1. Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan SIRIM, Prof Ir Dr Ahmad Fadzil Mohamad Hani, (dua dari kiri) bertukar dokumen bersama Pengarah Eksekutif Go Auto Group, Dato’SM Azli SM Nasimuddin Kamal (dua dari kanan) sambil disaksikan oleh Naib Presiden Penyelidikan Perindustrian SIRIM, Ir Dr Mohamad Jamil Sulaiman (kiri) dan Pengarah Eksekutif Go Auto, Wan Ahmad Wan Omar (kanan) pada Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara SIRIM dan Go Automobile Manufacturing Sdn Bhd, di Ibu Pejabat SIRIM, Shah Alam, pada Selasa.

GO AUTO DAN SIRIM METERAI KERJASAMA STRATEGIK

Shah Alam, 14 Ogos 2018 – Go Automobile Manufacturing Sdn Bhd (GAM), satu cabang pembuatan Go Auto Group of Companies dan SIRIM Berhad, sebuah agensi penyelidikan dan teknologi utama negara di bawah Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) hari ini menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bagi membentuk kerjasama strategik jangka panjang antara kedua-dua pihak.

MoU ditandatangani oleh Pengarah Eksekutif Go Auto Group, YBhg Dato’ SM Azli SM Nasimuddin Kamal bersama Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan SIRIM, YBhg Prof Ir Dr Ahmad Fadzil Mohamad Hani.

Kerjasama strategik ini merangkumi empat bidang utama iaitu pembangunan dan peningkatan produk, teknologi, tenaga manusia dan pasaran atau industri. Melalui usahasama ini, ia membolehkan GAM memperoleh akses kepada kemudahan penyelidikan SIRIM. Manakala kedua-dua pihak akan bekerjasama dalam kepakaran teknikal, pemindahan teknologi dan latihan teknikal bagi melaksanakan projek atau produk di bawah perkongsian ini.

“Go Auto amat teruja dengan kerjasama bersama SIRIM ini, suatu badan yang berpengalaman dan berkepakaran lebih 40 tahun dalam penyelidikan dan pembangunan teknologi negara. Kelebihan mereka dalam bidang penyelidikan dan pembangunan, selain memastikan standard dan kualiti industri menjadikan mereka rakan kongsi yang baik untuk syarikat kami. Kami mengalu-alukan kerjasama ini kerana ia dapat memberi kita peluang menggunakan kepakaran masing-masing yang mampu memberikan impak maksimum kepada kedua belah pihak,” kata Dato’ Azli.

“Pengilangan kami dapat memenuhi keperluan pengawalseliaan dan pasaran dan secara tidak langsung membolehkan kami mengurangkan pengeluaran dan kos R & D. Kerjasama ini juga sejajar dengan Dasar Automotif Kebangsaan (NAP) iaitu untuk menghasilkan produk yang memenuhi piawaian dan keperluan antarabangsa. SIRIM mempunyai rekod prestasi yang membolehkan produk dan perkhidmatan Malaysia mencapai pengiktirafan di seluruh dunia dari segi kualiti dan inovasi,” kata Dato Azli lagi.

Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan SIRIM, Prof Ir Dr Ahmad Fadzil berkata, SIRIM berada pada kedudukan yang baik untuk menerajui industri Malaysia ke Revolusi Perindustrian Keempat (Industri 4.0).

"SIRIM menyambut baik perkongsian bersama Go Automobile Manufacturing Sdn Bhd untuk terus membantu menghubungkan teknologi kenderaan dan mengubah pengalaman pemanduan di Malaysia,” katanya.

Antara bidang kerjasama termasuk pembangunan dan penambahbaikan keupayaan dan kapasiti bateri cas semula berasaskan lithium ion untuk menggantikan bateri asid plumbum di pasaran automotif; pembangunan teknologi kenderaan hijau termasuk bateri untuk basikal dan motosikal serta pembangunan bateri sodium ion sebagai alternatif kepada bateri lithium ion. Bidang usahasama lain termasuk Prototaip Pantas (Rapid Prototyping) dan percetakan 3D untuk pelajar TVET MARA, dan kemudahan Pengesahan Kelulusan Jenis Kenderaan (Vehicle Type Approval Testing) untuk e-mobiliti seperti yang dimandatkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI),” katanya.

“Kerjasama ini tepat pada masanya sebagai inisiatif menyokong aspirasi dan usaha kerajaan dalam mengubah perniagaan Malaysia untuk menghadapi cabaran Industri 4.0. Kami berazam untuk memanfaatkan Porgram Pembangunan PKS SIRIM dan Industri 4.0 dalam bidang Additive Manufacturing, Artificial Intelligence, Smart Manufacturing dan peranti Internet of Things (IOT)," kata Prof Ir Dr Ahmad Fadzil.

Rasionalisasi kolaborasi ini dijangka selesai dalam tempoh dua tahun selepas pemeteraian MoU.

 

President and Group Executive of SIRIM, Prof Ir Dr Ahamad Fadzil Mohamad Hani (three from right) and Executive Director of Go Auto Group, Dato’SM Azli SM Nasimuddin (two from left), are looking at the batteries placed on the electronic bus during the Signing of Memorandum of Understanding (MoU) between SIRIM dan Go Automobile Manufacturing Sdn Bhd, at SIRIM Headquarter in Shah Alam on Tuesday.

 

GO AUTO AND SIRIM INKED STRATEGIC PARTNERSHIP COLLABORATION

 

Shah Alam, 14 August 2018 – Go Automobile Manufacturing Sdn Bhd (“GAM” or “the Company”), the manufacturing arm of Go Auto Group of Companies and SIRIM Berhad (“SIRIM”), an agency under the purview of the Ministry of Energy, Science, Technology, Environment and Climate Change
(“MESTECC”) today signed a Memorandum of Understanding (“MoU”) to form a long-term strategic collaboration and partnership between both parties.

Signing on behalf of GAM was YBhg Dato’ SM Azli SM Nasimuddin Kamal, Executive Director of Go Auto Group and on behalf of SIRIM was YBhg. Prof Ir. Dr. Ahmad Fadzil Mohamad Hani, President and Group Chief Executive of SIRIM. The signing was witnessed by En Wan Ahmad Wan Omar, Executive Director of Go Auto Group and Ir. Dr. Mohamad Jamil Bin Sulaiman, Vice President of SIRIM Industrial Research from SIRIM Berhad. 

The essence of the strategic collaboration encompasses four main areas which are development and improvement of products, technology, people and market or industry. Through this collaboration, it would allow GAM access to the usage of research facilities of SIRIM. Whereas, both parties will be co-operating in technical expertise, technology transfer and technical training with the aim to be able to execute project(s) or product(s) under this partnership.

“Go Auto is thrilled with the collaboration with SIRIM, as they have over forty years of experience and expertise in research and technology development in the nation. Their advantages in the field of research and development, in addition to ensuring industry standards and quality makes them our idyllic partner for the Company.  We look forward to the collaboration as this gives us the opportunity to tap into each other's strengths which can result in the maximizing development execution of projects for both parties,” said Dato’ Azli.

"Our manufacturing will be able to meet regulatory and market requirements whilst indirectly enabling us to reduce our production and R&D costs. This collaboration is also in line with the National Automotive Policy (“NAP”) which to produce products with features that meet international standards and requirements. SIRIM has a track record which allows Malaysian products and services to achieve worldwide recognition in terms of quality and innovation,” Dato’ Azli added.

President and Group Chief Executive of SIRIM, Prof Ir. Dr Ahmad Fadzil said, SIRIM is well positioned to spearhead initiatives towards transforming Malaysian industry into the Fourth Industrial Revolution (Industry 4.0).

“SIRIM is excited and looks forward to the partnership with Go Automobile Manufacturing Sdn Bhd to further assist connecting vehicles technology and to transform driving experience in Malaysia.  Among the areas of collaboration include development and improvement in capability and capacity of lithium-ion based rechargeable battery to replace lead-acid batteries in the automotive market; development of green vehicle technology which include batteries for bicycles and motorcycles and development of sodium-ion battery as alternative to lithium-ion battery. Other areas include Rapid Prototyping and 3-D printing for MARA TVET students and Vehicle Type Approval (“VTA”) testing facilities in e-mobility as mandated by the Road Transport Department (“JPJ”) and Ministry of International Trade and Industry (“MITI”),” Prof Ir. Dr Ahmad Fadzil further added.

“The collaboration is timely in supporting the government’s aspirations and efforts in transforming the Malaysian businesses to meet the challenges of Industry 4.0. We aspire to leverage SIRIM SME Development Programme and championing pillars of Industry 4.0 in the area of Additive Manufacturing, Artificial Intelligence, Smart Manufacturing and Internet of Things (“IoT”) devices,” ended Prof Ir. Dr Ahmad Fadzil.

The rationalisation of the collaboration is expected to be completed within two years after the signing.