Q1.Apakah prosedur asas yang perlu dilakukan oleh pengusaha setelah mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia, adakah sesuatu produk itu perlu dirujuk kepada SIRIM?

Prosedur asas:

Usahawan kosmetik mesti berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) di dalam bidang penjualan produk kosmetik.

Setiap produk kosmetik yang dijual di Malaysia mesti dibuat di kilang kosmetik yang bertaraf Amalan Pengilangan Baik (GMP). Pengiktirafan GMP ini dibuat oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) atau Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA).

Pihak syarikat perlu membuat notifikasi produk kosmetik dengan NPRA. 

Proses notifikasi ini melibatkan pemakluman jenis produk yang akan dijual, jenama produk dan jenis - jenis bahan mentah serta peratusan bahan mentah yang digunakan di dalam formulasi produk kosmetik. 

Pihak NPRA akan membuat semakan ke atas permohonan ini dan memastikan tiada bahan terlarang yang digunakan sebagai bahan mentah dan semua prosedur melibatkan penjualan produk kosmetik di Malaysia dipatuhi sepenuhnya mengikut garis panduan did alam peraturan Asean Cosmetic Directive

Setelah menerima nombor notifikasi dari NPRA, usahawan kosmetik kemudian boleh memasarkan produk kosmetik tersebut kepada orang ramai.

Untuk memudahkan usahawan kosmetik menjual produk kosmetik yang selamat dan mematuhi peraturan KKM, SIRIM menawarkan perkhidmatan pembangunan produk kosmetik seperti berikut.

 

Q2.Apakah jenis produk kosmetik yang dibangunkan oleh SIRIM?

Produk yang dibangunkan sendiri oleh SIRIM dan kemudian dikomersilkan melalui syarikat tempatan. Untuk mencapai tujuan ini penyelidik SIRIM akan membangunkan produk kosmetik menggunakan teknologi terkini.

Antaranya menggunakan bahan aktif dari sumber semula jadi seperti bahan herba atau bahan sumber lautan yang mempunyai beberapa ciri yang sesuai seperti merencatkan penghasilan melanin untuk produk pencerahan atau merangsangkan penghasilan kolagen untuk produk anti penuaan.

Bahan aktif biologikal lain seperti bahan protein adalah amat popular buat masa ini dan penggunaan bahan-bahan natural semakin mendapat perhatian.

Penggunaan teknologi terkini dalam penyampaian bahan aktif ke dalam kulit atau delivery technologies juga boleh dibangunkan. Antaranya seperti teknologi nano dan teknologi foam, penggunaan patch, micro needles.

Produk lain adalah produk yang boleh digunakan seluruh badan (whole body) dan produk bespoke atau tailored iaitu produk yang dibangunkan dengan pengkhususan secara individual. Produk klosmetik yang diambil melalui pemakanan juga telah diperkenalkan.

Selain itu seorang pengusaha boleh juga mendapatkan perkhidmatan SIRIM untuk  membangunkan produk kosmetik mengikut kehendak sendiri. Jenis-jenis produk boleh diolah mengikut kriteria pengusaha dan menggunakan bahan aktif sedia ada atau komersil.

Setelah mendapat kelulusan KKM, produk tersebut boleh dipasarkan di pasaran tempatan dan tidak perlu dirujuk semula kepada SIRIM. Walau bagaimana pun pengusaha hendaklah memastikan produk yang dikeluarkan.

Untuk batch atau kelompok yang berikutnya melepasi ujian-ujian keselamatan kualiti seperti kandungan mikroorganisma dan logam berat. Mereka boleh menggunakan perkhidmatan SIRIM dalam memastikan setiap batch produk yang akan dipasarkan adalah selamat dan tidak mengandungi bahan terlarang seperti hydroquinone, tretinoin, mercury dan sebagainya.

Ujian keselamatan produk amat digalakan untuk pengusaha terutamanya menggunakan khidmat contract manufacturer, mereka harus memastikan produk yang mengandungi unsur pencerahan kulit tidak mengandungi bahan terlarang seperti merkuri dan hydrquinone kerana semua ini adalah atas tanggungjawab pengusaha. Di sini mereka boleh menggunakan khidmat SIRIM.

 

Q3.Berapakah tempoh masa yang diperlukan untuk penyelidikan satu produk kosmetik?

Tiada tempoh khusus dan terpulang kepada kompleksiti sesuatu produk. SIRIM pernah mengambil masa tiga tahun untuk membangunkan satu produk dan pernah juga mengambil masa setahun. Penyelidikan ini mengambil masa yang panjang kerana ianya melibatkan pengujian kestabilan produk yang mengambil masa antara tiga hingga enam bulan. Ujian ini dilakukan untuk memastikan produk kosmetik stabil selama dua tahun atau tidak rosak semasa dijual pada org ramai.

Selain itu, ujian keselamatan dan biocompatibility seperti skin dan eye irritation ke atas produk juga dilakukan. Ini adalah untuk memastikan bahawa produk tersebut selamat kepada pengguna dan tidak mendatangkan kesan adverse

Q4. Dalam penghasilan produk kosmetik fungsi sesuatu produk ditentukan oleh faktor apa?

Fungsi produk kosmetik ditentukan oleh jenis bahan aktif dan bahan lain yang digunakan. Jika bahan aktif mempunyai fungsi perencatan melanin maka produk tersebut boleh digunakan untuk produk kosmetik yang berfungsi untuk mencerahkan kulit. 

Produk kosmetik boleh dibangunkan dengan beberapa fungsi seprti hydrating, anti-aging, lightening melalui penggunaan bahan aktif yang sesuai dalam formulasi produk. 

Pihak SIRIM giat di dalam menjalankan penyelidikan dan penghasilan bahan aktif dari sumber semula jadi seperti tumbuhan tempatan sebagai usaha menambah nilai herba tempatan. Jenis fungsi bahan aktif yang dikaji oleh SIRIM seperti hydrating properties, collagen stimulator, skin conditioning, slimming dan lain-lain.

Q5. Apakah jenis bantuan lain yang disalurkan SIRIM kepada pengusaha kosmetik? 

SIRIM juga menawarkan perkhidmatan production produk kosmetik dengan menggunakan fasililti bertaraf GMP dan halal production. Selain daripada itu SIRIM juga boleh membantu pengusaha untuk membangunkan kilang pembuatan kosmetik bertaraf GMP.

SIRIM juga telah membangunkan beberapa ujian keselamatan produk seperti mikrobiologi dan heavy metals serta bioserasi seperti skin dan eye irritation. Selain itu, SIRIM juga boleh menjalankan ujian untuk menetukan bahawa produk tersebut adalah bebas dari bahan terlarang seperti hydroquinone dan merkuri yang berpotensi untuk membunuh sel kulit.

Untuk pengusaha yang mempunyai fasiliti manufacturing dan telah beroperasi beberapa tahun, SIRIM ada menjalankan program teknologi audit bertujuan untuk meningkatkan produktiviti syarikat sama ada melalui peningkatan proses, alatan atau pembangunan produk baru. 

SIRIM juga boleh memberikan latihan pembuatan produk kosmetik kepada usahawan. Modul latihan akan dibuat mengikut tahap kemampuan syarikat.