Presiden dan Ketua Eksekuitf Kumpulan SIRIM, Prof Ir Dr Ahmad Fadzil Mohamad Hani (kiri) sedang menerangkan peranan Institut Metrologi Kebangsaan Malaysia (NMIM) kepada Pembantu Menteri Perdagangan dan Industri Sabah, YB Tuan Azhar Datuk Matussin (tengah) pada Program Keterlibatan SIRIM-Industri di Sandakan baru-baru ini. 


SIARAN MEDIA

 

SIRIM TAWAR KEPAKARAN TEKNOLOGI DI SABAH

 

SANDAKAN, 29 Ogos 2018: Program Keterlibatan SIRIM-Industri satu usahasama oleh SIRIM, Kementerian Perdagangan dan Industri Sabah (MTI), Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE), Perbadanan Ekonomi Sabah, Permodalan Nasional Berhad, Perbadanan Harta Intelek Malaysia, dan Dewan Usahawan Bumiputera Sabah yang diadakan di sini hari ini menawarkan pelbagai aplikasi dan perkhidmatan teknologi dalam usaha meningkatkan produktiviti industri dan usahawan di Sabah.


Lebih 130 wakil dari agensi kerajaan, persatuan industri dan usahawan tempatan dari pelbagai sektor termasuk industri makanan & minuman, loji penapisan & biodiesel, industri pertanian dan industri perabot di Sabah telah hadir pada program Program Keterlibatan SIRIM-Industri.


Bertemakan “Kelestarian Perniagaan di dalam Pasaran yang Mencabar”, program separuh hari itu menekankan kepada kepentingan penyelidikan dan pembangunan, pengurusan tenaga, kualiti, latihan, pengujian dan pensijilan.


“SIRIM telah membantu menyokong pembangunan PKS di Sabah dan kewujudannya di Taman Perindustrian Kota Kinabalu (KKIP) telah menjadi pemangkin kepada agensi kerajaan persekutuan lain untuk menubuhkan kemudahan di situ,” kata Pembantu Menteri Perdagangan dan Industri Sabah, Azhar Datuk Matussin yang mewakili Timbalan Ketua Menteri Sabah merangkap Menteri Perdagangan dan Industri Sabah, Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau pada majlis perasmian itu. 


“Kerajaan Negeri Sabah melalui Kementerian Perdagangan dan Industri meletakkan komitmen berjumlah RM1 juta bagi peningkatan PKS di Sabah melalui Program SIRIM-Fraunhoufer dan berharap ini adalah komitmen berterusan bagi memastikan kejayaan pelaksanaan perindustrian Sabah,” katanya.

 

Wilfred turut menyeru PKS Sabah untuk tampil ke hadapan dan menyertai Program SIRIM-Fraunhoufer yang direka khusus untuk mempertingkatkan produktiviti PKS melalui aplikasi teknologi dan intervensi.

 

Sementara itu, Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan SIRIM, Prof Ir Dr Ahmad Fadzil Mohamad Hani berkata, SIRIM telah diberi mandat oleh kerajaan untuk meningkatkan penembusan teknologi dan menaik taraf perniagaan mereka, seterusnya mewujudkan inovasi ekosistem PKS yang baik.

“SIRIM telah bertapak di Sabah sejak tahun 1980-an dan kami mempunyai lebih 30 tahun pengalaman dalam menyediakan aplikasi teknologi dan penambahbaikan dalam pelbagai sektor antaranya pengeluaran, minyak dan gas, serta perkhidmatan,” katanya.

“Melalui dana dari Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar & Perubahan Iklim (MESTECC), SIRIM telah melaksanakan 14 projek komuniti di tujuh daerah di Sabah bernilai RM2.5 juta, masyarakat di Sabah telah menerima manfaat melalui aplikasi teknologi di dalam pelbagai sektor seperti pertanian, perikanan, pendidikan, pelancongan dan persekitaran.

 

“Projek komuniti SIRIM yang baru dilaksanakan terletak di Ranau, Sabah, di mana biji koko yang dituai oleh peladang di Kg Napong 2 dikeringkan menggunakan teknologi solar termal dan sistem pengkomposan yang digunakan di Kg Bundu Tuhan diaplikasikan untuk menukar sisa buangan sayur tanaman kepada kompos organik.

 

“SIRIM telah membentuk perkongsian strategik dengan agensi kerajaan negeri dan persekutuan seperti MTI Sabah, Jabatan Pertanian Sabah, Ko Nelayan, MESTECC, RISDA, MARA dan lain-lain, untuk melaksanakan program pembangunan PKS kepada syarikat tempatan di Sabah,”katanya.

 

Melalui pelbagai program yang dilaksanakan, lebih 700 PKS Sabah telah dilatih dan dibantu oleh SIRIM, dengan bekerjasama dengan agensi pembiayaan, SIRIM telah memberikan latihan teknikal dalam pengeluaran produk kosmetik, bahan pencuci, faundri, kaca dan seramik kepada lebih daripada 350 pelajar, belia, wanita dan usahawan Sabah yang bercita-cita tinggi.

Selain daripada sesi rangkaian kerjasama yang disediakan untuk membantu dan membimbing PKS untuk produk yang lebih baik serta pembangunan perkhidmatan rangkaian, peserta program Keterlibatan SIRIM-Industri juga diperkenalkan kepada Model Inovasi Industri SIRIM dan program Audit Teknologi; kerjasama antara SIRIM dan Fraunhofer German, dengan sokongan kerajaan Malaysia yang akan membantu PKS menjadi lebih berdaya saing, inovatif dan produktif bagi membolehkan produk mereka lebih mudah didapati dan diterima di pasaran antarabangsa.

Sejak diperkenalkan sehingga Ogos ini, sebanyak 622 PKS di Malaysia termasuk 25 PKS Sabah telah menyertai audit teknologi dan mengikuti latihan, SIRIM telah membantu mereka dalam pelbagai intervensi teknologi termasuk peningkatan di dalam automasi dan mekanisasi di dalam proses pembuatan dan pengeluaran.



Press Release

 

SIRIM OFFERS MORE TECHNOLOGY EXPERTISE TO SABAH INDUSTRY

 

SANDAKAN, 29 August 2018: The SIRIM-Industry Engagement programme, a joint effort by SIRIM, Ministry of Trade and Industry Sabah (MTI), Malaysian Investment Development Authority (MIDA), Ministry of International Trade and Industry (MITI),  Malaysia External Trade Development Corporation (Matrade), Sabah Economic Development Corporation (SEDCO), Permodalan Nasional Berhad, Intellectual Property Corporation of Malaysia and Dewan Usahawan Bumiputera Sabah held here today offers various technology applications and services in efforts to enhance the productivity of Sabah industries and entrepreneurs.

 

More than 130 representatives from government agencies, industry associations as well as local entrepreneurs from various sectors including food & beverage, refinery & biodiesel plant, agriculture and furniture industries in Sabah attended the half-day programme.

 

Themed “Sustaining Your Business in a Challenging Market”, the SIRIM-Industry Engagement programme emphasised the importance of research and development, energy management, quality, trainings, testing and certification.

 

“SIRIM has helped support Sabah’s SME development and its existence in Kota Kinabalu Industrial Park (KKIP) has been a catalyst for other federal government agencies to set up facilities in KKIP,” said Assistant Minister of Trade and Industry of Sabah, YB Azhar Datuk Matussin who represented the Deputy Chief Minister of Sabah cum Minister of Trade and Industry of Sabah, Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau during the event’s opening ceremony.

 

“The Sabah State government, through Ministry of Trade and Industry has pledged a commitment of RM1 million for upscaling of SMEs in Sabah through the SIRIM-Fraunhofer Program and I hope this will be a continuous commitment to ensure successful implementation of Sabah’s industrialisation,” he said.

 

Wilfred also urged SMEs in Sabah to come forward and participate in the SIRIM-Fraunhoufer programme that is designed specifically to increase SMEs’ productivity through technology application and intervention. 

 

Meanwhile, President and Group Chief Executive of SIRIM, Prof Ir Dr Ahmad Fadzil Mohamad Hani said, SIRIM has been mandated by the government to increase technology penetration and upgrade their businesses and subsequently establish a successful Small Business and Medium Enterprise innovation ecosystem.

 

SIRIM has been in Sabah since 1980s, offering technology application and enhancement such as R&D, training, testing and certification in various sectors such as Food and Beverages, oil palm, oil and gas, and services, he said.

 

“Through funding from Ministry of Energy, Science, Technology, Environment and Climate Change (MESTECC), SIRIM has implemented 14 community projects in seven districts in Sabah valued at RM2.5mil where local communities in Sabah benefitted from our technology applications in sectors such as agriculture, fisheries, education, tourism and environment,” Prof Ir. Dr. Ahmad Fadzil said.

“Our recently completed community projects are in Ranau Sabah, where cocoa beans harvested by farmers in Kg Napong 2 are dried using solar thermal technology and a composting system is used in Kg Bundu Tuhan, to convert vegetable farm waste into organic compost.

“SIRIM has formed strategic partnerships with state and federal agencies such as MTI Sabah, Department of Agriculture Sabah, Ko Nelayan, MESTECC, RISDA, MARA and others, to implement SME development programs for local companies in the State,” he added.

Through such programs, more than 700 Sabah SMEs have been trained or assisted by SIRIM by working together with funding agencies. SIRIM has also given technical trainings in the production of cosmetics, detergent, foundry, glass and ceramic products to more than 350 Sabahan students, youth, women and aspiring entrepreneurs. 

Apart from networking sessions to help and guide SMEs for better product and services development, participants of the SIRIM-Industry Engagement programme were also introduced to SIRIM Industrial Innovation Model and the Technology Audit programme; a collaboration between SIRIM and Fraunhofer Germany, with the support of the Malaysian government that will help SMEs to be more competitive, innovative and productive to make their products more accessible to the market and internationally accepted.

 

As of August, a total of 622 SMEs in Malaysia, including 25 Sabah SMEs had participated in the technology audit and following the exercise, SIRIM has assisted them with various technology interventions including the enhancement of automation and mechanisation in their manufacturing or production process.