SISTEM ADUAN INTEGRITI
SIRIM BERHAD

Sistem Aduan Integriti merupakan satu saluran aduan yang terbuka kepada semua anggota kerja SIRIM Berhad & Anak Syarikat serta orang awam untuk menyalurkan sebarang maklumat / aduan mengenai salahlaku jenayah serta perlanggaran tatakelakuan serta etika organisasi anggota kerja.
Aduan atau Pelanggaran integriti boleh diketegorikan seperti berikut:

 

  1. KRITERIA ADUAN (BIASA)
    i) Kelewatan atau Tiada Tindakan
    ii) Tindakan Tidak Adil
    iii) Kekurangan Kemudahan
    iv) Kepincangan Pelaksanaan Dasar Dan Kelemahan Undang-Undang
    v) Salah Guna Kuasa/Penyelewengan
    vi) Salah Laku Anggota Kerja
    vii) Kegagalan mengikut Prosedur Yang Ditetapkan
    viii) Kualiti Perkhidmatan Yang Tidak Memuaskan termasuk Kaunter dan Telefon
    ix) Kegagalan Penguatkuasaan
    x) Pelbagai Aduan

  2. KRITERIA ADUAN INTEGRITI
    i. Kesalahan Jenayah atau perbuatan yang menyalahi undang-undang seperti penipuan, rasuah, kecurian, penyelewengan & ugutan.
    ii. Pemalsuan atau perubahan apa-apa dokumen atau akaun yang dimiliki oleh syarikat-syarikat dalam Kumpulan.
    iii. Pemalsuan atau pengubahan kepada suatu cek, draf bank atau apa-apa dokumen kewangan lain.
    iv. Penyelewengan data, bekalan, atau lain-lain aset syarikat.
    v. Ketidakwajaran dalam pengendalian atau laporan wang atau transaksi kewangan.
    vi. Kelakuan yang merupakan satu kesalahan atau pelanggaran undang-undang.
    vii. Penyelewengan kewangan.
    viii. Pelanggaran Kod Etika Kumpulan & Anak Syarikat.
    ix. Salah guna kuasa dan kedudukan untuk kepentingan peribadi.
    x. Apa-apa perbuatan yang menimbulkan bahaya kepada kesihatan dan keselamatan.
    xi. Apa-apa perbuatan yang menyebabkan kerosakan kepada alam sekitar.
    xii. Penyembunyian mana-mana kesalahan/pelanggaran di atas.
  3. SUMBER ADUAN
    i. Laman Web
    ii. E-mel
    iii. SMS
    iv. Hari Bertemu Pelanggan
    v. Hadir Sendiri
    vi. Surat/Faks

     

    vii. Telefon
    viii.
    Borang Kaunter Aduan Jabatan
    ix. Surat Khabar
    x. Biro Pengaduan Awam
    xi. PEMUDAH
    xii.
    Media sosial (FB, Instagram, Twitter)
    xiii. Lain-lain (Nyatakan)

Maklumat/Aduan juga boleh dikemukakan kepada Seksyen Integriti, SIRIM Berhad melalui saluran berikut:

i) Menghadirkan diri ke pejabat Seksyen Integriti atau menulis surat ke alamat:

Seksyen Integriti
SIRIM Berhad
No. 1 Persiaran Dato' Menteri
Section 2, P.O Box 7035
40700 Shah Alam
Selangor

ii) Melalui telefon di talian 03-5544 6504

iii) Melalui Sistem Aduan Integriti di http://www.sirim.my/integrity/

Maklumat peribadi dan aduan integriti yang anda laporkan akan dilindungi dan dirahsiakan di bawah Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 (Akta 711).