NEWSPAPER ARTICLES YEAR 2007

January | February | March | April | May | June | July | August | September | October | November | December | Main Page

 

December ^TOP

BH 07/12/2007 PNB Darby Park terima anugerah (236 wds) (Hip)
KUALA LUMPUR: Suite Eksekutif Permodalan Nasional Berhad (PNB) Darby Park dipilih sebagai penerima Anugerah Hospitality Asia Platinum (HAPA), Kediaman Perkhidmatan Terbaik Tahunan bagi tahun 2007/2008 pada satu majlis di ibu kota, barubaru ini. Anugerah itu menunjukkan pencapaian yang memberangsangkan bagi PNB Darby Park, sekali gus menjadikan ia anugerah keenam yang diterima syarikat itu.

BH 06/12/2007 Lokasi industri bioteknologi Oleh Faizatul Farhana Farush Khan (293 wds) (Hip)
SHAH ALAM: Potensi Selangor sebagai lokasi pembangunan industri bioteknologi di negeri ini akan terus dipromosi bagi membantu kerajaan meningkatkan tahap kemajuan ekonomi negara. Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Pelaburan Negeri Selangor Berhad (SSIC), Datuk Mhd Jabar Ahmad Kembali, berkata Selangor lokasi paling sesuai kerana banyak institusi penyelidikan utama dan universiti di negeri ini.

BH 01/12/2007 6 terima Anugerah Inovasi Negara Oleh Azman Zakaria; Amirullah Andi Nur; Zainab Mohd Yatim; Zef Othman (344 wds) (Main Section)
KUALA LUMPUR: Enam termasuk tiga individu dipilih penerima Anugerah Inovasi Negara 2007 sempena Persidangan dan Pameran Inovasi Kebangsaan 2007 (Nice 07) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, semalam. Anugerah terbabit dibahagikan kepada empat kategori iaitu produk dan akar umbi yang menyaksikan dua pemenang dipilih bagi setiap satu, selain perkhidmatan awam serta sekolah, masing-masing satu.

 

November ^TOP

BH 29/11/2007 Sirim mahu dapatkan teknologi Iran (156 wds) (Main Section)
SIRIM Bhd merancang untuk mendapatkan teknologi maju daripada Iran yang berpotensi dimajukan bagi industri Malaysia, kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr Jamaludin Mohd Jarjis. Beliau berkata, teknologi penting yang ingin diperoleh Malaysia termasuk bahan nano, bahan bio, bioteknologi dan komposit maju serta teknologi nano.

NST 23/11/2007 (Enterprise 50) (4185 wds) (Business Times-Supplement)
1. Top Glove Sdn Bhd THE world's largest rubber glove manufacturer exports high-quality latex examination, nitrile, surgical, cleanroom, household, vinyl, polyethylene and industrial gloves to more than 800 customers in 180 countries worldwide. The company operates a total of 18 manufacturing plants located in Malaysia, Thailand and China, with annual production capacity of 28 billion pieces of gloves from its 330 highly-efficient manufacturing lines. Top Glove is also accredited with quality awards, including Sirim, ISO 9001, ISO 13485 (Germany), SMG (Malaysia), CE (Canada), CE marking (Europe), TGA (Australia), CGSB (Canada) and HACCP (UK) certifications.

BM 11/11/2007 Dr Faiz dinasihat tangguh kahwin Oleh Tuan Nazuri Tuan Ismail (240 wds) (Main Section)
SHAH ALAM: Angkasawan kedua negara, Mejar Dr Faiz Khaleed (gambar) tidak digalakkan berkahwin untuk tempoh tiga hingga empat tahun akan datang sehingga selesai misi kedua ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) yang dijangka penghujung 2010 atau awal 2011. Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr Jamaludin Jarjis, berkata ia bagi memastikan Dr Faiz boleh memberi fokus sepenuhnya kepada latihan yang bakal dijalani di Russia dan Amerika Syarikat.

MA 11/11/2007 Tidak digalak kahwin (376 wds) (Main Section)
SHAH ALAM: Bakal angkasawan kedua negara, Mej Dr Faiz Khaleed, 27, tidak digalakkan berkahwin sehingga misi penghantaran angkasawan kedua ke angkasa lepas pada 2011 selesai. Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Jamaludin Jarjis, berkata ia bagi memastikan bakal angkasawan kedua itu dapat menumpukan sepenuh perhatian terhadap setiap sesi latihan sebelum misi kedua dilaksanakan kelak.

BM 11/11/2007 PSM guna kepakaran Sirim Oleh Meor Hisham Zulkifli (284 wds) (Main Section)
PERSATUAN Sepak Takraw Malaysia (PSM) beralih kepada Sirim bagi membantu mereka membuat kata putus sama ada mahu menarik diri daripada Sukan Sea berkaitan isu bola getah yang mahu digunakan Thailand pada hujung tahun ini. Dengan Myanmar, Indonesia dan Brunei sudah menyatakan sokongan akan menurut sebarang keputusan Malaysia, tindakan PSM menyerahkan bola itu untuk dikaji dan analisis badan piawaian dan standard keselamatan yang bertaraf dunia itu, dilihat amat wajar.

MM 07/11/2007 Exxonmobil companies win safety awards (173 wds) (Main Section)
TWO ExxonMobil subsidiaries in Malaysia were honoured by the Malaysian Society of Occupational Safety and Health (MSOSH) for excellent safety performance. Esso Malaysia Berhad Port Dickson Refinery was awarded the MSOSH 2006 `Grand Award' in the `Petroleum, Gas, Petrochemical and Allied Sectors' category for its outstanding safety performance. This award is the highest in this category.

 

October ^TOP

BH 17/10/2007 Sarabata bukti Melayu boleh terajui pembinaan Oleh Fazli Abdullah (413 wds) (Main Section)
SARABATA Sdn Bhd, pengeluar bata berkualiti tinggi yang tidak menggunakan pasir, yakin produk keluarannya mampu menangani pelbagai masalah dalam industri pembinaan. Bata yang dihasilkan syarikat usahawan Bumiputera itu hanya menggunakan campuran simen, air dan bahan kimia, terbukti bermutu serta disahkan Sirim Berhad.

HM 08/10/2007 Program pupuk sayang OKU Oleh Samadi Ahmad (324 wds) (Variasi)
SERAMAI 167 mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menjadi sukarelawan bagi menjayakan Sukaneka Mutiara Harapan, Golongan Kurang Upaya (OKU), di stadium Sirim Berhad, baru-baru ini. Program julung kali anjuran Persatuan Taska Negeri Selangor (PTNS) itu mendapat kerjasama Sirim Berhad, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Majlis Kebajikan dan Pembangunan Masyarakat Parlimen Shah Alam.

NST 04/10/2007 ConnectCountry names Ariffin non-exec director (76 wds) (Business Times)
CONNECTCountry Holdings Bhd has appointed former Sirim Bhd chief executive and president Datuk Dr Mohd Ariffin Aton as its independent non-executive director effective October 1.


 

September ^TOP

BH 10/09/2007 Dana khas galak reka cipta Oleh Amran Abdullah (324 wds) (Main Section)
KUALA ROMPIN: Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti) mewujudkan dana khas bagi menggalakkan rekaan di kalangan pencipta yang tidak melalui proses pembelajaran formal tetapi mampu menghasilkan inovasi cemerlang serta menyumbang kepada masyarakat. Menterinya, Datuk Seri Dr Jamaluddin Jarjis, berkata Dana Inovasi Akar Umbi itu dapat menggalakkan pereka menghasilkan ciptaan yang boleh memajukan masyarakat di kampung dan desa.


NST 10/09/2007 Setback for OOXML (1002 wds) (Tech & U)
THE International Organisation for Standardisation last week said the draft Office Open XML (OOXML) file formats by Microsoft Corp have not achieved the required number of votes for approval by the organisation and the International Electrotechnical Commission as an ISO/IEC DIS 29500 international standard. At least 66.7 per cent of the 104 votes need to be positive, and no more than 25 per cent of the votes to be negative. OOXML achieved neither, pulling in 53 per cent positive votes and 26 per cent negative.


BM 09/09/2007 Malaysia keluar jentera pertanian (237 wds) (Main Section)
SERDANG: Malaysia bakal mengeluarkan pelbagai jenis mesin dan jentera ringan untuk kegunaan industri pertanian dalam usaha mentransformasikan sektor itu supaya lebih berdaya saing dan moden. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata usaha untuk meningkatkan penggunaan jentera di kalangan petani yang akan dimulakan tahun depan itu bakal mendapat kerjasama Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (Sirim) serta universiti tempatan.

BH 04/09/2007 Angkasawan diketahui minggu depan (247 wds) (Main Section)
SHAH ALAM: Teka teki siapa di antara dua calon angkasawan, Dr Sheikh Muszaphar Shukor dan Kapten Dr Faiz Khaleed, dipilih menjadi rakyat Malaysia pertama meneroka angkasa lepas, akan diketahui minggu depan. Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr Jamaluddin Jarjis, berkata panel hakim untuk pemilihan terbabit sudah pulang dari Russia dan sedang menyiapkan laporan terakhir mengenai kedua-dua calon angkasawan itu.


HM 04/09/2007 Keputusan minggu depan (427 wds) (Main Section)
SHAH ALAM: Minggu depan, satu lagi sejarah negara pasti tercatat apabila calon angkasawan negara yang akan meneroka angkasa lepas, diumumkan kerajaan. Seorang daripada dua calon angkasawan negara, Dr Sheikh Muszaphar Shukor dan Dr Faiz Khaleed, bakal terpilih untuk menggapai harapan Malaysia menjadi anak jati pertama meneroka angkasa.


NST 04/09/2007 Naming of astronaut next week (272 wds) (Main Section)
SHAH ALAM: The question of who will be the first Malaysian astronaut will be answered next week. The panel of judges to select the astronaut had returned from Russia and is now preparing a report on the two candidates, Dr Sheikh Muszaphar Shukor and Kapten Dr Faiz Khaleed.


BH 01/09/2007 KSB dianugerah Sijil Ohsas 18001 (216 wds) (Main Section)
PANGKALAN Bekalan Kemaman Sdn Bhd (KSB) dianugerahkan Sijil Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Ohsas) 18001 oleh Sirim Bhd sejajar peningkatan pelaksanaan sistem keselamatan di premisnya. Penganugerahan sijil itu adalah pengiktirafan terhadap KSB yang kini melaksanakan sistem keselamatan dan kesihatan pekerja dengan lebih bersistematik serta mengikut piawaian ditetapkan pihak berkuasa.


 

August ^TOP

BH 13/08/2007 Pengusaha kantin kena utama mutu, kebersihan (445 wds) (Main Section)
CADANGAN Kementerian Pelajaran untuk merombak semua program makanan di sekolah berikutan kejadian keracunan yang semakin menjadi-jadi sejak akhir-akhir ini, sudah tentunya satu langkah yang wajar. Kita tidak mahu tujuan asal program pembekalan makanan serta makanan tambahan, seperti susu yang sepatutnya memberi khasiat kepada murid sekolah, sebaliknya menjadi sesuatu yang memudaratkan kesihatan mereka. Masalah keracunan makanan yang mengakibatkan sebilangan murid di beberapa negeri mengalami muntah dan cirit-birit, tidak seharusnya dibiarkan berlarutan tanpa tindakan konkrit daripada pihak kementerian. Antara program terbabit ialah, Program Susu Sekolah dan penyediaan makanan bagi pelajar di sekolah asrama dan asrama penuh. Kita berharap menerusi rombakan yang akan diadakan itu seperti yang diumumkan Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Hussein kelmarin, masalah ini akan dikaji serta dilihat dengan rapi supaya ia tidak berlaku lagi dan mengancam keadaan kesihatan pelajar. Sebelum ini pun Program Susu Sekolah itu dihentikan berikutan kes keracunan makanan tetapi disambung semula selepas tiga pengilang memberi jaminan susu yang dibekalkan itu disimpan mengikut piawaian dan mendapat pengesahan kualiti Sirim Berhad (Sirim). Seramai 450,000 pelajar terbabit dalam program itu yang dimulakan sejak 1981.

 

July ^TOP

BH 24/07/2007 Bengkel PMR bantu pelajar (167 wds) (Minda Pelajar)
BENGKEL Peperiksaan PMR yang disertai kira-kira 200 pelajar di Auditorium Sirim, Shah Alam, Selangor, baru-baru ini adalah yang kedua anjuran sisipan Minda Pelajar terbitan Berita Harian Sdn Bhd, tahun ini. Bengkel pertama di adakan di Kulliyyah Kejuruteraan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), awal April lalu juga mendapat sambutan menggalakkan apabila disertai 250 orang pelajar.

NST 21/07/2007 ITe-Q: Another of SIRIM's initiatives to promote R&D in the country (779 wds) (Business Times)
SIRIM Bhd, the champion of quality and technology is single minded in its vision to assist Government realise its ambition of having 50 researchers, scientists and engineers for every 10,000 workers. With over 700 researchers and engineers, SIRIM is leading by example in moving forward towards creating a science and technology savvy nation.

HM 17/07/2007 Susu sekolah dijamin bersih Oleh Maiamalina Mohamed Amin (264 wds) (Main Section)
KUALA LUMPUR: Kementerian Pelajaran memberi jaminan Program Susu Sekolah (PSS) yang dimulakan semula, semalam tidak akan tercemar lagi dengan insiden keracunan seperti yang berlaku sebelum ini hingga terpaksa ditangguhkan Mei, lalu. Timbalan Menterinya, Datuk Hon Choon Kim, berkata pihaknya yakin PSS yang dihidupkan semula itu tidak akan menghadapi masalah sama selepas kajian menyeluruh daripada Sirim Berhad (Sirim) dilakukan sekali gus mempertingkatkan aspek keselamatan bekalan susu.

BM 15/07/2007 Skim susu percuma disambung esok (246 wds) (Main Section)
SEREMBAN: Program Susu Sekolah yang dihentikan serta- merta sejak 22 Mei lalu selepas minuman itu yang dibekalkan kepada pelajar di beberapa negeri tercemar sehingga menyebabkan keracunan, akan disambung semula mulai esok. Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Hon Choon Kim, berkata keputusan itu dibuat selepas tiga kilang pembekal susu berkenaan memenuhi piawaian dan pengesahan kualiti daripada Sirim Berhad (Sirim).

NSUNT 15/07/2007 School milk programme starts again (160 wds) (Main Section)
SEREMBAN: The school milk programme, suspended last May following a spate of food poisoning cases, will resume tomorrow. Deputy Education Minister Datuk Hon Choon Kim said the decision was made after the ministry, with the cooperation of Sirim, conducted checks on the manufacturers, suppliers and distributors involved in the programme.

NST 14/07/2007 Sirim's leader stepping down after making mark in R&D field By Azlan Abu Bakar (1022 wds) (Business Times)
SIRIM Bhd president Datuk Mohd Ariffin Aton is stepping down but not without leaving a deep mark in the research and development (R&D) field as part of his legacy. He has been described by many as a leader and the main pillar of the company, passionate about R&D and has helped Malaysia set its path for greater economic growth.

HM 10/07/2007 Peluang edar Eco-Bact (224 wds) (Main Section)
DSSB Enterprise (DSSB), pengedar tunggal produk semburan berasaskan bioteknologi berjenama Eco-Bact di negara ini membuka peluang kepada kepada usahawan tempatan untuk menjadi rakan pengedarnya selaras dengan hasrat syarikat memperluaskan pemasaran produknya pada masa depan. Syarikat juga sedang mendapatkan pengesahan Sirim untuk mendapatkan hak pemasaran secara lebih meluas.

BH 07/07/2007 Pengurusan tapak semaian untuk hasilkan anak benih sawit berkualiti Oleh Zulkifli Abd Manaf (1209 wds) (Berita Sawit)
BAHAN tanaman iaitu anak benih yang digunakan adalah salah satu faktor penting dalam menentukan hasil sawit. Menanam anak benih berkualiti serta mempraktikkan pengurusan dan amalan agronomi yang baik akan membolehkan pokok sawit mengeluarkan hasil buah tandan sawit (BTS) yang tinggi. Sebaliknya penggunaan anak benih berkualiti rendah akan menghasilkan pokok sawit yang mempunyai penghasilan BTS rendah. Ini bermakna pemilihan anak benih adalah kritikal bagi tanaman sawit yang mempunyai hayat ekonomik dalam lingkungan 25 tahun. Penanam akan mengalami kerugian kerana hasil rendah sepanjang hayat tanaman ini jika tersalah memilih anak benih semasa menanam. Pengeluaran anak benih sawit berkualiti ditentukan oleh dua faktor utama. Faktor pertama, penggunaan biji benih DxP terpilih yang diperoleh daripada pengeluar berlesen dengan MPOB dan diiktiraf SIRIM. Lazimnya potensi hasil adalah tinggi. Faktor kedua, pengurusan tapak semaian yang baik bagi membolehkan biji benih DxP itu tumbuh menjadi anak benih yang subur dan sihat. Dengan itu juga anak benih yang tidak normal atau tidak tumbuh dengan sempurna mudah dikenal pasti dan disingkirkan, manakala anak benih yang berkualiti dan berpotensi mengeluarkan hasil yang tinggi saja dipilih untuk ditanam di ladang.

 

June ^TOP

HM 14/06/2007 Sime-Sirim cuba nasib Oleh Zulfa Mohamad (251 wds) (Main Section)
TERUJA dengan kehebatan Karnival Futsal i-Metro Zon Tengah, pasukan Sime-Sirim turut mahu mencuba nasib dengan menyertai karnival sama bagi Zon Utara di Safira Sports Planet, Seberang Jaya, hujung bulan ini. Walaupun baru ditubuhkan pertengahan tahun lalu, Sime-Sirim sudah menyertai beberapa kejohanan futsal termasuk memasuki suku akhir Kejohanan Futsal Time Telekom di Best Bola-Bola Sport Centre, Mak Mandin, Butterworth awal tahun ini.

BH 06/06/2007 UPM terima sijil MS ISO ke-40 (172 wds) (Main Section)
UNIVERSITI Putra Malaysia (UPM), baru-baru ini, mendapat pengiktirafan ke-40 apabila menerima Pensijilan Kualiti MS ISO 9001:2000 daripada Sirim Berhad (Sirim) bagi pengajian prasiswazah Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul. Sijil disampaikan Pengerusi dan Ketua Eksekutif Sirim, Datuk Dr Mohd Ariffin Aton kepada Naib Canselor UPM, Prof Datuk Dr Nik Mustapha R Abdullah.

BM 03/06/2007 Kastam belum lancar sistem SPEKS (130 wds) (Main Section)
KUALA LUMPUR: Kastam Diraja Malaysia (KDRM) mengingatkan orang ramai supaya tidak terpedaya dengan verifikasi palsu melalui Sistem Elektronik KDRM-Sirim (SPEKS) yang digunakan untuk mengetahui sama ada telefon bimbit yang dimiliki atau ingin dimiliki sudah dibayar cukai atau tidak. Penolong Kanan Pengarah Kastam, Iskandar Jaafar, berkata jabatannya belum melancarkan sistem SPEKS itu dan tidak pernah melantik mana-mana syarikat untuk melaksanakan sistem berkenaan.

MA 03/06/2007 Semak palsu (271 wds) (Main Section)
KUALA LUMPUR: Kastam Diraja Malaysia (KDRM) mengingatkan orang ramai supaya tidak terpedaya dengan verifikasi palsu melalui Sistem Elektronik KDRM-Sirim (SPEKS) yang digunakan untuk mengetahui sama ada telefon bimbit dimiliki atau ingin dimiliki sudah dibayar cukai atau tidak. Penolong Kanan Pengarah Kastam, Iskandar Jaafar, berkata jabatannya belum melancarkan sistem SPEKS dan tidak pernah melantik mana-mana syarikat untuk melaksanakannya.

 

May ^TOP

NST 26/05/2007 Sirim QAS aims to make inroads into more foreign markets By Azlan Abu Bakar (913 wds) (Business Times)
HAVING established itself as an authority on quality certification, inspection and testing services, Sirim QAS International Sdn Bhd plans to increase its presence in other countries. One of its main targets will be the 57-nation Organisation of the Islamic Conference (OIC) countries, taking advantage of Malaysia's position as chairman of the international Islamic body.

BH 25/05/2007 Sirim sokong bekalan susu ditapis kualiti (185 wds) (Main Section)
KUALA LUMUR: Sirim Bhd (Sirim) menyokong tindakan Kementerian Pelajaran mewajibkan bekalan susu ke sekolah ditapis kualitinya untuk memastikan bekalan menepati kualiti dan piawaian bagi mengelak masalah susu tercemar. Sehubungan itu, Sirim bersedia membantu dan memberi sokongan sepenuhnya kepada kementerian mencari jalan penyelesaian termasuk menetapkan standard prosedur pemeriksaan kualiti ke atas semua jenis makanan, minuman dan syarat yang mesti dipatuhi pengilang dan pembekal.

NST 11/05/2007 Cooking oil stocks to increase shortly (436 wds) (Main Section)
JOHOR BARU: Cooking oil manufacturers have promised to step up production to ensure there is enough stock of the controlled item. Malayan Edible Oil Manufacturers' Association president Abdul Hamid Sirim admitted that some manufacturers had decreased production in the past few weeks due to the escalating cost of crude palm oil.

BH 10/05/2007 Semua PPD Selangor ditauliah sijil MS ISO 9001:2000 (208 wds) (Main Section)
JABATAN Pelajaran Selangor mencatat sejarah apabila semua pejabat pelajaran daerah (PPD) negeri itu memperoleh pentauliahan sijil MS ISO 9001:2000 daripada SIRIM QAS International Sdn Bhd. Terbaru, pentauliahan diberikan kepada Sistem Pengurusan Kualiti PPD Klang dalam satu majis penyerahan yang disempurnakan Pengarah Eksekutif SIRIM QAS International Sdn Bhd, Abd Razak Salim kepada Pegawai PPD Klang, Mahmud Karim, semalam.

BH 09/05/2007 Panel khas permudah eksport produk Oleh Kamal Ahmad (1033 wds) (Main Section)
PRODUK perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tempatan menghadapi pelbagai rintangan sebelum berjaya menembusi pasaran global. Antaranya, pematuhan peraturan dan piawaian produk, undang-undang perdagangan dan teknikal, kapasiti pengeluaran, keupayaan modal, pembungkusan, strategi pemasaran dan daya saing harga. Berdasarkan beberapa siri promosi `Taste of Malaysia' di Hong Kong (September 2005), Singapura (Disember 2005), Dubai (April 2006), Jakarta (September 2006) dan terbaru di London (Mac 2007), sudah tiba masanya panel khas ditubuhkan membantu PKS menyediakan keperluan eksport membabitkan proses perundangan dan pematuhan piawaian tahap tinggi.

NST 01/05/2007 Heading for a fall (433 wds) (Main Section)
WHEN the use of crash helmets was made mandatory in this country in 1973, there were some laments that the government had to be moved to legislate for common sense. Why should there be laws enacted to compel people to do what they should do voluntarily and with pleasure at knowing they were protecting themselves? But the measure led to a 30 per cent reduction in motorcycle deaths. After 34 years, with motorcycle accidents reaching nearly 100,000 a year, their riders remain the single largest group of those injured and killed on the roads. Motorcyclists remain, statistically, 17 times more likely to die in accidents than any other road users. Crash helmet laws offer only the cold comfort of knowing these numbers could be much higher. Despite constant reminders - couched in some of the hardest-hitting public-interest media campaigns ever seen in this country - the Road Safety Department remains pessimistic about getting more riders never to sling a leg over their machines without donning a properly fastened, Sirim-certified helmet. That 25 per cent of urban riders do not bother wearing helmets is considered "not bad". In the rural areas, meanwhile, where only 50 per cent of motorcyclists wear helmets, the aim is to raise that proportion to 60 per cent. The department cannot be accused of aiming too high.

 

APRIL ^TOP

BH 19/04/2007 ISMS tangani kehilangan maklumat (164 wds) (Main Section)
KUALA LUMPUR: Syarikat berstatus Koridor Raya Multimedia (MSC) perlu memberi penekanan kepada sistem pengurusan keselamatan maklumat (ISMS) bagi menangani masalah kecurian dan kehilangan maklumat sulit pelanggan masing-masing. Presiden dan Ketua Eksekutif Sirim Bhd, Datuk Dr Mohd Ariffin Aton, berkata sistem pengurusan maklumat yang tidak dikawal mudah terdedah kepada pelbagai ancaman seperti jenayah siber dan serangan virus oleh pihak luar atau kakitangan syarikat sendiri.

BH 17/04/2007 Meter air plastik ganti tembaga atasi kecurian (482 wds) (Hip)
SHAH ALAM: Penggunaan meter air plastik, menggantikan meter air tembaga bakal mengatasi masalah vandalisme dan kecurian meter air di kediaman penduduk di seluruh Selangor. Pemasangan meter plastik yang tahan cuaca, tidak mudah dirosakkan dan sudah mendapat kelulusan Sirim pada Januari lalu, adalah usaha terkini Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas), untuk menangani masalah kecurian meter air tembaga yang mempunyai nilai tinggi di pasaran.

BH 17/04/2007 Sijil ISO dorong kekal mutu perkhidmatan Oleh Azrina Ahzan (280 wds) (Ekonomi)
PUTRAJAYA: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi mahu lebih banyak agensi dan institusi di bawahnya berusaha mendapatkan pengiktirafan Sijil MS ISO 9001:2000 daripada Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (Sirim) Bhd bagi menjamin perkhidmatan berkualiti kepada pelanggan masing-masing. Menterinya, Datuk Mohamed Khaled Nordin, berkata pemerolehan sijil ISO itu akan memastikan semua agensi dan institusi terbabit berusaha mengekalkan mutu perkhidmatan untuk mengelakkan pengiktirafan itu ditarik balik.

NST 16/04/2007 Going plastic to thwart thieves By Heikal Abdul Mutadir (150 wds) (Main Section)
SHAH ALAM: Fed up with having copper meters stolen, Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) is replacing its water meters with plastic ones. Its chief executive officer Datuk Ruslan Hassan said the meters were just as durable as the copper meters, but with no commercial value.

NST 14/04/2007 Sirim's Amrec spearheads the development of advanced materials By Azlan Abu Bakar (971 wds) (Business Times)
SIRIM Bhd, the corporatised standards and industrial research entity, plans to keep ahead and come up with frontier innovative technologies not only for the benefit of companies but also the public as a whole. Through its Advanced Material Research Centre (Amrec) which is located at a four-hectare site at Kulim Hi-Tech Park in Kedah, the firm wants to help Malaysia to be developers of knowledge and expert practitioners of more superior technologies.

MM 02/04/2007 Free helmet has no Sirim sticker By Nisrin Othman; Wan Sakinah A. Saburi (205 wds) (Main Section)
FARIDAH, of Dusun Tua, Hulu Langat, is frustrated that a motorcycle shop gave her a helmet without a Sirim certification when she bought a Yamaha LC135 for her son on March 27. The helmet was a free gift.

 

March ^TOP

NST 22/03/2007 Make it easier to buy proper crash helmets By M.F.A. (274 wds) (Main Section)
MOST motorcyclists and pillion riders involved in accidents died due to facial and head injuries, meaning they either wore crash helmets of inferior quality, did not wear one or did not fasten the helmets securely. The wearing of crash helmets can save the lives of motorcyclists and pillion riders, although death can also happen due to bodily injuries.

NST 20/03/2007 Sirim QAS spreads certification wings By M.K. Megan (474 wds) (Supplement)
HAVING established itself as an authority on quality certification, inspection and testing services, Sirim QAS International Sdn Bhd is now spreading its wings to other areas. The TS16949 certification is the latest international quality management system offered by Sirim QAS, which was appointed by the International Automotive Task Force to award the certification in 2002.

NST 20/03/2007 Product Excellence Award (Sirim) (277 wds) (Supplement)
TAI KWONG-YOKOHAMA BATTERY INDUSTRIES SDN BHD IN 1967, Tai Kwong-Yokohama Battery Industries Sdn Bhd started its business of reconditioning used batteries.

NST 20/03/2007 Quality Management Excellence Award (220 wds) (Supplement)
SIRIM QAS INTERNATIONAL SDN BHD SIRIM QAS International Sdn Bhd was incorporated in 1966 and is a wholly owned subsidiary of Sirim Bhd.

NST 20/03/2007 Special Award For Innovative Product (Sirim) (125 wds) (Supplement)
O.Y.L RESEARCH & DEVELOPMENT CENTRE SDN BHD O.Y.L. Research & Development Centre Sdn Bhd is a subsidiary of O.Y.L Industries Bhd, an investment holding company.

NST 17/03/2007 Sirim to introduce integrated standards-based management system (834 wds) (Business Times)
SIRIM Bhd, through its Quality Services & Small and Medium-Sized Enterprise (SME) Development Department, plans to introduce an integrated standards-based management system model. Believed to be the first of its kind, the integrated standards system combines both economic and religious elements, which will help companies, especially SMEs, penetrate both halal and non-halal markets, thus, widening their market reach.

NST 12/03/2007 Business continuity management push (176 wds) (Tech & U)
WORK towards establishing a Malaysian business continuity management (BCM) standard started in October 2003 when the National Information and Communications Technology Security and Emergency response centre submitted a proposal to the technical committee within the Industry Standard Committee for Information Technology, Communications and Multimedia (ISC "G") under Sirim Berhad. A BCM working group with 12 members - including representatives from the Malaysian Administrative Modernisation and Management Planning Unit, Bank Negara Malaysia, the Securities Commission, Bursa Malaysia, the Association of the Computer and Multimedia Industry Malaysia and Sirim - was then established in February 2004 to draft the standard.

NST 14/03/2007 Join the product design contest, council tells young professionals By Chong Jin Hun (325 wds) (Business Times)
THE Malaysia Design Council (MRM) is seeking private sector support to spur more young professionals to participate in the council's annual product-design contest. Participation among professionals has been the lowest so far among the three categories competing in the Malaysia Young Designers Award which began in 1996.

BH 06/03/2007 Speks mampu sekat telefon seludup (193 wds) (Ekonomi)
SHAH ALAM: Penggunaan Sistem Pengesanan Elektronik Kastam Diraja Malaysia (KDRM)-Sirim (Speks) berkuat kuasa 1 April ini, dijangka dapat mengawal penjualan dan pengedaran telefon bimbit seludup di pasaran tempatan. Ketua Pengarah KDRM, Datuk Seri Abd Rahman Abd Hamid, berkata menerusi Speks, pihaknya mampu memantau penjualan telefon bimbit oleh pengeluar dan pengedar secara elektronik.

HM 06/03/2007 Pasaran `sihat' telefon bimbit (134 wds) (Main Section)
SHAH ALAM: Pasaran telefon bimbit negara bakal menjadi lebih `sihat' apabila telefon bimbit baru boleh dimiliki pada harga lebih berdaya saing dalam pasaran yang terlindung daripada produk diragui ketulenan serta kualitinya pada masa depan. Senario itu mampu dicapai melalui pelaksanaan Sistem Elektronik KDRM-Sirim (Speks), sistem elektronik yang akan menyimpan nombor IMEI (identiti pengenalan bagi setiap telefon selular) semua telefon bimbit baru di pasaran Malaysia yang mana cukai jualannya sudah dibayar.

BH 01/03/2007 Mentol tak perlu lulus ujian Sirim Oleh Shamshul Azree Samshir; Khairunnisa Kamarudin (358 wds) (Main Section)
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Tenaga menjelaskan ia tidak pernah mengiktiraf sebarang jenama mentol elektrik sebagai mampu menjimatkan tenaga kerana produk itu bukan antara kelengkapan yang dikawal selianya. Suruhanjaya itu, dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini, semalam berkata, mentol elektrik tidak memerlukan perakuan kelulusan daripadanya untuk dipasarkan di negara ini.

 

February ^TOP

HM 28/02/2007 Guna aksesori asli, elak bencana Oleh Husain Jahit (450 wds) (Variasi)
KEJADIAN telefon bimbit meletup yang menimpa pelajar di Kedah baru-baru ini dikatakan mempunyai kaitan penggunaan aksesori tiruan terutama bateri kerana penghasilannya berasaskan bahan kimia dan amat sensitif. Hanya syarikat berkelayakan saja boleh mengeluarkan produk seumpama itu dan seharusnya mendapat kelulusan dari agensi yang mengawal piawaiannya seperti Sirim.

BM 25/02/2007 Pemutus litar rosak punca telefon meletup (336 wds) (Main Section)
KUALA LUMPUR: Kepanasan melampau pada bateri ketika mengecas dan kerosakan pemutus litar di dalamnya adalah antara punca yang boleh menyebabkan telefon bimbit terbakar atau meletup. Bagaimanapun, beberapa pakar akademik bidang teknologi dan komunikasi berpendapat kebarangkalian untuk kejadian itu adalah amat kecil kerana setiap produk perlu menjalani pelbagai ujian ketahanan Sirim Bhd dan pengeluar bateri.

BH 20/02/2007 Heitech pastikan khidmat terbaik kepada pelanggan (382 wds) (Ekonomi)
HEITECH Padu Bhd (Heitech) melaksanakan pelbagai inisiatif ke arah memastikan pelanggan yakin dengan keupayaannya memberi perkhidmatan terbaik, termasuk memperoleh sijil Sistem Pengurusan Kualiti MS/ISO 9001:2000. Sijil itu adalah piawaian antarabangsa bagi mengiktiraf kualiti dan keberkesanan prinsip proses perniagaan serta Perpustakaan Informasi Teknologi Maklumat (ITIL), iaitu satu amalan untuk merangka perkhidmatan pengurusan.

NST 17/02/2007 `Help local researchers commercialise inventions' By Azlan Abu Bakar (765 wds) (Business Times)
INVENTIONS designed by Malaysia's research institutions have consistently won international awards, but despite all the recognition, only a handful made it to the market. Sirim Advanced Manufacturing Technology Centre (AMTC) senior general manager Abdullah Abdul Hamid said it was time for the private sector including Government-linked companies (GLC) to help local researchers commercialise their inventions.

BM 11/02/2007 TV murah diseludup (71 wds) (Main Section)
KUALA LUMPUR: SIRIM Berhad (Sirim) mengesyaki televisyen murah yang didakwa punca lima kebakaran di Perlis baru-baru ini adalah barangan seludup dan tidak melalui ujian Sirim.

BH 10/02/2007 Alat elektrik tanpa piawaian bahaya Oleh Mohd Yusof Abdul Rahman (328 wds) (Main Section)
SEBANYAK 759 kebakaran yang berlaku tahun lalu disebabkan penggunaan barangan elektrik berharga murah dan tidak berkualiti yang lazimnya tidak menepati piawaian keselamatan. Demikian menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia. Di negara kita, ada 31 barangan elektrik yang wajib mempunyai piawaian keselamatan termasuk peti televisyen, plag, seterika, periuk nasi elektrik dan sebagainya. Semua barangan elektrik ini perlu diletakkan label piawaian keselamatan yang dikeluarkan Sirim Berhad dan label Suruhanjaya Tenaga, sebagai pengawalselia bekalan elektrik di negara ini.

 

January ^TOP

NST 27/01/2007 Sirim ready to help realise 9MP projects By Azlan Abu Bakar (846 wds) (Business Times)
SIRIM Bhd will use its expertise in industrial and technological development and knowledge-based economy to help realise the projects put in place by the Government under the Ninth Malaysia Plan (9MP). The firm is ready to take up the task set by the Government to upgrade the capabilities of local industries while capitalising on knowledge, innovation and high performance culture/values as the key for success.

HM 13/01/2007 HPA terima anugerah (161 wds) (Variasi)
HPA Industries Sdn Bhd (HPA), pengeluar kopi Radix yang terkenal dengan slogan `Mai Secawan' mencatat sejarah tersendiri dalam bidang kualiti negara apabila menerima dua anugerah di Majlis Sirim Industri 2006, baru-baru ini. Anugerah pertama yang diterima syarikat berpangkalan di Jejawi, Perlis ialah Skim Pensijilan Sistem Pengurusan Kualiti (MS ISO 9001:2000) dan kedua, Sijil Penghargaan Program Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) Sirim Bhd.

HM 10/01/2007 Bioteknologi hasil produk terbaik Ole Husain Jahit (666 wds) (Variasi)
BIOTEKNOLOGI adalah antara bidang yang mampu menjana ekonomi negara menjelang 2020 apabila Malaysia mencapai status negara maju. Menurut perangkaan, dijangka lima peratus pendapatan negara berpunca dari bidang berkenaan sekali gus menunjukkan kepentingannya tidak boleh dinafikan.

HM 02/01/2007 Sirim bantu hasilkan mesin Oleh Hayati Ibrahim (755 wds) (Main Section)
PUSAT Nasional Bagi Teknologi Mesin dan Peralatan (NCMTT) Sirim Bhd (Sirim) yang bernilai antara RM100 hingga RM150 juta di Kawasan Perindustrian Rasa, Hulu Selangor, Selangor didirikan sebagai pusat rujukan pemesinan, peralatan dan sektor sokongan kejuruteraan. Ikuti temubual wartawan Bisnes Metro (BM), HAYATI IBRAHIM dengan Ketua Program Teknologi Peralatan NCMTT, Ab Halim Ab Rahman mengenai pusat yang banyak membantu pengeluaran pelbagai mesin untuk tujuan komersial itu.

NST 12/03/2007 Business continuity management push (176 wds) (Tech & U)
WORK towards establishing a Malaysian business continuity management (BCM) standard started in October 2003 when the National Information and Communications Technology Security and Emergency response centre submitted a proposal to the technical committee within the Industry Standard Committee for Information Technology, Communications and Multimedia (ISC "G") under Sirim Berhad. A BCM working group with 12 members - including representatives from the Malaysian Administrative Modernisation and Management Planning Unit, Bank Negara Malaysia, the Securities Commission, Bursa Malaysia, the Association of the Computer and Multimedia Industry Malaysia and Sirim - was then established in February 2004 to draft the standard.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

  

January | February | March | April | May | June | July | August | September | October | November | December | Main Page