Print


Produk Usahawan Bimbingan ECER-SIRIM Diabadikan Di Bangunan Serambi Teruntum

En. Zakaria Bin Adam (Syarikat M Warna Enterprise) merupakan salah seorang usahawan bimbingan ECER – SIRIM tahun 2016 – (Batch 4) dari sektor kraf yang telah berjaya mempertingkatkan kualiti produk hasil daripada bimbingan SIRIM. Produk beliau telah dipilih untuk diabadikan di bangunan Serambi Teruntum Kuantan, Pahang. Bersempena Karnival Sehati @RTM “Moh La Weh” pada 5 November 2017, usahawan ini juga turut ditemuramah dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia di TV1 yang bersiaran di Serambi Teruntum, Kuantan.