Ekspo yang berlansung selama 8 hari bermula pada 25 Februari sehingga 4 Mac 2018 telah mencatat sehingga lebih 500,000 pengunjung. Ekspo tersebut telah dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri, YAB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Haji  Hamidi pada 25 Februari 2018 dan perasmian penutupan oleh Perdana Menteri, YAB Dato' Seri Haji Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak pada 3 Mac 2018.

Sepanjang ekspo, pelbagai aktiviti interaktif telah dijalankan di mini pentas ECERDC. Antaranya ialah sesi taklimat (pocket talks) oleh pegawai dari SIRIM Berhad selaku rakan strategik ECERDC, demonstrasi masakan dan perkongsian kisah kejayaan oleh syarikat Adeq Sue Resources Sdn. Bhd. dan demonstrasi hiasan kek oleh syarikat Ziq Bakery & Cake Sdn. Bhd.

Enam usahawan telah menyertai ekspo ini iaitu Maperow Sdn. Bhd., Adeq Sue Resources Sdn. Bhd., Ziq Bakery & Cake Sdn. Bhd., Hamie Industries Sdn. Bhd., RMK Timur Qaseh Sdn. Bhd. dan Berkat Nazri Nazir Enterprise (DNR Lekor Sdn. Bhd.).