31 October 2014

 

PRESS RELEASE

 

SIRIM ECO-INNOVATION SERVICES OFFER ECONOMIC AND ENVIRONMENTAL BENEFITS TO COMPANIES

 

KUALA LUMPUR, 31 Oct: The newly launched SIRIM Eco-Innovation Services is aimed at packaging economic and environmental target into business strategies to enable companies gain competitive advantage, new market segment, or new revenue stream.

The business model that will be developed will identify innovations whether at the product (goods/services) level, market approach and even organisation structure.

The SIRIM Eco-Innovation Services was launched by Minister of Science, Technology and Innovation, Datuk Dr. Ewon Ebin in conjunction with the opening of the National Innovation Conference and Exhibition (NICE) 2014 here, Friday.

SIRIM’s President and Chief Executive Dato’ Dr. Zainal Abidin Mohd Yusof said in line with global trends especially in developed countries to decouple the link between economic growth and environmental emissions in an economy, SIRIM has taken steps to develop a new area of service that intertwines economic and environmental benefits.

“The eco-innovation service incorporates the business approach while addressing sustainability challenges,” he said.

“Using existing expertise in eco-materials, eco-design, renewable energy, cleaner production, resource recovery, pollution abatement, accredited and OECD-GLP recognised testing, and environmental management techniques, SIRIM will assist local companies produce eco-products (including services) and enhance their marketability through instruments such as eco-labels and carbon footprint labels,” he added.

Dato’ Dr Zainal Abidin said, it is SIRIM’s aspiration to maximise its multi-disciplinary human capital and well-equipped facilities, the most recent being the Eco-Industrial Design Centre (EIDC) to contribute towards societal well-being and business sustainability.

Companies or organisations that adopted the Eco-Innovation business model, among other things will gain added value such as access to new and emerging markets, being ahead of standards and regulations, attract financial resources, reduce production costs along their value chain, and increase their productivity and technical capacity.

As a service provider of Eco-Innovation, SIRIM will enhance business performance and growth through services that include:

  • Pollution Abatement
  • GLP Compliance
  • Carbon Footprint
  • Eco-label
  • Eco-product
  • Eco-design
  • Resource Efficiency
  • Renewables
  • Cleaner Production
  • Resource Recovery

 

SIRIM also offers Testing Services to support Eco-Innovation which include Non-Clinical Testing (Industrial Chemicals, Cosmetics, Pesticides and Pharmaceuticals), Chemical and Consumer Products Testing, Material Characterisation, Mechanical Testing, Physical Mechanical Testing, and Electrical and Electronics.

Other testing services offered are Energy Efficiency, Plastics Testing, Civil and Construction Testing, Fire Testing, Radio Frequency and Electromagnetic Compatibility; and Microbiological Test.

The SIRIM Eco-Innovation Services also consists of services by SIRIM’s new Eco-Industrial Design Centre (EIDC) which was set up as cross-cutting enabler to drive the manufacturing and service sectors towards sustainability and global competitiveness.

 

###

About SIRIM Berhad

A wholly-owned company of the Malaysian Government under the Minister of Finance Incorporated, SIRIM Berhad is a premier Research and Technology organisation providing timely and focused research in three flagship areas namely Energy and Environment, Medical Technology as well as Plant and Machinery. SIRIM Berhad is also the champion of Quality and has gained international recognition in Standards and Conformity Assessment, underlying its mission of “being a total solution provider in quality and technology innovations.” www.sirim.my

 

Released by         : Group Corporate Affairs Department, SIRIM Berhad

Media Contact     :

  • Ruhil Amani Zainal Abidin, Tel : 03 55446770 / 013 2010402 or e-mail: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
  • Daing Zarina Daing Mokhtar, Tel : 03 5544 5021 / 019 6555 244 or e-mail: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

 

_______________________________________________________________________________

 

SIARAN MEDIA

PERKHIDMATAN INOVASI EKO SIRIM BERI MANFAAT EKONOMI DAN ALAM SEKITAR KEPADA SYARIKAT

KUALA LUMPUR, 31 Okt: Perkhidmatan Inovasi Eko SIRIM yang baru dilancarkan menawarkan pakej ekonomi dan alam sekitar ke dalam strategi perniagaan bagi membolehkan syarikat-syarikat memperoleh kelebihan daya saing, segmen pasaran baru ataupun saluran pendapatan yang baru.

Model perniagaan yang akan dibangunkan akan mengenal pasti inovasi sama ada pada peringkat produk (barangan atau perkhidmatan), pendekatan pasaran mahupun struktur organisasi.

Perkhidmatan Inovasi Eko SIRIM dilancarkan oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Dr. Ewon Ebin sempena dengan perasmian Persidangan dan Pameran Inovasi Kebangsaan (NICE) 2014 di sini, pada Jumaat.

Presiden dan Ketua Eksekutif SIRIM Dato’ Dr. Zainal Abidin Mohd Yusof berkata, sejajar dengan trend global masa kini terutamanya di negara-negara maju untuk memisahkan kaitan antara pertumbuhan ekonomi dengan pengeluaran alam sekitar di dalam ekonomi, SIRIM telah mengambil langkah untuk membangunkan satu bidang perkhidmatan yang menggabungkan manfaaat-manfaat ekonomi dan alam sekitar ini.

“Perkhidmatan inovasi eko menggabungkan pendekatan perniagaan di samping menangani cabaran-cabaran kelestarian,” katanya.

“Dengan menggunakan kepakaran dalam bahan eko, reka bentuk eko, tenaga boleh diperbaharui, pengeluaran bersih, pemulihan sumber, pengurangan pencemaran, pengujian yang diakreditasi dan diiktiraf OECD-GLP, dan teknik-teknik pengurusan alam sekitar, SIRIM akan membantu syarikat-syarikat tempatan menghasilkan produk eko (termasuk perkhidmatan) dan meningkatkan kebolehpasaran mereka melalui wadah seperti pelabelan eko dan pelabelan jejak karbon,” katanya.

Dato’ Dr Zainal Abidin berkata, adalah menjadi aspirasi SIRIM untuk memaksimumkan modal insan pelbagai latarbelakang pengetahuan dan kemudahan yang lengkap yang sedia ada, dengan yang terbaru adalah Pusat Reka bentuk Perindustrian Eko (EIDC), untuk menyumbang ke arah kesejahteraan masyarakat dan kemampanan perniagaan.

Syarikat atau perniagaan yang menggunapakai model perniagaan Inovasi Eko ini, antara lain akan mendapat nilai tambah seperti akses kepada pasaran baru dan baru memuncul, mendahului standard dan peraturan, menarik sumber-sumber kewangan, mengurangkan kos pengeluaran di sepanjang rantaian nilai, dan meningkatkan produktiviti dan keupayaan teknikal.

Sebagai penyedia perkhidmatan Inovasi Eko, SIRIM akan meningkatkan prestasi perniagaan dan pertumbuhan melalui perkhidmatan yang turut meliputi:

  • Pengurangan Pencemaran
  • Pematuhan GLP (Amalan Makmal Terbaik)
  • Jejak Karbon
  • Pelabelan Eko
  • Produk eko
  • Reka bentuk eko
  • Kecekapan Sumber
  • Tenaga Boleh Diperbaharui
  • Pengeluaran Bersih
  • Pemulihan Sumber

 

SIRIM turut menawarkan Perkhidmatan Pengujian untuk menyokong Inovasi Eko iaitu terdiri daripada Pengujian Bukan Klinikal (Kimia Perindustrian, Kosmetik, Racun Serangga dan Farmaseutikal), Pengujian Kimia dan Produk Pengguna, Perincian Bahan, Pengujian Mekanikal, Pengujian Mekanikal Fizikal, dan Elektrik dan Elektronik.

Khidmat pengujian lain yang ditawarkan adalah Kecekapan Tenaga, Pengujian Plastik, Pengujian Awam dan Pembinaan, Pengujian Api, Kesesuaian Frekuensi Radio dan Elektromagnetik, dan Ujian Mikrobiologi.

Perkhidmatan Inovasi Eko SIRIM juga turut merangkumi perkhidmatan yang ditawarkan oleh Pusat Reka bentuk Perindustrian Eko (EIDC) yang baru ditubuhkan, yang menjadi pemboleh bagi memacu sektor pembuatan dan perkhidmatan ke arah kelestarian dan daya saing global.

###

Mengenai SIRIM Berhad

Sebuah syarikat milik penuh Kerajaan Malaysia di bawah Menteri Kewangan Diperbadankan, SIRIM Berhad adalah organisasi Penyelidikan dan Teknologi yang utama, yang melaksanakan penyelidikan dan teknologi berdasarkan kepada tiga teras iaitu Tenaga dan Alam Sekitar, Teknologi Perubatan, serta Loji dan Mesin. SIRIM Berhad juga adalah peneraju Kualiti dan telah menerima pengiktirafan antarabangsa bagi Standard dan Penilaian Pematuhan, selaras dengan misinya untuk "menjadi penyedia penyelesaian menyeluruh dalam inovasi kualiti dan teknologi.“ . www.sirim.my

 

Dikeluarkan Oleh    : Jabatan Hal Ehwal Korporat Kumpulan, SIRIM Berhad                  

Perhubungan Media:

  • Ruhil Amani Zainal Abidin, Tel : 603 5544 6770 / 013-2010402 e-mel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
  • Daing Zarina Daing Mokhtar, Tel : 603 5544 5021 / 019-6555244 e-mel:This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.