Empat produk usahawan bimbingan SIRIM Berjaya menarik minat pengimport dan pengedar dari Wilayah Qingzhou, China dalam satu sessi padanan perniagaan  anjuran Pusat Rekabentuk Pembungkusan dan Keselamatan, SIRIM Berhad yang di adakan pada 31 Mac 2018 di Kuantan, Pahang

Sebanyak 18 produk di peragakan untuk penilaian kesesuaian pasaran kepada syarikat Chen Teo Technology Co. Lt dari Qingzhou, China yang di ketuai oleh mr. Zhou Zhi Qiang. Dalam sessi perbincangan dan pengenalan produk, empat jenis produk telah mendapat perhatian dan dipilih untuk di bawa ke China untuk “market test” bersempena Satu Karnival “Durian Fest” yang akan diadakan pada pertengahan Mei 2018 di Nanning, China 

Produk terpilih adalah kopi putih pracampur, kopi putih perasa durian musang king jenama Calcafe keluaran syarikat Dua Badak Industries (M) Sdn Bhd, Produk kuih siput pedas jenama Wak Nen keluaran syarikat Wak Nen Keropok Bawang Enterprise dan Produk Biskut Kacang Peas jenama Artie keluaran syarikat Mesra Ria Services.

Turut hadir pada sessi tersebut adalah Pengerusi Kuantan – Qinzhau Chamber of Commerce, Mr. Randy Yap Kim Heng dan Ahli Majlis Mr. Low Chong Kei yang turut bertindak selaku penterjemah pada majlis tersebut. Kehadiran mereka di Kuantan adalah sempena penganjuran satu Expo dan Pameran Kuantan-Qinzhou International Trade Exhibition yang diadakan pada 29 Mac Hingga 1 April 2018 di Serambi Teruntum, Tanjung Lumpur, Kuantan.

Projek yang diketuai oleh En Jamaluddin Tukimin melalui program pembangunan keusahawanan bagi peserta program ‘entrepreneur ECER – SIRIM ‘ ini dijangka akan menyumbang kepada eksport bernilai sekitar RM100 ribu sebulan dan dijangka akan dapat direalisasikan menjelang penghujung tahun 2018.

Sessi Padanan Perniagaan ini turut disertai syarikat Akifcafe Coffee Sdn Bhd, Mysns Food Sdn Bhd, Pesona Aroma Enterprise, syarikat Hakimah Bakery dan dua pegawai SIRIM selaku penyelaras iaitu En. Mohd Amin Sahib Marican dan En. Zainuddin Abd Aziz.