SIRIM BERHAD
 (367474-V)

KENYATAAN TAWARAN TENDER

1.

Tawaran adalah dipelawa daripada kontraktor-kontraktor yang berdaftar dengan SIRIM Berhad, Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (LPIPM) dan yang masih dibenarkan membuat tawaran pada masa ini bagi tender-tender berikut:

Bil.

 

No. Dan Tajuk Tender

Tarikh Dokumen Dijual

Tarikh Tender Ditutup

 

1.


 

TS 31/2010
Proposed 18.3kW Micro Hydro System At Sg. Ubo, Kg. Sri Stamang 2, Sg. Engkari, Lubok Antu Sarawak
Kod Bidang : PKK (Bumiputera)
Kelas D, Kepala I
Sub-kepala I
LPIPM
Harga dokumen : RM500
 

Isnin, 26 Julai 2010 (selepas lawatan tapak) hingga 16 Ogos 2010 (Isnin) pada waktu pejabat

 

Isnin, 16 Ogos 2010 sebelum jam 12.00 tengah hari


 

Lawatan tapak bagi tender TS 31/2010 adalah diwajibkan dan pihak kontraktor diminta berkumpul di Jeti Awam Batang Ai, Lubok Antu pada jam 9.00 pagi 26 Julai 2010 (Isnin). Pihak kontraktor diminta berhubung dengan SIRIM Sarawak untuk mengesahkan kehadiran ke lawatan tapak tersebut di talian 082-439052/082-439054/082-439048 selewat-lewatnya pada 22 Julai 2010 (Khamis) untuk tindakan lanjut. SIRIM Berhad tidak akan menanggung sebarang kos berhubung lawatan tapak tersebut.

 

2.

 

 

Dokumen tender boleh dibeli di SIRIM Sarawak, Lot 802, Jalan Demak Laut, Taman Perindustrian Demak Laut 2, 93764 Kuching Sarawak dengan mengemukakan bayaran seperti dinyatakan (tidak dikembalikan) di dalam bentuk Deraf Bank atau Kiriman Wang di atas nama SIRIM Berhad.

 

3.

3. Kontraktor dikehendaki mengemukakan sijil pendaftaran asal SIRIM Berhad, PKK dan LPIPM serta salinan (fotostat) sijil-sijil tersebut semasa membeli dokumen tender. Kepada kontraktor yang masih belum berdaftar dengan SIRIM Berhad, pendaftaran boleh dibuat di SIRIM Sarawak dengan mengemukakan sijil-sijil asal (PKK dan LPIPM) serta profail syarikat.

 

4.

Dokumen tender yang telah lengkap diisi dan ditandakan dengan nombor tender yang berkenaan hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri dan dimasukkan ke dalam Peti Tender di alamat yang dinyatakan di atas. Dokumen tender yang lewat diterima tidak akan dipertimbangkan

 

All rights reserved SIRIM Berhad © 1998
Queries and comments, please e-mail to web@sirim.my