Tahniah atas pengiktirafan Anugerah Khas Usahawan Bertrasnformasi (HALAL) Entrepreneur ECER, Pn. Zainon bt Salleh yang merupakan pengasas Syarikat ZS Maju Products.

Usahawan ini merupakan usahawan di bawah bimbingan Program Pembangunan Keusahawanan entrepreneur ECER- SIRIM. Beliau telah menerima anugerah ini semasa Majlis Perasmian empower ECER yang diadakan di Kompleks UMNO Uthmaniyah, Pasir Putih, Kelantan pada 27 Januari 2018 yang lalu.

Majlis yang telah dirasmikan oleh  Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif ECERDC, Datuk Seri Jebasingam Issace John, Adun Semerak, Datuk Zawawi Othman dan Adun Selising, Zulkifle Ali.

Pada majlis tersebut, Pn. Zainon selaku pengasas ZS Maju Products merasa gembira dan terharu dengan pengiktirafan ini setelah lebih 8 tahun berkecimpung dalam perniagaan produk makanan halal.

“Bimbingan dan latihan melalui dua teras utama iaitu pembiayaan dan kemasukan pasaran serta ilmu pengetahuan mengenai pasaran halal banyak membantu perkembangan syarikat kami.

“Kami berjaya mengembangkan perniagaan dengan membekalkan produk Halal keluaran syarikat di pasar raya seluruh Malaysia,” jelasnya lagi.

Turut memeriahkan aktiviti jualan pada majlis tersebut adalah usahawan dari syarikat Mitra Food Industries Sdn Bhd.