil Mohamad Hani (kanan), pada Selasa lalu di Shah Alam.

SIARAN MEDIA

FASILITI PENGUJIAN MODUL FOTOVOLTAN PERTAMA MALAYSIA DILANCAR

 

SHAH ALAM, 23 NOVEMBER 2017: SIRIM QAS International telah melancarkan satu-satunya fasiliti pengujian Modul Fotovoltan yang pertama di Malaysia di sini.

Fasiliti pengujian Modul Fotovoltan yang dilancarkan dapat memberikan kepastian terhadap pematuhan Modul Fotovoltan dari aspek keselamatan, kualiti dan prestasi yang selaras dengan standard kebangsaan dan antarabangsa.

Makmal dengan kemudahan terkini itu telah dilancarkan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Strategi & Pemantauan), Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Wan Suraya Wan Mohd Radzi, pada Selasa lalu.

Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan SIRIM Berhad, Prof. Ir. Dr. Ahmad Fadzil Mohamad Hani berkata sokongan yang diterima daripada Malaysian Industry-Government Group for High Technology (MIGHT) di bawah program Regional Hub for Solar Testing, Certification and Training telah membolehkan SIRIM QAS International menubuhkan fasiliti pengujian Modul Fotovoltan dalam membangunkan, menyokong dan meningkatkan industri fotovoltan di Malaysia.

“Malaysia kini merupakan pengeluar Modul Fotovoltan yang ketiga terbesar di dunia. Pengilang sebelum ini perlu menghantar Modul Fotovoltan mereka ke Eropah atau Amerika untuk menjalankan proses pengujian. Kini mereka boleh menguji Modul Fotovoltan di Malaysia dengan kos yang lebih rendah,” katanya.

Makmal yang terletak di Seksyen 16, Shah Alam ini berupaya untuk menjalankan pengujian berdasarkan keperluan standard yang berikut:
a) Standard Malaysia, MS IEC 61215:2005 (Crystalline Silicon Terrestrial PV Modules – Design Qualification and Type Approval) and to MS 61646:2010 (Thin-film Terrestrial PV Modules – Design Qualification and Type Approval),

b) Edisi terbaru Standard International Electrotechnical Commission (IEC), IEC 61215-1:2016, IEC 61215-2: 2016, IEC 61730-1:2016 dan IEC 61730-2: 2016 yang meliputi kedua-dua jenis Modul Fotovoltan iaitu crystalline silicon dan thin- film terrestrial.


“Selain daripada menyokong pertumbuhan industri fotovoltan di Malaysia dan memberikan manfaat kepada pengeluar Modul Fotovoltan, pembangunan fasiliti pengujian yang baru ini juga dapat membantu kerajaan dalam membendung longgokan Modul Fotovoltan yang tidak mengikut standard di dalam pasaran Malaysia,” kata Prof Ahmad Fadzil.

                                                                                   ###





The steady – state solar simulator is one of the testing equipment available in the SIRIM QAS International Sdn Bhd Photovoltaic (PV) Module Testing Facility located in Section 16, Shah Alam.

PRESS RELEASE 

MALAYSIA’S FIRST PHOTOVOLTAIC (PV) MODULE TESTING FACILITY LAUNCHED


SHAH ALAM, 23 NOVEMBER 2017:
SIRIM QAS International has launched Malaysia’s only independent Photovoltaic (PV) module testing facility here.

The PV module testing facilities will provide an independent assurance of compliance of PV modules in terms of safety, quality and performance in line with national and international standards.

The state-of-the-art laboratory was officially launched by Deputy Secretary General (Strategy and Monitoring), Ministry of Industrial Trade and Industry, Wan Suraya Wan Mohd Radzi, on Tuesday.

SIRIM Berhad President and Group Chief Executive, Prof. Ir. Dr. Ahmad Fadzil Mohamad Hani said the support received from the Malaysian Industry-Government Group for High Technology (MIGHT) under the Regional Hub for Solar Testing, Certification and Training program had enabled SIRIM QAS International to set up the PV module testing facility in order to develop, support and boost Malaysia’s PV industry. 

“Malaysia is currently the third largest manufacturer of PV modules in the world.  Manufacturers, who previously had to send their PV modules to Europe or America for testing, can now test their PV module more cost effectively locally,” he said.

The laboratory, located in Section 16, Shah Alam can perform testing to most of the requirements in the following standards:

a) Malaysian Standards, MS IEC 61215:2005 (Crystalline Silicon Terrestrial PV Modules – Design Qualification and Type Approval) and to MS 61646:2010 (Thin-film Terrestrial PV Modules – Design Qualification and Type Approval),

b) The latest edition of International Electrotechnical Commission (IEC) standards, IEC 61215-1:2016, IEC 61215-2: 2016, IEC 61730-1:2016 and IEC 61730-2: 2016 which cover both crystalline silicon and thin- film terrestrial PV module types.

“Besides benefitting the local PV module manufacturers and supporting the growth of PV industry in Malaysia, the establishment of this new testing facility can also help government prevent dumping of sub-standard PV modules in the Malaysian market,” Prof Ahmad Fadzil added.

                                                                                        ###