Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Badlishah muncul juara bagi Anugerah Pereka Cipta Muda di SIRIM Invention, Innovation and Technology Expo (SI2TE) 2018.


SIARAN MEDIA

SIRIM INVENTION, INNOVATION & TECHNOLOGY EXPO 2018 BUDAYAKAN PENYELIDIKAN DAN INOVASI

KULIM, 18 April 2018: SIRIM Berhad, sebuah agensi penyelidikan dan teknologi utama negara di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) menganjurkan SIRIM Invention, Innovation and Technology Expo (Si2TE) 2018 bermula 16 hingga 18 April 2018, di sini, bagi membudayakan penyelidikan dan inovasi dalam kalangan masyarakat.

Si2TE 2018 merupakan pertandingan yang mengetengahkan hasil penyelidikan dan produk-produk dalam bidang perubatan dan kejuruteraan bahan yang telah dibangunkan oleh penyelidik Malaysia. Program tiga hari itu, melibatkan peserta dalam kalangan penyelidik, ahli akademik dan industri, pelajar sekolah rendah, menengah dan kolej komuniti, institut kemahiran tinggi dan juga agensi kerajaan.

Anugerah yang dipertandingkan adalah Si2TE Best of the Best yang telah dimenangi oleh Dr. Salma Mohamad Yusop dari Universiti Kebangsaan Malaysia; Special Award dimenangi oleh Universiti Teknologi Petronas dan SMK Semerah Padi, Sarawak; Best Green Invention dimenangi oleh SIRIM Berhad; Pencipta Muda Terbaik dimenangi oleh SMK Sultan Badlishah  dan Best Women Inventor dimenangi oleh Prof Dr Suzana Yusup dari Universiti Teknologi Petronas.

Anugerah berkenaan telah disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Sains, Inovasi dan Teknologi Maklumat dan Teknologi Tinggi dan Sumber Tenaga Manusia, Negeri Kedah, Dato' Norsabrina Mohd Noor. Hadir sama, Presiden & Ketua Eksekutif Kumpulan SIRIM, Prof Ir Dr Ahmad Fadzil Mohamad Hani.

Dato' Norsabrina Mohd Noor, di dalam ucapannya berkata Si2TE 2018 mampu menggalakkan budaya penyelidikan dan inovasi bukan sahaja dalam kalangan para penyelidik, ahli akademik dan industri malah memupuk budaya meminati Sains, Teknologi & Inovasi (STI) dalam kalangan pelajar sejak dari peringkat sekolah rendah lagi.

“Melalui program ini, saya yakin bahawa ciptaan-ciptaan yang unik patut diberi pengiktirafan sewajarnya dan seterusnya diketengahkan untuk tujuan pengkomersialan. Saya berharap agar acara ini terus menjadi platform bagi mempamerkan ciptaan yang dapat memberikan kesan kepada kita semua dan seterusnya diketengahkan untuk dikomersialkan,” katanya.

Prof Ir Dr Ahmad Fadzil Mohamad Hani, berkata, Si2TE 2018 telah menerima sebanyak 250 penyertaan berbanding 180 penyertaan pada tahun 2017.

“Daripada jumlah penyertaan tahun ini, sebanyak 14 penyertaan adalah daripada sekolah rendah, 136 penyertaan daripada sekolah menengah dan 98 daripada institusi pengajian tinggi, kolej komuniti, kolej kemahiran tinggi, institut kemahiran belia  juga kolej matrikulasi dari seluruh negara. Pada tahun ini juga, kita telah menerima penyertaan daripada luar negara iaitu daripada Yogyakarta State University, Indonesia,” katanya.

Pada program itu juga sebanyak 47 Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang terdiri daripada syarikat yang telah diaudit di bawah Program Audit Teknologi SIRIM-Fraunhofer turut mempamerkan dan menjual hasil produk mereka. Program ini juga turut disertai oleh Pusat Nanoteknologi Kebangsaan, Pusat Sains  Negara, Universiti Teknologi Petronas dan Industrial Biotechnology Research Centre, SIRIM Berhad.

Program SI2TE juga adalah selaras dengan tema agenda MOSTI bagi 2018 iaitu Negaraku Berinovasi, yang berlandaskan transformasi berterusan ke arah pembangunan negara dan kesejahteraan rakyat berlandaskan sains, teknologi dan inovasi (STI).

                                                                                       ###


PRESS RELEASE

 

SIRIM INVENTION, INNOVATION & TECHNOLOGY EXPO 2018 CULTIVATE RESEARCH AND INNOVATION

 KULIM, 18 April 2018: SIRIM, a leading research and technology agency under the Ministry of Science, Technology and Innovation (MOSTI), has organised the SIRIM Invention, Innovation and Technology Expo (Si2TE) 2018 from 16 to 18 April 2018, in efforts to encourage and promote the culture of research and innovation among the society.

Si2TE 2018 is a competition featuring research findings and products especially in health and engineering materials, developed by Malaysian researchers. The three-day program was participated by researchers, academicians and industry, students from primary and secondary schools, community colleges, technology institutes and government agencies.

The Si2TE Best of the Best award was won by Dr. Salma Mohamad Yusop from Universiti Kebangsaan Malaysia; Special Award was won by Universiti Teknologi Petronas and SMK Semerah Padi, Sarawak; Best Green Invention was won by SIRIM Behrad; The Best Young Creator was won by SMK Sultan Badlishah; and Best Women Inventor was won by Prof Dr Suzana Yusup from Universiti Teknologi Petronas.   

The awards were presented by Kedah State Exco of Science; Innovation and Information Technology; Communication and High Technology and Human Resources, Dato’ Norsabrina Mohd Noor. Also present was President and Group Chief Executive of SIRIM, Prof Ir Dr Ahmad Fadzil Mohamad Hani.

Dato’ Norsabrina Mohd Noor, in her speech said, Si2TE 2018 was able to promote the culture of research and innovation among researchers, academics and industry as well as foster the interest in Science, Technology & Innovation (STI) among students as early as primary school.

"Through this program, I believe that unique inventions should be recognised and be highlighted for commercialisation. I hope that this event will continue to be a platform to showcase invention that can make our lives easier and then be featured for commercialisation,” she said. 

Prof Ir Dr Ahmad Fadzil Mohamad Hani, said Si2TE 2018 had received 250 entries compared to 180 in 2017.
“We received 14 entries from primary schools, 136 secondary schools and 98 participants from institutions of higher learning, community colleges from all over the country. Besides that, we have received entries from abroad, the Yogyakarta State University, Indonesia,” he added.

During the program, 47 Small and Medium Enterprises (SMEs) comprising companies that have been audited under the SIRIM-Fraunhofer Technology Audit Program also showcased their products. The program was also joined by National Nanotechnology Center, Pusat Sains Negara, Universiti Teknologi Petronas and Industrial Biotechnology Research Center, SIRIM Berhad.

The Si2TE is in line with MOSTI’s agenda for 2018, “Negaraku Berinovasi”, which is based on continuous transformation towards national development and people’s well-being through science, technology and innovation (STI).

 

                                                                                     ###