​PRESS RELEASE
                           

SIRIM ASSIST INDUSTRY PLAYERS TO DRIVE MALAYSIA’S AEROSPACE INDUSTRY

                 

SHAH ALAM, 8 JUNE 2022: The Malaysia’s aerospace industry players had gained insights and knowledge on AS9100 a standard on quality management system that could help drive the industry towards global competitiveness at a seminar, on Tuesday.

 

The Seminar on Aerospace organised by SIRIM STS Sdn Bhd, a subsidiary of SIRIM Berhad, discussed on AS9100 standard, a widely adopted quality management system for the aerospace industry.

 

A total of 90 participants attended the seminar with its objective to emphasise on how AS9100 could help the aerospace industry manage their risk and improve their business sustainability.

 

President and Group Chief Executive of SIRIM Berhad, Dato’ Dr Ahmad Sabirin Arshad said, the government had identified the aerospace industry as a strategic industry which has a wide potential in the country's industrialisation and technological development programmes.

 

"The aerospace industry generates an annual revenue of RM12.7 billion and employs more than 21,000 skilled workers. Malaysia’s aerospace industry had taken off with the launching of the National Aerospace Blueprint in 1997 and the second blueprint, the Malaysia Aerospace Industry Blueprint 2030 in 2015," said Ahmad Sabirin.

 

"The second blueprint has set a vision for Malaysia to be the number one aerospace nation in South-East Asia and as an integral part of the global market by the year 2030 with an annual revenue of RM55.2 billion and create more than 32,000 high income jobs," he added.

 

To further support the aerospace industry, National Aerospace Industry Coordinating Office (NAICO) was established in August 2015 as a Unit under the Ministry of International Trade & Industry (MITI), with its primary objective of overseeing the implementation of the strategies and initiatives in the Blueprint. NAICO serves as the focal point in linking the aerospace industry players, relevant Government ministries and agencies and academia to collectively work together in strengthening the capability and capacity of Malaysia’s aerospace industry.

 

According to Ahmad Sabirin, AS9100 as a widely adopted and standardised quality management system for the aerospace industry sets guidelines for implementing a Quality Management System (QMS) for the aviation, space and defence organisations.

 

"Education and training being part of the Malaysia Aerospace Blueprint 2030, is targeting to supply competent workforce by continuous professional development. SIRIM STS as the training arm of SIRIM Berhad, has the capability to provide reliable training and consulting to organisations in understanding, implementingand complying with AS9100:2016 Rev D," he added.

             

##

​SIARAN MEDIA
                           

SIRIM BANTU PEMAIN INDUSTRI PACU SEKTOR AEROANGKASA NEGARA

                 

SHAH ALAM, 7 JUN 2022: Pemain industri aeroangkasa tempatan didedahkan dengan kepentingan standard sistem pengurusan kualiti iaitu AS9100 oleh SIRIM yang mampu memacu industri berkenaan ke arah daya saing global, pada Selasa.

 

 

Seminar Aeroangkasa yang dianjurkan oleh SIRIM STS Sdn Bhd, anak syarikat SIRIM Berhad, membentangkan standard AS9100 yang merupakan standard sistem pengurusan kualiti yang diterima pakai secara meluas dalam industri aeroangkasa.

 

Seramai 90 peserta menghadiri seminar yang diadakan dengan objektif AS9100 boleh membantu industri aeroangkasa menguruskan risiko dan meningkatkan kemampanan perniagaan mereka.

 

Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan SIRIM Berhad, Dato’ Dr Ahmad Sabirin Arshad berkata, kerajaan telah mengenal pasti industri aeroangkasa sebagai industri strategik yang mempunyai potensi luas dalam program perindustrian dan pembangunan teknologi negara.

 

"Industri aeroangkasa menjana pendapatan tahunan RM12.7 bilion dan menggaji lebih 21,000 pekerja mahir. Industri aeroangkasa Malaysia telah bermula dengan pelancaran Rangka Tindakan Aeroangkasa Kebangsaan pada 1997 dan Pelan Tindakan Kedua, Rangka Tindakan Industri Aeroangkasa Malaysia 2030 pada 2015," kata Ahmad Sabirin.

 

"Pelan tindakan kedua telah menetapkan visi untuk Malaysia menjadi negara aeroangkasa nombor satu di Asia Tenggara dan sebagai sebahagian daripada pasaran global menjelang tahun 2030 dengan pendapatan tahunan RM55.2 bilion dan mencipta lebih 32,000 pekerjaan pendapatan," tambahnya.

 

Sebagai inisiatif bagi menyokong industri aeroangkasa, Pejabat Penyelaras Industri Aeroangkasa Kebangsaan (NAICO) telah ditubuhkan pada Ogos 2015 sebagai Unit di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa & Industri (MITI), dengan objektif utamanya untuk mengawasi pelaksanaan strategi dan inisiatif dalam Rangka tindakan. NAICO berfungsi sebagai titik fokus dalam menghubungkan pemain industri aeroangkasa, kementerian dan agensi Kerajaan yang berkaitan, dan akademia untuk bekerjasama secara kolektif dalam memperkukuh keupayaan dan kapasiti industri aeroangkasa Malaysia.

 

Menurut Ahmad Sabirin, AS9100 sebagai sistem pengurusan kualiti yang diterima pakai secara meluas dan piawai untuk industri aeroangkasa menetapkan garis panduan untuk melaksanakan Sistem Pengurusan Kualiti (QMS) untuk organisasi penerbangan, angkasa lepas dan pertahanan.

 

"Pendidikan dan latihan sebagai sebahagian daripada Pelan Tindakan Aeroangkasa Malaysia 2030, menyasarkan untuk membekalkan tenaga kerja yang cekap melalui pembangunan profesional yang berterusan.

 

"SIRIM STS sebagai cabang latihan SIRIM Berhad, mempunyai keupayaan untuk menyediakan latihan dan perundingan yang boleh dipercayai kepada organisasi dalam memahami, melaksana dan mematuhi AS9100:2016 Rev D," katanya.

 

##