Siar

Assalamualaikum wbt dan Salam 1 SIRIM,

 

MEMORANDUM PERSEFAHAMAN (MOU) DIANTARA SIRIM BERHAD

DAN JABATAN PERIKANAN SABAH

KOTA KINABALU, SABAH

31 MAC 2016

Program Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) telah berlangsung di antara SIRIM Berhad dan Jabatan Perikanan Sabah bagi Projek Pembangunan Nelayan Pesisir Pantai Sabah pada 31 Mac 2016 di pejabat Jabatan Perikanan Sabah, Kota Kinabalu.  MoU tersebut telah ditandatangani oleh YBhg. Dato’ Dr. Zainal Abidin Mohd Yusof, Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan SIRIM dan Dr. Ahemad Sade, Pengarah Jabatan Perikanan Sabah. Antara lain, tujuan MoU adalah bagi kedua-dua pihak saling bekerjasama untuk membantu meningkatkan pendapatan ekonomi nelayan pesisir pantai melalui cadangan penambahbaikan teknik dan kemudahan penangkapan dan pengeringan hasil tangkapan marin secara cekap, bersih dan moden serta mempertingkatkan hasil tangkap marin khususnya penangkapan ikan bilis Sabah untuk menjadikan Sabah sebagai pengeluar terbesar ikan bilis negara.  Turut hadir dalam Program MoU tersebut juga adalah En. Zulkifli Abdullah, Fellow Consultant, Kumpulan Perancangan Strategik SIRIM Berhad, En. Zulkefly Songip daripada Pejabat Perhubungan SIRIM Johor dan Pn Rommella Osmand daripada Pejabat Perhubungan Negeri Sabah.

 

(Sumber laporan dan foto oleh Pejabat Perhubungan Negeri Sabah)

 

 

MIHAS 2016

PUSAT KONVENSYEN KUALA LUMPUR (KLCC)

30 MAC – 2 APRIL 2016


 

SIRIM telah menyertai MIHAS 2016 dari 30 Mac sehingga 2 April 2016 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) untuk mendapatkan pengiktirafan maksimum dan menarik lebih banyak peluang perniagaan, membantu usahawan memahami apa yang ditawarkan oleh SIRIM dan SIR bagi membolehkan mereka menyelesaikan isu dihadapi mereka dalam perniagaan atau meningkatkan produktiviti mereka serta memberi kesedaran kepada usahawan mengenai program Audit Teknologi. Daripada penyertaan itu, sebanyak 36 responden telah menyatakan minat terhadap Audit Teknologi yang dijalankan oleh SIRIM. 

 

(Sumber laporan dan foto oleh Pusat Penglibatan Industri)

 

 

SEKSYEN HAL EHWAL KORPORAT

 

 

P/s: Please Like our FB Page & YouTube Videos, Share our Posts and Retweet our Tweets!


Assalamualaikum wbt dan Salam 1 SIRIM,

 

SATU DAERAH SATU INDUSTRI (SDSI) 2015

MALACCA INTERNATIONAL TRADE CENTRE (MITC), MELAKA

3 – 6 DISEMBER 2015


SIRIM telah menyertai Satu Daerah Satu Industri (SDSI) 2015 untuk mengukuhkan hubungan dengan pelanggan di samping mengetengahkan perkhidmatan SIRIM dan mendapatkan maklum balas daripada klien. SIRIM telah memfokuskan kepada produk dan perkhidmatan seperti End-To-End Solutions Across The Value Chain, Flagship, Entrepreneurship Development Program, Product Development & Research, Packaging & Labeling, Security Printing, Subsidiaries (SST/STS/SQASi), InnoCraft, Cosmetics, Packaging dan Anaerobic Digester (SIMBIOTeA).

 

(Sumber laporan dan foto oleh Jabatan Pemasaran Strategik)

 

 

SEKSYEN PROMOSI DAN PENGURUSAN MAJLIS

 

 

P/s: Please Like our FB Page & YouTube Videos, Share our Posts and Retweet our Tweets!

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera,

 

 

Dukacita dimaklumkan bahawa ayah kepada Pn Shuzainee Md Din dari Seksyen Perancangan dan Pembangunan Sumber Manusia, Jabatan Sumber Manusia Kumpulan telah kembali ke rahmatullah pada 12 Disember 2015 di Hospital Alor Gajah, Melaka. Jenazah telah dikebumikan di Kampung Padang Jawa, Klang, Selangor.

 

Dimaklumkan juga bahawa anak kepada Pn Azlina Shariff dari SIRIM Training Services Sdn Bhd yang berusia dua minggu telah kembali ke rahmatullah pada 10 Dis 2015 di Hospital Sungai Buloh.

 

Sama-samalah kita menghadiahkan surah Al-Fatihah, semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

 

Salam takziah dari Kumpulan SIRIM. 

 

SEKSYEN PROMOSI DAN PENGURUSAN MAJLIS

Assalamualaikum wbt dan Salam 1 SIRIM,

 

SESI “WALK-ABOUT” SIRI KE-3

BANGUNAN 15, IBU PEJABAT SIRIM

3 DISEMBER 2015

Bangunan 15 telah dipilih untuk sesi “Walk-About” siri ke-3 pada tahun ini.  Dalam sesi ini, YBhg. Dato’ Dr. Zainal Abidin Mohd Yusof, Presiden dan Ketua Eksekutif SIRIM telah disambut oleh En. Mohd Fauzi Ismail, Pengurus Besar dari Pusat Penyelidikan Tenaga Diperbaharui (RERC), dan Puan Isnazunita Ismail, Pengurus Besar Pusat Penyelidikan Teknologi Alam Sekitar (ETRC) serta diiringi oleh Ketua-ketua Seksyen ETRC & RERC di ruang legar Bangunan 15. Beliau telah dibawa melawat ke galeri ETRC dan beberapa buah makmal sebelum ke sesi taklimat dan sesi suai kenal bersama anggota kerja RERC dan ETRC. Sesi “Walk-About” merupakan salah satu daripada cadangan yang diperolehi hasil daripada Program “Re-Inventing Work Culture” (RWC) yang telah dijalankan pada tahun 2013, melibatkan 106 orang anggota kerja daripada pelbagai Jabatan/Seksyen. Program ini bertujuan untuk mewujudkan satu medium komunikasi dua hala di antara YBhg. Dato’ Presiden bersama anggota kerja SIRIM Berhad untuk turun padang bertemu dan beramah mesra bersama anggota kerja di penempatan/bangunan yang telah dikenalpasti. Selain itu ia juga mampu untuk meningkatkan matlamat dan persekitaran kerja yang lebih baik, kepimpinan yang berkesan serta sebagai salah satu maklumbalas untuk Kajian Kepuasan Pelanggan.  Sesi ini juga merupakan penutup kepada Sesi “Walk-About” pada tahun 2015 dan menjadikan ia sesi yang ke-3 selepas dua Sesi “Walk-About” lain iaitu di National Metrology Institute of Malaysia (NMIM), Sepang dan SIRIM Standard Technology Sdn Bhd (SST), Seksyen 15 Shah Alam.

 

(Sumber laporan dan foto oleh Seksyen Perancangan dan Pembangunan Sumber Manusia)

 

 

LAWATAN DELEGASI 3rd DEVELOPING-8 HIGH COUNCIL MEETING OF THE TECHNOLOGY TRANSFER

AND EXCHANGE NETWORK (D-8 TTEN)

PUSAT PENYELIDIKAN BIOTEKNOLOGI PERINDUSTRIAN (IBRC), SIRIM SHAH ALAM

2 DISEMBER 2015

Satu delegasi program 3rd Developing-8 High Council Meeting of the Technology Transfer and Exchange Network (D-8 TTEN) telah berkunjung ke Pusat Penyelidikan Bioteknologi Perindustrian SIRIM pada 2 Disember 2015. Lawatan tersebut diketuai oleh Tuan Yang Terutama, Dr. Seyed Ali Mohammad Mousavi, Setiausaha Agung D-8 yang bertujuan meningkatkan hubungan kerjasama dan pemindahan teknologi antara negara-negara anggota dalam bidang Sains, Teknologi dan Inovasi (STI). Ucapan pembukaan disampaikan oleh En. Zulkifli Abdullah, Pengurus Besar Kanan, Jabatan Pemasaran Strategik dan penerangan tentang penyelidikan bioteknologi SIRIM pula disampaikan oleh Dr. Ahmad Hazri Ab. Rashid, Pengurus Besar Pusat Penyelidikan Bioteknologi Perindustrian dan Pn. Sarifah Rejab, Ketua Seksyen Kosmetik dan Produk Semulajadi. Lawatan tersebut adalah sempena program 3rd Developing-8 High Council Meeting of the Technology Transfer and Exchange Network (D-8 TTEN) anjuran Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) yang berlangsung pada 1 dan 2 Disember 2015 bertempat di Hotel Istana, Kuala Lumpur. Kumpulan Lapan Negara Membangun (Developing-8 atau D-8) merupakan sebuah organisasi yang telah ditubuhkan melalui Deklarasi Istanbul pada 15 Jun 1997 dan dianggotai oleh lapan negara Islam membangun iaitu Bangladesh, Indonesia, Iran, Malaysia, Mesir, Nigeria, Pakistan dan Turki. Matlamat D-8 adalah untuk mempertingkatkan taraf sosio-ekonomi dan meningkatkan hubungan kerjasama dan perdagangan antara negara-negara anggota. Satu daripada inisiatif khusus di bawah D-8 adalah Technology Transfer and Exchange Network (TTEN) yang bertujuan meningkatkan hubungan kerjasama dan pemindahan teknologi antara negara-negara anggota dalam bidang Sains, Teknologi dan Inovasi (STI).

 

 

SEKSYEN PROMOSI DAN PENGURUSAN MAJLIS

 

 

P/s: Please Like our FB Page & YouTube Videos, Share our Posts and Retweet our Tweets!

Assalamualaikum wbt dan Salam 1 SIRIM,

 

Anggota kerja SIRIM Berhad dan Anak-anak syarikat,

 

Adalah dimaklumkan bahawa logo SIRIM boleh didapati di KM Portal>Resource Library>SIRIM Branding>Logo atau di pautan berikut. Semua anggota kerja hendaklah menggunakan logo yang disediakan di sini untuk sebarang tujuan yang melibatkan penggunaan logo rasmi SIRIM.

 

https://kmportalv2.sirim.my/rsclib/branding/_layouts/15/start.aspx#/SitePages/Home.aspx?RootFolder=%2Frsclib%2Fbranding%2FSIRIM%20Branding%2FLOGO&FolderCTID=0x012000349F7CE511F21D469B807C4089C6AA54&View=%7B77A38CA5%2D9FB2%2D45CE%2DB9FB%2D6FEF2F9DEA65%7D

 

Sekian, harap maklum.

 

SEKSYEN PROMOSI DAN PENGURUSAN MAJLIS