​PRESS RELEASE
                           

MEDICAL DEVICE INNOVATION CENTRE, MDIC TO DRIVE INNOVATION AMONG LOCAL COMPANIES

MDIC will build technological capabilities of the local medical device sector


KULIM, 30 OCT 2021: SIRIM Berhad, a leader in technology and quality solutions, today launched the Medical Device Innovation Centre (MDIC) to grow research and development (R&D) capabilities for the local medical device industry.                          

 

The innovation centre was established to build technological capabilities of industries seeking new innovations in medical device products to meet the current and future market needs as well as building market access capabilities of the medical device industry and develop Communities of Practice in managing and commercialising new technologies.

 

MDIC, located at Kulim Hi-Tech Park, Kedah enables collaboration with various smart partners that include medical device manufacturers, government ministries and agencies, international manufacturing innovation centres, research institutes and universities.

 

The launch of MDIC was officiated by Senior Minister, Minister of International Trade and Industry, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali. SIRIM’s Chairman, Academician Tan Sri Ir. Dr. Ahmad Tajuddin Ali, and SIRIM’s President and Group Chief Executive, Dato’ Dr Ahmad Sabirin Arshad were also present at the event.

 

Senior Minister, Minister of International Trade and Industry, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali said SIRIM, an agency under MITI that leads industrial technology has taken a bold step with the establishment of MDIC in line with the country's healthcare and medical sector which is expected to grow at 5.7% from 2020 to 2025 following an increase in the population of the elderly and non-infectious diseases.

 

"At the beginning of the pandemic, the government faced a shortage of PPE supplies, diagnostic kits and even high-capacity testing laboratories. From this experience, we have learned that Malaysia is a significant trading economy in the global supply chain.

 

"Strategic policies have been reviewed to strengthen the industry, especially in the medical device industry," he said.

 

SIRIM’s President and Group Chief Executive, Dato’ Dr Ahmad Sabirin Arshad said SIRIM plays a role as part of the enabler in strengthening the country’s medical device ecosystem, through capacity building such as research and development of medical device products; measurement and calibration for the medical device industry; conformity assessment i.e. testing, inspection and certification; technical training assistance to develop medical device industry standards; and improving productivity through the SIRIM Fraunhofer Program.

 

Three major programs will be implemented by MDIC involving advanced technological innovations for local SMEs; Industry 4.0 technologies adopted by large local companies and major vendor projects to be joined by multinational companies and local SMEs.

 

MDIC will also implement manufacturing innovation incubator, open laboratory and "teaching factory" which will enable a network of public and private collaboration to be realised.

 

MDIC was established following feedbacks obtained by SIRIM from the medical device industry and related government agencies which among others raised issues and challenges faced by the industry such as: technological innovation, market access, human resource development and policies to assist the industry.

 

The main challenges posed by all levels of the industry are limited resources in conducting product R&D due to lack of financial resources, infrastructure facilities and highly skilled workers. Meanwhile, multinational companies are facing difficulties in securing human resources with specific expertise to achieve their technological direction.              

 

 

##

 

​SIARAN MEDIA
                           

PUSAT INOVASI PERANTI PERUBATAN, MDIC, BAKAL MEMACU BUDAYA INOVASI DI KALANGAN SYARIKAT TEMPATAN

MDIC yang diperkenalkan SIRIM bakal tingkatkan keupayaan teknologi sektor peranti perubatan tempatan


KULIM, 30 OKTOBER 2021:  Pembangunan IECEx System for Certification to Standards Relating to Equipment untuk kegunaan dalam persekitaran melibatkan bahan letupan oleh Electrotechnical Commission atau IEC ini, mencatat lembaran baru bagi komuniti Ex dalam membangunkan standard keselamatan peringkat antarabangsa.
Skop bagi pensijilan IECEx melibatkan pembuatan dan reka bentuk peralatan dan sistem, pembaikan dan penyelenggaraan di samping kecekapan pekerja dan penyedia perkhidmatan.

 

Pusat inovasi ini ditubuhkan bagi meningkatkan keupayaan industri dalam meneroka inovasi baharu dalam produk peranti perubatan mengikut keperluan pasaran semasa dan akan datang. Pusat ini juga akan meningkatkan keupayaan akses pasaran industri peranti perubatan serta mewujudkan komuniti amalan bersama (Community of Practice) dalam mengurus dan mengkomersialkan teknologi baharu.

 

MDIC yang terletak di Kulim Hi-Tech Park, Kedah membolehkan kerjasama dengan pelbagai rakan pintar yang merangkumi pengeluar peranti perubatan, kementerian dan agensi kerajaan, pusat inovasi pembuatan antarabangsa dan institut penyelidikan dan universiti.

 

Pelancaran MDIC disempurnakan oleh Menteri Kanan merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, YB Dato' Seri Mohamed Azmin Ali. Hadir sama, Pengerusi SIRIM, Academician Tan Sri Ir. Dr. Ahmad Tajuddin Ali, dan Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan SIRIM Berhad, Dato’ Dr Ahmad Sabirin Arshad.

 

Menteri Kanan, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dato' Seri Mohamed Azmin Ali berkata SIRIM, sebuah agensi di bawah MITI yang menerajui teknologi perindustrian telah mengambil langkah berani dengan penubuhan MDIC selaras dengan sektor penjagaan kesihatan dan perubatan negara yang dijangka berkembang pada 5.7% dari 2020 hingga 2025 berikutan peningkatan populasi warga tua dan penyakit tidak berjangkit.

 

"Pada permulaan pandemik, kerajaan telah menghadapi kekurangan bekalan PPE, kit diagnostik dan juga makmal-makmal pengujian yang berkeupayaan tinggi. Daripada pengalaman ini, kita telah pelajari bahawa Malaysia adalah ekonomi perdagangan yang signifikan dalam rantaian bekalan global.

 

"Polisi-polisi strategik telah dikaji semula bagi mengukuhkan industri terutamanya dalam industri peranti perubatan," katanya.

 

Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan SIRIM Berhad, Dato’ Dr Ahmad Sabirin Arshad berkata SIRIM berperanan sebagai sebahagian daripada pemboleh daya bagi pengukuhan ekosistem peranti perubatan negara, melalui peningkatan keupayaan seperti penyelidikan dan pembangunan produk peranti perubatan; pengukuran dan penentukuran untuk industri peranti perubatan; penilaian pematuhan iaitu pengujian, pemeriksaan dan pensijilan; bantuan latihan teknikal bagi membangunkan standard industri peranti perubatan; dan peningkatan produktiviti melalui Program SIRIM Fraunhofer.

 

Tiga program utama akan dilaksanakan oleh MDIC yang melibatkan penggunaan inovasi teknologi termaju bagi PKS tempatan; teknologi Industri 4.0 yang diterima pakai oleh syarikat tempatan besar dan projek vendor utama yang akan disertai oleh pihak syarikat multinasional dan PKS tempatan.

 

MDIC juga akan melaksanakan inkubator inovasi pembuatan, makmal terbuka dan "teaching factory" yang membolehkan rangkaian kerjasama awam dan swasta direalisasi.

 

MDIC ditubuhkan berikutan maklumbalas yang diperoleh SIRIM daripada industri peranti perubatan dan agensi kerajaan berkaitan yang antaranya mengemukakan isu dan cabaran yang dihadapi industri itu seperti: inovasi teknologi, akses pasaran, pembangunan sumber manusia dan polisi untuk membantu industri.

 

Cabaran utama yang dikemukakan oleh semua peringkat industri adalah sumber terhad dalam menjalankan R&D produk berikutan kekurangan sumber kewangan, kemudahan infrastruktur dan pekerja berkemahiran tinggi. Sementara itu, syarikat-syarikat multinasional pula menghadapi kesukaran mendapatkan sumber manusia dengan kepakaran tertentu yang boleh menjayakan hala tuju teknologi mereka.


 


 

##