Usaha gigih SIRIM dalam membangunkan ekonomi masyarakat pribumi di Tasik Chini melalui program keusahawanan telah mendapat pengiktirafan oleh kerajaan negeri Pahang dan pihak ECERDC apabila dua usahawan yang dibimbing diberi pengiktirafan atas pencapaian cemerlang dalam perniagaan yang diceburi.

Saudara Baharim bin Sunta, usahawan hasilan kraf kayu menerima anugerah usahawan cemerlang di atas peningkatan jualan yang mana produk-produknya boleh diperoleh di pusat pameran dan jualan ‘Seni Kome’ Genting Highland hasil dari bimbingan SIRIM dan sokongan ECERDC. Sementara Pn. Norhayati binti Abdullah, pembekal produk Tongkat Ali, menerima pengiktirafan selaku usahawan mithali atas pencapaian perusahaannya dan ketokohan beliau membantu masyarakat pribumi di Tasik Chini.

Hadiah disampaikan oleh ADUN Chini iaitu YB Dato’ Sri Abu Bakar bin Harun yang diiringi oleh Ketua Pegawai Eksekutif ECERDC iaitu YBhg. Datuk Seri Jebasingam Issace John bersempena majlis perasmian empower ECER-MyKasih yang berlansung pada Sabtu 14 April 2018 di Sekolah Kebangsaan Tasik Chini.

Seramai sembilan (9) peserta Pribumi Tasik Chini, dan  tiga lagi masing-masing di Bukit Ibam, Kg Tanam dan Endau sedang dibimbing untuk menjadi usahawan melalui program keusahawanan ECER-SIRIM yang diketuai oleh pasukan kerja PSDC mensasarkan peningkatan ekonomi dan menjadi perintis kepada lain-lain penduduk untuk maju melalui program keusahawanan.