Usahawan Bimbingan ECER-SIRIM Menyertai Karnival Sehati @RTM “Moh La Weh”
Empat usahawan di bawah Program Pembangunan Keusahawanan ECER - SIRIM telah menyertai Karnival Sehati @RTM “Moh La Weh”yang telah berlangsung pada 2 – 5 November 2017 di Serambi Teruntum, Kuantan. Empat syarikat tersebut adalah Bumi Kiara Enterprise, Kerabat Makmur Enterprise, Mama Bake dan Bidara Herba Niaga. Karnival yang telah dirasmikan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia, YB Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak merupakan salah satu aktiviti promosi dan platform bagi usahawan untuk memperkenalkan jenama dan produk mereka.