​PRESS RELEASE

SIXTEEN COMPANIES, SIX FACILITIES SAVE RM26.2 MIL IN ENERGY SAVINGS UNDER UNIDO MAEESTA

                 

PUTRAJAYA, 28 June 2022:The United Nations Industrial Development Organisation (UNIDO) provided technical support and expertise to 16 companies and six facilities where they have saved 351,055 megawatt-hour (MWh) of energy amounting to RM26,274,441 per year under the Malaysia Energy Efficiency and Solar Thermal Application Project (MAEESTA).

 

All 16 companies have implemented energy efficiency (EE) measures and the other six facilities installed the solar thermal system have managed to reduce total lifetime Greenhouse Gas (GHG) Emissions to 995,554 tonnes.


The companies are mainly from textile factory; processing factory; pharmaceutical; pulp and paper factory; rubber; metal surface treatment; petrochemical and chemical processing; and hospital.
MAEESTA is an initiative by UNIDO with its goal to reduce GHG emissions in the industry by advocating and demonstrating sector-specific EE improvements. The project aimed to use solar thermal technologies to align with the nation’s ambition and commitment to become a carbon-neutral nation by early 2050. 


The Minister of Science Technology and Innovation, Dato' Sri Dr. Adham Baba said, the Ministry of Science, Technology and Innovation (MOSTI) views the GHG emissions seriously as a national issue and challenge. The National Science, Technology and Innovation Policy (NSTIP) 2021-2030 has been developed last year to introduce the concept of Science, Technology, Innovation, and Economics (STIE) demonstrating the significance of Science, Technology and Innovation (STI) development as a foundation for national economic growth.


The goal of the NSTIP 2021-2030 is to transform industry and society from technology users to technology developers by maximising existing resources. The empowerment of local talent, research and development (R&D) in national strategic areas, legislation and regulations that support the development of STIs, and the upgrading of technology infrastructure.


“MOSTI welcomes any introduction and implementation of a more effective industrial technologies and services that can reduce GHG emissions, thereby ensuring the environmental sustainability of the country,” he said in his keynote speech at the Terminal Event and Certificate Presentation Ceremony UNIDO MAEESTA here, today.


The project was implemented in July 2014 by UNIDO and funded by Global Environment Facility (GEF) whereas SIRIM Berhad works as the executing agency, providing seminars, user training and experts training to various subsectors.


President and Group Chief Executive of SIRIM Berhad, Dato’ Dr Ahmad Sabirin Arshad said, SIRIM as the project national executing agency for MAEESTA is entrusted to host the Project Management Unit (PMU) which is responsible for the daily management project activities or execution and act as secretariat to the National Project Steering Committee (NPSC) chaired by MOSTI.


“I would like to highlight that out of the six facility projects completed under UNIDO MAEESTA programme, SIRIM technical team was greatly involved in three of the projects at PPNJ Poultry and Meat Sdn. Bhd.; MIWA Manufacturing Sdn. Bhd. and NB Poultry Processing Industries Sdn. Bhd.,” he said in his speech at the Terminal Event and Certificate Presentation Ceremony UNIDO MAEESTA here, today.  The speech was read by Senior Vice President of SIRIM Industrial Research, Mohd Azanuddin Salleh.


During the event, 14 industries that participated in MAEESTA received certificates of appreciation and 19 experts who have passed the UNIDO Final Examination on Thermal Energy Efficiency and Solar Thermal Technology and Design received certificates of competency from Dato’ Sri Dr. Adham Baba. Also present was Project Manager of UNIDO, Sanjaya Shrestha.


Dato’ Dr Ahmad Sabrin noted that SIRIM’s involvement and commitment towards promoting solar thermal applications for industrial use is beyond the scope of UNIDO MAEESTA projects. SIRIM researchers and engineers have successfully designed, developed, tested and commissioned eight industrial scale of solar thermal demonstration plants covering various sub sectors of Malaysian industries.
“These projects were mostly funded through SIRIM-Fraunhofer Programme and private industries. The demonstration plants constitute the pioneers in food and beverages, poultry processing, hotel and wood drying industries.


“SIRIM recently commissioned the largest industrial scale for Solar Thermal Plant at NB Poultry Processing, covering nearly 500 square meters of thermal collectors with over 25,000 litres of thermal storage. These projects are testimonial of SIRIM’s commitment to transform Malaysian industries towards greener manufacturers, while helping to reduce GHG Emissions,” he said.


Apart from SIRIM’s involvement in solar thermal applications, the agency has completed eight solar dryer systems for drying of marine, agriculture and food products.


“The dryers are designed with advanced evacuated tube collectors that are capable of supplying convection solar heat at 80 degrees Celsius; this has shortened the drying time, resulting in better and uniformed quality products. The system has benefited small businesses, especially in Sabah and Sarawak.


“Through this system, SIRIM has demonstrated that typical open solar drying activities by kampung folks and rural communities can be further enhanced with technology that is proven to be greener and cleaner,” he said.


Meanwhile, MAEESTA consists of three components, which is Regulatory Framework and Financial Incentive; Awareness Raising and Capacity Building; and Demonstration Plant and Scaling Up.

             

#END#

 
                               

​​SIARAN MEDIA

                 

Enam belas syarikat, enam kilang jimat RM26.2 juta penggunaan tenaga di bawah UNIDO MAEESTA

 

PUTRAJAYA, 28 Jun 2022: Pertubuhan Pembangunan Perindustrian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNIDO) menyediakan sokongan teknikal dan kepakaran kepada 16 syarikat dan enam kilang yang berjaya membuat penjimatan tenaga sebanyak 351,055 megawatt setiap jam (MWh) dengan nilai RM26,274,441 setahun di bawah Kecekapan Tenaga Malaysia dan Projek Aplikasi Solar Termal (MAEESTA).

 

Kesemua 16 syarikat telah melaksanakan langkah kecekapan tenaga (EE) dan enam kilang lagi telah memasang sistem termal solar yang berjaya mengurangkan jumlah Pelepasan Gas Rumah Hijau (GHG) sepanjang hayat kepada 995,554 tan.


Syarikat-syarikat tersebut kebanyakannya daripada kilang tekstil; kilang pemprosesan; farmaseutikal; kilang pulpa dan kertas; getah; rawatan permukaan logam; pemprosesan petrokimia dan kimia; dan hospital.


MAEESTA ialah inisiatif UNIDO dengan matlamatnya untuk mengurangkan pelepasan GHG dalam industri dengan menyokong dan menunjukkan penambahbaikan EE dalam sektor khusus.  Projek itu bertujuan untuk menggunakan teknologi termal solar yang sejajar dengan cita-cita dan komitmen kerajaan untuk menjadikan Malaysia negara neutral karbon menjelang awal 2050.


Menteri Sains, Teknologi dan Inocasi (MOSTI), Dato’ Sri Dr Adham Baba, berkata kemeteriannya memandang serius pelepasan GHG sebagai isu dan cabaran negara. Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi Negara (NSTIP) telah dibangunkan tahun lepas untuk memperkenalkan konsep Sains, Teknologi, Inovasi dan Ekonomi (STIE) yang menunjukkan kepentingan pembangunan STI sebagai asas pertumbuhan ekonomi negara.


Matlamat NSTIP 2021-2030 adalah untuk mengubah industri dan masyarakat daripada pengguna teknologi kepada pembangun teknologi dengan memaksimumkan sumber sedia ada. Pemerkasaan bakat tempatan, Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) dalam bidang strategik negara, perundangan dan regulatori yang menyokong pembangunan STI, dan peningkatan infrastruktur teknologi.


“MOSTI mengalu-alukan sebarang pengenalan dan pelaksanaan teknologi dan perkhidmatan perindustrian yang lebih berkesan yang boleh mengurangkan pelepasan GHG, sekali gus memastikan kelestarian alam sekitar negara,” katanya dalam ucaptama pada Majlis Terminal dan Majlis Penyampaian Sijil UNIDO MAEESTA di sini, hari ini .


Projek mula dilaksanakan pada Julai 2014 oleh UNIDO dan dibiayai oleh Fasiliti Persekitaran Global (GEF) di mana SIRIM Berhad dilantik sebagai agensi pelaksana, dengan penyediaan seminar, latihan pengguna dan latihan pakar kepada pelbagai subsektor.


Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan SIRIM, Dato’ Dr Ahmad Sabirin Arshad berkata, SIRIM sebagai agensi pelaksana projek kebangsaan untuk MAEESTA telah diamanahkan menjadi tuan rumah kepada Unit Pengurusan Projek (PMU) yang bertanggungjawab ke atas aktiviti atau pelaksanaan projek pengurusan harian dan bertindak sebagai urus setia kepada Jawatankuasa Pemandu Projek Kebangsaan (NPSC) yang dipengerusikan oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi.


“Saya ingin menekankan bahawa daripada enam projek kemudahan di kilang yang telah disiapkan di bawah program UNIDO MAEESTA, pasukan teknikal SIRIM telah terlibat secara langsung dalam tiga projek di PPNJ Poultry and Meat Sdn Bhd; MIWA Manufacturing Sdn Bhd dan NB Poultry Processing Industries Sdn Bhd,” katanya di dalam ucapan pada majlis tersebut di sini, hari ini.


Teks ucapan beliau dibacakan oleh Naib Presiden Kanan, Penyelidikan Perindustrian SIRIM,  Mohd Azanuddin Salleh.


Semasa majlis berkenaan, 35 industri yang menyertai UNIDO MAEESTA menerima sijil penghargaan dan 26 pakar yang telah lulus Peperiksaan Akhir UNIDO berkenaan Kecekapan Tenaga Termal dan Teknologi dan Reka Bentuk Termal Solar menerima sijil kompetensi daripada Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Dato’ Sri Dr. Adham Baba. Hadir sama, Pengarah Projek UNIDO, Sanjaya Shrestha.
Dato’ Dr Ahmad Sabirin berkata penglibatan dan komitmen SIRIM ke arah mempromosikan aplikasi solar termal untuk kegunaan industri menjangkau skop projek UNIDO MAEESTA. Penyelidik dan jurutera SIRIM telah berjaya mereka bentuk, membangunkan, menguji dan memasang lapan loji demonstrasi termal solar berskala meliputi pelbagai subsektor industri Malaysia.


“Projek-projek ini kebanyakan dibiayai melalui Program SIRIM-Fraunhofer dan industri swasta. Kilang demonstrasi merupakan perintis dalam industri makanan dan minuman, pemprosesan ayam, hotel dan industri pengeringan kayu.


“SIRIM baru-baru ini telah memasang skala perindustrian terbesar untuk Loji Termal Solar di NB Poultry Processing, meliputi hampir 500 meter persegi pengumpul termal dengan lebih 25,000 liter penyimpanan termal. Projek-projek ini adalah testimoni kepada komitmen SIRIM untuk mentransformasikan industri Malaysia ke arah pengeluar yang lebih hijau, sambil membantu mengurangkan pelepasan GHG”, katanya.


Selain daripada penglibatan SIRIM dalam aplikasi termal solar, agensi berkenaan telah menyiapkan lapan sistem pengering solar untuk pengeringan produk marin, pertanian dan makanan.
“Pengering direka bentuk dengan pengumpul tiub termaju yang mampu membekalkan perolakan haba solar pada 80 darjah Celsius, ini telah menyingkatkan masa pengeringan, menghasilkan produk berkualiti yang lebih baik dan seragam. Sistem tersebut telah memberi manfaat kepada perusahaan kecil khususnya di Sabah dan Sarawak.


“Melalui sistem ini, SIRIM telah menunjukkan bahawa aktiviti pengeringan biasa secara terbuka oleh penduduk kampung dan masyarakat luar bandar boleh dipertingkatkan lagi dengan teknologi yang terbukti lebih hijau dan bersih.


Sementara itu, UNIDO MAEESTA terdiri daripada tiga komponen iaitu Rangka Kerja Kawal Selia dan Insentif Kewangan; Peningkatan Kesedaran dan Pembinaan Kapasiti; dan Loji Demonstrasi dan Peningkatan Penskalaan.

 

##