Press Release 2014

11 Disember 2014

 

PRESS RELEASE

SIRIM SETS UP FIFTH SUBSIDIARY, SIRIM MEASUREMENTS TECHNOLOGY TO PROVIDE TOTAL MEASUREMENT TECHNOLOGY SOLUTIONS

GEORGETOWN, 11 December – SIRIM Berhad, a wholly-owned Government company with over 40 years of experience in industrial research and technology innovation have launched its fifth and newest subsidiary, SIRIM Measurements Technology (SMT) Sdn. Bhd here.

SMT will support the technological industries in Malaysia in the field of test and measurement technologies and calibration and testing services, in tandem with the advancement of measurements technology internationally. 

A joint-venture company between SIRIM Berhad and DreamCatcher Consulting Sdn. Bhd, SMT is a new eco-system partner and the Authorised Technology Partner for Keysight Technologies in Malaysia. It is also a partner for Agilent Technologies and will ultimately support SIRIM in enhancing its service offerings while providing solutions for electronics, life sciences, diagnostics and applied markets.

The company has offices in Bukit Jalil, Kuala Lumpur; Permatang Pauh, Pulau Pinang and in Senai, Johor and also operates a calibration and repair service centre in Batu Maung, Pulau Pinang. With the facilities available at SMT, Malaysia now has the capability to provide the latest test and measurement solutions and services with the support of Keysight Technologies, a leader in measurements technology.

With the establishment of SIRIM Measurements Technology, the SIRIM group now consists of five subsidiaries including SIRIM QAS International which provides certification, testing and inspection services, SIRIM Training Services (training and consultancy), SIRIM Standards Technology (calibration) and National Precision Tooling (special purpose vehicle for the development of Bumiputera automotive tool, die and mould industry).

The commemoration of Public-Private Partnership, of SIRIM Measurements Technology was officiated by Dato’ Sri Dr. Noorul Ainur Mohd Nur, Secretary-General of the Ministry of Science, Technology and Innovations, representing the minister. The event was also attended by  SIRIM Berhad’s Chairman Datuk Jamaliah Kamis and SIRIM Berhad’s President and Chief Executive Dato’ Dr Zainal Abidin Mohd Yusof. 

In conjunction with the event, an exchange of Note of Understanding (NoU) and Memorandum of Understanding (MoU) was held between SIRIM Measurements Technology Sdn Bhd, represented by Dato’ Dr. Zainal Abidin Mohd Yusof who is also the Chairman of the company; Department of Polytechnic Education represented by Deputy Director General Shabudin Man; UniKL represented by its President/CEO Prof. Dato’ Dr. Mazliham Mohd Su’ud and Keysight Technologies (M) Sdn Bhd represented by its Vice President Mohamad Anwar Au.

The NoU between SMT, Keysight and Department of Polytechnic Education among other things, aimed to:

  • Plan, develop and conduct education and training programmes in the area of Electronic Engineering Technology for Advanced Measurement, Testing and Validation (eETD-AMTV Programme)
  • Plan and implement collaborative programmes in teaching, research, development and innovation as well as consultancy studies; and
  • Carry out any other forms of co-operation as may be jointly agreed by the Parties.

Meanwhile the MoU between SMT, Keysight and UniKL aimed to:

  • Produce competent, employable engineering graduates as pool of talents to sustain the growth of industries through competitive engineering programs.
  • Enhance university-industry collaboration in driving cutting edge research to meet the market demand
  • Support local industries and community through technical services and continuous talent development; and
  • Jointly setup Keysight Technologies – UNIKL RF Microelectronics laboratory. This laboratory will be used as a teaching laboratory for RF/Microwave and Microelectronics design, test, measurement, and verification. 

###

 

About SIRIM Measurements Technology Sdn. Bhd.  

SIRIM Measurements Technology Sdn. Bhd. (SMT) is a joint-venture company between SIRIM Berhad and DreamCatcher Consulting Sdn. Bhd. Headquartered in Kuala Lumpur, the company has offices in Pulau Pinang and Johor with a calibration and service centre also located in Pulau Pinang. The company markets and sells total measurement technology solutions for the Malaysian market – it is a new eco-partner and the Authorised Technology Partner for Keysight Technologies in Malaysia, focusing on the Education and Government segments. It is also a partner for Agilent Technologies providing solutions for electronics, life sciences, diagnostics and applied markets. www.sirim-measurements.com   

About SIRIM Berhad

A wholly-owned company of the Malaysian Government under the Minister of Finance Incorporated, SIRIM Berhad is a premier Research and Technology organisation providing timely and focused research in three flagship areas namely Energy and Environment, Medical Technology as well as Plant and Machinery. SIRIM Berhad is also the champion of Quality and has gained international recognition in Standards and Conformity Assessment, underlying its mission of “being a total solution provider in quality and technology innovations.” www.sirim.my

 

Released by:       Group Corporate Affairs Department SIRIM Berhad

Media Contact:

  • Ruhil Amani Zainal Abidin, Tel : 03 55446770 / 013 2010402 or e-mail: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
  • Daing Zarina Daing Mokhtar, Tel : 03 5544 5021 / 019 6555 244 or e-mail: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. 

__________________________

11 Disember 2014

 

SIARAN MEDIA

SIRIM TUBUHKAN ANAK SYARIKAT KELIMA, SIRIM MEASUREMENTS TECHNOLOGY UNTUK BERI PENYELESAIAN MENYELURUH BAGI TEKNOLOGI PENGUKURAN

GEORGETOWN, 11 Disember – SIRIM Berhad, sebuah syarikat milik penuh Kerajaan yang mempunyai pengalaman 40 tahun dalam penyelidikan perindustrian dan inovasi teknologi telah membangunkan anak syarikatnya yang kelima, SIRIM Measurements Technology (SMT) Sdn. Bhd.

SMT akan menawarkan sokongan kepada industri teknologi di Malaysia dalam bidang teknologi pengujian dan pengukuran serta perkhidmatan kalibrasi dan pengujian, sejajar dengan kemajuan teknologi pengukuran di peringkat antarabangsa pada masa ini.

Sebuah syarikat usahasama antara SIRIM Berhad dan DreamCatcher Consulting Sdn. Bhd, SMT adalah rakan eko-sistem baru dan Rakan Teknologi Sah bagi Keysight Technologies di Malaysia. Ia juga adalah rakan usahasama bagi Agilent Technologies dan akan menyokong SIRIM dalam meningkatkan perkhidmatan yang ditawarkan di samping menyediakan penyelesaian bagi bidang elektronik, sains hayat, diagnostik dan pasaran gunaan.

Syarikat ini beribupejabat di Bukit Jalil, Kuala Lumpur serta mempunyai pejabat di Permatang Pauh, Pulau Pinang dan di Senai, Johor, selain turut menjalankan sebuah pusat kalibrasi dan perkhidmatan pembaikan di Batu Maung, Pulau Pinang. Dengan kemudahan yang ada di SMT, Malaysia kini mempunyai keupayaan untuk menyediakan penyelesaian dan perkhidmatan pengujian dan pengukuran terkini dengan sokongan Keysight Technologies, sebuah peneraju dalam teknologi pengukuran.

Dengan penubuhan SIRIM Measurements Technology, Kumpulan SIRIM kini mempunyai lima buah anak syarikat termasuk SIRIM QAS International yang memberikan perkhidmatan penentusahan, pengujian dan pemeriksaan, SIRIM Training Services (latihan dan perundingan), SIRIM Standards Technology (kalibrasi) dan National Precision Tooling (syarikat khas [special purpose vehicle] untuk pembangunan industri tul, dai dan acuan automotif.)

Majlis meraikan Kerjasama Awam-Swasta sempena penubuhan SIRIM Measurements Technology berkenaan telah dirasmikan oleh Dato’ Sri Noorul Ainur Mohd Nur, Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) yang mewakili menteri berkenaan. Majlis itu turut dihadiri Pengerusi SIRIM Berhad Datuk Jamaliah Kamis dan Presiden dan Ketua Eksekutif SIRIM Berhad Dato’ Dr. Zainal Abidin Mohd Yusof.

Sempena dengan majlis itu juga, pertukaran Nota Persefahaman (NoU) dan Memorandum Persefahaman (MoU) telah berlangsung antara SIRIM Measurements Technology Sdn Bhd yang diwakili Dato’ Dr. Zainal Abidin Mohd Yusof yang juga Pengerusinya; Jabatan Pengajian Politeknik yang diwakili Timbalan Ketua Pengarah Shabudin Man; UniKL diwakili Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Prof. Dato’ Dr. Mazliham Mohd Su’ud dan Keysight Technologies (M) Sdn Bhd yang diwakili Naib Presidennya, Mohamad Anwar Au.

NoU antara SMT, Keysight dan Jabatan Pengajian Politeknik antaranya bertujuan:

  • Merancang, membangun dan melaksanakan program pendidikan dan latihan dalam bidang Teknologi Kejuruteraan Elektronik bagi Pengukuran Termaju, Pengujian dan Pengesahan (Program eETD-AMTV)
  • Merancang dan melaksanakan program bersama dalam pengajaran, penyelidikan, pembangunan dan inovasi serta pengajian perundingan; dan
  • Melaksanakan apa-apa bentuk kerjasama lain yang dipersetujui pihak berkenaan.

Sementara itu, MoU antara SMT, Keysight dan UniKL bertujuan:

  • Menghasiklan graduan kejuruteraan yang kompeten dan boleh diambil bekerja serta kumpulan bakat untuk mengekalkan pertumbuhan industri melalui program kejuruteraan yang berdaya saing
  • Meningkatkan kerjasama universiti-industri bagi memacu penyelidikan terkini bagi memenuhi permintaan pasaran
  • Menyokong industri dan komuniti tempatan melalui perkhidmatan teknikal dan pembangunan bakat berterusan; dan
  • Membangunkan secara bersama Makmal Mikroelektronik RF Keysight Technologies-UniKL, yang akan digunakan sebagai makmal pengajaran bagi reka bentuk, pengujian, pengukuran dan pengesahan RF/Mikrogelombang dan Mikroelektronik.

###

 

Mengenai SIRIM Measurements Technology Sdn Bhd

SIRIM Measurements Technology Sdn. Bhd. (SMT) adalah syarikat usaha sama antara SIRIM Berhad dan DreamCatcher Consulting Sdn. Bhd. Beribupejabat di Kuala Lumpur, syarikat ini mempunyai pejabat di Pulau Pinang dan Johor serta pusat kalibrasi dan perkhidmatan juga di Pulau Pinang. Syarikat ini memasarkan dan menjual penyelesaian teknologi pengukuran menyeluruh ke pasaran Malaysia – ia juga adalah rakan eko baru dan Rakan Teknologi Sah bagi Keysight Technologies di Malaysia, yang memberi tumpuan kepada segmen Pendidikan dan Kerajaan. Ia juga adalah rakan bagi Agilent Technologies yang menyediakan penyelesaian bagi elektronik, sains hayat, diagnostik dan pasaran gunaan. www.sirim-measurements.com 

Mengenai SIRIM Berhad

Sebuah syarikat milik penuh Kerajaan Malaysia di bawah Menteri Kewangan Diperbadankan, SIRIM Berhad adalah organisasi Penyelidikan dan Teknologi yang utama, yang melaksanakan penyelidikan dan teknologi berdasarkan kepada tiga teras iaitu Tenaga dan Alam Sekitar, Teknologi Perubatan, serta Loji dan Mesin. SIRIM Berhad juga adalah peneraju Kualiti dan telah menerima pengiktirafan antarabangsa bagi Standard dan Penilaian Pematuhan, selaras dengan misinya untuk "menjadi penyedia penyelesaian menyeluruh dalam inovasi kualiti dan teknologi."  www.sirim.my

 

Dikeluarkan Oleh:   Jabatan Hal Ehwal Korporat, SIRIM Berhad

Perhubungan Media:

  • Ruhil Amani Zainal Abidin, Tel : 03 55446770 / 013 2010402 atau e-mel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
  • Daing Zarina Daing Mokhtar, Tel : 03 5544 5021 / 019 6555 244 atau e-mel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

2 December 2014

 

PRESS RELEASE

SIRIM AND FRAUNHOFER OF GERMANY TIE-UP TO ASSIST LOCAL SMEs ADOPT TECHNOLOGICAL INNOVATION

PUTRAJAYA, 2 Dec 2014 – SIRIM Berhad, a leading industrial research and technology organisation in Malaysia today establishes a strategic cooperation relationship with renowned German research organisation, Fraunhofer Gesellschaft Institute (Fraunhofer), Europe’s largest application-oriented research organisation.

The strategic alliance with Fraunhofer was made to strengthen SMEs development in the country through adapting the German eco-system of SME development, and to collaborate in advanced technologies, commercialization and upscaling.

A Memorandum of Understanding (MoU) for the cooperation was signed by SIRIM Berhad’s President and Chief Executive, Dato’ Dr Zainal Abidin Mohd Yusof and Fraunhofer‘s Member of the Management Board, Dr. Lorenz Kaiser. The signing, held at the Prime Minister’s Department here was witnessed by Prime Minister Dato‘ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak. Also present at the signing ceremony were Minister of International Trade and Industry Dato’ Sri Mustapa Mohamed, Minister of Science, Technology and Innovation (MOSTI) Datuk Dr. Ewon Ebin, SME Corp. CEO Dato‘ Hafsah Hashim, and SIRIM Chairman Datuk Jamaliah Kamis.

Fraunhofer is one of Europe’s largest research institutions with more than 23,000 employees and 67 institutes with an annual research budget amounting to 2 billion Euros. The key objective of Fraunhofer is to transform scientific expertise into applications to benefit private and public enterprise and society as a whole. As a link between academic research and business practice, Fraunhofer contributes considerably to technology transfer between universities and industry.

SIRIM Berhad, an agency under the Ministry of Science, Technology and Innovation, is wholly-owned by the Malaysian Government. SIRIM has always significantly contributes to the growth of both large industrial players and the small and medium entrepreneurs by focusing on discovering and developing new technologies that bring about improvements, impact and competitive advantage to the Malaysian industry.

Dato’ Dr Zainal Abidin said, SIRIM has introduced the Industrial Innovation Model, which adopted and adapted the principles of the Fraunhofer model on applied research for SME development, to push the initiative of SME technology penetration, upgrading and technology audit.

Through this platform, the Malaysian Industrial Innovation Network would be established from qualified Centres of Excellence to pool technical competencies and technologies to provide technological solutions for industries, he said.

“SIRIM will leverage on Fraunhofer network of institutes to increase technology uptake of SMEs, with emphasis on joint research and technical services; exchange of personnel and information; and strategic innovation studies,” he said.

Cooperation between SIRIM and Fraunhofer will encompass on the following fields of key interest: Health and Environment, Mobility and Transportation, Communication and Information, Energy and Resources, Production and Services as well as Safety and Security.

Both research institutes will also cooperate in strategic studies on the basis of shared analysis and regular monitoring of market developments in Malaysia; initialisation and implementation of R&D projects to support the development of regional enterprises; and joint organisation of conferences, workshops and seminars.

The collaboration will be for a period of two years.

###

 

About SIRIM Berhad

A wholly-owned company of the Malaysian Government under the Minister of Finance Incorporated, SIRIM Berhad is a premier Research and Technology organisation providing timely and focused research in three flagship areas namely Energy and Environment, Medical Technology as well as Plant and Machinery. SIRIM Berhad is also the champion of Quality and has gained international recognition in Standards and Conformity Assessment, underlying its mission of “being a total solution provider in quality and technology innovations.” www.sirim.my

 

Released by           : Group Corporate Affairs Department SIRIM Berhad

Media Contact        :

  • Ruhil Amani Zainal Abidin, Tel : 03 55446770 / 013 2010402 or e-mail: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
  • Daing Zarina Daing Mokhtar, Tel : 03 5544 5021 / 019 6555 244 or e-mail: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

__________________________

2 Disember 2014

 

SIARAN MEDIA

SIRIM DAN INSTITUT FRAUNHOFER DARI JERMAN BERGABUNG BANTU PKS TEMPATAN TINGKATKAN INOVASI TEKNOLOGI

PUTRAJAYA, 2 Dis 2014 – SIRIM Berhad, organisasi peneraju bagi penyelidikan industri dan teknologi di Malaysia hari ini mewujudkan satu kerjasama strategik dengan Fraunhofer Gesellschaft Institute (Fraunhofer), sebuah organisasi penyelidikan yang berorientasikan aplikasi yang terbesar Eropah.

Kerjasama ini bertujuan mengukuhkan pembangunan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di negara ini melalui adaptasi eko-sistem Jerman bagi pembangunan PKS, selain kerjasama dalam teknologi termaju, pengkomersialan dan peningkatan perniagaan.

Memorandum Persefahaman bagi kerjasama ini telah ditandatangani oleh Presiden dan Ketua Eksekutif SIRIM Berhad, Dato’ Dr Zainal Abidin Mohd Yusof dan Ahli Lembaga Pengurusan Fraunhofer, Dr. Lorenz Kaiser dalam majlis yang berlangsung di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya, yang disaksikan oleh Perdana Menteri Dato‘ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak. Turut hadir pada majlis itu adalah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Dato’ Sri Mustapa Mohamed, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Datuk Dr. Ewon Ebin, Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp Dato‘ Hafsah Hashim, dan Pengerusi SIRIM Berhad Datuk Jamaliah Kamis.

Fraunhofer adalah satu daripada institusi penyelidikan terbesar Eropah yang mempunyai lebih daripada 23,000 orang kakitangan dan 67 buah institut dengan peruntukan penyelidikan tahunan yang berjumlah sehingga 2 bilion Euro. Objektif utama Fraunhofer adalah untuk melakukan transformasi kepakaran saintifik kepada aplikasi untuk dimanfaatkan oleh syarikat swasta dan awam dan masyarakat secara amnya. Sebagai penyambung antara penyelidikan akademik dan amalan perniagaan, Fraunhofer memberi sumbangan besar kepada pemindahan teknologi antara universiti dan industri.

SIRIM Berhad, sebuah agensi di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, adalah sebuah syarikat milik penuh Kerajaan Malaysia. SIRIM memberi sumbangan penting kepada pertumbuhan industri besar serta PKS tempatan dengan memberi tumpuan kepada penemuan dan pembangunan teknologi baru yang membawa kepada penambahbaikan, impak dan kelebihan daya saing kepada industri di Malaysia.

Dato’ Dr Zainal Abidin berkata, SIRIM telah memperkenalkan Model Inovasi Perindustrian yang menggunapakai dan mengadaptasi prinsip-prinsip Model Fraunhofer dalam penyelidikan gunaan untuk pembangunan PKS, bagi mendorong inisiatif penembusan teknologi, peningkatan teknologi dan audit teknologi untuk PKS.

Melalui platform ini, Rangkaian Inovasi Perindustrian Malaysia akan diwujudkan daripada pusat-pusat kecemerlangan yang terpilih untuk menggabungkan kecekapan teknikal dan teknologi bagi menyediakan penyelesaian teknologi kepada pihak industri, katanya.

“SIRIM akan mendapat manfaat daripada jaringan institut-institut Fraunhofer bagi meningkatkan penggunaan teknologi di kalangan PKS dengan penekanan terhadap penyelidikan bersama dan perkhidmatan teknikal; pertukaran kakitangan dan maklumat; dan kajian inovasi strategik,” kata Dr. Zainal Abidin.

SIRIM dan Fraunhofer akan bekerjasama dalam bidang seperti: Kesihatan dan Alam Sekitar, Mobiliti dan Pengangkutan, Komunikasi dan Maklumat, Tenaga dan Sumber, Pengeluaran dan Perkhidmatan serta Keselamatan.

Kedua-dua institusi penyelidikan ini juga akan bekerjasama dalam kajian strategik secara analisis bersama dan pemantauan pembangunan pasaran di Malaysia; pelaksanaan projek R&D untuk menyokong syarikat-syarikat serantau; dan penganjuran persidangan, bengkel dan seminar secara bersama.

Kerjasama ini adalah bagi tempoh dua tahun.

###

 

Mengenai SIRIM Berhad

Sebuah syarikat milik penuh Kerajaan Malaysia di bawah Menteri Kewangan Diperbadankan, SIRIM Berhad adalah organisasi Penyelidikan dan Teknologi yang utama, yang melaksanakan penyelidikan dan teknologi berdasarkan kepada tiga teras iaitu Tenaga dan Alam Sekitar, Teknologi Perubatan, serta Loji dan Mesin. SIRIM Berhad juga adalah peneraju Kualiti dan telah menerima pengiktirafan antarabangsa bagi Standard dan Penilaian Pematuhan, selaras dengan misinya untuk "menjadi penyedia penyelesaian menyeluruh dalam kualiti dan inovasi teknologi.“ www.sirim.my

 

Dikeluarkan Oleh    : Jabatan Hal Ehwal Korporat Kumpulan, SIRIM Berhad                  

Perhubungan Media:

  • Ruhil Amani Zainal Abidin, Tel : 603 5544 6770 / 013-2010402 e-mel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
  • Daing Zarina Daing Mokhtar, Tel : 603 5544 5021 / 019-6555244 e-mel:This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

21 November 2014

 

PRESS RELEASE

 

SIRIM INTRODUCES NEW LABELS WITH ENHANCED SECURITY FEATURES

Launches Carbon Footprint Certification Scheme, and presents SIRIM Quality Award to seven organisations

PETALING JAYA, 21 Nov – SIRIM QAS International Sdn Bhd, a subsidiary of SIRIM Berhad, will introduce new design labels for its Product Certification Scheme, with enhanced security features beginning January 1, 2015.

The introduction of the labels is in line with efforts to ensure consumer goods such as electrical, helmets, seat belts and fire protection equipment controlled by the Energy Commission, Department of Road Transport Malaysia and Malaysian Fire and Rescue Department, passed the required testings and only use valid labels from SIRIM.

The new labels are equipped with enhanced security features including the use of thermochromic ink and new designs; are applicable to all controlled items except telecommunications and multimedia devices that will continue to use the existing labels.

The announcement of the new SIRIM labels was made by the Chairman of SIRIM Berhad, Datuk Jamaliah Kamis at the SIRIM Industry Night 2014 (MSI 2014) which was held at Sunway Resort Hotel & Spa, here, on Friday. Themed 'Total Solutions Provider in Quality and Technology', SIRIM Industry Night is organised annually since 1991 to give recognition to government agencies, industries, and companies that were certified by SIRIM QAS International through various certification schemes and quality assurance. SIRIM Berhad is an agency under the Ministry of Science, Technology and Innovation.

At the event, the Deputy Minister of Science, Technology and Innovation Minister Datuk Dr Abu Bakar Mohamad Diah who represented the minister, launched the Carbon Footprint Certification Scheme and awarded the SIRIM Quality Award 2014 to seven organisations. Also present was the President and Chief Executive of SIRIM Berhad Dato’ Dr. Zainal Abidin Mohd Yusof.

SIRIM Quality Award recognises organisations that achieved high level of excellence in quality management systems and products in various sectors and meet the national and international standards.

List of winners:

SIRIM Quality Award (Product):

• Category 1 - Local company with annual sales exceeding RM100 million: No winner

• Category 2 - Local company with annual sales between RM 25 million to RM 100 million: Rokonma (M) Sdn. Bhd.

• Category 3 - Local company with annual sales of less than 25 million: ProEight Sdn. Bhd.

• Category 4 - Open Category - Foreign company incorporated in Malaysia: Continental Tyre AS Malaysia Sdn. Bhd.

SIRIM Quality Award (Organisation):

• Category 1 - Companies with annual sales of more than RM 100 million: KPJ Ipoh Specialist Hospital

• Category 2 - Companies with annual sales between RM 25 million to 100 million: Public Packages Sdn Bhd

• Category 3 - Companies with annual sales of less than RM 25 million: Kolej Poly-Tech MARA Alor Setar

• Category 4 - Government Agencies: EPF

The awards that were introduced in 2013 aims to encourage organisations from within and outside the country, which were certified by SIRIM to remain committed to the development of products that meet customer needs and efficient management.

A total of 101 applications were received. All applications were evaluated by the Working Committees on Product and Organisation, while site assessment and verification visits to the shortlisted organisations were carried out.

The winners received incentives in the form of rebates on any of SIRIM services for a period of one year, usage of Award logo for publicity and promotional purposes for a period of three years as well as a SIRIM Quality Award trophy and certificate.

At the event, SIRIM QAS International also launched a new certification scheme, namely Carbon Footprint Certification Scheme. The scheme, developed in 2013 is based on the Declaration of Standard based on ISO/TS 14067, with the cooperation from Carbon Trust, the Federation of Malaysian Manufacturers (FMM), the Malaysia Green Building Confederation (MGBC) and the Building Materials Distributors Association Of Malaysia (BMDAM), and was funded by SWITCH-Asia.

The certification scheme measures greenhouse gas emissions from the production process, as well as taking a life cycle approach to ensure the product is used in the most sustainable way, thus contributing to the national goal of reducing carbon emissions intensity by 40 per cent by 2020. Up to date, 45 companies from the construction and building materials sectors have signed up under a pilot program for this certification scheme.

SIRIM QAS International also introduced the Food Safety System Certification Scheme (FSSC 22000), which seeks to assist the local food product entrepreneurs to penetrate the international market, especially in the European countries following the adoption of the scheme by the Global Food Safety Initiative (GFSI) and the European Cooperation for Accreditation (EA).

A total of 1,335 certifications for both services certification and product certification schemes have been issued by SIRIM QAS International from 1 November 2013 to 31 October 2014. To date, more than 8,000 organisations have been certified under the Product Certification Scheme and more than 5,000 organisations were certified under the Services Certification Scheme.

 

                                                                        ###

About SIRIM Berhad

A wholly-owned company of the Malaysian Government under the Minister of Finance Incorporated, SIRIM Berhad is a premier Research and Technology organisation providing timely and focused research in three flagship areas namely Energy and Environment, Medical Technology as well as Plant and Machinery. SIRIM Berhad is also the champion of Quality and has gained international recognition in Standards and Conformity Assessment, underlying its mission of “being a total solution provider in quality and technology innovations.” www.sirim.my

About SIRIM QAS International Sdn Bhd

SIRIM QAS International is a wholly-owned subsidiary of SIRIM Berhad, a leading agency in Malaysia that offers certification services, inspection and testing, which is comparable with international practice. We help the industry in providing quality goods and services through our certification services, inspection and testing apart from protecting the interests of consumers and the environment. Recognition and accreditation received by us from agencies such as the Department of Standards Malaysia and the United Kingdom Accreditation Service (UKAS) proved the credibility of our services. www.sirim-qas.com.my

 

Released by                 :   Group Corporate Affairs Department, SIRIM Berhad

Media Contact             :  

  • Ruhil Amani Zainal Abidin, Tel : 603 5544 6770 / 013-2010402 e-mel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
  • Daing Zarina Daing Mokhtar, Tel : 603 5544 5021 / 019-6555244 e-mel:This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

 

 ________________________________

 

21 November 2014

 

SIARAN MEDIA

 

SIRIM PERKENAL LABEL BARU DENGAN CIRI-CIRI KESELAMATAN TAMBAHAN

Turut lancar Skim Pensijilan Jejak Karbon dan serah Anugerah Kualiti SIRIM kepada 7 buah organisasi

PETALING JAYA, 21 Nov – SIRIM QAS International Sdn Bhd, anak syarikat SIRIM Berhad, akan memperkenalkan rekabentuk label baru bagi Skim Pensijilan Barangan yang mempunyai ciri-ciri keselamatan tambahan, bermula 1 Januari 2015.

Pengenalan label ini adalah selaras dengan usaha memastikan barangan pengguna seperti elektrikal, topi keledar, tali pinggang keledar dan peralatan perlindungan kebakaran yang dikawal oleh Suruhanjaya Tenaga, Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, telah melalui pengujian dan menggunakan hanya label sah dari SIRIM.

Label-label baru berkenaan yang dilengkapi ciri-ciri keselamatan yang dipertingkatkan antaranya penggunaan dakwat termokromik dan reka bentuk baru; adalah terpakai bagi semua barangan terkawal kecuali alat telekomunikasi dan multimedia yang akan kekal menggunakan label sedia ada.

Pengumuman tentang pengenalan label baru SIRIM itu dibuat oleh Pengerusi SIRIM Berhad, Datuk Jamaliah Kamis pada Majlis SIRIM Industri 2014 (MSI 2014) yang berlangsung di Sunway Resort Hotel & Spa, di sini, pada Jumaat. Bertemakan ‘Penyedia Penyelesaian Menyeluruh Dalam Inovasi Kualiti Dan Teknologi’, Majlis SIRIM Industri yang dianjurkan setiap tahun sejak 1991 bertujuan meraikan agensi kerajaan, industri dan juga syarikat yang telah berjaya memperoleh pengiktirafan daripada SIRIM QAS International menerusi pelbagai skim pensijilan dan penentuan kualiti. SIRIM Berhad adalah sebuah agensi di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi.

Pada majlis itu, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Dr Abu Bakar Mohamad Diah, yang mewakili menteri berkenaan turut melancarkan Skim Pensijilan Jejak Karbon dan menyampaikan Anugerah Kualiti SIRIM 2014 kepada tujuh buah organisasi. Turut hadir adalah Presiden dan Ketua Eksekutif SIRIM Berhad Dato’ Dr. Zainal Abidin Mohd Yusof.

Anugerah Kualiti SIRIM mengiktiraf organisasi yang mencapai tahap pengurusan kualiti dan produk yang cemerlang serta pengeluaran barangan dan perkhidmatan yang menepati tahap standard kebangsaan dan antarabangsa.

Berikut adalah senarai pemenang Anugerah Kualiti SIRIM 2014.

Anugerah Kualiti Produk:

  • Kategori 1 - Syarikat tempatan dengan nilai jualan tahunan melebihi RM 100 juta: tiada pemenang
  • Kategori 2 - Syarikat tempatan dengan nilai jualan tahunan di antara RM 25 juta sehingga RM 100 juta : Rokonma (M) Sdn. Bhd.
  • Kategori 3 - Syarikat tempatan yang mempunyai jualan tahunan kurang daripada 25 juta: ProEight Sdn. Bhd.
  • Kategori 4 - Kategori terbuka - Syarikat asing yang diperbadankan di Malaysia:Continental Tyre AS Malaysia Sdn. Bhd.

Anugerah Kualiti Organisasi :

  • Kategori 1 - Syarikat dengan nilai jualan tahunan melebihi RM 100 juta : KPJ Ipoh Specialist Hospita
  • Kategori 2 - Syarikat  dengan nilai jualan tahunan di antara RM 25 juta sehingga 100 juta : Public Packages Sdn Bhd
  • Kategori 3 - Syarikat  yang mempunyai jualan tahunan kurang daripada RM 25 juta : Kolej Poly-tech MARA Alor Setar
  • Kategori 4 -   Agensi Kerajaan : KWSP

Anugerah yang diperkenalkan pada 2013 merupakan satu pendekatan positif bagi menggalakkan organisasi dari dalam dan luar negara yang telah mendapat pensijilan SIRIM untuk terus memberikan komitmen kepada penghasilan produk yang menepati keperluan pelanggan dan pengurusan yang cekap.

Sebanyak 101 buah organisasi telah menghantar permohonan bagi mendapatkan pengiktirafan tertinggi ini. Semua permohonan telah melalui penilaian dari panel Jawatankuasa Kerja Produk dan Organisasi, manakala lawatan ke organisasi bagi pengesahan dan penilaian yang lebih terperinci dilaksanakan bagi organisasi yang telah disenarai pendek.

Organisasi yang memenangi anugerah ini menerima insentif dalam bentuk rebat yuran selama satu tahun bagi mana-mana perkhidmatan SIRIM, serta penggunaan logo Anugerah bagi tujuan publisiti dan promosi bagi tempoh tiga tahun. Organisasi turut membawa pulang sijil serta trofi Anugerah Kualiti SIRIM.

Pada majlis itu, SIRIM QAS International yang bertanggungjawab dalam perkhidmatan pensijilan, pemeriksaan dan pengujian turut melancarkan skim pensijilan baru iaitu Skim Pensijilan Jejak Karbon (Carbon Footprint Certification Scheme). Skim yang dibangunkan sejak 2013 ini merupakan Jenis Deklarasi berdasarkan standard ISO/TS 14067, telah mendapat kerjasama dari Carbon Trust, Persatuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM), Persekutuan Bangunan Hijau Malaysia (MGBC) dan Persatuan Pengedar Bahan-bahan Binaan Malaysia (BMDAM), dan telah dibiayai oleh SWITCH-Asia.

Skim pensijilan ini dapat mengukur pelepasan gas rumah hijau dari proses penghasilan produk, serta mengambilkira pendekatan kitaran hayat bagi memastikan hasil dan cara penggunaan produk digunakan dengan cara yang paling mampan, seterusnya menyumbang kepada matlamat negara untuk mengurangkan intensiti pelepasan karbon sehingga 40 peratus menjelang 2020. Sehingga kini sebanyak 45 buah syarikat dari sektor pembinaan dan sektor bahan binaan telah mendaftar di bawah program perintis bagi skim pensijilan ini.

SIRIM QAS International turut memperkenalkan satu lagi pensijilan iaitu Skim Pensijilan Sistem Keselamatan Makanan (FSSC 22000) (FSSC 22000 Food Safety System Certification Scheme), yang berupaya membantu pengusaha produk makanan tempatan untuk diterima baik oleh pasaran antarabangsa terutamanya Eropah berikutan penerimaan penuh pensijilan ini oleh Global Food Safety Initiative (GFSI) dan European Cooperation for Accreditation (EA).

Sepanjang tempoh 1 November 2013 sehingga 31 Oktober 2014, sebanyak 1,335 pensijilan bagi kedua-dua skim pensijilan perkhidmatan dan pensijilan produk telah dikeluarkan oleh SIRIM QAS International. Sehingga kini, lebih daripada 8,000 organisasi di bawah Skim Pensijilan Barangan dan lebih daripada 5,000 organisasi dalam Skim Pensijilan Perkhidmatan telah mendapat pengiktirafan.

                                                                        ###

Mengenai SIRIM Berhad

Sebuah syarikat milik penuh Kerajaan Malaysia di bawah Menteri Kewangan Diperbadankan, SIRIM Berhad adalah organisasi Penyelidikan dan Teknologi yang utama, yang melaksanakan penyelidikan dan teknologi berdasarkan kepada tiga teras iaitu Tenaga dan Alam Sekitar, Teknologi Perubatan, serta Loji dan Mesin. SIRIM Berhad juga adalah peneraju Kualiti dan telah menerima pengiktirafan antarabangsa bagi Standard dan Penilaian Pematuhan, selaras dengan misinya untuk "menjadi penyedia penyelesaian menyeluruh dalam inovasi kualiti dan teknologi.“ . www.sirim.my

Mengenai SIRIM QAS International Sdn Bhd

SIRIM QAS International adalah anak syarikat milik penuh SIRIM Berhad yang merupakan badan peneraju utama di Malaysia dalam menawarkan perkhidmatan pensijilan, pemeriksaan dan pengujian yang setanding dengan amalan antarabangsa. Kami membantu pihak industri dalam menyediakan perkhidmatan dan barangan berkualiti melalui perkhidmatan pensijilan, pemeriksaan dan pengujian kami di samping menjaga kepentingan pengguna serta alam sekitar. Pengiktirafan dan akreditasi yang diperolehi oleh kami daripada badan seperti Jabatan Standard Malaysia (STANDARDS MALAYSIA) dan United Kingdom Accreditation Service (UKAS) membuktikan kredibiliti perkhidmatan kami.www.sirim-qas.com.my

 

Dikeluarkan Oleh    : Jabatan Hal Ehwal Korporat Kumpulan, SIRIM Berhad                  

Perhubungan Media:

  • Ruhil Amani Zainal Abidin, Tel : 603 5544 6770 / 013-2010402 e-mel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
  • Daing Zarina Daing Mokhtar, Tel : 603 5544 5021 / 019-6555244 e-mel:This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

7 November 2014

PRESS RELEASE

SIRIM’S ECO INDUSTRIAL DESIGN CENTRE (EIDC) SET TO ASSIST LOCAL DESIGN AND MANUFACTURING INDUSTRIES

 

SHAH ALAM, 7 Nov: SIRIM’s latest offering in industrial technology, the Eco Industrial Design Centre (EIDC) is set to provide assistance to SMEs especially from Electronics & Electrical sector with cutting edge eco-design and rapid prototyping technology.

The Centre will provide support to these SMEs in order for them to advance in design and manufacturing value chain by providing affordable and approachable services in the areas of conceptual and design developments as well as prototyping services.

The setting up of EIDC, valued at RM6.55 million was entrusted to SIRIM Berhad by PEMANDU under the Electronics and Electrical (E&E) National Key Economic Areas (NKEA) initiatives.

The EIDC, located in SIRIM Bukit Jalil, Kuala Lumpur among other things, also offers assistance to local industries in the production of environmental-friendly products through eco innovation; hence enhancing the industries for global competitiveness. The Centre will create a pool of industrial designers through talent development programmes in collaboration with local training Institutes.

President and Chief Executive of SIRIM Berhad, Dato’ Dr Zainal Abidin Mohd Yusof said that SIRIM’s EIDC also conducts training of Life Cycle Assessment and promotes product life cycle consulting services and Greenhouse Gases accounting or carbon footprint.

To date, the Centre has provided 75 Rapid Prototyping Services to at least five sectors besides the electrical and electronic sector; and three Eco Industrial Design projects covering design of a LED downlight / luminaire, a switchboard with improved environmental performance and establishing the criteria for a green data centre.

“A total of 14 SMEs has benefited from the Eco-Innovation Consulting Services; 33 EcoInnovation workshops have been organised for SMEs, government agencies and the academia, while six EIDC services on product sustainability evaluation based on LCA have been utilised”, said Dato’ Dr Zainal Abidin.

He said the centre also collaborated with local universities for a carbon footprint calculation training programme for lecturers of Universiti Tun Hussein Onn, and in providing key resource person for a joint workshop on LCA under the purview of Segi University and Ensearch Malaysia.

As an expansion of the current technical services that include environmental performance evaluation of products, eco-design and rapid prototyping offered by EIDC, SIRIM will be expanding its Eco-Innovation Service to embed sustainability into business strategies and business models that will also cover identification of new market segments for eco-products.

The EIDC is equipped with the following facilities to enhance design capabilities and design outputs namely:

  • Industrial Styling Software
  • CAD/CAM/CAE Software
  • Product Sustainability Software
  • Additive Manufacturing Systems, such as:

o   Stereo Lithography Apparatus (SLA)

o   Fused Deposition Machine (FDM)

o   Selective Laser Sintering (SLS)

o   Compact Multi-material 3D Printer

  • On-site measurement equipment for training purposes (e.g. solar 300N, power quality and energy analyzer and portable LCD projector)
  • Infrastructure development of facilities to enhance rapid prototyping services (e.g. Sand Blaster; Industrial Vacuum)
  • On-site Solar Measurement Equipment
  • Eco-design Showcase Hall for display of eco-designs and eco-products.

 

About SIRIM Berhad

A wholly-owned company of the Malaysian Government under the Minister of Finance Incorporated, SIRIM Berhad is a premier Research and Technology organisation providing timely and focused research in three flagship areas namely Energy and Environment, Medical Technology as well as Plant and Machinery. SIRIM Berhad is also the champion of Quality and has gained international recognition in Standards and Conformity Assessment, underlying its mission of “being a total solution provider in quality and technology innovations.” www.sirim.my

 

Released by         : Group Corporate Affairs Department, SIRIM Berhad

Media Contact     :

  • Ruhil Amani Zainal Abidin, Tel : 03 55446770 / 013 2010402 or e-mail: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
  • Daing Zarina Daing Mokhtar, Tel : 603 5544 5021 / 019-6555244 e-mel:This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

 

_________________________________________________________________________________

 

7 November 2014

SIARAN MEDIA

 

PUSAT REKA BENTUK EKO PERINDUSTRIAN (EIDC) SIRIM SEDIA BANTU INDUSTRI REKA BENTUK & PEMBUATAN SEKTOR E&E

SHAH ALAM, 7 Nov: SIRIM Berhad, melalui Pusat Reka bentuk Eko Perindustrian (EIDC) kini sedia memberi bantuan kepada Perusahaan Kecil dan Sederhana tempatan sektor Elektronik dan Elektrikal dengan teknologi yang terkini dalam bidang reka bentuk dan pembuatan prototaip.

Pusat ini meyediakan sokongan kepada PKS bagi membolehkan syarikat-syarikat tempatan berada di hadapan dalam rantaian nilai reka bentuk dan pembuatan dengan menyediakan perkhidmatan yang mudah diperoleh dengan kos berpatutan.

Penubuhan EIDC yang bernilai RM6.55 juta telah diamanahkan kepada SIRIM Berhad oleh PEMANDU di bawah inisiatif Elektronik dan Elektrikal, Bidang Keberhasilan Utama Ekonomi (NKEA).

Pusat ini yang terletak di SIRIM Bukit Jalil dan mula beroperasi Disember tahun lepas menyediakan perkhidmatan terutamanya bagi Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dalam bidang reka bentuk eko dan prototaip pantas sejak Disember 2013.

Antara lain, EIDC menawarkan bantuan kepada industri tempatan dalam pengeluaran produk mesra alam melalui inovasi eko dan seterusnya meningkatkan keupayaan industri dari segi daya saing global. Pusat ini juga bakal mewujudkan kumpulan pereka bentuk industri melalui program-program pembangunan bakat melalui usahasama dengan institut-institut latihan tempatan.

Presiden dan Ketua Eksekutif SIRIM Berhad, Dato’ Dr Zainal Abidin Mohd Yusof berkata, EIDC turut menjalankan latihan Penilaian Kitaran Hidup (Life Cycle Assessment) dan menggalakkan perkhidmatan perundingan dan nasihat bagi kitaran hidup produk serta pengiraan Gas Rumah Hijau dan jejak karbon.

Sehingga kini, Pusat Reka bentuk Eko Perindustrian SIRIM telah menyediakan sebanyak 75 Perkhidmatan Prototaip Pantas kepada lima sektor termasuklah sektor elektronik dan elektrikal; tiga projek Reka bentuk Eko Perindustrian yang meliputi reka bentuk lampu downlight LED/ sistem lampu, papan suis dengan prestasi alam sekitar yang dipertingkatkan, serta membangunkan kriteria untuk sebuah pusat data hijau.

“Sebanyak 14 PKS telah mendapat manfaat daripada Perkhidmatan Perundingan Eko Inovasi; 33 bengkel Eko Inovasi telah dianjurkan kepada PKS, agensi kerajaan dan ahli akademik manakala enam perkhidmatan EIDC bagi penilaian kelestarian produk berdasarkan LCA telah digunapakai”, kata Dato’ Dr. Zainal Abidin.

Dato’ Dr Zainal Abidin turut bekata kerjasama pusat berkenaan dengan universiti tempatan dalam menganjurkan program latihan pengiraan jejak karbon untuk pensyarah di Universiti Tun Hussein Onn, selain menyediakan pakar rujuk bagi bengkel LCA di Segi University dan Ensearch Malaysia.

Bagi mengembangkan perkhidmatan teknikal sedia ada yang meliputi penilaian prestasi alam sekitar bagi produk, reka bentuk eko dan prototaip pantas yang ditawarkan di EIDC, SIRIM akan memperluaskan Perkhidmatan Eko Inovasi bagi menggabungkan kelestarian dalam strategi dan model perniagaan yang akan mengenal pasti segmen pasaran baru bagi produk eko.

EIDC pada masa ini dilengkapi dengan kemudahan untuk meningkatkan keupayaan reka bentuk dan output reka bentuk seperti:

  • Perisian Penggayaan Perindustrian
  • Perisian CAD/CAM/CAE
  • Perisian Kelestarian Produk
  • Sistem Pembuatan Tambahan seperti: Stereo Lithography Apparatus, Fused Deposition Machine, Selective Laser Sintering, Compact Multi-material 3D Printer
  • Peralatan pengukuran di tapak bagi tujuan latihan (solar 300N, kualiti tenaga dan penganalisis tenaga, dan projektor LCD)
  • Kemudahan pembangunan infrastruktur bagi meningkatkan perkhidmatan prototaip pantas
  • Peralatan Pengukuran Solar di tapak projek
  • Dewan Pameran Reka bentuk Eko untuk pameran reka bentuk eko dan produk eko

###

 

Mengenai SIRIM Berhad

Sebuah syarikat milik penuh Kerajaan Malaysia di bawah Menteri Kewangan Diperbadankan, SIRIM Berhad adalah organisasi Penyelidikan dan Teknologi yang utama, yang melaksanakan penyelidikan dan teknologi berdasarkan kepada tiga teras iaitu Tenaga dan Alam Sekitar, Teknologi Perubatan, serta Loji dan Mesin. SIRIM Berhad juga adalah peneraju Kualiti dan telah menerima pengiktirafan antarabangsa bagi Standard dan Penilaian Pematuhan, selaras dengan misinya untuk "menjadi penyedia penyelesaian menyeluruh dalam inovasi kualiti dan teknologi.“ . www.sirim.my

 

Dikeluarkan Oleh    :

Jabatan Hal Ehwal Korporat Kumpulan, SIRIM Berhad                  

Perhubungan Media:

  • Ruhil Amani Zainal Abidin, Tel : 603 5544 6770 / 013-2010402 e-mel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
  • Daing Zarina Daing Mokhtar, Tel : 603 5544 5021 / 019-6555244 e-mel:This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

31 October 2014

 

PRESS RELEASE

 

SIRIM ECO-INNOVATION SERVICES OFFER ECONOMIC AND ENVIRONMENTAL BENEFITS TO COMPANIES

 

KUALA LUMPUR, 31 Oct: The newly launched SIRIM Eco-Innovation Services is aimed at packaging economic and environmental target into business strategies to enable companies gain competitive advantage, new market segment, or new revenue stream.

The business model that will be developed will identify innovations whether at the product (goods/services) level, market approach and even organisation structure.

The SIRIM Eco-Innovation Services was launched by Minister of Science, Technology and Innovation, Datuk Dr. Ewon Ebin in conjunction with the opening of the National Innovation Conference and Exhibition (NICE) 2014 here, Friday.

SIRIM’s President and Chief Executive Dato’ Dr. Zainal Abidin Mohd Yusof said in line with global trends especially in developed countries to decouple the link between economic growth and environmental emissions in an economy, SIRIM has taken steps to develop a new area of service that intertwines economic and environmental benefits.

“The eco-innovation service incorporates the business approach while addressing sustainability challenges,” he said.

“Using existing expertise in eco-materials, eco-design, renewable energy, cleaner production, resource recovery, pollution abatement, accredited and OECD-GLP recognised testing, and environmental management techniques, SIRIM will assist local companies produce eco-products (including services) and enhance their marketability through instruments such as eco-labels and carbon footprint labels,” he added.

Dato’ Dr Zainal Abidin said, it is SIRIM’s aspiration to maximise its multi-disciplinary human capital and well-equipped facilities, the most recent being the Eco-Industrial Design Centre (EIDC) to contribute towards societal well-being and business sustainability.

Companies or organisations that adopted the Eco-Innovation business model, among other things will gain added value such as access to new and emerging markets, being ahead of standards and regulations, attract financial resources, reduce production costs along their value chain, and increase their productivity and technical capacity.

As a service provider of Eco-Innovation, SIRIM will enhance business performance and growth through services that include:

  • Pollution Abatement
  • GLP Compliance
  • Carbon Footprint
  • Eco-label
  • Eco-product
  • Eco-design
  • Resource Efficiency
  • Renewables
  • Cleaner Production
  • Resource Recovery

 

SIRIM also offers Testing Services to support Eco-Innovation which include Non-Clinical Testing (Industrial Chemicals, Cosmetics, Pesticides and Pharmaceuticals), Chemical and Consumer Products Testing, Material Characterisation, Mechanical Testing, Physical Mechanical Testing, and Electrical and Electronics.

Other testing services offered are Energy Efficiency, Plastics Testing, Civil and Construction Testing, Fire Testing, Radio Frequency and Electromagnetic Compatibility; and Microbiological Test.

The SIRIM Eco-Innovation Services also consists of services by SIRIM’s new Eco-Industrial Design Centre (EIDC) which was set up as cross-cutting enabler to drive the manufacturing and service sectors towards sustainability and global competitiveness.

 

###

About SIRIM Berhad

A wholly-owned company of the Malaysian Government under the Minister of Finance Incorporated, SIRIM Berhad is a premier Research and Technology organisation providing timely and focused research in three flagship areas namely Energy and Environment, Medical Technology as well as Plant and Machinery. SIRIM Berhad is also the champion of Quality and has gained international recognition in Standards and Conformity Assessment, underlying its mission of “being a total solution provider in quality and technology innovations.” www.sirim.my

 

Released by         : Group Corporate Affairs Department, SIRIM Berhad

Media Contact     :

  • Ruhil Amani Zainal Abidin, Tel : 03 55446770 / 013 2010402 or e-mail: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
  • Daing Zarina Daing Mokhtar, Tel : 03 5544 5021 / 019 6555 244 or e-mail: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

 

_______________________________________________________________________________

 

SIARAN MEDIA

PERKHIDMATAN INOVASI EKO SIRIM BERI MANFAAT EKONOMI DAN ALAM SEKITAR KEPADA SYARIKAT

KUALA LUMPUR, 31 Okt: Perkhidmatan Inovasi Eko SIRIM yang baru dilancarkan menawarkan pakej ekonomi dan alam sekitar ke dalam strategi perniagaan bagi membolehkan syarikat-syarikat memperoleh kelebihan daya saing, segmen pasaran baru ataupun saluran pendapatan yang baru.

Model perniagaan yang akan dibangunkan akan mengenal pasti inovasi sama ada pada peringkat produk (barangan atau perkhidmatan), pendekatan pasaran mahupun struktur organisasi.

Perkhidmatan Inovasi Eko SIRIM dilancarkan oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Dr. Ewon Ebin sempena dengan perasmian Persidangan dan Pameran Inovasi Kebangsaan (NICE) 2014 di sini, pada Jumaat.

Presiden dan Ketua Eksekutif SIRIM Dato’ Dr. Zainal Abidin Mohd Yusof berkata, sejajar dengan trend global masa kini terutamanya di negara-negara maju untuk memisahkan kaitan antara pertumbuhan ekonomi dengan pengeluaran alam sekitar di dalam ekonomi, SIRIM telah mengambil langkah untuk membangunkan satu bidang perkhidmatan yang menggabungkan manfaaat-manfaat ekonomi dan alam sekitar ini.

“Perkhidmatan inovasi eko menggabungkan pendekatan perniagaan di samping menangani cabaran-cabaran kelestarian,” katanya.

“Dengan menggunakan kepakaran dalam bahan eko, reka bentuk eko, tenaga boleh diperbaharui, pengeluaran bersih, pemulihan sumber, pengurangan pencemaran, pengujian yang diakreditasi dan diiktiraf OECD-GLP, dan teknik-teknik pengurusan alam sekitar, SIRIM akan membantu syarikat-syarikat tempatan menghasilkan produk eko (termasuk perkhidmatan) dan meningkatkan kebolehpasaran mereka melalui wadah seperti pelabelan eko dan pelabelan jejak karbon,” katanya.

Dato’ Dr Zainal Abidin berkata, adalah menjadi aspirasi SIRIM untuk memaksimumkan modal insan pelbagai latarbelakang pengetahuan dan kemudahan yang lengkap yang sedia ada, dengan yang terbaru adalah Pusat Reka bentuk Perindustrian Eko (EIDC), untuk menyumbang ke arah kesejahteraan masyarakat dan kemampanan perniagaan.

Syarikat atau perniagaan yang menggunapakai model perniagaan Inovasi Eko ini, antara lain akan mendapat nilai tambah seperti akses kepada pasaran baru dan baru memuncul, mendahului standard dan peraturan, menarik sumber-sumber kewangan, mengurangkan kos pengeluaran di sepanjang rantaian nilai, dan meningkatkan produktiviti dan keupayaan teknikal.

Sebagai penyedia perkhidmatan Inovasi Eko, SIRIM akan meningkatkan prestasi perniagaan dan pertumbuhan melalui perkhidmatan yang turut meliputi:

  • Pengurangan Pencemaran
  • Pematuhan GLP (Amalan Makmal Terbaik)
  • Jejak Karbon
  • Pelabelan Eko
  • Produk eko
  • Reka bentuk eko
  • Kecekapan Sumber
  • Tenaga Boleh Diperbaharui
  • Pengeluaran Bersih
  • Pemulihan Sumber

 

SIRIM turut menawarkan Perkhidmatan Pengujian untuk menyokong Inovasi Eko iaitu terdiri daripada Pengujian Bukan Klinikal (Kimia Perindustrian, Kosmetik, Racun Serangga dan Farmaseutikal), Pengujian Kimia dan Produk Pengguna, Perincian Bahan, Pengujian Mekanikal, Pengujian Mekanikal Fizikal, dan Elektrik dan Elektronik.

Khidmat pengujian lain yang ditawarkan adalah Kecekapan Tenaga, Pengujian Plastik, Pengujian Awam dan Pembinaan, Pengujian Api, Kesesuaian Frekuensi Radio dan Elektromagnetik, dan Ujian Mikrobiologi.

Perkhidmatan Inovasi Eko SIRIM juga turut merangkumi perkhidmatan yang ditawarkan oleh Pusat Reka bentuk Perindustrian Eko (EIDC) yang baru ditubuhkan, yang menjadi pemboleh bagi memacu sektor pembuatan dan perkhidmatan ke arah kelestarian dan daya saing global.

###

Mengenai SIRIM Berhad

Sebuah syarikat milik penuh Kerajaan Malaysia di bawah Menteri Kewangan Diperbadankan, SIRIM Berhad adalah organisasi Penyelidikan dan Teknologi yang utama, yang melaksanakan penyelidikan dan teknologi berdasarkan kepada tiga teras iaitu Tenaga dan Alam Sekitar, Teknologi Perubatan, serta Loji dan Mesin. SIRIM Berhad juga adalah peneraju Kualiti dan telah menerima pengiktirafan antarabangsa bagi Standard dan Penilaian Pematuhan, selaras dengan misinya untuk "menjadi penyedia penyelesaian menyeluruh dalam inovasi kualiti dan teknologi.“ . www.sirim.my

 

Dikeluarkan Oleh    : Jabatan Hal Ehwal Korporat Kumpulan, SIRIM Berhad                  

Perhubungan Media:

  • Ruhil Amani Zainal Abidin, Tel : 603 5544 6770 / 013-2010402 e-mel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
  • Daing Zarina Daing Mokhtar, Tel : 603 5544 5021 / 019-6555244 e-mel:This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

 

22 Ogos 2014

SIARAN MEDIA

 

SIRIM BERI PENGHORMATAN TERAKHIR KEPADA MANGSA MH17

 

SHAH ALAM, 22 Ogos 2014: Bersempena dengan Hari Berkabung Negara bagi menghormati kepulangan jenazah mangsa nahas pesawat MH17, SIRIM turut bersama-sama rakyat di seluruh negara merakamkan rasa sedih dan dukacita di atas tragedi yang menyayat hati ini.

Pada pagi hari ini, pihak pengurusan dan seluruh anggota kerja SIRIM bertafakur sebentar dan menghadiahkan bacaan surah Al-Fatihah kepada semua rakyat Malaysia yang terkorban dalam insiden itu.

Pihak pengurusan kanan SIRIM dan sebahagian anggota kerja telah berhimpun dalam satu majlis ringkas di Bilik Taklimat, Bangunan 5 di kompleks ibu pejabat SIRIM di sini untuk memberi penghormatan terakhir kepada jenazah, serentak dengan Istiadat Penerimaan Jenazah Warga Malaysia MH17 yang berlangsung di KLIA.

Bacaan Al-Fatihah yang diketuai oleh Saudara Mohd Farhi Bahadun dari Pusat Pengurusan Fasiliti, telah disiarkan melalui sistem siaraya ke seluruh kompleks ibu pejabat.

Kesedihan juga begitu dirasai sebilangan anggota kerja SIRIM berikutan seorang daripada mangsa tragedi itu, Allahyarham Tambi bin Jiee pernah berkhidmat dengan SIRIM sebagai Penyelidik dari 2 Januari 1991 sehingga 9 Jun 1997.

###

Mengenai SIRIM Berhad

Sebuah syarikat milik penuh Kerajaan Malaysia di bawah Menteri Kewangan Diperbadankan, SIRIM Berhad adalah organisasi Penyelidikan dan Teknologi yang utama, yang melaksanakan penyelidikan dan teknologi berdasarkan kepada tiga teras iaitu Tenaga dan Alam Sekitar, Teknologi Perubatan, serta Loji dan Mesin. SIRIM Berhad juga adalah peneraju Kualiti dan telah menerima pengiktirafan antarabangsa bagi Standard dan Penilaian Pematuhan, selaras dengan misinya untuk "menjadi penyedia penyelesaian menyeluruh dalam inovasi kualiti dan teknologi.“ . www.sirim.my

Dikeluarkan Oleh    :

Jabatan Hal Ehwal Korporat Kumpulan, SIRIM Berhad                  

Perhubungan Media:

  • Ruhil Amani Zainal Abidin, Tel : 603 5544 6770 / 013-2010402 e-mel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
  • Daing Zarina Daing Mokhtar, Tel : 603 5544 5021 / 019-6555244 e-mel:This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

 

24 June 2014

PRESS RELEASE

 

SIRIM OFFERS FOUR TECHNOLOGY PRODUCTS TO LOCAL INDUSTRIES

 

PUTRAJAYA, June 24 – SIRIM Berhad goes full steam ahead in its commercialisation efforts by unveiling four of its ready-to-commercialise technology to potential investors at a joint business matching session with the Ministry of Science, Technology and Innovation (MOSTI) and Malaysian Technology Development Corporation (MTDC).

The locally-developed technologies include a micro precision grinding machine, a bio-composite technology using natural-based fibre for producing indoor and outdoor furniture, a solar-based system for pond aeration, and a robotic programming kit for students.

The two-day Business Matching and Technology Marketplace was held on June 24 & 25, 2014 in conjunction with MOSTI Commercialisation Year 2014. It was launched by the Deputy Minister of Science, Technology & Innovation, Datuk Dr Abu Bakar Mohd Diah here today.

Already an established name with over 40 years of experience in research and development, SIRIM has an extensive project portfolio of innovations up for offer. Parallel to MOSTI Commercialisation Year 2014, SIRIM is introducing 23 products throughout the year which include the four technologies being offered at the business matching session today.

Integrated Online Operation, Inspection QC Vision System For Multi Orientation of Precision Micro Grinding Machine (iO²iQ –TCG8 Machine)

Multi Orientation of Precision Micro Grinding Machine known as TCG8 representing eight orientations of movement for precision grinding. TCG8 eliminates the need for multiple processes and increases productivity significantly for precision engineering industries.  Further enhancement was introduced in the second variant of the machine to assist TCG8 operator in judging the finished part and also incorporated with the Vision Technology.

Bio Composite Technology

Bio Composite Technology is the result of years of integrated research and development works on natural fibre-based composites. The compounds used are made up of 60-80% natural fibre with optimised formulation and tailored bonding chemistry to ensure superior physical and mechanical properties. With adaptable design characteristics and high dimensional stability, the products are suitable for many indoor & outdoor applications. Beside its innovative features, the use of bio-composites is in line with the global effort on environmental conservation and to a certain degree contributes towards addressing issues of depleting natural resources.

SolaeratorTM

SolaeratorTM is a self-sustaining solar aeration system continuously supplying oxygen to ponds without the need to use external power supply.

Robokit

A kit that is innovative and intuitive for students at various levels from primary to tertiary institutions to learn robotics, control systems, electronics, sensors and computer programming. It provides an interactive interface and can be applied to a variety of uses.

The business matching session provided an avenue for technology providers, industry players and funders to commercialise and expedite-to-market local inventions and R&D outputs. It attracted some 200 participants from various groups such as from companies and trade associations, researchers and inventors, entrepreneurs and technopreneurs, funding agencies and investors, technology transfer/licensing personnel and government officials and agencies.

The programme entailed elements of technology presentation from selected technology that are ready to be commercialised from SIRIM, and technology under the Market Validation Fund (MVF) programme from MTDC. It also included funding presentation from MTDC & MDV and technology exhibition.

During the event, entrepreneurs or industry players could source and procure validated and market-feasible technologies direct from the technology providers and able to forge collaborations to expedite transfer of technology and bring inventions to the marketplace.

SIRIM Berhad’s President & Chief Executive Dr Zainal Abidin Mohd Yusof said, as a premier solution provider, SIRIM’s repertoire includes a comprehensive array of capabilities, ranging from the conception of ideas to research and development to production.

“This essentially means that all an investor needs to do is to identify a suitable location and set up their premise,” he said.

In enhancing its business appeal, SIRIM is not relying on a traditional patent licensing model that renders the business partner responsible for the entire business aspect with SIRIM playing the role of technical consultant, he added.

“We are looking at other business options that allow our experts to be more directly involved such as joint-ventures or spin-off subsidiaries,” Dr Zainal Abidin said, adding that the high-barriers-to-entry nature of SIRIM’s innovations also meant that the business partner is virtually guaranteed a monopoly in a product with good returns.

                                               

                                                                ###

 

 

About SIRIM Berhad

A wholly-owned company of the Malaysian Government under the Minister of Finance Incorporated, SIRIM Berhad is a premier Research and Technology organisation providing timely and focused research in three flagship areas namely Energy and Environment, Medical Technology as well as Plant and Machinery. SIRIM Berhad is also the champion of Quality and has gained international recognition in Standards and Conformity Assessment, underlying its mission of “being a total solution provider in quality and technology innovations.” www.sirim.my

 

Released by                 :   Group Corporate Affairs Department, SIRIM Berhad

Media Contact             :  

  • Ruhil Amani Zainal Abidin, Tel : 03 5544 6770 / 013 2010402 or e-mail: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
  • Joarief Johann Arief Tham, Tel : 03 5544 6781 / 017 8888825 or e-mail: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

 

 

 

 

Deputy Minister of Science, Technology & Innovation, Datuk Dr Abu Bakar Mohd Diah (right), accompanied by SIRIM Berhad’s President & Chief Executive Dr Zainal Abidin Mohd Yusof (second from right) visiting Robokit™ booth

 

 

Datuk Dr Abu Bakar Mohd Diah (center), accompanied by SIRIM Berhad’s President & Chief Executive Dr Zainal Abidin Mohd Yusof (right) viewing the furniture made with SIRIM's Bio Composite Technology

 

 

21 Jun 2014

SIARAN MEDIA

 

SIRIM PERKENAL DUA STANDARD BAGI KEBERSIHAN DAN PENARAFAN TANDAS MASJID DAN SURAU

Kerjasama dengan Jabatan Agama Islam Selangor dan beberapa agensi bangunkan standard pertama seumpamanya

 

SHAH ALAM, 21 Jun –SIRIM Berhad memperkenalkan dua SIRIM Standard baru iaitu Garis Panduan Kebersihan Tandas Masjid dan Surau serta Garis Panduan Penarafan Kebersihan Tandas Masjid dan Surau bertujuan memastikan kebersihan tandas masjid dan surau berada pada tahap yang terbaik.

Buat permulaan, masjid-masjid dan surau di negeri Selangor di bawah kelolaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dijangka menggunakan standard ini dalam usaha meningkatkan kualiti kebersihan tandas melalui penarafan kebersihan.

Kedua-dua SIRIM Standard ini adalah standard yang julung kalinya dihasilkan di Malaysia.

Standard-standard baru ini dilancarkan oleh Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di sini hari ini. Turut hadir ialah Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor Ahmad Zaharin Mohd Saad. Terdahulu dari itu, Pengurus Besar Kanan Pusat Penyelidikan Standard, SIRIM, Abdul Aziz Long turut memberi penerangan mengenai Standard Penarafan Kebersihan Masjid pada hadirin yang kebanyakannya terdiri daripada ahli-ahli jawatankuasa masjid dan surau dari seluruh Selangor.

Pembangunan SIRIM Standard ini adalah dengan kerjasama jawatankuasa projek kebersihan dan penarafan tandas masjid dan surau yang terdiri daripada wakil-wakil dari Jabatan Agama Islam Selangor, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Jabatan Kerja Raya Malaysia, Majlis Bandaraya Shah Alam, Majlis Perbandaran Klang, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Masjid Diraja Sultan Suleiman Klang, Masjid Jamek Kajang dan Persatuan Bilik Air Berkualiti Malaysia (QRAM).

 

Garis Panduan Kebersihan Tandas Masjid dan Surau (SIRIM 1: 2014)

Skop utama standard ini adalah bagi memberi garis panduan untuk menyelenggara kebersihan tandas yang merangkumi tanggungjawab pengurusan masjid dan surau, keperluan dan kemudahan asas termasuk keadaan persekitaran dalaman dan keperluan tambahan yang lain.

Selain itu, standard itu turut menekankan tentang penyediaan peruntukan kewangan yang secukupnya bagi membiayai kerja-kerja pembersihan, penyelenggaraan dan penambahbaikan tandas dan memantau kebersihan dan kerja-kerja yang dijalankan secara berjadual, serta memastikan latihan yang sesuai diberi kepada pihak kontraktor pembersihan atau kariah bertugas.

Bagi pembersihan tandas, standard ini menetapkan peralatan, cara kerja dan tahap kebersihan untuk sesuatu kawasan/kemudahan. Bermula dengan pemilihan peralatan yang sesuai, cara pembersihan yang betul sehingga tahap kebersihan yang perlu dicapai. Secara umumnya, tahap kebersihan yang diinginkan adalah permukaan kawasan/kemudahan hendaklah hilang kekotoran melekat, bebas dari bau yang tidak menyenangkan dan sekiranya ada kemudahan, hendaklah sentiasa boleh digunakan dan tidak rosak. Standard ini juga memberi kesedaran dan mendidik pengguna mengenai adab-adab menggunakan tandas.

 

Garis Panduan Penarafan Kebersihan Tandas Masjid dan Surau (SIRIM 2: 2014)

Skop utama standard ini memberi garis panduan bagi penilaian dan penarafan kebersihan tandas yang merangkumi aspek pengurusan, peralatan dan kemudahan yang disediakan. Peralatan dan kemudahan dinilai dari segi kebolehgunaan (tidak rosak) dan kebersihan.

Kaedah pemarkahan dilakukan dengan cara pemeriksaan (audit) ke atas tandas masjid dan surau dengan penilaian yang dibahagikan kepada lima kriteria iaitu Pengurusan, Peralatan Asas, Kemudahan Asas, Kebersihan Tandas dan Kemudahan Tambahan.

Penarafan tandas masjid dan surau akan menggunakan kategori bintang yang terdiri daripada kategori bermasalah (tiada bintang) sehingga cemerlang (5 Bintang). Tandas yang memperoleh 2 bintang dan ke bawah berada pada tahap yang tidak memuaskan dari aspek kebersihan dan kebolehgunaan; dengan itu pihak masjid atau surau perlu meningkatkan komitmen dan keberkesanan pengurusan dalam memantau dan memastikan kebersihan, penyelenggaraan dan penambahbaikan tandas.

Standard ini akan menilai segala spesifikasi dan keperluan yang telah ditetapkan oleh Garis Panduan Kebersihan Tandas Masjid dan Surau (SIRIM 1: 2014)

Sebagai sebuah organisasi pembangunan standard, SIRIM Berhad mempunyai kepakaran yang luas dalam penyelidikan dan perundingan standard yang dapat membantu industri dan perniagaan untuk memenuhi keperluan dan amalan tempatan serta antarabangsa, melalui pembangunan SIRIM Standard.

SIRIM Standard dibangunkan mengikut prosedur pembangunan standard oleh SIRIM, yang sejajar dengan amalan antarabangsa yang memastikan notifikasi program kerja dan penyertaan pihak yang berminat. Ia juga dibangunkan melalui konsensus oleh jawatankuasa yang terdiri daripada pakar-pakar bidang berkaitan.

Penggunaan SIRIM Standard adalah secara sukarela, dan terbuka untuk diterima pakai oleh agensi penguatkuasa, agensi kerajaaan, persatuan, industri, badan-badan profesional, dan lain-lain.

Orang ramai yang berminat untuk mendapatkan kedua-dua standard baru ini boleh menghubungi Seksyen Jualan dan Pemasaran, Bahagian Perkhidmatan Teknikal SIRIM, melalui nombor telefon 03-55446342 (Roslina Harun) atau 03-55446110 (Haidahyanti Hairullah).

 ###

Mengenai SIRIM Berhad

Sebuah syarikat milik penuh Kerajaan Malaysia di bawah Menteri Kewangan Diperbadankan, SIRIM Berhad adalah organisasi Penyelidikan dan Teknologi yang utama, yang melaksanakan penyelidikan dan teknologi berdasarkan kepada tiga teras iaitu Tenaga dan Alam Sekitar, Teknologi Perubatan, serta Loji dan Mesin. SIRIM Berhad juga adalah peneraju Kualiti dan telah menerima pengiktirafan antarabangsa bagi Standard dan Penilaian Pematuhan, selaras dengan misinya untuk "menjadi penyedia penyelesaian menyeluruh dalam inovasi kualiti dan teknologi.“ . www.sirim.my

 

 Dikeluarkan Oleh    :

Jabatan Hal Ehwal Korporat Kumpulan, SIRIM Berhad                  

Perhubungan Media:

  • Ruhil Amani Zainal Abidin, Tel : 603 5544 6770 / 013-2010402 e-mel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
  • Joarief Johann Arief Tham, Tel : 603 5544 6781 / 017-8888825 e-mel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

17 April  2014                                                                                                         

SIARAN MEDIA

 

GranuMaS™: PRODUK GRAF TULANG SINTETIK HASIL TEKNOLOGI SIRIM TERIMA PENGIKTIRAFAN EROPAH

Turut terima kontrak bekalan berpusat ke seluruh Hospital Kerajaan Malaysia  dan kelulusan pasaran dari Kementerian Kesihatan Indonesia, Brunei dan Vietnam

SHAH ALAM, 17 April– GranuMaS™,produk graf tulang sintetik berasaskan batu kapur  hasil penyelidikan SIRIM kini diiktiraf di peringkat antarabangsa, dengan penerimaan akreditasi ‘CE Mark' yang membolehkannya menembusi pasaran negara-negara Eropah.

Produk bahan tulang sintetik ini turut mendapat kelulusan pasaran dari Kementerian Kesihatan Indonesia, Brunei dan Vietnam, dan kini sedang berusaha untuk memasuki pasaran Timur Tengah, Negara ASEAN lain seperti Thailand, Filipina, Myanmar, Kemboja dan Laos. Kementerian Kesihatan Malaysia juga telah menganugerahkan kontrak berpusat bagi membekalkan GranuMaS™ke seluruh hospital kerajaan.

Projek yang bermula sejak tahun 2000 ini dibiayai oleh dana Program Penyelidikan Keutamaan (IRPA) berjumlah hampir RM12 juta oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).

Penghasilan bahan graf tulang ini diketuai oleh penyelidik SIRIM Berhad, Dr Fazilah Fazan dengan kerjasama AgensiNuklear Malaysia, Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Melalui projek ini, SIRIM telah berjaya membangunkan bahan Hydroxyapatite(HA) daripada kalsium fosfat bagi penghasilan GranuMaS™. Bahan HA ini telah mendapat ‘Malaysia Paten MY-140121' bagi pembentukan HA daripada bahan mentah tempatan.

SIRIM Berhad telah memeterai Perjanjian Pelesen Teknologi dengan GranuLab(M) Sdn Bhd, pada 6 Februari 2007, yang membolehkan syarikat berkenaan mengeluar, membungkus,  mempromosi, mengedar dan seterusnya memasarkan GranuMaS™.

Produk yang dihasilkandi bawah Amalan Perkilangan Baik yang diiktiraf mengikut ISO 13485 merupakan projek di bawah pembiayaan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) melalui Program Penyelidikan dalam Bidang Keutamaan, IRPA.

Sempena kejayaan GranuMaS™ menerima pensijilan CE Mark berkenaan daripada BSI United Kingdom, Menteri Sains Teknologi dan Inovasi Datuk Dr. Ewon Ebin telah melakukan lawatan kerja ke kilang pengeluarannya di Kota Kemuning di sini.  Menteri berkenaan diiringi oleh Presiden dan Ketua Eksekutif SIRIM Berhad Dr Zainal Abidin Mohd Yusof, serta Pengarah Urusan GranuLab (M) Sdn Bhd. Romli Ishak. Penyerahan cek kepada dua kolaborator projek iaitu USM dan UIA yang masing-masing berjumlah RM48,000 turut dilakukan. Dr Zainal Abidin berkata, produk graf tulang sintetik ini dibangunkan bagi membolehkan bahan perubatan lebih tersedia dan mampu dimiliki oleh rakyat Malaysia, terutamanya yang melibatkan pembedahan tulang, tanpa perlu bergantung kepada produk import.

"Keperluan pembedahan cantuman tulang didapati semakin meningkat dari semasa ke semasa berikutan peningkatan kes kemalangan serta jangkitan penyakit yang menyebabkan pelbagai kerosakan tulang," katanya.

GranuMaS™mengandungi lebih 99 peratus HA tulen yang mematuhi sepenuhnya Standard Amerika Syarikat, ASTM F1185 -88 (1993) (Komposisi Hydroxyapatite) untuk implan pembedahan). Ia kini telah digunakan di semua hospital kerajaanbagi membantu pembedahan seperti ortopedik, ENT, maksilofasial dan pergigian. Sesi Pendidikan Perubatan Berterusan (CME) juga dijalankan di beberapa buah hospital sebagai satu cara untuk menggalakkan penggunaan GranuMaS™.

Dua lagi produk yang sedang diusahakan SIRIM ialah Osteopaste dan GentaCaP. Osteopaste merupakan pes putih yang diperbuat dari komposisi bahan tulang sintetik yang boleh disuntik terus ke dalam tulang pesakit. Produk itu masih di bawah Penilaian Pra-Klinikal. Manakala GentaCap pula mempunyai dua fungsi iaitu sebagai bahan tulang sintetik dan membebaskan antibiotik secara terkawal dalam tempoh tertentu bagi membunuh bakteria dan seterusnya mengurangkan infeksi. Produk ini masih di peringkat prototaip dan SIRIM masih dalam usaha untuk mendapatkan dana penyelidikan untuk meneruskan Penilaian Pra-Klinikal dan Kawalan Ujian tisu tulang sintetik yang mengandungi antibiotik. Ia perlu melalui dua ujian klinikal sebelum boleh dikomersilkan.

Romli Ishak berkata, dengan keluasan melebihi 11,000 kaki persegi, GranuLab berupaya menghasilkan 350kg bahan mineral tulang yang boleh menghasilkan pelbagai bahan sintetik tulang untuk memenuhi permintaan pasaran. Kilang berkenaan mempunyai 2 unit ‘clean room', 5 unit ‘control room', 1 unit makmal R&D, bilik pembungkusan dan penyimpanan dan ruang pentadbiran serta kemudahan proses yang lengkap termasuk pembungkusan.

###

 

Mengenai SIRIM Berhad

Sebuah syarikat milik penuh Kerajaan Malaysia di bawah Menteri Kewangan Diperbadankan, SIRIM Berhad adalah organisasi Penyelidikan dan Teknologi yang utama, yang melaksanakan penyelidikan dan teknologi berdasarkan kepada tiga teras iaitu Tenaga dan Alam Sekitar, Teknologi Perubatan, serta Loji dan Mesin. SIRIM Berhad juga adalah peneraju Kualiti dan telah menerima pengiktirafan antarabangsa bagi Standard dan Penilaian Pematuhan, selaras dengan misinya untuk "menjadi penyedia penyelesaian menyeluruh dalam inovasi kualiti dan teknologi.“ . www.sirim.my

Dikeluarkan Oleh    :

Jabatan Hal Ehwal Korporat Kumpulan, SIRIM Berhad                  

Perhubungan Media:

  • Ruhil Amani Zainal Abidin, Tel : 603 5544 6770 / 013-2010402 e-mel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
  • Daing Zarina Daing Mokhtar, Tel : 603 5544 5021 / 019-6555244 e-mel:This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

 

24 Jun 2014

SIARAN MEDIA

 

SIRIM TAWARKAN EMPAT LAGI PRODUK TEKNOLOGI KEPADA INDUSTRI TEMPATAN

 

PUTRAJAYA, 24 Jun – SIRIM terus meningkatkan usaha mengkomersilkan produk dan inovasinya dengan memperkenalkan empat lagi teknologi kepada pelabur berpotensi pada sesi Program Pemadanan Perniagaan dan Pasaran Teknologi bersama Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan Malaysian Technology Development Corporation (MTDC), hari ini.

Empat teknologi tempatan yang sedia dikomersilkan itu adalah mesin pencanai kepersisan mikro, teknologi biokomposit yang menggunakan serat semulajadi untuk menghasilkan perabot dalaman dan luaran, sistem pengudaraan kolam menggunakan tenaga solar, dan program kit robotik bagi para pelajar.

Program Pemadanan Perniagaan dan Pasaran Teknologi ini berlangsung pada 24 & 25 Jun 2014 bersempena dengan Tahun Pengkomersilan MOSTI 2014. Pelancaran program tersebut telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr. Abu Bakar Mohd Diah di sini. Turut hadir Presiden dan Ketua Eksekutif SIRIM Berhad Dr Zainal Abidin Mohd Yusof.

Sebagai sebuah syarikat yang berpengalaman selama 40 tahun dalam penyelidikan dan pembangunan teknologi, SIRIM mempunyai portfolio projek inovasi yang meluas yang boleh ditawarkan. Sejajar dengan Pelan Pengkomersilan SIRIM, SIRIM memperkenalkan 23 produk sepanjang tahun ini termasuk empat teknologi yang ditawarkan di sesi program pemadanan perniagaan itu.  

 

Integrated Online Operation, Inspection QC Vision System For Multi Orientation of Precision Micro Grinding Machine (Mesin iO²iQ –TCG8)

Mesin Pencanai Kepersisan Mikro Pelbagai Orientasi atau TCG8 mempunyai lapan orientasi pergerakan bagi kepersisan canaian. Mesin TCG8 dapat mengurangkan pelbagai peringkat pemprosesan dan meningkatkan produktiviti secara berkesan bagi kepersisan dalam industri kejuruteraan. Penambahan dari segi teknologi juga diperkenalkan dalam mesin TCG8 varian kedua ini bagi membantu operator TCG8 dalam memeriksa produk yang dicanai serta dilengkapi dengan teknologi ‘Vision System’.

 

Teknologi Biokomposit

Teknologi Biokomposit adalah hasil daripada usaha penyelidikan dan pembangunan bersepadu ke atas teknologi serat komposit semulajadi. Bahan yang digunakan diperbuat daripada 60-80% serat semulajadi dengan fomulasi yang dioptimumkan serta ikatan kimia yang dikhaskan bagi memastikan sifat-sifat mekanikal dan fizikal yang bermutu tinggi. Dengan ciri-ciri rekaan yang mudah diadaptasi serta tahap kestabilan dimensi yang tinggi, hasil produk biokomposit ini sesuai digunakan bagi aplikasi dalaman dan luaran. Selain ciri-ciri inovasi, penggunaan biokomposit ini sejajar dengan usaha global dalam pemeliharaan alam sekitar dan dapat mengurangkan penggunaan kayu mentah semulajadi.

 

SolaeratorTM

Solaraetor™ adalah teknologi pengudaraan kolam selenggara diri yang membekal oksigen secara berterusan ke dalam kolam tanpa memerlukan punca kuasa elektrik dari luar.

 

Robokit

Robokit merupakan sebuah kit robotik yang inovatif dan intuitif, sesuai untuk para pelajar pelbagai peringkat umur yang ingin mempelajari bidang robotik, sistem pengawalan, elektronik, sensor dan pengaturcaraan computer. Ia memberi antaramuka yang interaktif bagi pelbagai kegunaan.

Sesi pemadanan peniagaan memberikan ruang kepada pembekal teknologi, pengusaha industri dan pelabur untuk mengkomersilkan dan mempercepatkan teknologi tempatan dalam menembusi pasaran. Ia menarik lebih 200 penyertaan dari pelbagai bidang kumpulan seperti syarikat dan kumpulan dagang, para penyelidik dan pencipta, usahawan dan usahawan tekno, agensi pelaburan dan para pelabur, pemindahan teknologi/perlesenan serta pegawai kerajaan dan agensi.

Program tersebut melibatkan pembentangan teknologi-teknologi yang terpilih dan sedia untuk dikomersilkan daripada SIRIM, serta teknologi di bawah program Tabung Validasi Pasaran (MVF) dari MTDC. Sesi itu juga melibatkan pembentangan dana dan pameran teknologi.

Sepanjang sesi tersebut, usahawan dan pengusaha teknologi boleh mendapatkan sumber teknologi boleh laksana, terus daripada pembekal teknologi dan melakar kerjasama bagi meningkatkan pemindahan teknologi serta membawanya ke pasaran.

Presiden dan Ketua Eksekutif SIRIM Berhad, Dr. Zainal Abidin Mohd Yusof dalam ucapannya berkata, sebagai penyedia penyelesaian utama, SIRIM menawarkan keupayaan yang komprehensif, daripada konsep idea hinggalah kepada penyelidikan dan pembangunan, dan akhirnya pengeluaran.

“Ini bermakna, mana-mana pelabur yang berurusan dengan kami hanya perlu menentukan lokasi yang sesuai dan terus membangunkan premis untuk pengeluaran,” katanya.

Dalam memastikan SIRIM mempunyai daya tarikan perniagaan (business appeal), SIRIM juga tidak hanya bergantung kepada model tradisi iaitu pelesenan paten yang memerlukan rakan kongsi kami bertanggungjawab sepenuhnya kepada keseluruhan aspek perniagaaan dan SIRIM hanya menjadi juruperunding teknikal, katanya.

“SIRIM kini melihat kepada pilihan-pilihan perniagaan yang membolehkan pakar-pakar kami terlibat secara langsung, contohnya dalam usaha sama atau anak-anak syarikat ‘spin-off’ yang akan dibangunkan,” katanya.

Di samping itu, keadaan ‘high-barriers-to-entry’ (syarat tinggi kemasukan) bagi inovasi-inovasi SIRIM juga bermakna rakan kongsi kami dijamin akan mendapat monopoli kepada produk berkenaan dengan pulangan yang baik, kata Dr Zainal Abidin.

                                               

                                                                ###

 

Mengenai SIRIM Berhad

Sebuah syarikat milik penuh Kerajaan Malaysia di bawah Menteri Kewangan Diperbadankan, SIRIM Berhad adalah organisasi Penyelidikan dan Teknologi yang utama, yang melaksanakan penyelidikan dan teknologi berdasarkan kepada tiga teras iaitu Tenaga dan Alam Sekitar, Teknologi Perubatan, serta Loji dan Mesin. SIRIM Berhad juga adalah peneraju Kualiti dan telah menerima pengiktirafan antarabangsa bagi Standard dan Penilaian Pematuhan, selaras dengan misinya untuk "menjadi penyedia penyelesaian menyeluruh dalam inovasi kualiti dan teknologi.“ . www.sirim.my

 

 

Dikeluarkan oleh: Jabatan Hal Ehwal Korporat Kumpulan, SIRIM Berhad                  

 

Perhubungan Media:

  • Ruhil Amani Zainal Abidin, Tel : 603 5544 6770 / 013-2010402 e-mel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
  • Joarief Johann Arief Tham, Tel : 603 5544 6781 / 017-8888825 e-mel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

 

 

 

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr Abu Bakar Mohd Diah (kanan), bersama Presiden & Ketua Eksekutif SIRIM Berhad, Dr Zainal Abidin Mohd Yusof (dua dari kanan) melawat produk teknologi SIRIM, Robokit™ sempena Program Pemadanan Perniagaan dan Pasaran Teknologi di Putrajaya, hari ini.

 

 

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Dr Abu Bakar Mohd Diah (tengah), bersama Presiden & Ketua Eksekutif SIRIM Berhad, Dr Zainal Abidin Mohd Yusof (kanan) melihat perabot yang dihasilkan menggunakan bahan biokomposit SIRIM pada Program Pemadanan Perniagaan dan Pasaran Teknologi di Putrajaya, hari ini.