News Update

Two other ready-to-market technological products are also introduced in conjunction with the launching of MOSTI Commercialisation Year 2014

SHAH ALAM, 23January – SIRIM Berhad today launchedBio Natural Gas (BioNG), the first of its kind natural gas like-fuel from Palm Oil Mill Effluent (POME) that can be used as an alternative fuel for vehicle.

The BioNG was successfully produced by SIRIM's Bio Natural Gas Pilot Plant located in Pulau Carey, Selangor. The pilot plant is a research project funded by the Ministry of Science, Technology and Innovation's (MOSTI), Technofund,

The project has been developed by SIRIM Renewable Energy Research Centre since 2007 and was completed in the middle of last year with a production capacity of 500Nm3 of Bio Natural Gas per day (equivalent to 500 litre of petrol per day)

The development of the BioNG pilot plant is established in collaboration with Sime Darby Research Sdn Bhd at the East Oil Mill own by Sime Darby Plantation Sdn Bhd.

Meanwhile, the composite CNG (Compressed Natural Gas) tank that is used to store the BioNG has also been developed using SIRIM's "Filament Winding" technology. The carbon fibre composite tank is lighter and much safer than ordinary tank.

Two other SIRIM products that are ready to be commercialised are LIPOS Battery (Lithium-ion Phosphate) and Craniofacial Re-construction with Titanium Implant Service.

LIPOS battery is capable of storing energy in a cheaper and more efficient manner. This technology is essential in automotive and telecommunication sectors. Compared to lead and cadmium battery, LIPOS battery is more environmental friendly, has longer lifetime, and able to generate higher voltage charge. Other than that, LIPOS battery is also chemically stable up to ambient temperature of 60 degree Celsius and has low self-discharge rate. This new LIPOS battery technology has also demonstrated its design flexibility as high-powered battery and has been successfully used in motorcycle and street lights.

The Craniofacial Re-construction with Titanium Implant Service that was developed by SIRIM is an implant building system. It can restore original shapes of craniofacial, joints, bones and jaw that were impaired due to accident or natural causes. Titanium, with the help of computerised CAD system, is used to create certain shapes that will be utilised in craniofacial implant and orthodontic to replace an impaired craniofacial and joints. Plastic materials are also being used to replace damaged cartilage. Via this technology, impaired human parts such as craniofacial, joints and bones can be restored to its original shapes.

President and Chief Executive of SIRIM Berhad, Dr Zainal Abidin Mohd Yusof said that in conjunction with the MOSTI Commercialisation Year 2014, SIRIM has developed a Commercialisation Roadmap to ensure the smooth implementation of technology commercialisation and technology transfers to the industries.

 

"Other than that, this plan will also help industries to plan and to know when certain related technologies are ready to be commercialised," he said.

All three products, which are results from local research and development are being introduced in conjunction with MOSTI Commercialisation Year 2014 launching ceremony, which was held in SIRIM main office here today.

The MOSTI Commercialisation Year 2014 was launched by Minister of Science, Technology and Innovation Minister, Datuk Dr. Ewon Ebin. Also present was MOSTI Deputy Secretary General, Dato' Dr. Mohd Azhar Yahaya and Dr Zainal Abidin.

Themed "STI for Wealth Creation", the programme is MOSTI's initiative in providing broader opportunity for technopreneurs to commercialise their products and establish technology commercialisation culture in Malaysia.

Amongst the objectives of MOSTI Commercialisation Year 2014 are to target at least 60 local R&D products to be commercialised, to provide a platform to allow comprehensive commercialisation that canvasses activities like product improvement and development, that adheres to the standards and clinical tests, with high commercialisation capability. The programme also aims to manage commercialisation issues such as ‘low product uptaking', as well as commercialisation of local products for usage by the government sectors.

PULAU CAREY, 30 Januari–  Loji perintis biogas asli (BioNG) daripada efluen kilang kelapa sawit (POME) yang dibangunkan oleh SIRIM di sini mampu menghasilkan bahan bakar alternatif untuk kegunaan kenderaan NGV di Malaysia di masa hadapan.

Projek oleh Pusat Tenaga Boleh Diperbaharui SIRIM yang dibiayai dana Technofund daripada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi bermula pada 2009, telah siap sepenuhnya dan mampu mengeluarkan sebanyak 500Nm3 biogas asli sehari ataupun bersamaan dengan 500 liter petrol sehari.

Kerjasama membangunkan loji perintis untuk penghasilan BioNG berkenaan turut dilaksanakan dengan Sime Darby Research Sdn Bhd, di kilang East Oil Mill milik Sime Darby Plantation Sdn Bhd.

Presiden dan Ketua Eksekutif SIRIM Berhad, Dr. Zainal Abidin Mohd Yusof berkata, pengeluaran biogas asli dari POME itu, yang pertama seumpamanya di dunia, akan menguntungkan negara di masa hadapan terutamanya dalam menghadapi kenaikan harga minyak yang disebabkan faktor global.

"Saya yakin, kita akan menjadikan Malaysia berbangga dengan pengeluaran bahan bakar alternatif untuk digunakan dalam kenderaan NGV tidak lama lagi.

"Sebagaimana yang kita semua maklum, industri minyak kelapa sawit Malaysia adalah satu daripada industri yang penting kepada negara dan merupakan penyumbang keempat terbesar kepada ekonomi negara," katanya ketika berucap sempena lawatan kerja Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Dr. Ewon Ebin ke tapak projek berkenaan di sini, hari ini.

Turut serta mengiringi menteri berkenaan dalam lawatan kerja itu adalah Pengerusi SIRIM Berhad, Datuk Hajah Jamaliah Kamis, Timbalan Ketua Setiausaha MOSTI, Dato' Dr. Mohd Azhar Yahaya, dan Ketua Penyelidikan & Pembangunan, Sime Darby Plantation, Dr Mohamed Nazeeb P. Ali Thambi.

Pengumpulan biogas dari sumber semula jadi seperti efluen kilang kelapa sawit memberi banyak manfaat antaranya pendapatan tambahan daripada penjualan tenaga tambahan dan kredit karbon. Selain itu, ia juga membantu mengurangkan impak kepada persekitaran global dan tempatan.

Dr Zainal Abidin berkata, selain daripada meningkatkan pendapatan kilang kelapa sawit di negara ini, projek ini juga akan meningkatkan inovasi teknologi serta penyelidikan dan pembangunan di Malaysia.

"Manfaat lain daripada pengumpulan biogas dari POME termasuklah mengurangkan kebergantungan kepada bahan bakar fosil, meningkatkan kepelbagaian bahan bakar dan memastikan adanya bekalan tenaga, serta mengurangkan pelepasan karbon dioksida daripada industri kelapa sawit," katanya.

Menurut Dr Zainal Abidin, tangki komposit CNG (Compressed Natural Gas) yang digunakan untuk penyimpanan biogas asli juga telah dibangunkan oleh SIRIM dengan menggunakan teknologi "filament winding". Tangki komposit gentian karbon berkenaan adalah lebih ringan dan selamat daripada tangki biasa.

8 Mac 2013

SIARAN MEDIA

SIRIM DAN KESATUAN EROPAH BANTU PKS KURANGKAN PELEPASAN KARBON MELALUI PELABELAN JEJAK KARBON

Kesatuan Eropah beri  RM 8.8 juta bagi Projek Skim Deklarasi Alam Sekitar di Malaysia

 

SHAH ALAM : SIRIM Berhad telah memperoleh  kontrak  daripada Kesatuan Eropah (EU) berjumlah  EUR2.06 juta (RM 8.8 juta) untuk membangunkan pengeluaran dan amalan penggunaan lestari untuk pengeluar bahan-bahan binaan di Malaysia.

Projek ini bertujuan membangunkan satu skim pengisytiharan kuantitatif alam sekitar dan telah memilih sektor binaan bahan di Malaysia sebagai permulaan.  Selaras dengan penekanan global bagi mengurangkan perubahan iklim, projek ini akan bermula dengan skim pelabelan jejak karbon kuantitatif.

Program tiga tahun ini akan melibatkan kerjasama antarabangsa dengan Carbon Trust, yang merupakan perintis bagi produk jejak karbon dan pengurusan karbon. Berpangkalan di United Kingdom, Carbon Trust, sebuah syarikat bebas dengan misi untuk mempercepatkan langkah ke arah ekonomi mampan dan rendah karbon, juga akan membantu untuk membangunkan skim pelabelan eko yang standard untuk membolehkan syarikat-syarikat melaporkan dan mempamerkan bukti kelayakan alam sekitar bagi produk mereka melalui penggunaan label yang berwibawa dan diiktiraf. Skim pelabelan ini akan menggabungkan metrik utama, seperti air, sisa, pemilihan sumber dan kecekapan, dan pencemaran, bergantung kepada jenis kategori produk.

Projek inovatif ini akan menyaksikan pembangunan tul bimbingan dan panduan berskala, membolehkan syarikat-syarikat Malaysia untuk mengukur dan mengurangkan impak alam sekitar bagi kitar hayat produk, yang merupakan kepentingan tertentu berikutan pertumbuhan pesat sektor pembinaan Malaysia. Dengan memindahkan pengetahuan mengenai amalan terbaik antarabangsa, Carbon Trust akan membangunkan mekanisme untuk menyokong perolehan produk lestari di sepanjang rantaian bekalan. Carbon Trust terpilih berdasarkan pengalamannya yang bertaraf dunia dalam jejak karbon produk, pengurusan rantaian bekalan dan pengurusan karbon dalam bahan-bahan binaan dan bangunan.

Persekutuan Pengilang-pengilang Malaysia, Persekutuan Bangunan Hijau Malaysia, dan Persatuan Pengedar Bahan-bahan Binaan Malaysia adalah rakan kongsi tempatan dan merupakan pakar bidang berkaitan bagi projek itu. Program perintis akan dijalankan dalam bentuk kerjasama dengan wakil-wakil industri daripada persatuan rakan kongsi berkenaan. Industri pembinaan dan pengeluaran bahan binaan telah dipilih untuk projek ini kerana sektor ini merupakan antara paling aktif dalam memperkenalkan produk inovatif ke pasaran.

Ir. Dr. Mohd Jamil Sulaiman, Ketua Pegawai Teknologi, SIRIM Berhadberkata: "Projek ini bertujuan menyumbang ke arah pertumbuhan industri hijau yang bertenaga di Malaysia melalui penambahbaikan berterusan dalam pengeluaran atau pembuatan lestari dan penggunaan bahan dan produk. Walaupun projek ini akan memfokuskan kepada pengeluaran bahan binaan dan bangunan, output boleh ditiru untuk sektor perniagaan yang lain sejurus keseluruhan rangka kerja struktur bagi skim deklarasi alam sekitar diwujudkan. Menguruskan kelestarian melalui promosi pengawasan alam sekitar adalah selaras dengan aspirasi Kerajaan Malaysia. "

Dr. Chen Sau Soon, Pengarah Kanan untuk Flagship Tenaga & Alam Sekitar, SIRIM Berhadyang juga ketua projek berkata, "Trend untuk maklumat kuantitatif alam sekitar seperti jejak karbon bagi produk dan perkhidmatan sememangnya meningkat. Walaupun SIRIM telah melaksanakan skim pelabelan eko sejak 2004 untuk membezakan produk dengan prestasi alam sekitar yang lebih baik, skim ini tidak mampu menawarkan kelebihan tambahan kepada produk yang mempunyai label eko yang melebihi kriteria prestasi yang ditetapkan. Melalui projek ini, syarikat-syarikat yang telah melabur dalam inovasi produk dan perkhidmatan mereka untuk prestasi alam sekitar yang lebih baik, kini akan berpeluang untuk memasarkan dan menanda aras produk mereka berdasarkan amalan antarabangsa.

Mesyuarat pertama yang diadakan pada akhir bulan Januari lalu menandakan permulaan aktiviti projek dan perancangan sudah dilaksanakan bagi dialog-dialog dengan pemegang kepentingan industri untuk memastikan penyertaan aktif mereka sebagai benefisiari utama projek.

Luc Vandebon, Ketua Delegasi Kesatuan Eropah ke Malaysiaberkata, "Kesatuan Eropah sukacita menyokong pembangunan skim pelabelan eko untuk industri pembinaan Malaysia. Pelabelan eko memberikan ketelusan yang membolehkan perniagaan memaparkan kelayakan alam sekitar mereka dan membolehkan pengguna untuk membeli secara berhemat. Ketelusan sedemikian adalah penting untuk mengubah corak penggunaan dan pengeluaran yang diperlukan untuk mewujudkan ekonomi hijau. Kesatuan Eropah yakin perkongsian dengan Malaysia untuk mengurangkan karbon ini akan menyumbang secara positif kepada usaha global terhadap perubahan iklim. "

Dr. Hugh Jones, Pengarah Urusan Perkhidmatan Perniagaan di Carbon Trustmengulas, "Kami benar-benar teruja mendapatkan peluang untuk menjadi sebahagian daripada projek hebat ini dengan SIRIM. Carbon Trust mempunyai pengalaman selama lebih satu dekad bekerja dengan sektor pembinaan dalam pengurusan karbon dan jejak karbon. Sehingga kini, kami telah mengiktiraf jejak karbon dan mengesahkan lebih 27,000 produk jejak karbon termasuk jubin bumbung, bata dan simen. Pengetahuan ini akan dibawa ke dalam projek untuk menyampaikan satu rangka kerja berwibawa yang akan membolehkan syarikat bahan binaan Malaysia untuk mengurangkan kesan alam sekitar mereka. "

8 March 2013

MEDIA RELEASE

  

SIRIM AND THE EU ASSIST SMEs TO REDUCE CARBON EMISSIONS THROUGH  CARBON FOOTPRINT LABELLING

 EU grants RM 8.8 million for an Environmental Declaration Scheme Project in Malaysia

 

SHAH ALAM: SIRIM Berhad is pleased to announce the signing of a contract with the European Union (EU) for EUR2.06 million (RM 8.8 million) to develop sustainable production and consumption practices for Malaysian manufacturers of building materials.

The project aimed to develop a quantitative environmental declaration scheme and have selected the building material sector to inaugurate the scheme in Malaysia. In tandem with global emphasis on climate change mitigation, the project will commence with a quantitative carbon footprint labelling scheme.

The three-year programme will involve an international collaboration with Carbon Trust, who are pioneers of product carbon footprinting and carbon management. UK-based Carbon Trust, an independent company with a mission to accelerate the move to a sustainable, low carbon economy, will also help to develop a standard eco-labelling scheme to enable companies to report on and demonstrate the environmental credentials of their products through the use of a credible and recognised label. The labelling scheme will incorporate key metrics, such as water, waste, resource selection and efficiency, and pollution, depending on the nature of the product category.

This innovative project will see the development of guidance and piloting tools at scale, allowing Malaysian companies to measure and reduce lifecycle environmental impacts of products, which is of particular importance given the rapid growth of the Malaysian construction sector.  By transferring knowledge of international best practice the Carbon Trust will develop mechanisms to support the procurement of sustainable products along the supply chain. The Carbon Trust was selected based on its world-class experience in product footprinting, supply chain management and carbon management in construction and building materials. 

The Federation of Malaysian Manufacturers, Malaysian Green Building Confederation, and Building Materials Distributors Association of Malaysia are the local partners and domain experts of the project. The pilot programme will be carried out in collaboration with industry representatives from the partner associations. The construction and building materials manufacturing industry was chosen for the project as this sector has been among the most active in introducing innovative products to the market.

Ir. Dr. Mohd Jamil Sulaiman, Chief Technology Officer, SIRIM Berhad said: "The project aims to contribute towards the growth of a vibrant green industry in Malaysia through continuous improvements in sustainable production or manufacture and use of materials and products.  Although this project will focus on manufacturers of construction and building materials, the output can be replicated for other business sectors once the overall structural framework of the environmental declaration scheme is established. Managing sustainability through the promotion of environmental stewardship is definitely in line with the aspiration of the Malaysian Government."

Dr Chen Sau Soon, Senior Director for Energy & Environment Flagship, SIRIM Berhad who is also the project leader said, "The trend for quantitative environmental information such as carbon footprint of products and services is definitely on the rise. Although SIRIM had already implemented an ecolabelling scheme since 2004 to distinguish products with better environmental performance, the scheme was not able to offer additional advantage to eco-labelled products that exceeded established performance criteria. Through this project, companies who have invested in innovating their products and services for improved environmental performance will now have the opportunity to market and benchmark their products based on international practices.

The partners' kick-off meeting held in late January marked the start of the project activities and plans are already under way for dialogues with industry stakeholders to ensure their active participation as the key beneficiary of the project.

Luc Vandebon, Head of the EU Delegation to Malaysia said, "The EU is pleased to support the development of an eco-labelling scheme for Malaysia's construction industry. Eco-labels provide the all-important transparency that allows businesses to display their environmental credentials and enable consumers to purchase conscientiously. Such transparency is key to transforming consumption and production patterns that are needed to bring about a green economy. The EU is confident this partnership with Malaysia to reduce carbon will positively contribute to the global fight against climate change."

Hugh Jones, Managing Director of Business Servicesat the Carbon Trust commented, "We are really excited to get the opportunity to be part of this ambitious project with SIRIM. The Carbon Trust has over a decade of experience working with the construction sector on carbon management and footprinting. To-date we have carbon footprinted and certified over 27,000 product carbon footprints including roof tiles, bricks, and cement. This wealth of knowledge will be brought to the project to deliver a credible framework that will enable Malaysian building material companies to reduce their environmental impact."

25 Mac 2013

SIARAN MEDIA

 

SIRIM, PESDC METERAI PERJANJIAN PERSEFAHAMAN SEDIA KEPAKARAN TEKNIKAL SEKTOR PERINDUSTRIAN MALAYSIA

PULAU PANGKOR, 25 Mac – SIRIM hari ini menandatangani satu memorandum persefahaman dengan Pusat Pembangunan Usahawan Dan Kemahiran Perak(PESDC) bagi membangunkan kemahiran latihan dan pendidikan untuk penyelidikan dan pembangunan projek secara bersama bagi memenuhi keperluan industri.

Memorandum Persefahaman ini bertujuan menyahut hasrat kerajaan bagi menyediakan berbagai bidang kepakaran teknikal perindustrian dalam memenuhi keperluan penduduk di Perak dalam melahirkan tenaga kerja yang berdaya saing.

Memorandum berkenaan telah ditandatangani di sini hari ini oleh Presiden dan Ketua Eksekutif SIRIM Berhad, Dr. Zainal Abidin Mohd Yusof, manakala PESDC telah diwakili oleh  Pengerusinya, Dato' Gan Tack Kong. Menteri Besar Perak, Datuk Seri Diraja Dr Zambry Abdul Kadir telah menyaksikan majlis tandatangan berkenaan.

Di bawah Memorandum ini, SIRIM akan membantu PESDC meningkatkan tahap latihan teknikal yang memberi fokus kepada bidang kimpalan, peralatan serta robotik dan automasi di bawah Industrial Skills Enhancement Programme (INSEP).

INSEP adalah program yang dibiayai oleh kerajaan bagi membantu siswazah menganggur mendapatkan skil baru atau tambahan.  Pelatih yang mengikuti program INSEP di PESDC perlu melalui program latihan selama enam hingga 12 bulan.

SIRIM dan PESDC juga akan turut bekerjasama bagi perkongsian pengetahuan, pengalaman, sumber manusia dan kemudahan bengkel untuk penyelidikan dan pembangunan projek-projek baru yang akan dikenal pasti.

15 May 2013

PRESS RELEASE

SIRIM'S MAP OF RENEWABLE ENERGY RESOURCES IS BEST GREEN INVENTION

 All 10 participating inventions at ITEX 2013 won awards: 5 Gold, 4 Silver, 1 Bronze

  

SHAH ALAM, 15 May – SIRIM's Renewable Energy Resource Map of Malaysia (MYREMap), a one-stop reference for remote assessment on the renewable energy applications viability, is the Best Green Invention at the recently concluded International Invention and Technology Exhibition 2013 (ITEX 2013).

MYREMap gathered nine major renewable energy resources in the country which include Biomass, Wind, Solar, Ocean, Hydro Power combined with other supporting data such as transport and grid line into an interactive map. The interactive website that hosts multiple datasets is able to provide information from the perspective of spatial distribution as well as estimation of the amount of resources available at a particular site.

Led by Dr Chen Sau Soon, and assisted by two researchers; Nini Fatahna Muhamad Sopian and Shireen Shaharina Mohamed Shamaun, the project which also won the Gold Award, can be used for desktop studies and produce reports for decision-making, strategic planning, research proposals and operational matters.

Another Gold Award went to "Silica Based Battery Technology" where the silicate based material is extracted from sand and synthesised into active material to produce lithium-ion battery. The project which aims to reduce the cost for application in electric vehicles is being led Dr Mohd Ali Sulaiman, with nine other team members. 

Another invention led by Dr Mohd Ali which also won the Gold Award is the "Lithium-Ion Battery for Green Energy Storage" which addresses issues related to lithium-ion battery such as battery performance, safety and also high manufacturing cost.

An invention using rejected rubber gloves to replace Polyethylene that is commonly used as a binder for Metal Injection Mould (MIM) system, also won the Gold Award. The project, "Utilization of the Rejected Gloves as an Eco-Binder for Producing Precision Metal Components" promotes component properties that are inexpensive and highly available, suitable for high volume production and are environmental-friendly. The invention is developed by team leader, Noorsyakirah Abdullah with nine other researchers.  

The Gold Award was also won by "An Innovative Educational Robotic Kit", a product designed and developed for a better understanding of Control System in robotic and programming, from basic up to advance level. The kit is designed especially for students and hobbyists for quick and easy learning. The project is led by Al Malek Faizal Mohd Amin and assisted by five other researchers.

Other projects that received Silver Awards are "Digital Imaging Technique to Custom Fabricate Prosthesis for Congenital Symes", Multi Layered Security for Windows User Credential Login System", "Holographic Photochromic Films for Smart Printing Application" and " Seed Production Integrated Tracking System"  

SIRIM had also received a Bronze Award for "An Improved Battery Management System (BMS) for Lithium-Ion Battery".

15 Mei 2013

SIARAN MEDIA

 

PETA SUMBER TENAGA BOLEH DIPERBAHARUI CIPTAAN SIRIM MENANG CIPTAAN HIJAU TERBAIK ITEX 2013

Kesemua 10 penyertaan di ITEX 2013 rangkul anugerah: 5 Emas, 4 Perak, 1 Gangsa
 

SHAH ALAM, 15 Mei – "Renewable Energy Resource Map of Malaysia"(MYREMap), sebuah rujukan setempat yang berupaya mengkaji jumlah sumber tenaga diperbaharui di seluruh Malaysia telah dipilih sebagai Ciptaan Hijau Terbaik di International Invention and Technology Exhibition 2013(ITEX 2013) yang diadakan di Kuala Lumpur baru-baru ini.

MYREMap merupakan Peta Interaktif yang mengumpul sembilan sumber utama tenaga boleh diperbaharui di negara ini antaranya ialah biojisim, angin, solar, laut, tenaga hidro serta gabungan data sokongan yang lain seperti pengangkutan dan garisan grid.  Laman web interaktif berkenaan yang merupakan nadi dataset pelbagai, mampu untuk memberikan maklumat dari perspektif lokasi taburan serta anggaran jumlah sumber yang boleh didapati di sesuatu tempat.

Projek ini diketuai oleh Dr Chen Sau Soon, dan dibantu oleh dua penyelidik muda, Nini Fatahna Muhamad Sopian dan Shireen Shaharina Mohamed Shamaun. MYREMap yang turut memenangi Anugerah Emas ini, boleh digunakan untuk kajian desktop serta penyediaan laporan bagi menentukan keputusan, perancangan strategik, cadangan penyelidikan serta urusan operasi.

Satu lagi Anugerah Emas yang diterima ialah "Silica Based Battery Technology" iaitu teknologi bateri berasaskan silika,  di mana bahan berasaskan silikat diekstrak daripada pasir dan disintesis menjadi bahan aktif untuk menghasilkan bateri lithium-ion. Projek yang bertujuan mengurangkan kos aplikasi untuk kenderaan elektrik ini, diketuai Dr Mohd Ali Sulaiman, bersama sembilan orang ahli pasukan.

Satu lagi ciptaan yang diketuai oleh Dr Mohd Ali yang turut memenangi Anugerah Emas adalah "Lithium-Ion Battery for Green Energy Storage" iaitu Bateri Lithium-ion untuk Penyimpanan Tenaga Hijau. Ciptaan ini adalah bagi menangani isu-isu yang berkaitan dengan bateri lithium-ion seperti prestasi bateri, keselamatan dan juga kos pengeluaran yang tinggi.

Ciptaan menggunakan sarung tangan getah bagi menggantikan Polyethylene yang kebiasaannya digunakan sebagai bahan pengikat sistem Metal Injection Mould (MIM), juga memenangi Anugerah Emas. Projek yang dikenali sebagai, "Utilization of the Rejected Gloves as an Eco-Binder for Producing Precision Metal Components" ini, menggalakkan penggunaan  komponen yang murah dan mudah didapati seperti sarung tangan getah buangan, juga sesuai bagi jumlah pengeluaran yang tinggi dan mesra alam. Ciptaan ini dibangunkan oleh Noorsyakirah Abdullah dengan sembilan penyelidik yang lain.

Anugerah Emas juga telah dimenangi oleh "An Innovative Educational Robotic Kit", produk yang direka dan dibangunkan untuk memahami dengan lebih baik, sistem kawalan dan pengaturcaraan robotik, dari peringkat asas sehingga peringkat yang lebih tinggi. Kit ini direka khas untuk pelajar dan peminat program robotik untuk pembelajaran yang lebih cepat dan mudah. Projek ini diketuai oleh Al Malek Faizal Mohd Amin dan dibantu oleh lima penyelidik lain.

Projek lain yang telah menerima Anugerah Perak pada ITEX 2013 kali ini adalah "Digital Imaging Technique to Custom Fabricate Prosthesis for Congenital Symes", Multi Layered Security for Windows User Credential Login System", "Holographic Photochromic Films for Smart Printing Application" dan " Seed Production Integrated Tracking System" 

SIRIM turut menerima Anugerah Gangsa bagi ciptaan yang bertajuk "An Improved Battery Management System (BMS) for Lithium-Ion Battery" serta Anugerah Perak bagi Reka bentuk Booth terbaik.