PRESS RELEASE

BUY SIRIM CERTIFIED PRODUCTS DURING RAYA

SHAH ALAM, 10 July 2015 – Consumers are advised to look out for SIRIM label and SIRIM certification mark when purchasing consumer products especially electrical products during this Hari Raya festive period to avoid acquiring potentially unsafe products.

SIRIM QAS International Managing Director, Khalidah Mustafa said products which bear SIRIM labels or SIRIM certification marks are certified under SIRIM Product Certification Scheme which provides an independent assurance to the consumers that the certified products comply with specified standards for the products.

“In addition to Malaysian Standards, products can also be certified to international standards, national standards of other countries, regional standards and technical specifications,” she said.  

Besides looking out for the SIRIM certification mark or SIRIM label on the product, the consumer can also check if the product is SIRIM certified through its directory of certified products which can be accessed through the www.malaysian-certified.com website.

Khalidah further adds that SIRIM QAS International recently introduced new SIRIM labels which will replace the earlier SIRIM labels which have been in use for almost 10 years. However, as the transition from the old labels to the new SIRIM labels is currently ongoing, the earlier SIRIM labels which are already affixed on the products available in the market remain valid

“We are replacing the labels which have been in use for almost 10 years to address the issue of existing SIRIM labels being forged and appearing on substandard and potentially unsafe products in the market. The new SIRIM labels comes with enhanced security features,” she said.

SIRIM labels are affixed on products which are regulated by regulatory bodies and for which product certification is made mandatory. These products include electrical appliances, motorcyclist safety helmets, seat belts for motorists and fire protection equipment which are regulated by the Energy Commission, Electrical Inspectorate Unit of Sarawak, Road Transport Department as well as the Fire and Rescue Department Malaysia.

The design of the new and old SIRIM labels are available in SIRIM QAS International’s website: www.sirim-qas.com.my

Under the Product Certification Scheme, a product is certified to comply with the requirements of the relevant standard for that product. The manufacturer is also required to have a sound quality system in place to ensure that the products manufactured consistently comply with the relevant standard. The certification process involves product testing and factory audits. Upon successful certification, the manufacturer is issued a Product Certification licence which is renewable on a yearly basis. Surveillance Audits will be conducted twice yearly to ensure that the manufacturer continuously comply with the requirements of the Product Certification Scheme.

As an alternative to Product Certification Scheme, Batch Certification can be used to certify products in limited quantities. Batch Certification is especially applicable to importers of electrical products. Once the products have been inspected and tested, SIRIM QAS International will issue SIRIM labels to be affixed on the products to indicate that the particular consignment complies with the relevant standard and regulatory requirements.

 

###


Existing SIRIM labels to be replaced


New SIRIM labels:-

 

SIRIM label for electrical products regulated by Energy Commission

Size: 10mm x 25mm

 

SIRIM label for electrical products regulated by EIU Sarawak

Size: 10mm x 25mm

 

SIRIM label for motorcyclist helmets regulated by Road Transport Department

Size: 15mm x 25mm

 

SIRIM label for motorist safety belts regulated by Road Transport Department

Size: 10mm x 25mm

 

SIRIM label for fire protection equipment regulated by Fire and Rescue Department

Size: 15mm x 25mm

 

SIRIM label for other regulated products

Size: 10mm x 25mm

 

SIRIM label for certified non-regulated products

Size: 10mm x 25mm

 

­

 ###

 

About SIRIM Berhad

A wholly-owned company of the Malaysian Government under the Minister of Finance Incorporated, SIRIM Berhad is a premier Research and Technology organisation providing timely and focused research in three flagship areas namely Energy and Environment, Medical Technology as well as Plant and Machinery. SIRIM Berhad is also the champion of Quality and has gained international recognition in Standards and Conformity Assessment, underlying its mission of “being a total solution provider in quality and technology innovations.”

 

About SIRIM QAS International Sdn. Bhd.

SIRIM QAS International, a wholly-owned subsidiary of SIRIM Berhad, is the premier provider of certification, inspection and testing services in Malaysia.  SIRIM QAS International is focused on facilitating market accessibility for its customers and enhancing consumer confidence in their products and services through the provision of professional and seamless services. SIRIM QAS International is accredited by Department of Standards Malaysia (STANDARDS MALAYSIA) and the United Kingdom Accreditation Service (UKAS).  These accreditations not only demonstrate the competence of its personnel but also the international recognition and acceptance of its services. www.sirim-qas.com.my

 __________________________________________________________________

SIARAN MEDIA

 

BELI PRODUK YANG DISAHKAN SIRIM PADA MUSIM RAYA INI

SHAH ALAM, 10 Julai 2015 - Pengguna dinasihatkan untuk memastikan terdapat label SIRIM atau tanda pensijilan SIRIM apabila membeli sesuatu produk terutamanya barangan elektrik pada musim perayaan Aidilfitri ini untuk mengelak daripada membeli produk yang berkemungkinan tidak selamat.

Pengarah Urusan SIRIM QAS International, Khalidah Mustafa berkata produk yang mempunyai label SIRIM atau tanda pensijilan SIRIM telah disahkan di bawah Skim Pensijilan Barangan SIRIM yang memberi jaminan kepada pengguna bahawa produk yang disahkan telah mematuhi standard yang telah ditetapkan.

"Selain Standard Malaysia, sesuatu produk juga boleh disahkan menepati keperluan standard antarabangsa, standard kebangsaan daripada negara-negara lain, standard serantau dan spesifikasi teknikal," katanya.

Selain memastikan adanya tanda pensijilan SIRIM atau label SIRIM pada sesuatu produk, pengguna juga boleh menyemak sama ada sesuatu produk itu telah disahkan oleh SIRIM melalui direktori produk di bawah Skim Pensijilan Barangan SIRIM yang boleh diakses melalui laman web http://www.malaysiancertified.com.my/ .

Khalidah berkata, SIRIM QAS International baru-baru ini telah memperkenalkan label SIRIM yang baru untuk menggantikan label SIRIM terdahulu. Walau bagaimanapun, memandangkan proses pertukaran label lama kepada label SIRIM yang baru ini masih lagi berjalan, label SIRIM sebelum ini yang sudah dilekatkan pada produk-produk di pasaran adalah sah.

"Kami menggantikan label yang telah digunakan selama hampir 10 tahun ini untuk menangani isu label SIRIM yang dipalsukan yang terdapat pada produk-produk tidak bermutu dan mungkin tidak selamat digunakan yang terdapat di pasaran. Label SIRIM baru datang dengan ciri-ciri keselamatan yang telah dipertingkatkan," katanya.

Label SIRIM dilekatkan pada produk yang dikawal selia oleh badan-badan penguatkuasa dimana pensijilan produk adalah mandatori. Produk-produk ini termasuklah barangan elektrik, topi keledar motosikal, tali pinggang keledar dan peralatan perlindungan kebakaran yang dikawalselia oleh Suruhanjaya Tenaga, Unit Inspektorat Elektrik Sarawak, Jabatan Pengangkutan Jalan dan juga Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

Reka bentuk label SIRIM yang baru dan yang lama boleh didapati di laman sesawang SIRIM QAS International: http://www.sirim-qas.com.my/

Di bawah Skim Pensijilan Barangan, produk yang telah disahkan perlu mematuhi standard yang berkaitan bagi sesuatu produk itu. Pengilang juga dikehendaki mempunyai sistem kualiti yang sempurna bagi memastikan produk yang dikeluarkan akan secara konsisten mematuhi standard yang berkaitan. Proses pensijilan melibatkan ujian produk dan audit kilang. Setelah berjaya melalui proses pensijilan, syarikat akan diberikan lesen Pensijilan Barangan yang perlu diperbaharui setiap tahun. Audit Pemantauan akan dijalankan dua kali setahun untuk memastikan pengilang terus mematuhi keperluan pada Skim Pensijilan Barangan.

Sebagai alternatif kepada Skim Pensijilan Barangan, “Batch Certification” boleh digunakan untuk mengesahkan produk dalam kuantiti yang terhad. “Batch Certification” biasanya terpakai kepada pengimport barangan elektrik. Setelah produk diperiksa dan diuji, SIRIM QAS International akan mengeluarkan label SIRIM untuk dilekatkan pada produk berkenaan bagi menunjukkan bahawa konsainan tertentu memenuhi keperluan standard yang berkenaan dan keperluan peraturan.

 

Label SIRIM yang sedia ada untuk diganti:

Label SIRIM yang baru:

Label SIRIM untuk barangan elektrik yang dikawal selia oleh Suruhanjaya Tenaga.

Saiz: 10mm x 25mm

Label SIRIM untuk barangan elektrik yang dikawal selia oleh EIU Sarawak.

Saiz: 10mm x 25mm

Label SIRIM untuk topi keledar motosikal yang dikawal selia oleh Jabatan Pengangkutan Jalan.

Saiz: 15mm x 25mm

Label SIRIM untuk tali pinggang keledar yang dikawal selia oleh Jabatan Pengangkutan Jalan.

Saiz: 10mm x 25mm

Label SIRIM untuk peralatan perlindungan kebakaran yang dikawal selia oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat.

Saiz: 15mm x 25mm

 

Label SIRIM untuk produk lain yang dikawal selia.

Size: 10mm x 25mm

Label SIRIM untuk barangan yang disahkan tidak dikawal selia.

Saiz: 10mm x 25mm

 

###

 

Mengenai SIRIM Berhad

Sebuah syarikat milik penuh Kerajaan Malaysia di bawah Menteri Kewangan Diperbadankan, SIRIM Berhad adalah organisasi Penyelidikan dan Teknologi yang utama, yang melaksanakan penyelidikan dan teknologi berdasarkan kepada tiga teras iaitu Tenaga dan Alam Sekitar, Teknologi Perubatan, serta Loji dan Mesin. SIRIM Berhad juga adalah peneraju Kualiti dan telah menerima pengiktirafan antarabangsa bagi Standard dan Penilaian Pematuhan, selaras dengan misinya untuk "menjadi penyedia penyelesaian menyeluruh dalam kualiti dan inovasi teknologi.“ www.sirim.my

 

Mengenai SIRIM QAS International Sdn Bhd

SIRIM QAS International adalah anak syarikat milik penuh SIRIM Berhad yang merupakan badan peneraju utama di Malaysia dalam menawarkan perkhidmatan pensijilan, pemeriksaan dan pengujian yang setanding dengan amalan antarabangsa.  Kami membantu pihak industri dalam menyediakan perkhidmatan dan barangan berkualiti melalui perkhidmatan pensijilan, pemeriksaan dan pengujian kami di samping menjaga kepentingan pengguna.  Pengiktirafan dan akreditasi yang diperolehi oleh kami daripada badan seperti Jabatan Standard Malaysia (STANDARDS MALAYSIA) dan United Kingdom Accreditation Service (UKAS) membuktikan kredibiliti perkhidmatan kami. www.sirim-qas.com.my

 

Perhubungan Media:

  • Ruhil Amani Zainal Abidin, Tel : 603 5544 6770 / 013-2010402 e-mel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
  • Daing Zarina Daing Mokhtar, Tel : 603 5544 5021 / 019-6555244 e-mel:This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.