1. SIRIM QAS International Sdn Bhd personnel is running a brake testing using inertia brake dynamometer located at SIRIM Complex, Section 2, Shah Alam.


PRESS RELEASE

SIRIM QAS INTERNATIONAL ESTABLISHED SOUTHEAST ASIA’S FIRST COMMERCIAL BRAKE TESTING LABORATORY

SHAH ALAM, 5 FEBRUARY 2018: SIRIM QAS International Sdn Bhd, a subsidiary of SIRIM Berhad, launched its latest testing facility, the brake testing laboratory, making it the only commercial test house in the Southeast Asian region to have such test facility.

With the new testing facility, SIRIM QAS International can perform material test, performance test and determine the friction value on the brake pad and shoe assemblies and brake disc/drum test for vehicles weighing less than five tonnes.

The establishment of the brake testing laboratory will also support the implementation and enforcement of the “Trade Descriptions (Marking of Replacement Brake Lining Assembly) Order 2014”, a regulation under the Trade Descriptions Act 2011, as well as UNECE R 90, which is a broader globally-accepted technical regulation incorporated into the Motor Vehicles (Construction and Use) (Amendment) Rules 2016 under Road Transport Act 1987. 

These laws are intended to safeguard motorists and prevent locally manufactured as well as imported replacement brake lining assemblies, drum brake linings as well as discs and drums of dubious quality from being offered for sale locally. 

The laboratory, located in SIRIM Complex, Shah Alam can perform testing to the following standards:

  • MS1164 - Road Vehicles – Replacement Brake Lining Assemblies and Drum Brake Linings For Power-Driven Vehicles – Specification
  • UN Regulation Reg. No. 90 – Uniform provisions concerning the approval of replacement brake lining assemblies, drum brake linings and discs and drums for power-driven vehicles and their trailers.

“Local brake pad manufacturers who previously had to send their products overseas for costly testing will benefit in terms of lower cost of testing at SIRIM QAS International,” Managing Director of SIRIM QAS International Sdn Bhd, Mohd Azanuddin Salleh said during the launch of the testing lab here recently.

“The quality of brake friction materials and the braking system as a whole is critical to the safe operation of a motor vehicle, and consequently, the safety of the driver and passengers of the motor vehicle as well as other road users.  Therefore, it is important that the components are tested and certified to prevent low quality and counterfeit brake components from coming into the market,” he added.

                                                                                       ### 


SIARAN MEDIA

SIRIM QAS INTERNATIONAL TUBUHKAN MAKMAL PENGUJIAN BREK KOMERSIAL YANG PERTAMA DI RANTAU ASEAN

SHAH ALAM, 5 FEBRUARI 2018: SIRIM QAS International Sdn Bhd, anak syarikat SIRIM Berhad, melancarkan fasiliti pengujian yang terbaru iaitu makmal pengujian brek, sekaligus menjadikan ia satu-satunya makmal pengujian komersial di Asean yang memiliki fasiliti pengujian sedemikian.

Dengan wujudnya fasiliti pengujian yang baru ini, SIRIM QAS International boleh menjalankan aktiviti pengujian seperti ujian bahan, ujian prestasi dan mengenalpasti nilai geseran yang terdapat pada pelapik brek (brake pad) dan pasangan kasut brek (shoe brake assembly) dan pengujian terhadap brek cakera (disc brake) / brek gelendong (drum brake) bagi kategori kenderaan di bawah lima tan.

Penubuhan makmal pengujian brek ini akan menyokong pelaksanaan dan penguatkuasaan Perintah Perihal Dagangan (Penandaan Pasangan Pelapik Brek Gantian) 2014 / Trade Descriptions (Marking of Replacement Brake Lining Assembly) Order 2014, serta UNECE R 90 iaitu peraturan teknikal yang telah diterima secara global dan dimasukkan ke dalam Kaedah-kaedah Kenderaan Motor (Pembinaan dan Penggunaan) (Pindaan) 2016 / Motor Vehicle (Construction and Use) (Amendment) Rules 2016 di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Undang-undang tersebut bertujuan melindungi pengguna kenderaan, mencegah pemasangan alat gantian pelapik brek (replacement brake lining assemblies), pelapik gelendong brek (drum brake linings), serta brek cakera (disc brake) dan brek gelendong (drum brake) tempatan dan import yang diragui daripada dijual di pasaran tempatan.

Makmal yang terletak di Kompleks SIRIM, Shah Alam ini boleh menjalankan pengujian berdasarkan standard berikut:

  • MS1164 - Road Vehicles – Replacement Brake Lining Assemblies and Drum Brake Linings For Power-Driven Vehicles – Specification
  • UN Regulation Reg. No. 90 – Uniform provisions concerning the approval of replacement brake lining assemblies, drum brake linings and discs and drums for power-driven vehicles and their trailers.

“Pengilang yang sebelum ini perlu menghantar produk mereka ke luar negara untuk menjalankan proses pengujian yang berkos tinggi, kini boleh menguji produk mereka di SIRIM QAS International dengan kos yang lebih rendah,” kata Pengarah Urusan, SIRIM QAS International Sdn Bhd Mohd Azanuddin Salleh pada pelancaran makmal pengujian itu di sini, baru-baru ini.

“Kualiti bahan geseran brek dan sistem pembrekan secara keseluruhan adalah kritikal bagi kenderaan bermotor untuk beroperasi dengan selamat, dan sekaligus memastikan keselamatan pemandu dan penumpang kenderaan tersebut dan pengguna jalan raya yang lain adalah terjamin.

“Oleh itu, adalah penting untuk menguji dan mengesahkan komponen tersebut terlebih dahulu bagi menghalang komponen brek yang tidak berkualiti dan tiruan daripada menembusi pasaran,” katanya.

###